Search This Blog

Tuesday, October 4, 2016

Pelajar Tingkatan 4 maut dirempuh lori

UTARA SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 1:32 PM


Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi bhnews@bh.com.my

NUR Syafiqah Mohamad Salin maut selepas motosikal jenis SYM E Bonus 110 yang ditungganginya dilanggar oleh sebuah lori di Kilometer 3 Jalan Kerian - Semanggol, berhampiran Bukit Putus di sini, pagi tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut dilanggar lori di Kilometer 3 Jalan Kerian-Semanggol, berhampiran Bukit Putus di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, Nur Syafiqah Mohamad Salin ,16, yang menunggang motosikal jenis SYM E Bonus 110, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa yang berpakaian seragam sekolah, dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Selinsing, di sini.

 Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198773

Lelaki Australia maut dirempuh



IAN Douglas Harmsworth. FOTO Hamzah Osman



Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


Langkawi: Lelaki warga Australia maut dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Pandak Mayah 3, pekan Kuah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa dikenali sebagai Ian Douglas Harmsworth, 69, dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba untuk ke restoran berhampiran tempat kejadian.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, mangsa dirempuh kereta dipandu wanita berusia 44 tahun.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu kereta dalam perjalanan dari Jalan Pandak Mayah 3 menghala ke Jalan Persiaran Putra sebelum mangsa terbabit melintas dari kanan ke kiri secara tiba-tiba.

"Ekoran itu, pemandu kereta penduduk tempatan, gagal mengelak lalu merempuh warga asing terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mahadhir berkata, akibat rempuhan itu mangsa dilaporkan parah di kepala sebelum dihantar ke Hospital Langkawi (HL) menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di HL, 11.20 malam tadi. Bedah siasat akan dilakukan hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 9:47 AM

Bajak gilis paha





Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Lelaki cedera di paha kanan selepas digilis mesin traktor bajak sawah selepas dia terjatuh di sawah padi di Kampung Alor Goncar.

Rohaizat Hasan, 31, yang memandu traktor itu untuk membajak sawah tiba-tiba terjatuh menyebabkan paha kanannya cedera digilis, dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam.

Pegawai Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar, Staf Muda (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.30 petang.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati mangsa mengalami cedera di paha kanan sebelum merawatnya dengan membalut luka itu.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) untuk menerima rawatan lanjut.

"Operasi menyelamat tamat 6 petang dan mangsa dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 12:15 PM

Ajal lari dari pergaduhan




ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa. FOTO Muhammad Sulaiman

Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Klang: Lelaki warga Myanmar ditemui mati selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dalam pergaduhan di tingkat 12 Kondominium Bandar Baru Klang di sini, 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam yang menemui mangsa, 30-an, dalam keadaan terbaring di tingkat bawah kondominium itu.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan beberapa lelaki dipercayai kenalannya di rumah itu. Mangsa yang panik cuba melarikan diri namun terjatuh dari balkoni rumah berkenaan.

"Mangsa yang belum dikenal pasti identiti mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan lelaki Myanmar disyaki suspek iaitu Chin Khan Thang, 34, bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 1:47 PM

Komponen gear bawa maut




KOMPONEN pemacu gear yang tercabut dan terpelanting. FOTO ihsan Polis

KEADAAN kereta mangsa selepas terkena komponen gear. FOTO Facebook/DAily TRaffic REport
prevnext


Nadzreen Shah Mat Salim
am@hmetro.com.my


Subang Jaya: Lelaki maut apabila komponen pemacu gear seberat 20 kilogram tercabut dari sebuah lori dan terpelanting ke dalam kereta mangsa di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur keluar Subang Jaya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.55 petang itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan terpelanting ke arah kereta mangsa.

"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 3:12 PM

Ibu bunuh, kerat bayi sendiri




POLIS menyiasat rumah keluarga berkenaan.



Agensi
Jakarta: Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak kejam apabila membunuh sebelum memotong bayi lelakinya yang baru berusia setahun kelmarin.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Gang Jaya 24, Tegal Alur, Cengkareng, Jakarta Barat itu, seorang lagi anak perempuan suspek yang berusia dua tahun cedera akibat dikelar.

