Search This Blog

Tuesday, January 19, 2010

ISU ALLAH:NGO ISLAM TOLAK PENDAPAT YUSUFF QARDAWI


Posted by rakyat marhaen
Rupa-rupanya, isu penggunaan kalimah Allah telah pun dibincang bersama Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu kedatangan Sheikh Yusuf sempena Maal Hijrah di Malaysia. Dan beberapa pimpinan besar NGO2 Islam dan Melayu telah menghadziri perjumpaan tersebut.SHEIKH YUSUF TIDAK MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG KRISTIANDi dalam perjumpaan tertutup tersebut, para wakil2 NGO Islam telah diberitahu bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dibenarkan oleh Islam. Sheikh Yusuf menyatakan bahawa Islam tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan agama samawi khususnya orang Kristian dan Yahudi.Sheikh Yusuf juga berkata bahawa penggunaan nama Allah oleh orang Kristian berlaku di seluruh negara Arab dan negara umat2 Islam. Ia bukan satu benda yang menghairankan.Namun, para NGO2 Islam dan Melayu ini tetap berkeras menolak ijtihad Sheikh Yusuf Qardhawi ini. Alasan mereka gunakan hanyalah alasan bahawa keadaan di Malaysia lain dari tempat-tempat lain. Namun, mereka tidak dapat memberikan apa-apa hujjah lain melainkan hujjah-hujjah sebegini.SEMUA ALASAN MENOLAK TIDAK BERASASKAN KEPADA ISLAMSedar atau tidak, tiada nas atau hujjah berasaskan Islam yang diberikan oleh mana-mana NGO Islam bagi menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.Sekali lagi saya sebut, TIADA. Saya ambil contoh ABIM. Kalau kita rujuk kenyataan umum mereka berkenaan isu ini, alasan yang mereka gunakan hanyalah alasan peruntukan PErlembagaan Malaysia. Saya petik:“ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik.. “.Ertinya penolakan ABIM dan NGO2 Islam yang lain BUKAN BERASASKAN KEPADA ISLAM. Kita tidak tahu apa alasan mereka menolak penggunaan kalimah Allah ini tapi yang pastinya ia tidak berdasarkan kepada Islam.MEreka sehingga sanggup menolak mentah-mentah pendapat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri.UMNO dan JAKIM DALANG SEBENAR DI BELAKANG NGO-NGO ISLAMDari email yang saya pernah dapat dari Mahaguru58 menunjukkan bahawa Zahid Hamidi, dan JAKIM, telah berkempen atas isu ini sejak awal 2009 lagi. Mereka telah mengumpulkan kesemua NGO2 dan BLOGGERS bagi memberi “penerangan” (kononnya) berkenaan dengan isu Kalimah Allah ini.Hakikatnya, ianya adalah penipuan dan muslihat UMNO semata-mata. Mengapa kempen JAKIM ini dilakukan secara agresif hanya selepas kekalahan teruk UMNO pada Mac 2008? Mengapa sebelum itu JAKIM tidak berkempen dengan agresif dalam isu ini?Malangnya NGO-NGO Islam seperti ABIM ini mudah sangat ditipu oleh UMNO. Saya masih tak boleh lupa bagaimana ABIM telah menipu PAS dengan mengajurkan forum berkenaan Palestin sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup. Program yang telah berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah memberi keuntungan yang besar kepada UMNO. Saya tak tahulah apa balasan yang telah diberikan oleh ABIM kepada UMNO namun saya yakin balasan dari UMNO itu adalah lumayan.Bagi saya ABIM ini hanya barua UMNO dan mereka tidak boleh dipercayai langsung. Lebih baik semua umat Islam memulaukan ABIM kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperjuangkan nasionalisma Melayu semata-mata.Juga, kalau JAKIM benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam,mengapa mereka bekerjasama dengan Mahaguru58/MBA? Mahaguru58 sendiri mengakui beliau