Search This Blog

Tuesday, January 19, 2010

UMNO PENGKIANAT ATAU PEMBELA MELAYU-ISLAM? Oleh: Tun Telanai

After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.
The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the 1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.
Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.
Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.
Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.
UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi
Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara
Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.
Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi.
Bacaan seterusnya:http://www.malaysiawaves.com/2009/12/umno-ditubuhkan-bukan-untuk-membangun.html
ULASAN :
1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan,kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Oleh sebab itu, salah satu factor menyebabkan DEB gagal kerana masalah UMNO yang enggan melaksanakan dasar tersebut secara adil dan tulus. UMNO hanya memberi peluang kepada kroni dan UMNOputra sahaja. Melayu dan bumiputra lain yang bukan ahli UMNO dinafikan hak yang terkandung dalam DEB.
Kelemahan perlaksanaan DEB menyebabkan sasaran 30% pegangan ekuiti orang Melayu tidak kesampaian. DEB disalahgunakan untuk hanya menolong sesetengah orang Melayu yang ‘mempunyai cable‘ seperti dinyatakan di atas. Penyalahgunaan DEB ini paling ketara dalam pemberian kontrak, di mana kontrak-kontrak diberikan kepada kroni-kroni pemerintah yang kadangkala hanyalah proksi kepada orang lain. Ianya juga ketara dalam aspek-aspek seperti pemberian biasiswa kepada mereka yang tidak memerlukannya, pemberian rumah kos rendah, rumah PPRT dan rumah mesra rakyat kepada mereka dari golongan pemerintah [diwajibkan menjadi ahli UMNO] walaupun mereka tidak memerlukannya, opsyen pembelian saham Bursa Malaysia, pemberian AP dan macam-macam lagi.
DEB telah gagal dengan tragisnya. Di bawah UMNO setelah lebih 35 tahun DEB dilancarkan, ekuiti BUMIPUTRA hanya 17%. Walaupun UMNO tidak menghadapi apa-apa halangan dari luar dan dalam untuk melaksanakan program ini. Di dalam berbagai sektor ekonomi, orang melayu masih terkebelakang mengejar bangsa asing. Di dalam sektor perniagaan, boleh dikatakan kehadiran orang Melayu amat sikit. Apatah lagi hartanah di bandar-bandar besar di seluruh Negara. Yang ada hanyalah kontraktor-kontraktor yang bergantung pada UMNO untuk dapat kontrak. Jumlah professional Melayu juga amat sedikit. Ini dapat dilihat dari penguasaan badan-badan professional seperti pertubuhan-pertubuhan professional seperti AMA, IEM, Bar dan sebagainya dan ia masih dikuasai oleh bangsa asing walaupun sudah lebih 52 UMNO memerintah.
2. Sehubungan itu, UMNO menentang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dalam Negara ini yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan di Terangganu. Para pemimpin, ahli dan penyokong serta NGO-NGO UMNO yang berimejkan Islamik bangkit menentang perlaksanaan hukum Islam ini dengan mengeluarkan berbagai pendapat dan perkataan yang kesat, mencaci, mencela, menghina, memperlekeh dan memaki-hamun melalui tulisan, perbuatan dan lisan sehingga boleh menjejaskan keimanan seseorang. Seseorang itu boleh menjadi kufur dan murtad dengan menghina hukum Islam, hukum ciptaan dan datang daripada Allah swt, bukan datang dari manusia biasa yang mempunyai berbagai kelemahan. Allah maha besar, Allah maha berkuasa dan Allah maha mengetahui apa yang manusia tidak mengetahui. Menghina hukum Allah samalah juga dengan menghina Allah swt itu sendiri.
Dengan tiba-tiba, para pemimpin, ahli dan penyokong serta NGO-NGO UMNO yang berimejkan Islamik muncul, membela penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu. Mereka bangkit [didalangi oleh UMNO laknatullah] menghangatkan suasana untuk mendapatkan kepentingan politik ‘juara rakyat’ dalam jangka pendik. Golongan celaka ini bertindak macam orang dirasuk jembalang. Macam orang gila babi-tidak siuman kerana hanya dengan satu perkataan ‘Allah’, sedangkan tiada ada nas atau larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah semacamlah selama ini mereka menyangjung tinggi martabat dan kemuliaan Allah swt. Dengan kehendak Allah jua, strategi UMNO untuk menangguk diair keruh gagal. Strategi mereka untuk merangkap PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat, akhirnya makan diri sendiri. Rakyat tidak percaya. Itu semua adalah mainan politik UMNO untu digelar sebagai juara rakyat. Rakyat semakin benci dan meluat dengan perangai UMNO yang mengaku sebagai ‘Juara Rakyat’. Sebenarnya UMNO ‘Juara Merampas Hak Rakyat’.
3. Hakikatnya, UMNO takut kepada Islam untuk dijadikan ‘Ad-Din’ kerana Islam akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah.Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik, 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah,rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat.Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja,rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah,menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa.Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana daripada segi pakaian,makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini,maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi daripada pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini.Oleh itu, Hudud [hokum Islam] tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.
4. 52 tahun UMNO memerintah, budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging dalam UMNO. Begitu juga dengan arak, judi, penzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong memutar-belitkan berita, melarikan duit ke luar negara, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan. Kenapa golongan CELAKA yang menentang penggunaan kalimah Allah ini berdiam diri?
Perjuangan golongan ini bukan untuk Islam khususnya mengajak orang ramai [khususnya orang Melayu yang anti Islam] kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.
Mengakhir ulasan ini, suka saya bertanya :
Siapakah yang menyekat kewangan pusat[makan duit haram hasil royalty petroleum] kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan?
Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu?
Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu?
Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik?
Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu?
Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri?
Siapakan menimbulkan berbagai masalah kepada rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minority yang lainnya?
Kenapa tidak bangun wahai golongan celaka [yang beria-ia untuk mendaulatkan kalimah Allah] menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO laknattullah itu- apa niat kamu sebenarnya?.
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
Selamat berjuang ke titisan darah terakhir. MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

No comments:

Post a Comment