Search This Blog

Tuesday, January 19, 2010

Kes Nik Sapeia saman RM20j tunda 14 Mac

KOTA BAHARU 18 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Mac ini sebutan semula perbicaraan kes saman RM20 juta oleh ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff terhadap polis dan Kerajaan Malaysia berhubung tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2006.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan pemilihan hakim yang akan mendengar kes saman berkenaan.
Nik Sapeia, 56, memfailkan dua writ saman di Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Ogos 2006 dan menamakan Pegawai Penyiasat Asisten Supritendan (ASP) Baharin Mohd. Noh, bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Zulkifli Abdullah dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Plaintif mendakwa, pihak defendan mempunyai niat menjatuhkan maruahnya ketika mengendalikan kes bersabit tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bekas Perdana Menteri itu dan tiga yang lain pada 28 Julai 2006. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment