Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Tak mengaku salah menyamar polis menyamar polis



KULAIJAYA 16 April - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis pada Sabtu lalu.
Rosli Ghazali @ Md. Shah, 46, didakwa melakukan penyamaran tersebut ke atas Lai Chiaw Hoo, 45, di Old Town Cafe Tesco di sini pada pukul 3.30 petang, 10 April lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, A. Karthiyayini yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Rosli pula memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia menyara enam anak dengan dua daripadanya sedang menuntut di universiti.
Tertuduh juga mendakwa perlu menanggung ibunya yang akan menjalani rawatan kanser rahim di hospital tidak lama lagi.
Majistret Siti Aishah Abd. Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 28 Jun ini.

No comments:

Post a Comment