Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Tindakan pantas redakan keadaan

2010/01/25 PUTRAJAYA: “Tindakan pantas polis menyelesaikan kes (bakar dua surau di Muar, Johor) dalam tempoh 48 jam berjaya menolak pelbagai spekulasi dan meredakan perasaan rakyat pelbagai kaum yang mahu keamanan dan keselamatan dinikmati mereka terus dipertahankan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


Menurutnya, penahanan empat lelaki terbabit membuktikan polis memang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, intergriti, adil dan tidak memilih kasih.


“Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian cuba membakar dua surau di Muar, Johor, Khamis lalu. “Kita juga dapat melihat bagaimana polis bertindak dengan penuh integriti tanpa perlu berselindung apabila salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu adalah anak kepada anggota dalam pasukan polis sendiri,” katanya. Hishamuddin berkata, apa yang dilakukan itu jelas membuktikan siasatan dilakukan telus dan tidak mengambil kira latar belakang. Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin, mengenai kejayaan polis menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu. Susulan kejadian itu, Hishammuddin berkata, beliau sudah mengarahkan polis meningkatkan pengawasan bagi memastikan insiden pembakaran surau atau rumah ibadat lain tidak berulang pada masa depan.


Menurutnya, polis juga perlu mengambil kesempatan keadaan semasa bagi mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan penduduk setempat dalam usaha berterusan memerangi kegiatan jenayah, sekali gus mampu meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat.

No comments:

Post a Comment