Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk ke kedai tersebut manakala seorang lagi menunggu di luar.
"Pada waktu itu hanya terdapat pemilik kedai berada di premisnya tetapi telah diarahkan supaya mendiamkan diri.
"Perompak-perompak terbabit mengambil masa tiga hingga empat minit memecahkan cermin pameran sebelum melarikan barangan kemas tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kata Mohd. Jamil, tiada sebarang pergelutan berlaku di dalam kedai tersebut ketika rompakan.
Menurut saksi, katanya, keempat-empat perompak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira.
Polis kini menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan identiti perompak.
Tambahnya, jumlah kerugian yang dialami pemilik kedai itu masih dalam siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat kejadian, diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Manjung, Asisten Supritendan Zulkarnain Samsuddin di talian 05-6899222 untuk membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment