Search This Blog

Thursday, October 6, 2016

SPRM kenal pasti lebih 40 saksi bantu siasatan


NURUL KHALEEDA RASHIKIN
6 OKTOBER 2016

SPRM

SPRM Sebahagian wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50 juta yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dirampas ketika sidang media mengenai kes salahguna kuasa membabitkan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mengenal pasti lebih 40 saksi bagi membantu siasatan dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat.

Sumber SPRM berkata, saksi adalah mereka yang ada kaitan secara langsung dalam proses pemberian kerja-kerja kepada syarikat terlibat.

“Kebanyakan mereka adalah di kalangan kakitangan jabatan itu dan juga kontraktor-kontraktor.

"Selain itu, SPRM telah merakam percakapan enam individu yang dipercayai dapat membantu siasatan.

“Kesemua ahli keluarga suspek memberikan kerjasama mereka dan akan dipanggil kami dalam masa terdekat ini,” katanya.

Selain itu, SPRM juga telah membuka semua tujuh peti besi milik timbalan pengarah itu di beberapa bank di Kota Kinabalu yang mempunyai barangan kemas dan wang tunai.

SPRM dijangka akan memanggil pengusaha kedai pajak gadai esok untuk menilai semua barang kemas yang telah dirampas.

Semalam, SPRM menahan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah kerana memiliki kekayaan luar kemampuan di mana nilai rampasan dianggarkan RM115 juta.

Dua penjawat awam berkenaan memegang jawatan pengarah (J54) dan timbalan pengarah (J52) sebuah agensi kerajaan kira-kira jam 9.15 pagi di pejabat masing-masing di Kota Kinabalu.

Kedua-duanya mereka mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu dipercayai memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil siasatan, SPRM telah merampas wang tunai lebih kurang RM53 juta daripada kedua-dua suspek tersebut.

Ia melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala RM7.2 juta daripada timbalan pengarah tersebut.

Kesemua rampasan itu dibuat di pejabat dan rumah masing-masing.

Susulan penahanan tersebut, SPRM turut menahan dua lagi individu termasuk adik kepada timbalan pengarah terbabit yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun dan akauntannya berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan membantu untuk menyelenggarakan duit yang diperoleh secara rasuah.

“Siasatan mendapati, suspek pertama dipercayai menggunakan lebih 17 buah syarikat milik adik-beradik beliau dan juga proksi untuk menjalankan kegiatannya.

“Manakala untuk suspek kedua pula menggunakan 21 buah syarikat yang terdapat hubungan kekeluargaan dengannya,” katanya lagi.

Dalam kes ini, SPRM akan mendapatkan kerjasama negara lain menerusi 'Mutual Legal Assistance' untuk mendapatkan maklumat berhubung akaun bank yang dimiliki suspek di luar negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC]

Jelas sumber lagi, SPRM masih menilai dan menentukan nilai barang kemas, jam tangan dan geran tanah yang telah disita dalam serbuan semalam.

"Selain itu, anggaran nilaian 94 beg tangan pelbagai jenama yang dirampas milik salah seorang isteri suspek itu bernilai lebih kurang RM500,000.

Taufan Chaba ragut 6 nyawa di Korea Selatan

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 1:26 PM

 ANGGOTA penyelamat mengangkat mangsa banjir berikutan Taufan Chaba yang melanda di Ulsan. - Foto AP

SEOUL: Enam terkorban dan empat lagi hilang apabila Taufan Chaba membadai pantai selatan Korea Selatan dengan angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat.

Ribut ganas berkenaan melepasi selatan semenanjung Korea pada Rabu, melanda pelabuhan Busan, bandar raya kedua terbesar negara itu, dan bandar raya perindustrian Ulsan.

Di Ulsan, seorang lelaki lemas berhampiran pangsapurinya dan seorang wanita ditemui mati di tempat letak kenderaan bawah tanah yang dinaiki air.

Lebih 230,000 rumah seluruh kawasan pesisir pantai mengalami gangguan elektrik, tetapi Korea Electric Power Corp, berkata bekalan dipulihkan menjelang pagi tadi.

 Di Ulsan , lokasi kemudahan pengeluaran utama Hyundai Motor, dua loji pembuatan kereta terpaksa ditutup apabila taufan berkenaan melanda dan satu kekal tidak beroperasi pada Khamis disebabkan kerosakan akibat banjir.

 Video daripada kamera pemantauan awam menunjukkan kereta, peti sejuk dan serpihan lain terapung di jalan raya yang dinaiki air dan penduduk meredah air berlumpur separas dada. Satu lagi rakaman di media sosial menunjukkan ombak besar memecahkan kaca tingkap sebuah kedai dan bumbung rumah kayu terkoyak selepas diterbangkan ke dalam sungai yang melimpah dan dihanyutkan di bawah jambatan rendah.

Ribut itu turut mengganggu persediaan penganjuran pameran filem terbesar Asia, Pesta Filem Antarabangsa Busan, yang dijadualkan dibuka petang ini. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199414

Pukul warga emas, pemilik pusat jagaan ditahan

JENAYAH KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 4:25 PM

Oleh Nor Hayati Zainudin bhnews@bh.com.my

PENGHUNI pusat jagaan warga emas di Taman May Fair, Klebang dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan Cheng di Melaka. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Polis menahan pemilik sebuah pusat jagaan warga emas di Taman May Fair, Klebang, di sini, awal pagi tadi susulan seorang wanita warga emas berusia 70-an dipukul di kepala.

 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata lelaki berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi di pusat jagaan berkenaan.

"Kami menahan lelaki itu bagi membantu siasatan kerana menerima laporan yang mendakwa dia memukul kepala seorang wanita warga emas yang berada di bawah jagaannya.

"Kami masih menunggu perintah tahanan reman daripada mahkamah bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

 Sementara itu, tinjauan BH ke pusat jagaan berkenaan mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sudah memindahkan semua penghuni ke Rumah Seri Kenangan Cheng di sini.

 Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik ketika ditemui berkata, seramai 16 penghuni lelaki dan seorang wanita sudah dipindahkan, manakala seorang lagi penghuni wanita dibawa balik oleh warisnya.

 "Semua penghuni ini akan berada di pusat jagaan sementara selama tiga bulan, sebelum waris mereka dihubungi untuk mengambil semula atau menghantar ke pusat jagaan lain yang sesuai," katanya.

BH kelmarin melaporkan, kerajaan negeri memberi tempoh selama lima hari kepada pemilik pusat jagaan berkenaan untuk menutup operasi susulan kejadian berkenaan.

EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, dilaporkan berkata selain kes itu menjadi viral di media sosial, arahan penutupan juga disebabkan premis terbabit tidak berdaftar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199495

Syarikat jana jualan RM20 juta jual mesin penapis air tanpa lesen diserbu





06/10/2016 6:10pm

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN
KUALA TERENGGANU – Helah sebuah syarikat jualan langsung menjual mesin penapis air tanpa lesen sejak lima tahun lalu terbongkar selepas penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu premis terbabit di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 228 unit mesin penapis air yang dianggarkan bernilai kira-kria RM650,000 telah dirampas oleh pasukan penguat kuasa KPDNKK terbabit.

Pengarahnya, Azlan Abd. Samat berkata, sewaktu serbuan, pengurusan syarikat jualan langsung itu sedang mengadakan taklimat pemasaran terhadap 25 jurujual yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 30-an.

"Siasatan awal menerusi semakan di ibu pejabat KPDNKK Putrajaya mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen jualan langsung.

"Syarikat tersebut yang menjalankan perniagaan menggunakan sistem piramid dipercayai telah beroperasi selama lima tahun di negeri ini dan memperoleh nilai jualan kira-kira RM20 juta sepanjang tempoh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz4MJKJOyim
Hakcipta terpelihara 

38 syarikat keluarga dapat anugerah tender



Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki menunjuk kenderaan mewah yang disita bagi membantu siasatan kes rasuah dua pegawai kanan agensi kerajaan Sabah. - Foto MOHD ADAM ARININ



Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli
am@hmetro.comy
am@hmetro.com,y

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melakukan siasatan lanjut terhadap 38 syarikat dimiliki saudara-mara serta individu dipercayai proksi pengarah dan timbalan pengarah agensi kerajaan yang disyaki terbabit dalam kes rasuah projek kemudahan awam bernilai RM3.3 bilion di Sabah,

Menurut sumber, pengarah agensi kerajaan itu disyaki memberi tender infrastruktur berkenaan kepada lebih 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksinya manakala timbalannya menggunakan 21 syarikat dengan taktik yang sama sejak 2010.


SPRM juga sudah mengenalpasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes itu serta akan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Ada antara mereka terbabit secara langsung dalam dalam proses pemberian tender dan kerja. Ramai daripada mereka adalah pegawai jabatan air dan kontraktor," katanya.

Sehingga kini SPRM sudah menemui wang tunai RM114 juta daripada pengarah dan timbalan pengarah itu serta keluarga mereka selain sejumlah geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama serta aset lain yang belum diketahui nilainya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 5:09 PM

OKU antara 50 penagih dadah ditahan di Besut


5 OKTOBER 2016
OKU antara 50 penagih dadah ditahan di Besut

OKU antara 50 penagih dadah ditahan di Besut Gambar hiasan
BESUT - Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan dua beradik adalah antara 50 penagih dadah yang ditahan dalam Op Tapis Bersepadu selama tiga hari di beberapa kawasan di daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata OKU berusia 27 tahun itu cacat pada tangan kirinya manakala dua beradik yang masing-masing berumur 28 dan 33 tahun, merupakan kakitangan awam.

Menurutnya operasi tersebut membabitkan empat pegawai dan 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut serta lima anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut.

"Siasatan ke atas dua beradik itu mendapati suspek berusia 33 tahun mula terlibat dengan penagihan pil kuda dari awal tahun ini manakala adiknya pula sejak tahun lepas dengan memperoleh bekalan daripada seorang pembekal tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata kesemua 50 suspek berusia antara 18 dan 53 tahun itu ditahan di rumah masing-masing dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Lelaki mengaku salah ugut abang ipar


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 OKTOBER 2016
Lelaki mengaku salah ugut abang ipar

Lelaki mengaku salah ugut abang ipar Muhamad Khairul Azhar dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana menggugut abang iparnya menggunakan parang.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku salah menggugut abang iparnya menggunakan sebilah parang ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Susulan pengakuan salah itu, Muhamad Khairul Azhar Ramli, 28, dari Penghadang Buluh, Chendering, di sini, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.

Keputusan dibuat selepas lelaki itu mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah parang terhadap mangsa yang berusia 32 tahun, sehingga menyebabkan ketakutan di sebuah rumah di Penghadang Buloh, Chendering, di sini, jam 10 pagi, pada 15 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan adik iparnya mengamuk kerana mahu mendapatkan wang.

Pengadu bergegas pulang ke rumah dan mendapati tertuduh sudah pulang dengan membawa motosikal milik abang ipar pengadu.

Dua ahli keluarga itu ke rumah tertuduh bagi mendapatkan semula motosikal tetapi kedatangan mereka disambut dengan balingan parang, selain turut diugut oleh tertuduh.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Cabul: Pemandu lori dipenjara enam bulan


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 OKTOBER 2016
Cabul: Pemandu lori dipenjara enam bulan

Cabul: Pemandu lori dipenjara enam bulan Ahmad Bashar dihukum penjara enam bulan selepas mengaku salah mencabul seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, 27 Ogos lalu.
KUALA TERENGGANU - Padah mencabul seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Keputusan dibuat selepas Ahmad Bashar Awang, 45, mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa.

Dia mengaku salah melakukan perbuatan tersebut di pos pengawal keselamatan di Pangsapuri PPRT Padang Hiliran di Kuala Terengganu pada 27 Ogos lalu, jam 5.15 pagi.

Semasa kejadian, mangsa yang ketika itu sedang menunggu kawannya dihampiri tertuduh yang kemudian bertindak meramas punggung mangsa.

Mangsa yang ketakutan melarikan diri, namun dikejar tertuduh.

Bagaimanapun, mangsa dapat melepaskan diri dan kemudian memberitahu kepada bapa saudaranya tentang kejadian tersebut sebelum membuat laporan polis.

Majistret Abdul Hayyi Salim mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuatkuasa daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Ogos lalu.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Dua mangsa nahas kena cekup


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 OKTOBER 2016
Dua mangsa nahas kena cekup

Dua mangsa nahas kena cekup Dua mangsa yang mengalami kecederaan terbaring di lokasi nahas sebelum dibawa ke hospital.
Dua mangsa nahas kena cekup
JENGKA - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan kepada dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang ditangkap polis selepas terlibat kemalangan di jalan besar Felda Jengka 13, di sini, pagi semalam.

Kedua-dua mereka cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki, dipercayai terbabas dan terbalik ke tebing kanan jalan berdekatan Jengka 24, di sini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, bertindak dari maklumat awam yang melaporkan berkenaan kemalangan dan penemuan pistol pada mangsa kemalangan, polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Polis terima makluman dari Balai Jengka berlaku satu kemalangan di tepi jalan Jengka 24 melibatkan kenderaan Pajero terbabas hingga terbalik. Orang awam telah menjumpai dadah dan sepucuk pistol pada badan mangsa dalam Pajero tersebut. Maklumat tersebut segera disalurkan kepada polis.

“Polis telah merampas sepucuk pistol berwarna hitam tanpa kelopak. Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran membuat pemeriksaan awal dan senjata tersebut disyaki senjata tiruan yang menggunakan peluru ball bearing,” katanya.

Mat Radzi berkata, kedua-dua suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan setelah dibenarkan keluar oleh pihak hospital, mereka dibawa ke IPD Maran untuk siasatan selanjutnya.

Siasatan awal juga mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang di Jerantut.

Sementara itu, insiden yang dimuat naik dalam laman sosial itu menjadi viral dan menggemparkan penduduk susulan pelbagai dakwaan orang ramai mengenai kejadian itu.

Seorang penduduk, Shuib Ishak, 59, berkata, dia berada di rumah ketika dimaklumkan oleh rakan mengenai sebuah kenderaan terbalik dan bergegas ke lokasi kemalangan untuk membantu mangsa.

“Orang ramai tak berani nak tolong sebab nampak beberapa peralatan lain yang mencurigakan. Penduduk hubungi polis dan ambulans sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. Mangsa berusia 28 tahun dari Kampung Hulu Retang Kuala Tembeling, Jerantut turut mempunyai rekod lampau melibatkan enam kes dadah Akta Dadah Berbahaya, dua kes Langkah Pencegahan Khas (Buang Daerah) dan kes khianat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Manakala suspek berusia 21 tahun, tiada rekod lampau.

Jumpa 1 Km dari lokasi hilang




MAYAT mangsa ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Marudu Darat, Kota Marudu. FOTO ihsan Bomba

Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Marudu: Lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai Kampung Langkon Baru, dekat sini, tengah malam tadi, ditemui pagi tadi.

Mayat Herry Long, 28, ditemui penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kota Marudu mengatakan seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai berkenaan.

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian dan terpaksa berjalan sejauh dua kilometer disebabkan tiada jalan masuk untuk sebarang kenderaan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditangguh 2.30 pagi akibat cuaca kurang baik selain faktor keselamatan anggota," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR diteruskan awal pagi tadi sebelum mayat mangsa ditemui jam 9.15 pagi oleh penduduk kampung di kawasan Marudu Darat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 2:17 PM

Sah Koperal Mohd Faizol




GAMBAR Koperal Mohd Faizol yang dikirimkan kepada isterinya sebelum bertolak untuk menyertai operasi di Pulau Perak. FOTO ihsan keluarga



Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


Alor Setar: Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, ditemui pasukan penyelam dari Pasukan Khas Laut (PASKAL), 10.45 pagi tadi.

Mayat ditemui 30 meter dari Pulau Perak dan dihantar ke KD Mahawangsa sebelum dibawa ke PU Butterworth dengan pesawat Fennexc.

"Pengecaman mayat dibuat berdasarkan baju biru dan seluar hitam dipakai oleh mangsa. Mayatnya sudah dibawa ke KD Mahawangsa pada 11.44 pagi tadi sebelum dibawa ke PU Butterworth pada 12.30 tengah hari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi anggota, Koperal Johbartlee Kanil, 32, masih diteruskan.

Mohd Faizol dan rakannya Johbartlee Kanil, anggota Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja berpangkalan di Oran, Perlis, dilapor hilang selepas terjatuh ke dalam laut, Isnin lalu.

Mereka sedang menjalankan tugas di Pulau Perak
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 1:54 PM

Helikopter dibawa keluar SMK Balung




BANGKAI helikopter dibawa keluar dari kawasan SMK Balung. FOTO Norasikin Daineh


Norasikin Daineh
Tawau: Bangkai helikopter Nuri Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas kelmarin, dibawa keluar dari kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung pada 12.45 tengah hari tadi.

Tinjauan Harian Metro mendapati, bangkai pesawat itu dibawa keluar menggunakan treler selepas kerja mengalih bangkai pesawat dilakukan seawal 8 pagi tadi oleh anggota TUDM.

Bagaimanapun, lokasi bangkai pesawat itu dibawa masih tidak diketahui.

Tinjauan pagi tadi di kawasan sekolah mendapati pelajar masih belum dibenarkan ke sekolah berikutan kerja pembersihan dan mengalih pesawat masih dilakukan.

Kerja pembersihan dan pengalihan bangkai pesawat sudah dimulakan sejak semalam supaya sekolah dibuka seperti biasa selain untuk tujuan siasatan mengenai punca insiden helikopter mendarat cemas di kawasan sekolah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 1:34 PM

Mayat tentera hilang ditemui



GAMBAR hiasan


Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


Alor Setar: Mayat seorang daripada dua anggota tentera dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang hilang selepas terjatuh ke laut di Pulau Perak pada Isnin lalu, ditemui pasukan mencari dan menyelamat, 10.45 pagi tadi.

Markas Tentera Darat dalam kenyataan, hari ini memaklumkan mayat ditemui oleh anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam jarak 30 meter dari Pulau Perak.

"Identiti mayat belum dikenal pasti dan dibawa ke KD Mahawangsa dan seterusnya dipindahkan ke Butterworth.

"Waris mangsa sudah dimaklumkan untuk pengecaman mayat," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian 4.40 petang Isnin lalu, dua anggota tentera, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Baling, Kedah yang berpangkalan di Oran, Perlis, dilaporkan terjatuh ketika bertugas di Pulau Perak, 66 batu nautika dari Barat Daya Langkawi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 12:32 PM

Mangsa rempuh selamat dikebumikan




AHLI keluarga arwah menyiram air di pusaranya. FOTO Shamsul Munir Safini


Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Permatang Pauh: Jenazah Mat Rasid Mat Shariff, 67, yang maut selepas rumahnya dirempuh pacuan empat roda, malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Pasir di sini, hari ini.

Jenazah Mat Rasid dituntut ahli keluarganya awal pagi tadi sebelum dimandi serta dikapankan di Hospital Seberang Jaya

Arwah disembahyangkan di Masjid Permatang Pasir sebelum dikebumikan pada 10 pagi tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam tadi, Mat Rasid yang sedang tidur di atas sofa maut selepas rumahnya dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki mabuk.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemandu kereta yang juga seorang lelaki tempatan itu kini ditahan polis bagi tujuan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan:

• Rempuhan maut
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 10:50 AM

Penuntut disamun depan pondok pengawal




PETIKAN ramakan CCTV kejadian samun.

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Dua penuntut kolej swasta kerugian lebih RM2,000 selepas disamun lelaki bersenjatakan parang di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku ketika mangsa wanita berusia 22 tahun sedang memandu kenderaan bersama rakannya, 3.50 pagi itu.

Katanya, ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara, Honda Accord putih berhenti secara mendadak di hadapan kenderaan dinaiki dua wanita itu.

"Kemudian seorang lelaki keluar dari kenderaan berkenaan sambil memegang parang dan menghampiri Produa MyVi dinaiki dua wanita terbabit.

"Namun, mangsa sempat melarikan diri dengan memandu ke sebuah kawasan perumahan di Ara Putra dan menghentikan kenderaan di pondok pengawal selepas dihalang oleh pengawal keselamatan untuk memasuki kawasan perumahan berkenaan.

"Lelaki berkenaan mengekori mereka dan meluru keluar dari kenderaan menghampiri kereta mangsa dan merampas telefon pintar serta beg tangan yang mengadungi wang tunai RM1,000 daripada dua wanita itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, di sini.

Katanya, unit kereta peronda tersererampak dengan kereta suspek di flat Desa Mentari di sini , 5.30 petang semalam. Namun, suspek meninggalkan kereta dan melarikan diri selepas dikejar.

Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek berkenaan dan pihak polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pondok pengawal kawasan perumahan berkenaan, katanya.

"Siasatan lanjut dilakukan mengikut 392/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 12:54 PM

Juruteknik terkena renjatan meninggal dunia


MANGSA menerima rawatan awal semalam. FOTO Ravale Savarinathan


Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my


Teluk Intan : Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang cedera terkena renjatan elektrik ketika melakukan penyelenggaraan, semalam, meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Teluk Intan (HTI) jam 8 pagi tadi.

Jurutere cawangan TNB Teluk Intan, Mohd Zaid Sulaiman, 34, melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan penyelenggaraan di kawasan premis perniagaan di sini dalam kejadian jam 12.18 tengah hari semalam.

Pengurus Besar TNB Perak, Raja Abdul Jalil Raja Zaid ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang membabitkan Pencawang Elektrik Medan Niaga Lagenda, Hutan Melintang dekat sini.

Mangsa yang parah dibawa ke HTI untuk menjalani rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 1:22 PM

Sindikit cop palsu tumpas




ANTARA barang yang dirampas. FOTO ihsan Jabatan Imigresen


Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Jabatan Imigresen Johor menumpaskan sindiket pemalsuan cop pasport dan ‘pasport terbang’ didalangi warga tempatan dalam Ops Serkap di sini, malam tadi.

Kegiatan terbabit terbongkar hasil serbuan Unit Risikan Jabatan Imigresen Johor terhadap kediaman di Jalan Bentara Luar, Polo Park Garden di sini, pada 11.15 malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, kegiatan itu terbongkar hasil risikan dan pemantauan lima hari di kawasan itu.

"Susulan itu lelaki berusia 28 tahun ditangkap bersama pelbagai barangan dirampas.

"Antaranya lima cop rasmi, 21 cop lain, dua cop tarikh, enam stampad besar, tiga stampad kecil, enam pasport, buku nota, beg galas dan botol dakwat," katanya.

Betikutan itu katanya, suspek dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika di sini, untuk disiasat mengikut Seskyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 2:52 PM

Nelayan ditahan ancam tembak anak tiri gara-gara ayam laga


SHARILFUDDIN SAARI  |  06 Oktober 2016 2:07 PM

[VIDEO] Nelayan ditahan ancam tembak anak tiri gara-gara ayam laga

[VIDEO] Nelayan ditahan ancam tembak anak tiri gara-gara ayam laga
Ketua Polis Perlis, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab menunjukkan sepucuk pistol jenis Colt Super .38 yang dirampas dari seorang suspek warga Thailand dalam satu kes pergaduhan di Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis kira-kira pukul lima petang pada 29 September lalu selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perlis hari ini. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli.
KANGAR 6 Okt. - Dek kerana berang dengan bekas anak tirinya yang mendesaknya memulangkan seekor ayam laga, seorang nelayan warga Thailand di Kuala Perlis, mengancam untuk menembak pemuda itu dengan sepucuk pistol pada 29 September lalu.
Dalam kejadian di Kampung Bukit Tok Po, kira-kira pukul 5 petang itu, berlaku pergaduhan antara suspek berusia 46 tahun dan mangsa berusia 22 tahun yang juga bekerja sebagai nelayan.
Berdasarkan siasatan awal, suspek telah mengambil seekor ayam laga milik mangsa tanpa pengetahuannya beberapa hari sebelum kejadian.
Suspek telah berkahwin dengan ibu mangsa selama lapan tahun namun bercerai tiga bulan lalu.
Berikutan aduan diterima, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Kuala Perlis, Inspektor Syahril Anuar Zulkeple telah memberkas suspek di sebuah pelantar bot di Kampung Tanah Baru, tidak jauh dari tempat kejadian.
Suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan sering berulang-alik ke Puju, Thailand dipercayai hendak melarikan diri dengan sebuah bot miliknya.
Berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Colt Super .38 Auto bersama satu kelopak peluru manakala sebutir peluru ditemukan di dalam laras, poket seluar suspek (sebutir) dan tempat kejadian (sebutir).
Hasil soal siasat, suspek mendakwa pistol itu dibeli dengan harga RM1,600 di negara jiran tersebut dan digunakan untuk melindungi diri kerana pernah diserang lanun.
Ketua Polis negeri, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.
Dalam pada itu, Ab. Rashid turut memberitahu, polis kontinjen tersebut yakin dapat melumpuhkan satu kumpulan curi kenderaan dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel haram di Chuping dekat sini, dan sebuah rumah di Sanglang, pada 28 September lalu.
Kata beliau, turut dirampas enam buah kereta termasuk empat daripadanya dilaporkan hilang di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang kesemuanya bernilai hampir RM200,000.
"Pada masa sama, polis memburu lima lagi rakannya bagi membantu siasatan," katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nelayan-ditahan-ancam-tembak-anak-tiri-gara-gara-ayam-laga-1.391385#sthash.I64Sk7va.dpuf

7 warga asing didakwa miliki kad pengenalan palsu


MOHAMAD FAIZAL HASHIM  |  06 Oktober 2016 2:12 PM

JOHOR BAHRU 6 Okt. - Tujuh warga negara Filipina dan Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu serta memiliki kad pengenalan orang orang lain.
mykad palsu

Tertuduh, antara tujuh warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan milik orang lain dan kad pengenalan palsu. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
Kesemua tertuduh faham pertuduhan yang dibacakan dan mengaku salah kesalahan yang dilakukan di Jalan Geharu 11, Taman Masai dekat sini pada 30 September lalu.
Pertuduhan dilakukan di mahkamah berasingan dan dikendalikan oleh majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias dan Salina Omar.
Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd. Fadzly Abdul Razak dan pegawai pendakwaan JPN, Mohd. Ashgar Mohd. Hussain.
Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007). - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/7-warga-asing-didakwa-miliki-kad-pengenalan-palsu-1.391387#sthash.0SIave3J.dpuf

Video Rompakan Bersenjata Jadi Viral


Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 9:31 AM

PETALING JAYA: Dua video seorang wanita didakwa disamun oleh seorang perompak bersenjata di Ara Damansara di sini menjadi viral di media sosial dan aplikasi mesej.
Video berdurasi masing-masing satu minit dan 15 saat, dan 35 saat dengan tarikh dan waktu tertera di sebelah atas kanan rakaman, menunjukkan insiden tersebut berlaku pada pukul 3.40 pagi 5 Oktober.
Ia menunjukkan sebuah kereta Myvi biru di pintu berpalang apabila sebuah kereta putih muncul dan berhenti di belakangnya.
Seorang lelaki berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar pendek kelabu kemudian keluar secara tiba-tiba dari kereta putih sambil membawa parang.
Menerusi satu lagi klip video, penyerang itu dilihat berlari ke arah seseorang dipercayai penumpang yang keluar dari kereta biru itu.
Penyerang itu didakwa dilihat mengelar tangan wanita itu bagi mendapatkan beg.
Dalam pada itu, kereta Myvi berkenaan dilihat secara perlahan memecah pintu palang tersebut.

Taufan Chaba badai Korea Selatan, 5 maut, 5 hilang


6 OKTOBER 2016
 Taufan Chaba badai Korea Selatan, 5 maut, 5 hilang

 Taufan Chaba badai Korea Selatan, 5 maut, 5 hilang
SEOUL - KOREA SELATAN. Sekurang-kurangnya lima maut manakala lima yang lain hilang selepas Taufan Chaba membadai bawah semenanjung Korea semalam, kata kementerian Keselamatan.

Pulau Jeju dan barat daya Busan dan Ulsan antara bandar yang paling teruk terjejas selepas angin kuat dengan kekuatan 47meter per saat dan hujan lebat lebih 600 milimeter membadai negara itu pada Selasa dan tengah hari Rabu.

Menurut Kementerian Keselamatan dan Keselamatan Awam, sebuah kren runtuh berdekatan sebuah tapak pembinaan di Busan dan menyebabkan seorang lelaki beruia 59 tahun terbunuh.

Sementara itu, seorang wanita 90 tahun meninggal dunia selepas ditolak keluar angin kencang ketika berasa di rumahnya di tingkat dua.

Dalam pada itu di Pulau Jeju, seorang krew kapal jatuh ke dalam laut dan hilang di pelabuhan Jeju sementerta di Ulsan, seorang penyelamat kecemasan dihanyutkan banjir.

Memetik The Korea Herald, Kementerian Keselamatan berkata, angka kematian mungkin akan meningkat.

Taufan Matthew akibatkan kemusnahan


6 OKTOBER 2016
Taufan Matthew

Taufan Matthew Sebuah kenderaan membawa penduduk meredah banjir selepas Matthew membadai Port-au-Prince, kelmarin. - Foto: AFP
PORT-AU-PRINCE -  HAITI . Taufan terkuat di Caribbean yang membawa angin kencang berkelajuan 240 kilometer sejam, hujan lebat dan banjir membadai Haiti dan Republik Dominic serta turut meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Ribut Kategori Empat, taufan Matthew itu turut menyebabkan banyak infrastruktur musnah termasuk jambatan menghubungkan kawasan selatan dengan Port-au-Prince dilaporkan runtuh.

Timbalan Datuk Bandar, Marie Claudette Regis Delerme berkata, 70,000 penduduk di Les Cayes terperangkap dalam banjir dan banyak atap rumah diterbangkan angin kencang.

Sementara itu, anggota penyelamat memaklumkan jumlah kematian dijangka meningkat selepas operasi mencari dan menyelamat (Sar) giat dijalankan.

Difahamkan, lebih 9,000 penduduk Haiti diarah berpindah dan ditempatkan di pusat penempatan sementara.

Matthew kini dilaporkan bergerak ke luar pantai timur utara Cuba menuju ke pantai timur Amerika Syarikat termasuk Florida, Georgia, South Carolina dan North Carolina di mana amaran kecemasan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta penduduk di beberapa kawasan dipindahkan segera. - Agensi

Gagal selamatkan bayi, doktor dibunuh


ONG BOON TECK
6 OKTOBER 2016
Gagal selamatkan bayi, doktor dibunuh

Gagal selamatkan bayi, doktor dibunuh
SEORANG doktor mati ditetak setelah didakwa gagal menyelamatkan seorang bayi di Shangtong, China, lapor Sin Chew Jit Poh.

Difahamkan, bayi perempuan berkenaan yang selamat ketika dilahirkan mengalami penyakit serius sehingga sukar diubati.

Setelah berbincang dengan ahli keluarga bayi, pihak hospital mengambil keputusan untuk tidak meneruskan usaha menyelamatkan bayi yang baru lahir beberapa hari itu.

Akibat tiada pampasan diberikan, ayah bayi itu pergi ke hospital dengan membawa sebilah parang untuk membunuh doktor yang gagal menyelamatkan anaknya itu.

Ketika kejadian, doktor terbabit, dikenali sebagai Chen berada di pejabatnya di tingkat lima dalam bangunan hospital. Dia telah ditetak di bahagian kepala dan disahkan mati selepas beberapa jam kemudian.

Pelajar hilang dari sekolah ditemui di rumah rakan

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 11:27 AM

Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

BATU PAHAT: Pelajar perempuan tingkatan satu yang hilang lebih 17 jam selepas dihantar kakaknya ke sekolah di Simpang Lima, dekat sini, pagi semalam, ditemui di rumah rakannya, awal pagi tadi.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali memaklumkan BH bahawa pelajar berusia 13 tahun itu ditemui di Tongkang Pechah, dekat sini, jam 4.30 pagi tadi dengan bantuan pengguna media sosial yang prihatin.

Kehilangan pelajar itu mula viral di laman sosial lewat malam tadi selepas ahli keluarganya meminta bantuan masyarakat mengesan pelajar berkenaan yang tiba-tiba hilang dan gagal dikesan.

 Menerusi maklumat yang dimuatkan ahli keluarganya di laman sosial, pelajar terbabit kali terakhir dihantar ke sekolah berkenaan oleh kakaknya pada jam 11 pagi dengan memakai baju kokurikulum sekolah.

 Difahamkan, keluarga pelajar berkenaan mulai panik apabila dia tidak muncul keluar dari kawasan sekolah seperti biasa ketika waktu persekolahan tamat jam 6.45 petang semalam.

 Ahli keluarganya turut berjumpa pihak sekolah yang mengesahkan pelajar berkenaan tidak menghadiri kelas semalam dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah menunjukkan pelajar itu keluar semula dari kawasan sekolah tidak lama selepas kakaknya menghantarnya.

 Mereka bagaimanapun tidak dapat memberikan maklum balas lanjut kerana kes itu sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

"Alhamdulillah, adik perempuan kami berjaya ditemui dengan bantuan pengguna media sosial yang amat prihatin kerana menghubungi keluarga kami sebaik mengesan kelibat dia di kawasan Tongkang Pechah awal pagi tadi," katanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan kes berkenaan dan menyatakan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199365

Empat pendatang maut akibat sesak nafas dalam trak

DUNIA KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 9:29 AM

XALAPA: Empat pendatang meninggal dunia akibat asfiksia dan kekurangan air ketika dalam perjalanan ke Amerika Syarikat dalam sebuah trak dipenuhi kira-kira 50 pendatang Amerika Tengah dan seorang dari Ecuador dalam kejadian di timur Mexico, kata pegawai pada Rabu. Mangsa tidak minum atau makan selama 48 jam apabila ditinggalkan empat penyeludup di jalan raya di Novara di negeri Veracruz, pada Selasa, kata Institut Migrasi Kebangsaan.

 Pendatang itu termasuk 53 rakyat Guatemala, seorang warga El Salvador dan seorang Ecuador yang membayar AS$900 (RM3,721) setiap seorang untuk mengikuti perjalanan dalam trak pejabat pos palsu Mexico.

 Trak itu Walaupun mereka merayu meminta bantuan, penyeludup enggan berhenti sehingga diberitahu empat meninggal dunia, menurut kenyataan.

Sepuluh rakyat Guatemala masih berada di hospital. Enam kanak-kanak ialah antara pendatang itu dan dibawa ke pejabat perkhidmatan sosial tempatan.

Laporan polis menyebut pendatang mula menendang bahagian sisi trak kerana tidak boleh bernafas dengan baik. Penyeludup menghentikan kenderaan dan memukul pendatang sebelum meninggalkan mereka, menurut laporan.

 Mexico melancarkan kempen membanteras pendatang haram di selatan sempadannya pada 2014 selepas Amerika Syarikat mengisytiharkan krisis kemanusiaan disebabkan kebanjiran ramai kanak-kanak tidak diiringi penjaga dari Amerika Tengah. - AFP

GAMBAR hiasan, trak yang membawa pendatang di sempadan Mexico. - Foto drivetosouthamerica.com  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199333

Remaja Arab Saudi ditahan goda wanita AS secara online

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 11:09 AM

ABU Sin (kanan) dan Christina Crockett.

RIYADH: Kemasyhuran diperoleh remaja Arab Saudi apabila berhubung dengan wanita Amerika Syarikat secara online memakan diri selepas dia ditangkap berhubung kebimbangan tindakan itu melanggar peraturan negara berkenaan.

Remaja itu, dikenali dengan nama di online 'Abu Sin', merujuk kepada keadaan giginya, hampir tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualannya dengan Christina Crockett, 21, dari California yang tidak tahu berbahasa Arab.

Bagaimanapun, mereka mampu menghasilkan video yang menunjukkan kedua-duanya saling tertarik antara satu sama lain.

Paparan kedua-duanya cuba berkomunikasi menarik jutaan penonton di Arab Saudi dan luar negara.

Berikutan itu, Abu Sin, kini popular di laman YouNow, menerima hampir 6.5 juta tontonan. Dalam salah satu video mereka yang mendapat tontonan paling ramai di YouNow, Abu Sin, memberitahu Crockett: "Saya rakyat Arab Saudi."

Sementara Crockett tersenyum dan menjawab sambil menyelak rambut perangnya: "Itu menarik, saya rakyat Amerika Syarikat.

" Sepanjang perbualan, Abu Sin, kadang-kadang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Arab, 'Apa yang dia katakan!?'

Kelihatan gementar dan seronok, Abu Sin kemudian mengucapkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang diketahuinya, menyatakan: "Saya juga cintakan awak. Saya juga cintakan awak. Saya juga cintakan awak." Crockett membalas:

"Saya tidak tahu apa yang awak katakan, tetapi saya benar-benar cintakan awak." Perbualan itu menjadi perhatian di Arab Saudi yang menyaksikan jarang sekali wanita dan lelaki bukan mahram saling berjumpa antara satu sama lain.

Walaupun perbualan jelas tidak menjejaskan apa-apa, media Arab Saudi melaporkan remaja itu ditahan lewat bulan lalu kerana 'tindak tanduk tidak beretika' disebabkan video berkenaan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199359

Pengarah JKR Melaka didakwa lagi





06/10/2016 11:41am

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM4 juta, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 56 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjunlah RM1,984,797,08 di akaun Amanah Saham Wawasan 2020 yang mana wang tersebut merupakan hasil aktiviti haram.

Pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan memiliki wang berjumlah RM2,135,634,13 di akaun Amanah Saham Didik.

Tertuduh melakukan kesalahan itu ditempat sama di Amanah Saham Nasional Berhad Menara PNB, 201-A Jalan Tun Razak di sini masing-masing pada 1 September tahun lalu dan 2 Julai lalu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Raya Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam bela Azrul Zulkifli Stork. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz4MH7r8GtR
Hakcipta terpelihara 

Perompak tersungkur





Mohamad Roy menunjukkan 87 botol perisa vape yang ditemui dalam beg di PPR Ayer Panas, Setapak.


Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pertama kali berlaku apabila tiga penjenayah merompak dan melarikan 426 botol cecair perisa vape dari sebuah premis di Taman Sri Rampai di sini, April lalu.

Bagaimanapun penjenayah terbabit akhirnya dijejaki dan diberkas polis jam 10.30 malam Isnin lalu, hasil serbuan di sebuah unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini.

Pemeriksaan lanjut polis di dalam rumah itu menemui sebuah beg galas disembunyikan di bawah katil mengandungi 87 botol perisa vape.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, semua lelaki berusia 23 dan 26 tahun itu dikesan memecah masuk sebuah kedai menjual peralatan menghisap rokok elektronik pada jam 5.50 pagi, 23 April lalu.

Menurutnya, terdapat seorang pekerja lelaki warga Myanmar tidur di dalam premis ketika kejadian.

“Seorang suspek memukul pekerja itu sebelum merampas telefon pintarnya manakala seorang lagi suspek merampas peralatan dan ratusan botol perisa vape.

“Pekerja lelaki itu melihat dua suspek melarikan diri menggunakan dua motosikal model Yamaha LC135 berwarna putih dan Yamaha 125Z berwarna merah bersama dua lagi suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, semalam.

Katanya, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah dan memiliki senjata.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 8 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 6:09 AM

Dua maut rempuh treler muatan getah





Jeli: Dua maut termasuk seorang warga emas apabila kereta dinaiki merempuh belakang treler muatan getah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 92, Jalan Ayer Lanas di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, Siti Norasmad Salsabila Jusoh, 24, yang duduk di sebelah kiri tempat duduk belakang dan penumpang hadapan, Zakaria Maliki, 75, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Tiga lagi mangsa yang cedera pemandu kereta dikenali Mohd Rasadi, 45, Siti Aminah Mat, 56, dan Hafizah Ibrahim, 55, dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, ketika kejadian semua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Jeli.

Katanya, bagaimanapun apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa merempuh belakang treler yang berhenti di bahu jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan dua mangsa maut manakala tiga lagi cedera,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 7:50 AM

Pelajar temukan bayi menggigil kesejukan


06 Oktober 2016 1:02 AM

SIBU 5 Okt. – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan dalam keadaan kesejukan di tepi jalan berhampiran tong sampah di Jalan Lai Chee, di sini hari ini.

BAYI lelaki yang ditemui di Jalan Lai Chee, Sibu, semalam.
Bayi seberat 2.34 kilogram dan cukup sifat itu dijumpai oleh sekumpulan pelajar dalam perjalanan pergi ke sekolah kira-kira pukul 6 pagi sebelum mereka memaklumkan perkara tersebut kepada penghuni kediaman berhampiran lokasi kejadian.
Seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Catherine, 27, memberitahu, dia bergegas ke kawasan tong sampah di depan rumahnya, sebaik sahaja dimaklumkan oleh pelajar terbabit tentang penemuan bayi tersebut.
“Tiba di situ, memang benar ada bayi masih hidup dibuang berhampiran tong sampah. Bayi tanpa seurat benang dan masih bertali pusat itu dalam keadaan menggigil akibat kesejukan.
“Saya terus membawa bayi itu masuk ke dalam rumah dan membalutnya dengan kain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Catherine, dia kemudian memandikan bayi itu dengan air suam dan menyusukannya sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut.
Katanya, bayi terbabit berhenti menangis sebaik sahaja diberi susu.
Tambahnya, sebagai ibu kepada tiga anak, dia tidak berasa kekok menjaga bayi tersebut dan me­ngakui tersentuh hati melihat nasib malang menimpa bayi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi tersebut.
“Bayi itu dihantar dengan ambulans ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut. Setakat ini, dia dilaporkan berada dalam keadaan baik.
“Kejadian ini merupakan kes buang bayi pertama dilaporkan di Sibu pada tahun ini dan polis menyiasatnya di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memberitahu usaha mengesan individu bertanggungjawab melakukan jenayah itu sedang giat dijalankan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pelajar-temukan-bayi-menggigil-kesejukan-1.391188#sthash.58jZDkPq.dpuf

Warga emas maut dilanggar ketika tonton televisyen


MOHD AZELI ALI  |  06 Oktober 2016 7:38 AM
1

PERMATANG PAUH 6 Okt. - Seorang lelaki warga emas yang sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Permatang Pasir dekat sini maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa dikatakan sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut sambil menonton televisyen selepas solat Isyak.
Kenderaan yang dipercayai dipandu laju tersebut dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum terbabas dan merempuh dinding rumah itu.
Pemandu SUV berkenaan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/warga-emas-maut-dilanggar-ketika-tonton-televisyen-1.391257#sthash.DkkWYTTk.dpuf

Wanita Indonesia racun rakan berhadapan hukuman penjara

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 1:28 AM

WONGSO melakukan pembunuhan dirancang namun enggan mengaku atau menyatakan kekesalannya. - Foto EPA

JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia mencadangkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang wanita tempatan yang didakwa membunuh rakan sekelasnya di sebuah kolej Australia. Bekas penduduk Australia, Jessica Kumala Wongso, dituduh meracun Wayan Mirna Salihin, rakan sekelasnya di Billy Blue College of Design di Sydney, yang meninggal dunia 6 Januari lalu selepas minum kopi dipesan defendan di sebuah kafe di sini. Wongso menafikan melakukan pembunuhan itu. Pendakwa raya memberitahu mahkamah semalam, Wongso melakukan pembunuhan dirancang namun enggan mengaku atau menyatakan kekesalannya. Sejumlah 46 saksi termasuk bapa mangsa, suami dan saudara kembarnya serta kakitangan kafe dan pakar memberi keterangan dalam perbicaraan itu, bermula 15 Jun lalu di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199294

Kereta rempuh rumah, warga emas maut

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 2:14 AM

Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas maut apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh rumahnya di Kampung Permatang Pasir, dekat Sungai Dua, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketika kejadian, mangsa sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumahnya sambil menonton televisyen selepas solat Isyak, sebelum rumahnya yang terletak di tepi jalan itu dirempuh kenderaan Suzuki Vitara. Menurut sumber, kenderaan yang dipercayai dipandu laju itu berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah mangsa. Pemandu Suzuki Vitara berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

KEADAAN Suzuki Vitara yang merempuh rumah mangsa. - Foto Amir Irsyad Omar


KEJADIAN kira-kira jam 10.45 malam tadi. - Foto Amir Irsyad Omar


KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang dirempuh Suzuki Vitara. - Foto Amir Irsyad Omar

KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang dirempuh Suzuki Vitara. - Foto Amir Irsyad Omar «»  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199300

Lihat tedung bertarung




Ular tedung yang ditangkap. FOTO ihsan APM Kedah


Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my

Alor Setar: Penghantar pizza tergamam melihat dua ular tedung bertarung di kawasan lapang di belakang rumahnya di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, di sini, 3.30 petang tadi.

Kemunculan dua reptilia berbisa sepanjang empat meter itu mulanya disedari oleh kakaknya yang menjerit meminta tolong ketika mahu mengambil wuduk di paip air di luar rumah.

Nazrin Ahmad, 27, berkata, dia sedang mandi ketika itu apabila kakaknya, Nor Azah Ahmad, 40, secara tiba-tiba menjerit meminta tolong sambil masuk ke dalam rumah.

"Saya yang baru selesai mandi terkejut dengan jeritan kakak kerana menyangka dia terjatuh sebelum diberitahu ada dua ular berlawan di belakang rumahya ketika dihubungi oleh Harian Metro, sebentar tadi.

Nazrin berkata, dia pergi memeriksa dan mendapati dua ular tedung bertarung berhampiran kawasan semak di belakang rumahnya.

Katanya, bimbang kejadian buruk berlaku dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)negeri untuk bantuan menangkap ular berkenaan.

"Apabila memeriksa semula di belakang rumah, didapati seekor ular cedera dan melarikan diri ke semak, manakala seekor lagi berlegar di belakang rumah," katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kota Setar, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Zain Bahrum berkata, sebaik menerima maklumat pada jam, 3.42 petang, enam anggota APM termasuk seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian untuk menangkap ular itu.

"Usaha menangkap dibuat berhati-hati kerana reptilia itu dikesan cuba merayap semula ke dalam semak berhampiran manakala seekor sudah hilang.

"Ular itu akhirnya berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 9:50 PM

Dua remaja perempuan hilang





Nurul Husna seorang daripada dua pelajar yang hilang. FOTO ihsan pembaca


Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


Melaka: Dua remaja perempuan 14 tahun juga pelajar yang tinggal di asrama madrasah tahfiz al-Quran di Batu Berendam, di sini, dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Difahamkan kehilangan kedua-dua pelajar perempuan itu disedari kakitangan madrasah selepas mendapati mereka tidak menghadiri kelas pada pagi hari berkenaan.

Mohd Rehan Hasan, 54, bapa Nurul Husna, seorang daripada pelajar yang hilang berkata, anaknya tinggal di asrama itu sejak tujuh bulan lalu selepas di hantar untuk mengikuti pengajian di madrasah terbabit.

"Saya tahu perkara ini selepas dihubungi pihak madrasah, kakitangan terbabit memaklumkan mereka sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak saya dan seorang lagi pelajar.

"Kini saya sedang menunggu perkembangan lanjut daripada pihak madrasah, saya tidak menolak kemungkinan Nurul Husna, mengikut rakannya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Risau dengan keselamatan anaknya dia meminta bantuan daripada orang ramai yang melihat atau tahu lokasi kedua-dua remaja terbabit supaya menghubungi di talian 016-2211397, 0166712437 atau 019-2717314.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 10:03 PM

Taufan Matthew ragut 9 nyawa




PENDUDUK berjalan melintasi sampah sarap di Port-au-Prince, Haiti.

SEORANG lelaki meredah banjir di Fonds Parisiens, barat Haiti. Banjir berlaku selepas taufan Matthew membadai negara itu lewat kelmarin.
prevnext

Agensi
Port-au-Prince (Haiti): Taufan Matthew, ribut paling buruk Carribean sepanjang 10 tahun lalu dilapor menghala ke Bahamas semalam selepas menyebabkan kematian sembilan orang ketika ia membadai Haiti dan Cuba.

Jauh di utara, pemindahan pertama diarahkan di Amerika Syarikat ketika penduduk di kawasan pantai bersiap sedia untuk menghadapi taufan itu yang dijangka melanda pantai timur negara itu beberapa hari lagi.

Di Haiti, banjir teruk dan angin kencang menyebabkan kemusnahan besar di negara paling buruk di benua Amerika itu.

Pegawai masih gagal untuk berhubung dengan penduduk di selatan negara itu selepas hubungan telekomunikasi terputus.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila sebuah jambatan runtuh menyebabkan satu-satunya hubungan jalan raya menghubungkan Port-au-Prince dengan wilayah selatan terputus.

Setakat ini, jumlah kematian masih sembilan - lima di Haiti dan empat di Republik Dominica. Ia bagaimanapun dijangka meningkat dengan taufan itu menghala ke utara.

Penilaian terhadap kerosakan di Haiti, tidak termasuk di daerah Grande Anse, yang menjadi sasaran tepat taufan itu menunjukkan 14,500 orang kehilangan tempat tinggal.

Jumlah itu juga dijangka meningkat apabila hubungan disambung semula di kawasan yang terputus.

Di Cuba, Matthew membadai bahagian timur negara itu petang kelmarin (waktu tempatan).

Taufan itu kemudian menghala ke timur laut pulau itu dan menuju ke utara dengan kelajuan 17 kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

“Angin kencang dan hujan lebat kini melanda di Bahamas, lapor pusat berkenaan.

Pihak berkuasa Florida, Carolina Selatan, Carolina Utara dan Georgia sudah mengisytiharkan darurat bagi menghadapi taufan itu.

Kira-kira 1.1 juta penduduk di Carolina Selatan sudah diarah berpindah dari kawasan pantai. Mereka dibawa ke sekurang-kurangnya 160 kilometer jauh ke darat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 7:58 AM

Rampas wang tunai RM112 juta




ANTARA barang yang dirampas SPRM. FOTO Mohd Adam Arinin



Ardyhansah Amat dan Mohd Ruzaini Zulkepli
ardyhansah@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta, sembilan kereta mewah, barangan kemas, geran tanah dan beberapa barangan lain susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di Kota Kinabalu, semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, semua wang dan barangan terbabit ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek.


"Daripada RM112 juta wang tunai itu, RM52 juta disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek manakala selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka.

"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54, dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Turut dirampas 97 geran tanah milik seorang daripada pegawai kerajaan berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 5:51 PM

Wanita tidur dengan mayat didakwa





Oleh AQMAR ALLADAD

MEI YEN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam selepas didakwa menyebabkan kematian anak sendiri dan menagih dadah.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang tidur bersama mayat ahli keluarganya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kematian anak sendiri dan mengambil dadah jenis syabu.

Tertuduh Kaw Mei Yen, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang ibu kepada Cheah Kai Wen, berumur tujuh bulan, didakwa mengabaikan bayinya sehingga menyebabkan mangsa mati.

Mei Yen yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu di Blok 3C1-2-11 Apartment Nova 2, Taman Sri Sinar, Kepong, Sentul di sini antara 26 Julai hingga 19 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak me­lebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, ujian air kencing Mei Yen didapati positif mengambil syabu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 5, Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul pada pukul 2 petang, 28 September lalu.

Bagi kesalahan itu, Mei Yen didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4MG4uMtaU
Hakcipta terpelihara 

Sembunyi wang rasuah RM112 juta





Oleh MUSTAPA LAKAWA

Azam (tiga dari kanan) menunjukkan wang tunai dan barangan lain yang dirampas daripada dua pegawai kerajaan pada sidang akhbar di pejabat SPRM di Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam merampas wang sebanyak RM112 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini yang disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Turut ditahan dalam operasi khas SPRM yang dimulakan sejak tahun lalu ialah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun dan seorang akauntan berusia 50 tahun.

Datuk dan akauntan itu disyaki mempunyai kaitan dengan pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan timbalan pe­ngarah yang ditangkap.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, daripada keseluruhan wang RM112 juta itu, RM52 juta wang tunai disita di pejabat serta rumah pe­ngarah dan timbalan pengarah terbabit manakala baki RM60 juta lagi dirampas daripada akaun bank mereka.

“SPRM menemui wang tunai sebanyak RM45 juta milik pengarah berusia 54 tahun manakala RM7 juta lagi milik timbalan pengarah yang berusia 51 tahun.

“Kesemua rampasan wang tunai RM52 juta itu ditemui di rumah dan pejabat kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu,” kata beliau di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4MG4brLFL
Hakcipta terpelihara 

Aset tersembunyi RM1.1 trilion






REUTERS - ORANG ramai mengunjungi kaunter program pengampunan cukai di ibu pejabat percukaian di Jakarta, Indonesia pada 30 September lalu.

JAKARTA – Indonesia memuji program pengampunan cukainya sebagai kejayaan besar selepas mengumpulkan 97.2 trilion rupiah (RM30.6 bilion) dalam tempoh beberapa bulan pertama, namun semakin ramai mengkritik skim kontroversi itu kerana membiarkan golongan paling kaya bebas walaupun tidak membayar cukai.

Pihak berkuasa melaksanakan program pengampunan atau amnesti itu pada Julai lalu supaya rakyat Indonesia mengisytiharkan aset tersembunyi masing-masing.

Sebagai balasan, mereka ha­nya dikenakan penalti jauh lebih rendah berbanding cukai sedia ada.

Fasa pertama skim pengampunan tersebut ditutup minggu lalu dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Rakyat yang membuat perisytiharan aset cuma perlu membayar penalti dua peratus daripada kekayaan mereka.

Menurut kementerian kewangan, lebih 350,000 orang mengisytiharkan aset tersembunyi masing-masing berjumlah 3,260 trilion rupiah (RM1.1 trilion) dengan nilai penalti mencecah 97.2 trilion rupiah.

Presiden Joko Widodo kini terdesak untuk mendapatkan wang tambahan bagi membangunkan ekonomi terbesar Asia Tenggara itu selepas dua tahun berkuasa.

Usaha beliau mengubah ke­lembapan ekonomi Indonesia sebelum ini dilihat kurang berjaya.

Pemerintah berharap program itu dapat mengembalikan dana mencecah puluhan bilion dolar yang disimpan di luar negara terutamanya di negara jiran, Singapura.

Selain itu, Jakarta juga berharap inisiatif sama dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk membayar cukai. Di Indonesia, cuma 10 peratus daripada 250 juta penduduknya merupakan pembayar cukai berdaftar.

Antara taikun perniagaan yang menyertai program pengampunan itu termasuk Tommy Suharto yang merupakan anak lelaki bekas diktator Indonesia, Suharto dan bos konglomerat Lippo Group, James Riady.

Pengampunan cukai tersebut bagaimanapun mendapat tentangan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia. NGO-NGO tempatan mendakwa golongan kaya di negara itu dilabel sebagai wira walaupun apa yang mereka lakukan hanyalah membayar cukai yang sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab masing-masing.

“Imej yang dipaparkan adalah mereka yang mengambil bahagian dalam program ini merupakan wira yang membantu membangunkan negara.

“Sedangkan kita semua tahu bahawa hanya mereka yang tidak membayar cukai akan menyertainya,” kata aktivis NGO tempatan, Firdaus Illyas.

Inisiatif tersebut akan berakhir pada Mac tahun depan. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4MG3PVpeX
Hakcipta terpelihara