Search This Blog

Saturday, April 3, 2010

Gadis mati terjatuh dari tingkat 12



KUALA LUMPUR 2 April - Seorang wanita berusia 25 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setapak di sini awal pagi ini.
Wanita terbabit yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di Titiwangsa, Setapak untuk membeli barangan perniagaannya.
Adik kepada mangsa yang enggan dikenali berkata, bagaimanapun, ibunya mula risau apabila kakaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga pukul 1 pagi. Malah, usaha menghubungi mangsa menerusi telefon bimbitnya juga gagal.
Katanya, kebimbangan mereka sekeluarga semakin kuat kira-kira pukul 4 pagi apabila menerima panggilan daripada rakannya yang memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang wanita yang terjatuh dari pangsapuri itu yang menyerupai kakaknya.
"Kami sekeluarga bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kakak dalam keadaan berlumuran darah dan dompetnya pula ditemui di sisinya," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, berdasarkan keterangan yang diambil daripada beberapa saksi, wanita itu sempat menghubungi kakak kepada teman lelakinya dan memaklumkan dia berada di tempat tinggi.
Perbualan mangsa juga kata beliau, menimbulkan rasa curiga kepadanya kerana mangsa seolah-olah mahu melakukan sesuatu.
Menurut keterangan beberapa orang saksi pula, beliau memberitahu, mereka ternampak kelibat wanita itu berlegar-legar keseorangan dalam keadaan resah antara pukul 3.15 pagi hingga 4 pagi di tingkat 12 sebelum ditemui mati.
Beliau memberitahu, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan dalaman di dada.
Kes itu katanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan setakat ini tiada kaitan dengan unsur-unsur jenayah.

No comments:

Post a Comment