Search This Blog

Tuesday, January 19, 2010

Saksi nampak kelibat individu botak

SHAH ALAM 18 Jan. – Kelibat seseorang yang berkepala botak dengan tangan terikat dilihat sebaik sahaja pintu tandas diselak.
Masih was-was dan sedikit takut siapa pemilik susuk tubuh yang terbaring itu, Yeni Marianti Sudirman hanya mengintai dan tidak membuka sepenuhnya pintu tandas.
Tukang cuci itu menceritakan bagaimana dia menemui Mantik Hani di dalam tandas rumah majikannya pada perbicaraan kes bunuh pembantu rumah itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Yeni, 30, berkata, ketika itu dia berkunjung ke rumah tertuduh, A. Murugan selepas dipelawa isterinya sempena perayaan Deepavali selain untuk membantu membersihkan rumah tersebut yang berselerak.
‘‘Apabila saya buka pintu (tandas), saya nampak orang yang macam tidur, rambutnya botak, tangan terikat. Saya hanya nampak separuh badan bahagian atas kerana saya tidak buka habis pintu tandas sebab takut,’’ katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa bersambung esok-utusan

No comments:

Post a Comment