Search This Blog

Monday, March 22, 2010

Anak bongsu Datuk Manja maut kemalangan





2010/03/22

PETALING JAYA: Anak bongsu Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima Datuk Manja Ismail, maut dalam kemalangan jalan raya di kawasan perumahan USJ3, Subang Jaya awal hari ini.
Muhammad Ikhwanul Ashraf Manja, 18, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Keselamatan Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kereta yang dipandu Muhammad Ikhwanul Ashraf, anak bongsu dari tiga beradik itu, dilapor terbabas dan melanggar tembok jalan.

"Ketika kejadian, Muhammad Ikhwanul Ashraf memandu sendirian dan dalam perjalanan dari Persimpangan Kewajipan Subang Jaya menuju ke Jalan SS19.

"Dia dikatakan hilang kawalan lalu melanggar tembok jalan dan terpelanting keluar daripada kereta ke dalam longkang di tepi jalan," katanya di sini hari ini.

Sementara itu ibu Muhammad Ikhwanul Ashraf, Datin Norzita Abdul Samad berkata jenazah anaknya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukti Kiara selepas disembahyangkan di Masjid USJ9, Taipan selepas solat Zuhur hari ini. - Bernama 

No comments:

Post a Comment