Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Jatuh ke sungai ketika menjala

2010/01/24 KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika mengikut bapanya menjala ikan di Sungai Batu Bor, Kuala Bera, Bera, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Mohd Khalil Khanudin, 23, mengekori bapanya dari belakang sambil memegang jaring berjalan di tepi tebing sungai berkenaan sebelum terjatuh ke dalam sungai.


Ketua Polis Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor, berkata dua beranak itu berasal dari Kampung Kening, Maran. Ketika kejadian, air di sungai berkenaan hanya separas lutut namun arusnya kuat.


Katanya, bapa mangsa cuba mencarinya di kawasan berkenaan tapi gagal lalu membuat laporan kira-kira sejam kemudian di Balai Polis Chenor.


Menurutnya, usaha mencari mangsa turut dibantu bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan polis marin serta Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dengan kekuatan 51 anggota yang menggunakan 15 bot.


Bagaimanapun, sehingga jam 7 petang kelmarin mangsa belum ditemui dan usaha mencari disambung semalam.


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment