Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Premis urut diserbu, 21 GRO warga asing ditahan



RASAH 16 April - Keasyikan pengunjung berhibur dan mengurut di sebuah hotel yang menempatkan pusat hiburan, spa dan rumah urut haram di Rahang di sini, terganggu apabila diserbu polis malam tadi.
Hasil serbuan kira-kira pukul 9 malam ekoran maklumat awam tersebut, seramai 21 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing ditahan.
Dalam operasi oleh Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu, 16 wanita warga asing yang bekerja di pusat spa dan rumah urut haram turut ditahan di tingkat atas hotel terbabit.
Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khairi Anuar berkata, semua GRO yang ditahan terdiri daripada 18 warga China dan tiga dari Indonesia.
Katanya, pekerja spa dan rumah urut itu pula terdiri daripada 11 warga China, Thailand (empat) dan Indonesia (seorang).
"Kita turut menahan seorang warga asing yang mengaku rakyat tempatan tetapi gagal menunjukkan MyKad apabila diminta.
"Ketika ditahan, pekerja-pekerja itu yang berusia antara 18 hingga 40 tahun sedang asyik melayan pelanggan-pelanggan mereka," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut di sini hari ini.
Menurut beliau, dalam operasi melibatkan 11 anggota dan dua pegawai dari D7 Bukit Aman itu, pihaknya juga menahan enam pelindung kepada wanita-wanita terbabit.
Beliau memberitahu, kesemua wanita yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain menyalahgunakan pas pelajar untuk bekerja di premis-premis itu.
"Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (IPD) untuk disoal siasat," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment