Search This Blog

Saturday, October 8, 2016

Kereta Rempuh 11 Kenderaan, Tiga Pengunjung Pasar Malam Cedera


Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 2:29 PM

Sebahagian kenderaan yang dirempuh kereta dalam kejadian di pasar malam Ampang Jajar, Jumaat.

BUTTERWORTH: Tiga lelaki cedera termasuk seorang parah manakala tujuh motosikal dan empat kereta rosak selepas dilanggar kereta Perodua Axia yang terbabas di pasar malam Ampang Jajar di Jalan Permatang Pauh di sini, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kereta dipandu seorang lelaki berusia 67 tahun dari Permatang Pauh menghala ke Taman Arowana, telah melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas. 
"Selepas melanggar pejalan kaki berusia 38 tahun itu, kereta berkenaan terbabas sebelum melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan dan seterusnya merempuh tujuh motosikal serta tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan di pasar malam tersebut," katanya di sini, Sabtu. 
Ekoran kejadian itu, katanya, pejalan kaki berkenaan cedera parah di kepala manakala dua lelaki yang berada di atas motosikal yang diletakkan di tepi jalan tersebut turut mengalami kecederaan.
Beliau berkata pemandu kereta Perodua Axia itu turut cedera dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
"Dua lelaki menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala pejalan kaki yang cedera parah di kepala dan badan serta warga emas yang memandu kereta Proton Axia dirawat di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. 
Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati pemandu yang melanggar pejalan kaki dan 11 kenderaan itu tidak mabuk dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar kemalangan berkenaan.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, seorang pengunjung pasar malam itu, Mohd Sharif Abdul Razak, 36, berkata semasa kejadian beliau sedang berjalan ke arah motosikalnya sebelum ternampak kereta tersebut melanggar pejalan kaki sebelum terbabas ke arah tempat letak motosikal di bahu jalan.
"Motosikal saya turut dirempuh dalam kemalangan itu dan rosak teruk tetapi nasib baik saya sempat lari menyelamatkan diri. Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu pejalan kaki dan pemandu kereta Perodua Axia berkenaan," katanya.-- Bernama

Sesak 20 km




Kemalangan yang menyebabkan pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) menghala ke Johor Bahru, menempuh kesesakan sejauh 20 kilometer di Kilometer 221.7, berhampiran kawasan rehat Pedas-Linggi, jam 1 tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba


Nur Saliawati Salberi
nursalia@mediaprima.com.my

Alor Gajah: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) menghala ke Johor Bahru, menempuh kesesakan sejauh 20 kilometer akibat lorong kanan dan tengah terhalang oleh dua lori yang terbalik dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 221.7, berhampiran kawasan rehat Pedas-Linggi,  1 tengah hari tadi.

Sehingga jam 5 petang tadi aliran trafik di lokasi terbabit masih perlahan berikutan sebuah dari lori terbalik belum dialihkan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kejadian turut menyebabkan pemandu dan dua penumpang Perodua Myvi cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di tengah lebuh raya selepas kereta mereka dihimpit lori tangki.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki di lorong kiri hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi lori membawa peralatan jahitan di hadapan.

"Lori membawa peralatan jahitan kemudian terbabas dan terbalik di lorong kanan. Lori tangki itu jugaterbalik hingga menghalang lorong kanan dan tengah," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 6:28 PM

Ajal warga emas dilanggar motosikal



Wanita warga emas maut selepas dilanggar motosikal berhampiran SMK Bukit Jawa, hari ini. FOTO Rokaid Chik



Rokaid Chik
am@hmetro.com.my



Pasir Puteh: Wanita warga emas berusia, 70 tahum meninggal dunia selepas dilanggar motosikal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.40 pagi itu, Mek Nab Mohd Nor yang berjalan  seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini, untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.



Keterangan gambar:

1. Jenazah mangsa yang maut selepas dilanggar motosikal kejadian berhampiran SMK Bukit Jawa, hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:21 PM

Lima beranak tinggal sehelai sepinggang




Anggota bomba memadam kebakaran rumah Mohd Tajuddin. FOTO Nazdy Harun



Nazdy Harun
am@hmetro.com

Hulu Terengganu: Lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Putat di sini, pagi tadi.

Kejadian 11.40 pagi itu turut memusnahkan set sistem pembesar suara yang menjadi punca rezeki keluarga Mohd Tajuddin Abd Manan, 52, sekali gus menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM450,000.

Ketika kejadian keluarga berkenaan berada di premis perniagaan mereka di bandar Kuala Berang dan hanya mengetahui mengenainya menerusi panggilan telefon saudara mereka kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.59 pagi dan enam pegawai bersama anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran itu membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang sudah 80 peratus terbakar dan operasi memadam tamat 1.15 tengah hari.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 6:42 PM

Kes projek infratsruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia


SEBAHAGIAN daripada wang tunai dan barangan kemas yang dipercayai

SEBAHAGIAN daripada wang tunai dan barangan kemas yang dipercayai milik dua pegawai kanan agensi kerajaan negeri Sabah yang dirampas SPRM baru-baru ini.
KOTA KINABALU 8 Okt. - Dua pegawai tinggi sebuah agensi kerajaan di sini, yang ditahan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion, akan membantu SPRM dalam proses memindahkan wang mereka yang disimpan di luar negara ke akaun di Malaysia dalam masa terdekat.
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).
Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan jumlah wang mereka yang terdapat di luar negara.
"Setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan 23 orang berhubung siasatan 'Ops Water'. Seorang daripadanya adalah adik pengarah berkenaan," kata sumber itu.
Pada Selasa, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.
Selain itu, SPRM merampas 127 geran tanah, sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan jenama mewah, jam tangan jenama mewah serta pelbagai jenama dan barang kemas.
Sumber itu berkata SPRM dijangka memanggil pegawai Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sabah untuk menilai hartanah termasuk tanah perumahan, tanah pertanian dan premis komersil di beberapa lokasi di Sabah.
Kereta-kereta mewah yang dirampas daripada pengarah itu didapati dibeli menggunakan nama syarikat adiknya manakala timbalan pengarah pula dikesan membeli sebuah rumah di luar negara.
"SPRM juga sedang menyiasat sebuah syarikat yag menguruskan pengaliran wang milik timbalan pengarah itu," kata sumber itu.
-BERNAMA

Geran Tanah Perumahan, Pertanian, Komersial Antara Dirampas - SPRM


Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 5:41 PM

PETALING JAYA: Geran tanah perumahan, pertanian dan komersial di beberapa lokasi di Sabah merupakan geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dikaitkan dengan kes salah guna projek infrastruktur di negeri itu.
Sebelum ini dilaporkan 127 geran tanah ditemui di rumah timbalan pengarah agensi kerajaan negeri terbabit.
Sumber memberitahu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka  memanggil pegawai daripada Jabatan Tanah dan Ukur negeri untuk menilai harga geran tanah yang dirampas, pada Isnin.
Setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan 23 individu dengan salah seorang daripada mereka adalah adik kepada pengarah jabatan itu bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Menurut sumber, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini kerana SPRM masih dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat sebelum tindakan lanjut.
Pada Jumaat, dilaporkan rampasan pelbagai barang kemas milik dua suspek pengarah dan timbalan pengarah mencecah RM3.64 juta, manakala lapan kereta mewah yang dirampas dianggarkan RM2.7 juta.
“Kereta yang yang dirampas daripada pengarah dibeli menggunakan atas nama syarikat adiknya,” ujar sumber.
Pada Rabu lalu, dilaporkan jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan itu meningkat kepada RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.
Selain wang tunai dan kereta mewah, barang kemas dan jam mewah, turut dirampas adalah 94 beg tangan pelbagai jenama milik isteri kepada salah seorang suspek bernilai kira-kira RM500,000.
Menurut sumber lagi, siasatan turut mendapati timbalan pengarah membeli sebuah rumah di luar negara. 
“SPRM juga sedang menyiasat sebuah syarikat yang menguruskan pengaliran wang milik timbalan pengarah.
“Kedua-dua suspek juga dijangka membantu SPRM dalam proses memindahkan duit yang disimpan di beberapa bank di luar negara ke akaun mereka di Malaysia dalam masa terdekat melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA),” katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Bapa maut jatuh dari bumbung rumah

NOOR AZLIDA ALIMIN

 8 OKTOBER 2016
Bapa maut jatuh dari bumbung rumah

Anak kedua, Mohamad Amirul Aiman, 18, menunjukkan bumbung yang dinaiki arwah bapanya, kelmarin.

RANTAU PANJANG – Seorang bekas penjaja ikan maut selepas terjatuh ketika membaiki bumbung rumahnya di Simpang Tiga Kampung Bagus, jam 11.30 pagi, kelmarin. Isteri, Nurul Asikin Arifin, 40 berkata, angin ribut sejak minggu lalu, menyebabkan mereka terpaksa berdepan dengan masalah ketirisan air hujan.

Walaupun suaminya, Yasin Mohamad, 50, tidak sihat namun Asikin berkata, arwah berkeras mahu membaiki bumbung agar mereka dan anak-anak berasa lebih selesa.

Malah katanya, arwah teruja kerana dua anak mereka yang masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim dan Kejuteraan di Akademi Penerbangan di Kota Bharu, pulang ke rumah sempena cuti semester.

Menurutnya, arwah suaminya yang juga bekas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mahu menghabiskan wang bantuan terakhir yang diterima sebelum dipotong, bulan lalu.

 Maka katanya, dia rela menggantikan bumbung rosak daripada membayar upah tukang yang terlalu mahal. “Pada mulanya, arwah memanjat ke bumbung sementara saya dan anak sulung menghulurkan atap zink dari bawah.

 “Lepas hulur zink terakhir, dia suruh kami meneruskan kerja lain dan membiarkannya seorang diri membaiki rumah berkenaan,” katanya.

Ketika itulah Asikin berkata, mereka mendengar dentuman kuat dari arah dapur dan melihat arwah terjatuh di lantai manakala darah berlumuran di kabinet simen. Asikin berkata, dia meriba arwah dan menyuruh anak-anaknya yang lain meminta pertolongan daripada jiran terdekat.

“Saya ajarnya mengucap, tapi tak lama lepas itu, saya lihat dada arwah turun naik dan menghembus nafas terakhir dalam pangkuan saya,” katanya. Sementara itu, wakil Kelab Usahawan Rantau Panjang, Zamri Idris berkata, peniaga-peniaga di Rantau Panjang bersimpati dengan keadaan yang menimpa Asikin sekeluarga.

“Mereka cekal memelihara enam anak-anak yang berusia 19 hingga empat tahun malah anak-anak tidak menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya dalam akademik,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Asikin, semalam.

Remaja lelaki maut parah di kepala

WARTAWAN SINAR HARIAN
8 OKTOBER 2016

Remaja lelaki maut parah di kepala

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.6 Lebuhraya Persekutuan hala dari arah Shah Alam ke Klang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Aiman Farhan Haslan, 19, cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan dapati mangsa menunggang secara merbahaya dengan melawan arus jalan raya sebelum bertembung penunggang yang ketika itu dari arah Kuala Lumpur ke Klang.
"Mangsa yang cedera itu kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) APJ 1987.       

Remaja perempuan ditahan guna nombor plat palsu


8 OKTOBER 2016

ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu di motosikal miliknya adalah antara dua yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan di sekitar Alor Setar, semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Superintendan Zahari Mohamed berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap 120 motosikal dan 39 kereta di sekitar Jalan Pegawai, Lebuhraya Darul Aman dan Batas Paip.

"Kita telah memeriksa 125 individu dan menahan seorang remaja perempuan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta seorang remaja lelaki berumur 20 tahun kerana menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan," katanya.

Menurut Zahari, operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga  5 pagi itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan melibatkan remaja bawah umur.

"Jumlah saman yang dikeluarkan adalah sebanyak 59 atas kesalahan tidak memiliki lesen, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, mengubah suai motosikal dan menunggang di bawah umur," katanya sambil menambah 10 motosikal dan dua kereta turut disita. - Bernama

Cucu simpan mayat nenek dalam beg plastik



8 OKTOBER 2016
Cucu simpan mayat nenek dalam beg


Lokasi penemuan mayat warga emas.


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang takut hilang tempat tinggal selepas neneknya berusia 85 tahun meninggal dunia sanggup menyimpan mayat wanita itu di dalam beg plastik di dalam rumahnya sejak 5 bulan lalu.
Memetik laporan AFP, Christopher Fuhrer, 30, ditahan atas tuduhan tidak membuat pengembumian dan beberapa caj lain selepas pegawai yang mengendalikan pemeriksaan kebajikan di rumah milik Erika Kraus Breslin menemui mayatnya, menurut polis.
"Dia sukakan dan sayang cucunya itu.
"Antara ramai-ramai cucu yang lain, lelaki berkenaan adalah cucu yang sering disebutnya," kata Toni Binanti, pemilik kedai roti di mana tempat Kraus Breslin bekerja sejak dua dekad lalu.
Pemeriksaan perubatan akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Kraus Breslin, namun polis berkata, kematian wanita itu kelihatan tidak mencurigakan.
"Fuhrer berpindah ke rumah neneknya di kawasan kejiranan Ridgewood beberapa tahun lalu," kata Binati.
Jiran menyifatkan lelaki itu seorang pendiam dan jarang bergaul dengan orang.
Sementara itu, memerik CBSNews, insiden itu disedari selepas anak perempuan wanita itu yang tinggal di luar daerah meminta pihak berkuasa menjeguk ibunya selepas dia gagal menghubunginya sejak lima bulan lalu.
Polis kemudian menemui mayat wanita itu di tingkat atas rumahnya yang dibalut dengan 16 lapisan beg plastik bersama pewangi dan kipas terpasang bagi mengelakan bau busuk.
Menurut sumber polis, suspek memberitahu penyiasat dia risau tidak mempunyai tempat tinggal selepas neneknya itu meninggal dunia.
Suspek kini ditahan dan tidak memberikan sebarang komen.

Wanita kelar anak tiri

Wanita kelar anak tiri


8 OKTOBER 2016 Lokasi kejadian.

Gambar kecil - Reem Al Rashidi


RIYADH - ARAB SAUDI. Polis Wilayah Timur Arab Saudi berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun mati dibunuh oleh ibu tirinya selepas dibawa pulang dari sekolah.
Reem Al Rashidi sepatutnya tamat sesi persekolah di Al Ahsa pada 8.45 pagi namun ibu tirinya itu pergi ke sekolah dan merayu membawanya pulang lebih awal dan memberikan kad pengenalan keluarga bagi meyakinkan pihak sekolah.
Mengikut undang-undang Saudi, murid sekolah hanya dibenarkan meninggalkan sesi persekolahan jika ibu bapa menunjukkan kad pengenalan keluarga untuk membuktikan mereka adalah waris yang sah.
Bagaimanapun, wanita itu memperdayakan pihak sekolah dan berpura-pura dia adalah ibu kandung kepada kanak -kanak itu bagi mendapatkan kebenaran untuk membawa mangsa pulang, lapor Akhbar Sabq dipetik GulfNews.
Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak mengelar leher kanak-kanak itu dengan pisau dan menyebabkan mangsa mati serta-merta.
Susulan serbuan, polis menyerbu masuk ke rumah suspek dan merampas pisau
Polis mengesahkan pembunuhan kejam itu dan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.00 pagi dari seorang warga tempatan melaporkan mengenai pembunuhan itu.
Polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat Reem di sebuah kawasan terbuka berhampiran dengan rumah keluarganya.
Jurucakap polis berkata, pembunuh adalah seorang wanita warga Arab Saudi berumur dalam lingkungan 30 an dan kes ini akan dirujuk kepada pendakwaraya untuk siasatan lanjut.

Dua lori, sebuah kereta kemalangan di Lebuh Raya PLUS


08/10/2016 5:09pm

ALOR GAJAH - Sebuah lori tangki LPG, sebuah lori 'bonded' dan sebuah kereta Perodua Myvi terlibat dalam kemalangan di KM221 Lebuh Raya Utara-Selatan Arah Selatan berhampiran susur keluar Simpang Ampat di sini, hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka menerusi kenyataannya berkata tiga mangsa dapat dikeluarkan daripada kereta Perodua Myvi itu dengan seorang daripadanya parah.
Sebuah jentera bomba dan sebuah lagi jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah diaraah ke tempat kejadian setelah menerima maklumat pada pukul 12.23 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan itu lapan anggota bomba tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan di situ.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira 15 kilometer.
Difahamkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang dalam perjalanan untuk merasmikan program Tunas Belia Bumiputera di Ayer Keroh dekat sini turut tersekat dalam kesesakan itu. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4MUY16qKi 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki warga asing dipenjara 10 tahun miliki senjata

JUMAAT, 7 OKTOBER 2016 @ 3:52 PM



 ‎‎Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

‎SANDAKAN: Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki warga asing atas dua pertuduhan memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh, Aidil Jaafal, 34, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Suhaila Selag.

 Bagi pertuduhan pertama, lelaki warga Filipina itu diperintahkan menjalani penjara selama lima tahun atas kesalahan memiliki sebilah pedang samurai berukuran 70 sentimeter iaitu senjata berjadual yang tidak dibenarkan berada dalam kawalan tertuduh.

 Aidil turut dijatuhkan hukuman penjara lima tahun lagi atas kesalahan memiliki 30 butir peluru senjata berat dan tiga kelopak peluru tanpa sebarang lesen.

 Suhaila mengarahkan kedua-dua hukuman dijalankan secara berasingan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menyerbu rumah dan menahan tertuduh di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, pada jam 1.30 pagi, 20 September lalu.

 Ia susulan penemuan sebilah pedang samurai dan peluru yang disimpan dalam bilik tidur tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Razis Taurati, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199795

MPV rempuh rumah kedai, pemandu maut

JUMAAT, 7 OKTOBER 2016 @ 6:49 PM



Oleh Attirmidzie Rahman bhkb@bh.com.my

ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kampung Galak, Pasir Mas, pagi tadi.

PASIR MAS: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Galak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, pemandu, Wee Pheng Theng, 51, maut di tempat kejadian manakala penumpang, Onn Foo Loon, 44, mengalami cedera di bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nazri A Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 pagi sebelum menghantar sembilan anggotanya dari Balai Bomba Pasir Mas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mengikut saksi kejadian kereta jenis Nissan Grand Livina itu dipercayai dipandu laju dari arah Pasir Mas menuju ke Tanah Merah sebelum gagal dikawal lalu merempuh sebuah rumah kedai berhampiran.

 "Pheng Theng yang memandu MPV itu maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala penumpangnya hanya mengalami kecederaan di bahagian badan," katanya ketika dihubungi. Nazri berkata, bagaimanapun penghuni rumah kedai berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat Pheng Theng dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan seorang lagi mangsa yang tercedera turut dirawat di hospital sama," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199860

Van terbabas, 6 polis parah

JENAYAH SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 12:24 PM



Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

KEADAAN van yang terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar (Jalan Mahameru) di Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai dan lima anggota polis parah selepas van yang mereka naiki terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar (Jalan Mahameru) di sini, pagi tadi.

Mereka adalah sebahagian daripada 14 individu yang mewakili pasukan Bola Tampar Wanita, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk Kejohanan Bola Tampar Wanita, Piala Ketua Polis Negara, yang diadakan di Universiti Malaya (UM), di sini.

Difahamkan, ketika nahas jam 7.20 pagi itu, mereka dalam perjalanan ke UM. Mereka yang parah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Maklumat awal menyatakan, pemandu van dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan jatuh ke lereng bukit berhampiran susur keluar ke Jalan Bangsar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200085

Taufan Matthew: Empat terbunuh di Florida

SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 9:59 AM

 TAUFAN Matthew. - Foto EPA

 MIAMI: Empat kematian pertama dilaporkan akibat Taufan Matthew di Amerika Syarikat ketika ribut kuat itu membadai Florida selepas mengorbankan lebih 400 di Haiti.

Seorang wanita berusia 58 tahun mengalami keadaan degupan jantung terhenti di rumah di Mukim St Lucie di tengah negeri itu tengah malam kelmarin, tetpi angin kencang yang dibawa Matthew menghalang pasukan bomba menyelamatkan beliau.

 "Kami tidak dapat bertindak balas segera dan malangnya wanita itu meninggal dunia," kata jurucakap Bomba St Lucie, Catherine Chaney.

 Pada awal pagi, pasukan penyelamat turut menerima panggilan mengenai warga tua lelaki 82 tahun yang mengalami gejala angin ahmar dan sukar bernafas.

"Sekali lagi, kami tidak dapat pergi ke rumahnya kerana angin kencang," kata Chaney. Lelaki terbabit dibawa ke hospital berhampiran dengan kenderaan peribadi tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pada tengah hari Jumaat, wanita di Volusia keluar untuk memberi makan kepada beberapa haiwan ketika keadaan agak tenang dan terbunuh ditimpa pokok, kata pengurus mukim itu, Jim Dinneen.

Di Mukim Putnam, seorang lagi wanita maut ditimpa pokok yang tumbang di atas treler, kata pejabat sherif, menambah seorang lelaki yang berada dalam treler itu dapat menyelamatkan diri dan cuma cedera ringan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200027

7 pemuda dikhuatiri lemas, bot karam di Bengawan Solo

SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 12:03 PM



 FOTO hiasan.

JAKARTA: Tujuh remaja dikhuatiri maut pada Sabtu, sehari selepas mereka hilang apabila bot yang mereka naiki karam di sungai Bengawan Solo.

 Tiada seorang pun ditemui walaupun operasi menyelamat besar-besaran dilancarkan.

Bot kayu itu membawa 25 pelajar lelaki sekolah agama berasrama menyeberangi sungai Bengawan Solo di Jawa ketika karam pada pagi Jumaat.

 Pegawai berkata, mereka mengesyaki lebihan muatan menyebabkan bot berkenaan tenggelam.

"Mereka sudah hampir sampai ke daratan, kira-kira tujuh meter tetapi remaja itu, mungkin terlalu seronok, beramai-ramai menuju bahagian depan bot, membuatkan ia tidak seimbang," kata pegawai pengurusan bencana tempatan, Suprapto.

Penumpang yang hilang berusia antara 12 dan 19 tahun. Lapan belas penumpang lain selamat, kata Suprapto.

 Ramai penyelamat dikerah mencari di sungai menggunakan bot getah tidak lama selepas kemalangan tetapi tiada seorang pun mangsa yang hilang ditemui setakat ini.

Penyelamat berkata, hujan, air berlumpur dan arus deras menyukarkan usaha itu. Indonesia mempunyai rekod pengangkutan air teruk dan kerap berhadapan kes kemalangan bot. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200081

Taufan Matthew: Angka korban di Haiti meningkat, 842

DUNIA SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 8:46 AM


 KEADAAN bandar di Jeremie, Haiti yang rosak teruk akibat dibadai taufan Matthew. - Foto AP

PORT-AU-PRINCE: Taufan Matthew yang membadai Haiti awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya 842 nyawa pada Jumaat dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal.

Selepas membadai Haiti, taufan itu bergerak ke Florida pada Jumaat dan kini menuju ke pantai Atlantik Amerika Syarikat.

Matthew, taufan paling kuat menjejaskan Amerika sejak Superstorm Sandy melanda timur laut negara itu empat tahun lalu, menyebabkan pemindahan besar-besaran sepanjang pantai Florida menerusi Georgia hingga ke Carolina Selatan dan Carolina Utara.

Presiden Barack Obama menggesa rakyat tidak leka dan mematuhi arahan keselamatan ketika berhadapan ribut berkenaan, yang paling teruk membadai timur laut Florida dalam masa lebih 100 tahun.

 "Saya cuma mahu menekankan kepada semua orang ia masih taufan yang bahaya, kemungkinan kekuatannya bertambah, kehilangan nyawa dan kerosakan teruk pada harta akan berlaku," katanya kepada wartawan selepas taklimat dengan pegawai pengurusan kecemasan.

Matthew membadai semenanjung barat Haiti pada Selasa dengan kelajuan angin 233 kilometer sejam dan membawa bersamanya hujan lebat. Kira-kira 61,500 penduduk berada di pusat perlindungan, kata pegawai, selepas ribut itu membawa ombak besar memusnahkan perkampungan pesisir pantai, sebahagiannya baru dapat dihubungi.

Dengan talian telefon bimbit tidak berfungsi dan jalan raya dinaiki air, bantuan lambat tiba di kawasan paling teruk terjejas di Haiti. Sementara di New York, Matthew menyebabkan 4,500 penerbangan dibatalkan setakat antara Rabu dan Ahad, menurut perkhidmatan FligtAware.

Semua penerbangan ke dan dari Orlando dibatalkan pada Jumaat dan separuh lagi pada Sabtu.

 FlightAware menjangkakan ia akan meningkat. Taman tema terkenal dunia di Orlando seperti Walt Disney World, Universal Studios dan SeaWorld, turut ditutup berikutan ribut berkenaan. - Reuters/AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200009

12 kanak-kanak perempuan diselamatkan daripada sindiket

JENAYAH SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 3:35 PM

Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

 UBAT-UBATAN herba yang dirampas dalam serbuan di Ipoh, pada malam dan awal pagi tadi. - Foto Yahya Zainuddin

 IPOH: Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia dalam serbuan dilakukan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar raya ini, pada malam dan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 11.15 malam dan 1.45 pagi itu, dua suspek lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mengeksploitasi semua kanak-kanak terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dipergunakan sebagai peminta sedekah serta menjual ubat-ubatan herba dan kalendar Islam.

 "Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan itu akan ditempatkan di rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan, manakala dua suspek yang diberkas kini direman selama lima hari bermula hari ini hingga Rabu depan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara barangan dirampas dalam kedua-dua tangkapan 376 botol pelbagai ubat herba dan minyak gel, dua kereta, wang tunai RM2,993 dan sejumlah mata wang Rupiah, dua telefon bimbit, satu buku catatan hasil kutipan diperoleh mangsa setiap hari serta dua pasport.

 Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta AntiPemerdagangan Manusia dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana pemerdagangan kanak-kanak.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200131

Empat sekawan tak sempat curi kereta



Antara peralatan yang disyaki untuk pecah rumah yang dirampas daripada empat suspek. - Foto MOHD ADAM ARININ

Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Empat individu termasuk dua wanita gagal mencuri sebuah kereta di lorong Juara Ikan 2, Sadong Jaya, di sini, berputih mata apabila semua mereka diberkas polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang mendapat maklumat, menjalankan pemeriksaan di lokasi sebelum terserempak dengan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dan dua wanita dalam keadaan mencurigakan pada 12.30 tengah hari.

Selepas hampir sejam membuat pemerhatian, empat suspek itu didapati menghampiri sebuah kereta dan membuka pintu kenderaan.

“Anggota polis menghampiri mereka dan memperkenalkan diri menyebabkan dua lelaki cuba melarikan namun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam kereta dinaiki mereka, polis menemui beberapa peralatan disyaki untuk pecah rumah.

"Semua suspek berusia antara 21 hingga 39 tahun bersama barang rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek memiliki kesalahan lampau membabitkan jenayah curi dan salah guna dadah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 4:13 PM

Perompak 'minta berselfie' dengan mangsa



Keadaan dalam rumah mangsa yang berselerak akibat digeledah perompak. - Foto Ihsan Mangsa



Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hemetro.com.my


Miri: Sekumpulan tiga penjenayah membuat permintaan pelik mahu bergambar dengan pasangan suami isteri yang mereka rompak sebagai kenangan sebelum melarikan diri selepas merompak rumah pasangan itu di Jalan Airport di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi itu, seorang penjenayah terbabit meminta rakannya mengambil gambarnya bersama pasangan suami isteri itu.

Penjenayah terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan parang dan sabit, dipercayai warga Indonesia berikutan dialek percakapan mereka.

Mangsa, Nancy Kong, 32, berkata selepas kumpulan itu menggeledah rumah dan mengambil barangan berharga, mereka mengarahkan dia dan suami, Chew Fook Leyong, 32, duduk manakala salah seorang perompak itu berdiri di belakang mereka.

“Dia mengarahkan rakannya mengambil gambarnya bersama kami.

“Saya bertanya kenapa merakam gambar itu dan dia beritahu, untuk kenangan," katanya kepada Harian Metro selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM40,000 apabila pelbagai barangan berharga, antaranya barang kemas, komputer riba, telefon dan wang tunai dilarikan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 5:36 PM

Anak mangsa bunuh direman



Keadaan dalam apartmen tempat kejadian. - Foto AZHAR RAMLI/MOHD HASBI SIDEK



Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis tahan reman lima hari anak perempuan pemandu teksi yang ditemui mati di bawah tilam di sebuah rumah di Apartmen Danau Kota, petang semalam, kerana disyaki memberi keterangan bercanggah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita berkenaan berusia 30-an, membuat laporan berhubung kejadian sebelum polis ke lokasi dan menemui mayat bapanya dalam sebuah bilik kediaman mereka.

"Berdasarkan keterangan pengadu, dia dikurung dua lelaki selama dua hari bermula Selasa lalu, selepas pulang ke rumah pada 6 petang.

"Wanita itu memujuk salah seorang suspek untuk keluar makan yang kemudian bersetuju membawa pengadu.

“Bagaimanapun, pengadu mendakwa dia melarikan diri menggunakan kereta ketika suspek keluar dari kereta untuk membeli makanan di sebuah restoran di Bukit Jalil dan membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, ketika mahu keluar untuk makan, pengadu mendakwa ternampak kaki bapanya di bawah tilam dan mengesyaki sesuatu terjadi.

"Kami mengesyaki pengadu memberi keterangan yang tidak betul dan dia ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Polis juga sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 5:53 PM

Dua parah kemalangan empat kereta, tujuh motosikal



Kemalangan membabitkan empat kereta dan tujuh motosikal di Pasar Malam Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, malam tadi. FOTO Danial Saad


Azma Razana Johari




am@hmetro.com.my



Bukit Mertajam: Dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan tujuh motosikal di Pasar Malam Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, semua kenderaan berkenaan diparkir di bahu jalan dan di garisan putih tengah jalan, berhampiran pasar malam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki dari arah Permatang Pauh telah melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Beliau berkata, selepas melanggar pejalan kaki berkenaan, kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar tujuh motosikal yang diparkir di tengah jalan.

"Perodua Axia berkenaan turut melanggar kereta lain yang datang dari arah bertentangan sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar duakereta yang diparkir di bahu jalan.

"Selain pejalan kaki dan pemandu kereta Axia yang parah, dua individu lain menaiki kereta yang bertembung dengan Axia cedera ringan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 10:30 AM

Remaja perempuan 15 tahun hilang



Nurul Wafiqah hilang sejak Selasa lalu. FOTO ihsan keluarga


Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Klang: Remaja perempuan, Nurul Wafiqah Mohd Haidzer, 15, dilaporkan hilang selepas selesai sesi persekolahan di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih di sini, sejak Selasa lalu.

Abang remaja itu, Muhammad Wahiduddin, 20, berkata, anak bongsu daripada enam beradik berkenaan sepatutnya pulang ke asrama sekolah terbabit, kira-kira jam 3.30 petang.

"Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat keluar bersama pelajar lain di pintu utama sekolah itu dan menghilangkan diri sehingga kini.

"Kami sekeluarga sudah bertanyakan kepada rakan-rakanya dan saudara mara terdekat namun masih gagal mengesannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Menurutnya, keluarga amat bimbang akan keselamatan Nurul Wafiqah dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi 019-6119268, 019-3465643 atau 018-3997411.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 8:15 PM

Siasat kemungkinan pembabitan orang kenamaan



Antara barang kemas dirampas dalam kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion. FOTO NSTP



Junaidi Ladjana dan Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kemungkinan pembabitan orang kenamaan dalam kes rasuah membabitkan pengarah dan timbalan jabatan kerajaan di Kota Kinabalu membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion.

Sumber berkata, setakat ini, semua 11 yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan kontraktor.

"Ahli keluarga kedua-dua suspek setakat ini belum dipanggil kerana siasatan masih meneliti dokumen kes sebelum memanggil mereka.

"SPRM juga sedang menyiasat pembabitaan orang kenamaan dalam kes ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, SPRM juga masih dalam proses menilai anggaran semua 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 7:48 PM

Bayi derita tertumpah mi segera


Bayi derita tertumpah mi segera

SYAMILAH ZULKIFLI 8 OKTOBER 2016

SEREMBAN -  Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan melecur pada muka, dada dan tangan kanan selepas mi segera yang sedang dimasak di atas dapur, tumpah ke atasnya.
Kejadian berlaku Rabu lalu di Flat Lobak, di sini,  menyebabkan bayi berkenaan, Mohamad Kisli Naqit Mohamad Syukor dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia yang masih dirawat di HKL bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun memerlukan perhatian sepenuhnya.
Menceritakan kejadian, bapa kepada bayi berkenaan, Muhamad Shukor Zulkiflee, 27, berkata, ketika itu, hanya anak buahnya berusia 12 tahun dan Mohamad Kisli Naqit berada di rumah. Manakala isterinya bersama seorang lagi anak mereka berusia enam bulan ke kedai berhampiran.
“Kira-kira jam 8 malam, isteri saya telefon beritahu anak kami melecur teruk dan saya dari tempat kerja bergegas pulang ke rumah.
“Saya diberitahu kejadian itu berlaku selepas Kisli menarik getah tong gas menyebabkan mi segera yang sedang dimasak oleh anak buah saya tumpah ke atasnya,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian membawa anaknya ke HTJ, namun dirujuk ke HKL.
Muhamad Shukor yang bekerja sebagai penjaga kaunter tiket bas sambilan di hentian bas dan teksi Terminal One, di sini  berkata, anaknya kini berada dalam keadaan stabil namun memerlukan perhatian sepenuhnya.
Sementara itu, kejadian berkenaan yang turut dipaparkan dalam media sosial, mendapat perhatian netizen.
Bagaimanapun. ada antara netizen menyalahkan ibu-bapa bayi berkenaan berikutan insiden terbabit.
Namun begitu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Siti meminta netizen supaya tidak lagi memberi tekanan kepada ibu bapa bayi berkenaan.
Dia yang menyebarkan berita kanak-kanak itu sehingga menjadi viral di laman sosial berkata, tujuannya hanya untuk membantu ibu-bapa kanak-kanak terbabit yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos perubatan.
“Tapi saya kesal ada yang seolah-olah menyalahkan ibu bapa bayi tersebut. Mana-mana ibu bapa pun tak mahu kejadian itu berlaku dan jangan persoalkan lagi, paling penting kita bantu mereka.
“Saya difahamkan yang ibu bayi tersebut masih terkejut dengan kejadian itu dan janganlah kita terus menghukum,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Bagi mereka yang berhasrat untuk membantu, boleh hulurkan sumbangan ke akaun RHB 1681-9100-020-70 atas nama Muhamad Shukor Zulkiflee.

Dua penunggang motosikal maut

MOHD TAHA YAACOB 7 OKTOBER 2016
Dua penunggang motosikal maut

 Mayat Ahmad Luqman ditutup oleh orang ramai sebelum di bawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. BESUT - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kejadian berasingan masing-masing  di Bukit Kenak, Jerteh dan Kampung Bekok, Hulu Besut di sini semalam.
Kejadian kira - kira 10.15 malam di Bukit Kenak itu membabitkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering, Ahmad Luqman Hakim  Zailani, 17 yang juga merupakan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula November depan.
Ahmad Luqman maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang keluar daripada kilang padi di Bukit Kenak.
Sebelum kejadian mangsa menghadiri solat hajat sempena menghadapi SPM di sekolahnya yang terletak kira - kira 1 kilometer daripada tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara  itu kata beliau, dalam kemalangan di Kampung Bekok, Bukit Payong pada jam 1.30 petang semalam melibatkan dua buah motosikal yang datang dari arah sama.
"Salah seorang penunggang, Fauzi Mat Ali, 70, disahkan meninggal dunia jam 8.17 malam hari yang sama ketika menerima di Hospital  Besut," katanya.

Tinggalkan nota sebelum ditemui mati tergantung

WARTAWAN SINAR HARIAN
Tinggalkan nota sebelum ditemui mati tergantung

Mangsa ditemui mati tergantung pada dahan pokok berdekatan sungai oleh orang awam.

SEMENYIH – Seorang lelaki ditemui mati tergantung pada dahan pokok oleh orang awam di Sungai Batangsi Kampung Pasir, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, polis turut menemui tiga keping nota dipercayai ditulis mangsa kepada isterinya.
“Kita jumpa kertas putih itu dalam kereta Perodua Myvi milik mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.50 pagi memaklumkan kejadian itu.
“Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui tergantung di dahan pokok di tepi sungai. Pemeriksaan pada tubuhnya tidak menemui kesan kecederaan.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
“Semakan juga mendapati isteri mangsa pernah membuat laporan polis memaklumkan suaminya telah keluar rumah di Kajang Utama dengan menaiki kenderaan itu ,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Wanita jadi mangsa ragut

WARTAWAN SINAR HARIAN

 8 OKTOBER 2016
ragut

TERENGGANU- Seorang lelaki bertindak nekad dengan menghimpit motosikal ditunggangi seorang wanita, sebelum meragut beg galas milik mangsa, dalam kejadian di Jalan Banggol Tuan Muda, Manir, di sini, pada Ahad lalu.
Akibat tindakan itu, mangsa yang berusia 30 tahun kerugian RM320 selain kehilangan beberapa dokumen penting.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.20 malam ketika mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, dari Bukit Besar, di sini.
Jelasnya, sejurus tiba di satu persimpangan, motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.
“Suspek kemudian bertindak meragut beg galas mangsa yang mengandungi beg duit dengan wang tunai RM320 dan beberapa dokumen penting sebelum melarikan diri.
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat suspek melarikan beg galasnya,” katanya.

Penjenayah dikehendaki polis ditembak mati

NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
Penjenayah dikehendaki polis ditembak mati

 MANJUNG - Polis menumpaskan penjenayah yang paling dikehendaki dalam kejadian berbalas tembakan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, suspek dipercayai dikesan sekitar kawasan Jalan Ayer Tawar berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan syabas terhadap kejayaan itu kepada pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
"Syabas JSJ @PDRMMsia Perak jam 3.50 pagi tadi, dalam insiden berbalas tembak tumpaskan penjenayah yang sangat dikehendaki di Manjung Perak," katanya.
Susulan itu, suatu sidang media akan dijalankan di IPK Perak kira-kira jam 1 petang nanti.
Berita akan menyusul.

Lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan

Lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan
Keadaan mayat mangsa yang ditemui di Jalan Batu 3, Jalan Paloh - Yong Peng.

KAMARUL HALIM M KAMAL



 BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak Khamis lalu terungkai apabila mayatnya ditemui dengan kesan tetakan, tengah hari semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Batu 3, Jalan Paloh - Yong Peng, lelaki yang berusia 50 tahun itu, yang berasal dari Taman Pantai berada dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian ketika ditemui.
 Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di lokasi kejadian.
Katanya, daripada siasatan yang dilakukan, tiada kesan pergelutan atau senjata dijumpai di tempat kejadian dan polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan.
"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk dibedah siasat.
"Mangsa sebelum ini pernah dilaporkan hilang oleh isterinya iaitu pada Khamis lalu selepas dikatakan keluar memancing di Tanjung Laboh dan kes berkenaan disiasat mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Remaja putus tangan ditetak, disamun

7 OKTOBER 2016
Remaja putus tangan ditetak, disamun

GEORGETOWN - Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak dalam kejadian samun di hadapan stesen minyak di Bandar Baru Air Itam, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, remaja berusia 18 tahun itu disamun ketika berjalan pulang bersama seorang rakan selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 5 pagi.
"Seorang lelaki bersenjata parang menetak kaki remaja itu dan mangsa dapat melarikan diri tetapi terjatuh sebelum suspek menetak tangan kanan remaja itu hingga putus dan mengambil cincin emas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata rakan mangsa berusia 20 tahun cuba membantunya tetapi diugut akan dicederakan jika masuk campur.
Suspek melarikan diri dengan kereta Proton Perdana manakala remaja berkenaan dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil. - Bernama

Anak direman bantu kes pembunuhan bapa


PDRM

KUALA LUMPUR - Anak perempuan pemandu teksi yang ditemui‎ mati dibalut dengan tilam di Apartment Danau Kota, Setapak, ditahan reman selama lima hari selepas disyaki memberi keterangan yang bercanggah dan meragukan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ejen‎ insuran berusia 30-an itu ditahan kira-kira 2.30 petang semalam selepas memberi keterangan berhubung kejadian itu di Balai Polis Seri Petaling di sini.
"Berdasar keterangan wanita itu dia telah dikurung oleh dua lelaki selepas pulang dari kerja sejak Selasa lepas (4 Oktober) dan salah seorang lelaki itu adalah bekas suaminya seorang warga Pakistan dikenali sebagai Sham.
"Wanita itu memujuk bekas suaminya untuk keluar makan selepas dua hari tidak diberi makan sebelum berjaya meloloskan diri menggunakan kereta ketika suspek keluar untuk membeli makanan di sebuah restoran makanan segera di Seri Petaling sebelum membuat laporan polis," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, menurut wanita itu, beliau tidak mengetahui keadaan bapanya‎ sepanjang ditahan, sehinggalah ternampak kaki bapanya di bawah tilam dalam satu bilik lain yang dipenuhi kesan darah di lantai dan dinding ketika hendak keluar.
"Berdasar keterangan awal pengadu kita dapati keterangan yang diberikan adalah bercanggah dan meragukan," kata Mohamad Roy Suhaimi.
Sehubungan itu, polis memburu dua lelaki termasuk seorang lelaki warga Pakistan, masing-masing berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan laporan penemuan mayat itu kira-kira jam 12.40 tengah hari. - Bernama

Kementerian juga akan siasat rasuah dua pegawai


 Joseph Pairin Kitingan

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diterajuinya akan menyiasat secara menyeluruh dua daripada pegawainya yang disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Beliau berkata, kementerian itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes itu.
Pairin berkata beliau amat terkejut apabila mendengar berita dan gambar penangkapan itu, yang disebarkan di dalam media sosial.
"Saya faham sejumlah RM3.3 bilion projek persekutuan adalah di bawahKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan kementerian di bawah saya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata peruntukan itu disalurkan terus kepada Jabatan Air Sabah sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.
Menurut beliau pemerolehan projek dan pembayaran dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Air Sabah.
"Berikutan perkembangan ini, kementerian saya akan membuat kajian dan mencadangkan satu sistem laporan yang sesuai, yang akan melibatkan kementerian (pembangunan infrastruktur)," katanya.
SPRM dilaporkan merampas RM114.5 juta daripada serbuan di pejabat dan rumah tertuduh.
Dalam sidang akhbar Isnin lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata kes itu merupakan kes rampasan terbesar dalam sejarah SPRM melibatkan penjawat awam. - Bernama

11 individu sudah dipanggil, rampasan kereta RM2.7j


SPRM

SPRM
KOTA KINABALU - Lapan kereta mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki ada kaitan dengan penyelewengan kuasa dalam projek infrastruktur di Sabah, dianggarkan bernilai RM2,737,000.
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata, daripada lapan kereta tersebut, nilai tertinggi ialah RM650,000 manakala yang terendah pula sebanyak RM137,563.
Menurut sumber itu, SPRM sudah mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
"Kesemua individu itu merupakan kakitangan sebuah agensi kerajaan di sini dan kontraktor," tambah sumber itu sambil menambah mereka memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.
Bagaimanapun, sumber berkenaan menyebut anggota keluarga pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan yang menjadi suspek dalam siasatan kes berkenaan, belum dipanggil kerana pasukan penyiasatan masih meneliti dokumen-dokumen berkaitan.
"SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang kenamaan dalam kes ini," kata sumber berkenaan.
Pada masa sama, beliau berkata, SPRM juga masih membuat anggaran nilai 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah agensi kerajaan itu yang semuanya atas namanya dan anggota keluarganya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama