Search This Blog

Monday, March 22, 2010

6 maut terhidu gas beracun





2010/03/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA KINABALU: Enam pekerja warga Filipina maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika mereka sedang membaiki tangki air di loji rawatan air di Kampung Lawa, Beaufort, kira-kira 120km dari sini, malam semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Drahman berkata keenam-enam lelaki terbabit yang berbangsa Suluk dikenali sebagai Wahab, 30, Mus, 25, Ajin, 20, Ramujil, 18, Anuar, 17 dan Baisal, 16.

"Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7.43 malam dan menurutnya pekerja terbabit dikatakan masuk ke loji itu untuk membaiki tangki air berkenaan pada kira-kira 2 petang," katanya.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati kesemua mangsa terperangkap di dalam tangki berukuran lima meter panjang, lima meter lebar dan sedalam enam meter," katanya kepada pemberita di Pejabat Bomba dan Penyelamat Sembulan, dekat sini, hari ini.

Khairuddin berkata mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 11.05 malam manakala mangsa terakhir ditemui pada kira-kira 12 tengah malam, dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak bomba percaya mangsa mati akibat terhidu gas beracun yang terhasil daripada asap yang dikeluarkan set penjana elektrik yang digunakan oleh pekerja di dalam tangki berkenaan. - Bernama 

No comments:

Post a Comment