Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Warga Hong Kong dihukum penjara tapi bebas

2010/01/25 SHAH ALAM: Seorang tukang gunting warga Hong Kong dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah ketamin seberat 1,067 gram, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Tsui Chi Wa Joey, 46, dikira selesai menjalani hukuman penjara itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 Februari 2005.

Tsui mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki dadah berbahaya itu di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 7.50 malam, 18 Februari 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.


Tertuduh sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB yang boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment