Search This Blog

Sunday, October 30, 2016

Geng Toyol Matmat tumpas




Antara barangan curi yang ditemui semula daripada suspek selepas polis menahan sembilan remaja berusia antara 10 dan 14 tahun yang terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Langkawi. FOTO ihsan PDRM


h Osman
am@hmetro.com.my


Langkawi: Polis menumpaskan geng Toyol Matmat selepas menahan sembilan remaja lelaki, dipercayai terbabit tidak kurang empat kes pecah rumah di daerah ini sejak awal tahun ini.

Kumpulan pecah rumah cilik itu dianggotai sembilan remaja lelaki berusia antara 10 dan 14 tahun dengan lima daripadanya masih bersekolah iaitu tiga pelajar sekolah menengah, manakala dua sekolah rendah.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, kumpulan itu diketuai remaja berusia 14 tahun dan semua mereka ditahan pada hari sama kelmarin.

Beliau berkata, pada tangkapan pertama polis menahan tiga remaja lelaki berusia antara 11 dan 14 tahun kerana terbabit dalam kes pecah rumah di Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat di sini.

"Hasil soal siasat ke atas ketiga-tiga suspek mendedahkan beberapa lagi rakan mereka yang masih bebas dan turut aktif melakukan jenayah sama sekitar daerah ini.

"Ekoran itu, polis melancarkan Op Pintu dan berjaya menahan enam lagi remaja berusia 10 dan 13 tahun dengan semuanya mengaku terbabit dalam empat kes pecah rumah," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Che Ghazali berkata, antara barangan curi yang ditemui semula selepas penahanan sembilan remaja terbabit termasuk seunit mesin gergaji, jam tangan, vape, komputer riba, sepasang kasut roda dan dua unit telefon bimbit.

"Soal siasat mendapati semua barangan yang dicuri bernilai RM5,000 itu adalah untuk kegunaan sendiri, manakala ujian saringan air kencing turut mendapati mereka negatif dadah.

"Semua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 4:36 P

Lans koperal maut, motosikal rempuh lori





Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI

Keadaan mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas merempuh bahagian belakang lori di Batu 3, Segari, Seri Manjung kelmarin.

SERI MANJUNG – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori kontena di Batu 3, Segari di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.45 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Firdaus Baharum (gambar kecil), 29, yang bertugas di Balai Polis Segari di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan pulang selepas bermain badminton bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, semasa kejadian, mangsa dari arah Seri Manjung menghala ke Segari.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4OXSTkaSt
Hakcipta terpelihara 

Sahabat karib temui ajal bersama





Oleh EZZUAN AHMAD

Keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki Mohd. Zakaria dan Muhammad Syafiq yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuala Terengganu, Dungun semalam.

DUNGUN – Dua sahabat karib maut dalam satu nahas jalan raya yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 79.8, Jalan Kuala Terengganu berhampiran Sekolah Menengah Sains Dungun, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.55 itu, Mohd. Zakaria Mansor, 21, dan Muhammad Syafiq Shafie, 21, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Du­ngun di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Zaka­ria dipercayai hilang kawalan lalu memasuki ke laluan bertenta­ngan sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4OXSI9V3P
Hakcipta terpelihara 

Sah warga Malaysia ditahan






DUA rakyat Malaysia yang ditangkap minggu lalu dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai untuk sidang akhbar kelmarin. - AFP

JAKARTA – Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam mengesahkan penangkapan dua rakyat Malaysia di Bali kerana didakwa terbabit dalam pengedaran dadah.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak berkuasa Indonesia telah memberi maklumat rasmi mengenai penangkapan kedua-dua rakyat Malaysia terbabit yang berasal dari Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kita mendapat maklumat rasmi yang mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia iaitu seorang pegawai sukan dan seorang penuntut universiti telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali setelah pihak berkuasa Indonesia menemui dadah dalam bagasi milik salah seorang daripada mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

Zahrain berkata, pihak kedutaan telah menghubungi keluarga mereka di Malaysia bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4OXRqCBOm
Hakcipta terpelihara 

Pukul isteri: Pegawai SPRM direman


MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON
29 OKTOBER 2016
Pukul isteri: Pegawai SPRM direman

Pukul isteri: Pegawai SPRM direman Suspek (duduk, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Segamat untuk mendapatkan perintah reman.
SEGAMAT - Mahkamah Majistret Segamat, membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga yang menjadi viral beberapa hari lalu.

Perintah reman empat hari bermula semalam sehingga 1 November depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Segamat, Rasidah Roslee.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 8 malam semalam.

Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan 506 Kanun Keseksaan ugut jenayah serta 18A Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

Akhbar semalam melaporkan seorang isteri memuat naik penderitaannya di laman sosial Facebook mendakwa dicederakan oleh suaminya yang juga merupakan pegawai SPRM yang bertugas di cawangan Segamat di rumah sewanya di Jalan Tahang Rimau, Segamat pada 18 September lalu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan suspek menghilangkan diri serta tidak hadir bertugas sebelum ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka pada jam 8 malam semalam.

Suspek kemudian dilihat dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki sebuah kenderaan polis ke IPD Segamat dengan diiring beberapa anggota polis.

Penjaga tandas ditemui mati dengan kesan tikaman


29 OKTOBER 2016
mayat

mayat
SANDAKAN - Seorang penjaga tandas di Pasar Tani Gum-Gum Batu 16, dekat sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam sebuah bilik di pasar tani itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, terdapat kesan kecederaan pada rusuk kanan mayat mangsa berumur 26 tahun itu yang dipercayai akibat tikaman senjata tajam.

Mayat mangsa ditemui bapanya pada 5.45 pagi, katanya di sini hari ini.

Menurut Zabidi, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu baru tiga bulan bekerja sebagai penjaga tandas di pasar tani berkenaan.

Kebiasaannya mangsa akan balik bersama bapanya apabila selesai tugas namun pada hari kejadian, mangsa tidak berbuat demikian kerana menunggu dan berjumpa dengan seseorang.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Remaja maut dilanggar bas kilang


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 OKTOBER 2016
Remaja maut dilanggar bas kilang

Remaja maut dilanggar bas kilang Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.
GEORGETOWN - Seorang remaja maut selepas tergelincir di bahu jalan sebelum dilanggar sebuah bas kilang di Jalan Paya Terubong, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Nurul Wahida Arzemi, 18, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi tu, mangsa yang berasal dari Taman Tun Sardon, Gelugor itu sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave 100 seorang diri.

“Ketika di tempat kejadian, mangsa yang datang dari arah Paya Terubong menghala ke Relau gagal mengawal motosikalnya lalu tergelincir di bahu jalan yang agak tinggi. Mangsa kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah bas kilang yang datang dari arah sama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. Pemandu bas kilang berusia 57 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Suami isteri samun barang kemas


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 OKTOBER 2016
Suami isteri samun barang kemas

Suami isteri samun barang kemas Chang Keong menunjukkan kenderaan digunakan pasangan suami isteri untuk melarikan diri selepas mencuri di sebuah kedai emas.
IPOH – Seorang ibu hamil bersama suaminya bertindak melarikan dua rantai tangan emas bernilai RM11,000 dalam kejadian curi di sebuah kedai emas di Kampung Rapat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 11.12 pagi itu, suspek seorang wanita berusia 21 tahun pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan di kedai emas berkenaan.

Menurutnya, suspek terbabit kemudiannya meminta pekerja kedai tersebut untuk mengeluarkan dua rantai tangan emas supaya dia dapat mencuba barang kemas berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika pekerja kedai mengambil kalkulator di belakang kaunter, wanita itu segera melarikan diri bersama barang kemas menaiki sebuah kenderaan yang sudah berada di luar premis tersebut,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Beliau berkata, pekerja kedai berusia 22 tahun itu cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal dan terus menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, skuad peronda MPV kemudiannya berjaya menahan kereta tersebut di Jalan Desa Pakatan, Pasir Puteh kira-kira jam 11.30 pagi dan menangkap wanita itu dan suaminya, berusia 36 tahun, bersama rantai tangan emas yang dicuri.

“Siasatan ke atas pasangan suami isteri itu mendapati mereka berasal dari Manjung. Lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pecah rumah

“Selain itu, siasatan ke atas nombor plat yang digunakan ke atas kenderaan suspek didapati palsu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Remaja maut langgar belakang lori sampah


MOHD AZLIM ZAINURY
30 OKTOBER 2016
Remaja maut langgar belakang lori sampah

Remaja maut langgar belakang lori sampah Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang merempuh bahagian belakang lori sampah.
MARANG - Remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang lori sampah yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 17 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Kijing, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa, Afiq Asyraf Noor Hafizin Lot, 16, beralamat dari Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari arah Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori sampah berkenaan.

Rempuhan yang kuat itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Difahamkan mayat anak anggota polis dari IPD Marang itu juga telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dibawa ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan bagi urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali yang mengesahkan menerima laporan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja perempuan maut digilis bas

SABTU, 29 OKTOBER 2016 @ 2:54 PM


 Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

MANGSA, Nurul Wahida Arzemi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan maut apabila motosikal yang ditungganginya digilis bas, di Jalan Paya Terubong, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa, Nurul Wahida Arzemi, 18, menunggang motosikal seorang diri menuju ke arah Relau.

 Bagaimanapun, motosikalnya dikatakan tergelincir ke bahu jalan mengakibatkan sebuah bas di belakang mangsa gagal mengelak lalu menggilis mangsa. Mangsa yang berasal dari Taman Tun Sardon, Gelugor, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207232

Polis Tahan Tiga Lelaki Samun Kedai Di Persiaran Karpal Singh


Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 1:46 PM


GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai di Persiaran Karpal Singh, di sini yang membabitkan kerugian lebih RM25,000 pada Khamis lepas.

Ketua Polis Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata tiga lelaki berusia 20-an itu ditahan secara berasingan di sekitar George Town Jumaat.

"Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis berjaya mengesan seorang daripada mereka di George Town sebelum menahan lelaki itu dan dua lagi rakannya di lokasi berasingan.

"Siasatan awal mendapati mereka terlibat dalam kes berkenaan dan mereka direman lima hari bagi membantu siasatan," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata ekoran penahanan tiga lelaki itu polis merampas pelbagai barangan yang digunakan sewaktu menyamun dan pihaknya sedang mengesan wang tunai serta barangan yang disamun kumpulan tersebut dari kedai berkenaan.

Dalam kejadian Khamis lepas, peniaga kedai berkenaan membuat laporan polis selepas mendapati premis perniagaannya telah dipecah masuk dan menyebabkan kehilangan wang tunai sebanyak RM9,000 bersama beberapa barangan yang dianggar membabitkan kerugian lebih RM25,000.

Sementara itu, di Bukit Mertajam polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 45 tahun dipercayai aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di Jalan Kulim di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah menahan dua lelaki menaiki sebuah motosikal di jalan itu kira-kira pukul 9 malam, tetapi mereka enggan berhenti dan terus memecut sebelum terbabas dan berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan ke atas mereka, polis menemui dadah disyaki heroin seberat 0.30 gram dan satu pisau lipat kira-kira 14.5 sentimeter panjang.
Siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan mereka dilaporkan dicuri sebelum ini," katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu turut positif dadah dan mereka kini direman enam hari bagi membantu siasatan.

Lans koperal maut, motosikal rempuh lori


Keadaan mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas merempuh bahagian belakang lori di Batu 3, Segari, Seri Manjung kelmarin.


SERI MANJUNG – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori kontena di Batu 3, Segari di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.45 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Firdaus Baharum (gambar kecil), 29, yang bertugas di Balai Polis Segari di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan pulang selepas bermain badminton bersama rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, semasa kejadian, mangsa dari arah Seri Manjung menghala ke Segari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4OWTu9MtW 
Hakcipta terpelihara