Search This Blog

Monday, February 8, 2010

Penduduk Washington gali salji


BEBERAPA penduduk merakamkan gambar bangunan Capitol di Washington kelmarin.


WASHINGTON - Pendudukdi ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington dan negeri-negeri berdekatan semalam menggali salji yang setebal 60 sentimeter di beberapa buah kawasan.
Beberapa batang jalan raya sudah dibuka tetapi pegawai-pegawai memberi amaran bahawa keadaan jalan raya mungkin berais dan berbahaya.
Ratusan ribu penduduk dari Pennsylvania sehingga ke New Jersey dan Virginia mengalami masalah bekalan elektrik terputus.
Bandar raya keenam terbesar di AS, Philadelphia, mencipta rekod apabila terdapat salji setebal hampir 69 sentimeter.
Salji tebal itu melanda sejak kelmarin yang dianggap sebagai cuaca bersalji paling buruk pernah berlaku dalam sejarah bandar raya berkenaan.
"Saya berpendapat ia menyeronokkan," kata seorang penduduk, Jayla Burgess di Arlington, Virginia.
"Perkara yang paling baik ialah membaling bola salji ke arah bapa saya," katanya.
Ratusan penduduk lagi berkumpul di Dupont Circle, Washington untuk menyertai pertarungan balingan bola salji.
Presiden AS, Barack Obama menggelar kejadian itu sebagai snowmageddon.
Satu dahan pokok terjatuh ke atas sebuah kereta yang membawa wartawan ketika mengekori konvoi Barack tetapi tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan.
Salji itu melanda kurang dua bulan selepas ribut salji melanda Washington dengan ketebalan sehingga 40 sentimeter. - AP

No comments:

Post a Comment