Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Orang ramai ‘tutup mata’

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
2010/01/25 KUALA LUMPUR: Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dikenakan terhadap orang awam yang enggan menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya di kawasan sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, masih ramai yang degil dan tidak mengendahkan amaran diberikan.

KUALA LUMPUR: Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dikenakan terhadap orang awam yang enggan menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya di kawasan sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, masih ramai yang degil dan tidak mengendahkan amaran diberikan.


Tinjauan Harian Metro di beberapa jejantas di sekitar kawasan berkenaan mendapati orang ramai seolah-oleh menutup mata dengan amaran ditetapkan penguat kuasa apabila selamba melintas jalan raya walaupun kenderaan bergerak laju. Pengawal keselamatan pusat beli-belah terkemuka berhampiran, Loh Rahman, 45, berkata sepanjang perkhidmatannya di situ segelintir orang ramai dilihat tidak langsung mempunyai kesedaran terhadap keselamatan diri apabila enggan menggunakan jejantas.


“Tidak kira orang tempatan atau pelancong asing, mereka lebih senang melintas jalan raya yang sesak daripada menggunakan jejantas kerana sikap malas dan menganggap ia melecehkan.


“Walaupun ada tanda amaran larangan melintas jalan raya, mereka langsung tidak takut. Bagaimanapun, mereka akan menggunakan jejantas apabila menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, tindakan itu menunjukkan masyarakat hanya akan mematuhi peraturan jika ada penguat kuasa atau selepas dikenakan tindakan.


Bagi Maria Yap Lou Mei, 27, tindakan pejalan kaki yang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas sudah menjadi budaya yang sukar dikikis.


“Lebih mengecewakan apabila ada ibu bapa yang melintas jalan sambil memimpin anak kecil tanpa memikirkan tindakan ini sebenarnya mengancam nyawa.


Baru-baru ini, pihak berkuasa mengumumkan akan mengenakan tindakan terhadap orang ramai yang tidak menggunakan jejantas dan lintasan di 10 jalan yang dikenal pasti di sekitar Bukit Bintang sebanyak RM300, berkuat kuasa hari ini.

No comments:

Post a Comment