mengikut tariqat yang disesatkan oleh JAKIM.DEBAT TULANG BESI DENGAN AB BANJARYAB Banjary ni bekas pelajar Al Azhar. Jadi, pada mulanya saya terkejut kerana sepatutnya beliau tahu yang Kristian Koptik di Mesir menggunakan kalimah Allah secara meluas. Juga, Kristian Mesir telah menggunakan kalimah Allah sejak 1000 tahun masihi yang lepas. Sepanjang penggunaan kalimah Allah ini, tiada ulama-ulama besar Al Azhar telah mengharamkannya. Adakan AB Banjary lebih hebat dari ulama2 Azhar sepanjang zaman?Namun baru saya teringat. Pelajar-pelajar kita di Mesir tidak berapa bercampur dengan masyarakat tempatan Mesir. Pendudukan mereka tertumpu di “Madinit Nasr” terutamanya di “Haiya Sabiq”(Seksyen Ke TUjuh) dan “Haiya Asyir”( Seksyen ke Sepuluh) berhampiran “Suuq Saiyaqa”(Pasar Kereta).Jangankan dengan Krisitan Mesir, dengan orang Islam Mesir pun mereka jarang-jarang bergaul. Kalau saudara nak cari orang Melayu bila berada di Kaherah, ambil taksi dan bilang pada pemandu taksi mahu ke “madinit nasr-hayya sabiq”. Saudara hanya perlu turun di mana-mana simpang empat di situ dan tunggu. Tak sampai 5 minit saudara/ri akan berjumpa dengan muka Melayu.Bukan sahaja pelajar-pelajar Melayu berkumpul di dua “Seksyen” sahaja, malahan mereka dipecah-pecahkan mengikut negeri. Ini kerana setiap negeri di Malaysia ada membeli sebuah bangunan yang bertumpu di “haiyya sabiq” dan “Haiyya Asyir” itu. Malahan, negeri Sarawak pun ada beli bangunan yang dipanggil “Rumah Sarawak”.Maka, pengaulan pelajar-pelajar kita di Kaherah itu terbatas. Walaupun mereka belajar dalam kelas dalam bahasa Arab, tapi bila keluar kelas mereka bergaul hanya dengan bangsa Malaysia. Jadi saya yakin sangat berapa kerat sahaja pelajar Azhar ini yang pernah berinteraksi dengan orang2 Mesir yang beragama Kristian.Saya ditakdirkan Allah SWT telah bekerja di bawah seorang boss yang berbangsa MEsir dan beragama Kristian. Namanya adalah George Nushy. Dan, saya sendiri pada mulanya terkejut apabila beliau bercakap dengan menggunakan kalimah “Inshaalah”, “Alhamdulillah” dsbnya. Malahan, email beliau sendiri menggunakan perkataan “Insaahalah” bagi menyatakan beberapa perkara yang akan beliau lakukan. Saya yakin tak ramai pelajar Azhar yang mendapat pengalaman seperti saya.Malahan orang Kristian Koptik di Mesir telah mengubah hari Ibadah mereka dari hari Ahad kepada Hari Jumaat.Dan saya lihat pergaulan antara Kristian dan Islam di Mesir ni macam tiada masaalah. Saya pernah berbeli belah di Suq Saiyiida Zainab dan saya dapati penjual-penjual barang yang Kristian menjual barang mereka di pintu masuk Masjid Saiyyida Zainab. Ertinya orang Kristian di sana tak kesah pasal Masjid dan Azan.Saya juga yakin tak ramai pelajar Malaysia di Azhar tahu bahawa tentera Salahuddin Ayubi terdiri sebahagiannya dari Kristian Koptik Mesir ini. Ertinya dalam Perang Salib, Krisitan Koptik Mesir telah berperang di pihak Salahuddin Ayubi.Kesimpulannya, AB Banjary, walaupun belajar Azhar, pun tak dapat memberi hujjah berdasarkan syariat bagi penolakan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Krisitan.Juga, apabila tiada alasan, mereka2 ini suka menggunakan kalimah-kalimah Arab seperti “Siyasah Syariiyaah” dsbnya. Tapi, bila diminta memberi penerangan, biasanya mereka tidak dapa sebab hakikatnya, dari sudut Siayasah Syariiah, memberi orang Kristian menggunakan nama Allah lebih menguntungkan Islam dari segi politik.Tulang Besi

No comments:

Post a Comment