Search This Blog

Friday, January 8, 2010

Terjemahan surat Mahathir kepada Israel

ReformIS
[ Contents Post ]
Terjemahan Surat Si Pengkhianat Mahathir Mohamad Kepada PM Israel Dalam Bahasa Melayu
From: Date: 23 Nov 1999Time: 20:21:09
Comments
Terjemahan Surat Si Pengkhianat Mahathir Mohamad Kepada PM Israel Dalam Bahasa Melayu
Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Blok Barat, Aras 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia
SULIT No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1
Tarikh : 16 Ogos 1999
Yang Dihormati Encik Ehud Barak,
Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.
Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.
Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.
Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.
Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.
Yang Ikhlas:
Last changed: November 23, 1999

No comments:

Post a Comment