Search This Blog

Tuesday, January 19, 2010

Tuduhan liwat langgar Perlembagaan

PUTRAJAYA 18 Jan. – Seorang bekas pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tuduhan liwat dan seks luar tabii di bawah Kanun Keseksaan tidak sah dan terbatal kerana ia berat sebelah terhadap kaum lelaki.
Abdul Rahim Abdul Rahman, 39, mencabar kesahihan pertuduhan itu di sisi Perlembagaan dengan mendakwa ia diskriminasi gender, sekali gus melanggar Perkara 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang mendokong kesamarataan hak.
Ini kerana Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan hanya membolehkan lelaki didakwa dan dihukum sedangkan wanita yang turut cenderung melakukan persetubuhan luar tabii seperti seks oral tidak didakwa.
Pesakit HIV positif dan batuk kering itu memohon demikian ketika merayu terhadap hukuman penjara 60 tahun dan sebatan 22 kali atas 22 tuduhan meliwat seorang remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Suriyadi Halim Omar sebulat suara menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop turut menyifatkan isu yang dihujahkan oleh peguam-peguam Fahri Azzat dan Amer Hamzah Arshad yang mewakili perayu serta Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba menarik untuk diteliti.
Abdul Rahim mengaku bersalah atas 22 tuduhan meliwat remaja lelaki itu yang berusia 15 tahun ketika kejadian, antara 18 April dan 8 Mei 2007 di sebuah flat di Gombak, Selangor.
Fahri ketika menghujahkan isu yang kali pertama dibangkitkan dalam sejarah perundangan itu menyatakan, Seksyen 377A dan 377B melanggar perlembagaan kerana ia menyebabkan ketidakadilan kepada lelaki.
Peguam bela menghujahkan, seksyen itu hanya terpakai kepada lelaki kerana ia menyatakan: ‘‘Sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan memasukkan zakar ke dalam dubur atau mulut boleh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii.’’
= 'UtusanOnline'

No comments:

Post a Comment