Search This Blog

Monday, March 22, 2010

Rasidi diarah jalani pemeriksaan mental





2010/03/22

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang penganggur Rasidi Ismail yang dituduh membunuh empat anggota keluarganya di Gemenceh, Januari lalu, supaya menjalani pemerhatian mental di hospital selama sebulan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 342(3) Kanun Acara Jenayah memandangkan buat masa ini tertuduh tidak berupaya untuk membela diri.

"Selepas mendengar penjelasan daripada kamu (tertuduh) tentang kenapa kamu nak mengaku salah, mahkamah berpuas hati bahawa buat masa ini kamu tidak berupaya untuk membela diri. Jadi, pada masa ini mahkamah akan menghantar kamu ke hospital mental untuk pemerhatian," katanya ketika membuat keputusan berkenaan.

Ahmad Nasfy kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes itu.

Terdahulu Rasidi, 32, mengaku bersalah dan faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. - Bernama


No comments:

Post a Comment