Search This Blog

Monday, April 12, 2010

Bangkok jadi lautan darah





SEORANG penunjuk perasaan mengangkat tangan semasa anggota-anggota pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata di Bangkok kelmarin.



BANGKOK - Thailand kini terjerumus dalam keganasan politik terburuknya sejak dua dekad lalu selepas 21 orang mati dan 800 lagi cedera dalam pertempuran antara askar-askar dan kumpulan antikerajaan yang memakai baju merah.
Seorang jurukamera warga Jepun yang bertugas dengan agensi beritaReuters dan empat askar merupakan antara yang terbunuh.
Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu mula bertindak ganas apabila pasukan tentera cuba untuk mengusir mereka di satu lokasi perhimpunan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Penunjuk-penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan sejak hampir sebulan itu mendakwa Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva memperoleh kuasa secara tidak sah, selain menuntutnya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.
Kumpulan penunjuk perasaan itu yang enggan menerima tawaran rundingan dengan kerajaan turut meminta Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej campur tangan bagi mengelakkan pertumpahan darah berlaku lagi.
Darah dilihat berserakan di sekitar lokasi bersejarah berhampiran Jalan Khaosan, Bangkok akibat pertempuran itu yang berlaku malam kelmarin.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Abhisit menyatakan simpatinya terhadap keluarga mangsa namun beliau enggan tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan.
Bangkok digegarkan dengan perhimpunan protes sejak Thaksin disingkirkan daripada jawatan melalui satu rampasan kuasa tentera pada 2006. - Agensi

No comments:

Post a Comment