Jurucakap Metro Jaya, Awi Setiyono berkata, ketika kejadian suami suspek, Aipda Dedi yang juga anggota polis baru pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan).

Katanya, Aipda pada mulanya dapati pintu rumahnya terkunci dan tidak lama selepas itu dia mendengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat.

“Aipda terus menendang pintu lalu bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat anak sulungnya cedera di telinga.

“Dia kemudian terkejut apabila melihat satu pinggan di lantai yang mengandungi anggota badan bayinya yang dipotong-potong,” katanya.

Ujarnya, isteri Aipda yang berusia 28 tahun ditemui berdiri dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di penjuru katil.

“Wanita ini hanya menggelengkan kepala dan diam ketika ditahan polis,” jelasnya.

Menurutnya, daripada keterangan Aipda, isterinya dilihat berkelakuan pelik dan sering bercakap seorang diri beberapa minggu sebelum kejadian itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 8:49 AM

Lelaki amuk, bunuh ibu kandung


04 Oktober 2016 11:10 AM



AMPANG 4 Okt. - Seorang lelaki ditahan selepas membunuh ibunya di sebuah pangsapuri di Bukit Indah, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, individu berusia 23 tahun itu kemudian pergi ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah dipercayai untuk menyerah diri namun tiba-tiba mengamuk di situ.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek berkenaan mengamuk dan cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang pendek.
“Kita berjaya memberkas suspek tersebut. Dia dipercayai berjalan kaki semasa datang.
“Ekoran daripada itu, kita pergi ke rumah suspek lalu menjumpai mangsa berusia 49 tahun berlumuran darah di ruang tamu,” katanya di sini hari ini.
Menurut Hamzah, hasil siasatan pihaknya menemui beberapa kesan tikaman di badan dan leher mangsa. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-amuk-bunuh-ibu-kandung-1.390499#sthash.rMERtCgO.dpuf

Lelaki Tayang Filem Lucah Di Papan Iklan Elektronik Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 11:05 PM

JAKARTA: Polis pada Selasa menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan penayangan filem lucah di layar papan iklan elektronik di Jakarta Selatan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Metro Jaya Mochamad Iriawan berkata, lelaki itu adalah seorang pakar Teknologi Maklumat (IT) dan ditahan di kawasan Senopati petang Selasa.

Katanya, setelah menjalankan siasatan forensik beberapa unit komputer syarikat periklanan PT Transito Adiman Jati, polis dapat mengesan filem lucah itu diceroboh masuk dari luar pejabat.

Siaran-siaran berita televisyen memetik Mochamad Iriawan sebagai berkata lelaki itu adalah seorang yang pakar dalam IT kerana boleh menghubungkan telefon bimbitnya dengan layar papan iklan di luar.

Beliau berkata lelaki berumur 24 tahun itu mengaku melakukan perbuatan itu dan memberi alasan ia berlaku secara tidak sengaja.

"Tetapi polis yakin dia mempunyai motif lain kerana tayangan filem lucah itu disiarkan selama lebih 10 minit ini bukanlah tidak senjaga, kalau tidak sengaja hanya beberapa saat sahaja," kata beliau.

Katanya, lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di bawah Pasal 282 Undang-Undang Hukum Pidana dan Pasal 27 Undang-undang Informasi Transaksi Elektronik yang membawa hukuman penjara tujuh tahun.

Pada kejadian Jumaat lepas, orang ramai terkejut apabila layar gergasi papan iklan elektronik di Kebayoran Lama, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah selama lebih 10 minit.

Kejadian itu mengakibatkan berlaku kesesakan laulintas apabila para pengguna jalan raya berhenti kenderaan masing-masing untuk merakamkan kejadian.

Bagaimanapun tindakan pantas seorang penjaja soto di tepi jalan itu untuk memotong suis elektrik papan iklan berkenaan berjaya memadamkan tayangkan filem lucah itu. - BERNAMA 

Dua pegawai kanan ditahan simpan RM3 juta dalam peti besi





04/10/2016 3:55pm



PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan di sebuah agensi Kerajaan di Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada ahli keluarga mereka yang bernilai RM3.3 bilion.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4M6UMrVQX
Hakcipta terpelihara 

Polis berkas sembilan suspek culik tauke kedai pengurup wang





04/10/2016 1:41pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan culik seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai pengurup wang di Bukit Jambul di sini selepas menahan sembilan suspek di beberapa lokasi di negeri ini Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, tangkapan dilakukan pasukannya selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada 28 September lalu.

"Hasil risikan, pada Ahad lalu, kita telah menahan seorang lelaki tempatan pada pukul 11.30 malam dan kemudiannya membawa kita ke sebuah rumah jenis apartment di Bayan Lepas.

"Di situ, kita berjaya menemui mangsa dalam keadaan mata ditutup manakala tangannya diikat," katanya kepada pemberita di sini tadi.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz4M6TvqwZB
Hakcipta terpelihara 

Polis berkas sembilan suspek culik tauke kedai pengurup wang





04/10/2016 1:41pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan culik seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai pengurup wang di Bukit Jambul di sini selepas menahan sembilan suspek di beberapa lokasi di negeri ini Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, tangkapan dilakukan pasukannya selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada 28 September lalu.

"Hasil risikan, pada Ahad lalu, kita telah menahan seorang lelaki tempatan pada pukul 11.30 malam dan kemudiannya membawa kita ke sebuah rumah jenis apartment di Bayan Lepas.

"Di situ, kita berjaya menemui mangsa dalam keadaan mata ditutup manakala tangannya diikat," katanya kepada pemberita di sini tadi.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz4M6TvqwZB
Hakcipta terpelihara 

Polis berkas sembilan suspek culik tauke kedai pengurup wang





04/10/2016 1:41pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan culik seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai pengurup wang di Bukit Jambul di sini selepas menahan sembilan suspek di beberapa lokasi di negeri ini Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, tangkapan dilakukan pasukannya selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada 28 September lalu.

"Hasil risikan, pada Ahad lalu, kita telah menahan seorang lelaki tempatan pada pukul 11.30 malam dan kemudiannya membawa kita ke sebuah rumah jenis apartment di Bayan Lepas.

"Di situ, kita berjaya menemui mangsa dalam keadaan mata ditutup manakala tangannya diikat," katanya kepada pemberita di sini tadi.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz4M6TvqwZB
Hakcipta terpelihara 

Asrama terbakar, lima pelajar dimasukkan ke HTAA


BERNAMA  |  04 Oktober 2016 3:53 PM
gim

Keadaan salah sebuah bilik di asrama lelaki Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang musnah terbakar. - UTUSAN
KUANTAN 4 Okt. - Seramai 88 pelajar di Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang sedang nyenyak tidur awal pagi tadi, dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan dua bilik di bangunan asrama lelaki sekolah itu.
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Azmi Jaafar berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 3.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
"Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati dua bilik iaitu satu bilik bacaan dan satu lagi bilik gimnasium yang terletak di tingkat bawah bangunan asrama lelaki ini sudah terbakar 100 peratus.
"Ketika itu, terdapat seramai 15 pelajar lelaki terperangkap di blok bangunan asrama tiga tingkat ini, namun hasil tindakan pantas anggota bomba kesemua mereka berjaya diselamatkan," katanya di sini, hari ini.
Azmi berkata, bagaimanapun, pihaknya difahamkan lima pelajar lelaki telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan lanjut kerana dipercayai mengalami asma akibat terhidu asap.
Sebanyak tiga jentera dengan 14 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan terlibat dalam operasi berkenaan dan api dapat dipadam sepenuhnya pada 5.13 pagi.
Nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM30,000 tidak termasuk bangunan, dan punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/asrama-terbakar-lima-pelajar-dimasukkan-ke-htaa-1.390585#sthash.2Avi7QlC.dpuf

Nahas Nuri: 14 anggota TUDM, 3 pelajar cedera


04 Oktober 2016 11:28 AM

Helikopter

Helikopter
TAWAU 4 Okt. - Seramai 14 anggota tentera cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini pagi tadi.
Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidi Mahali berkata, dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, tiga pelajar turut tercedera.
Pekerja kantin sekolah difahamkan turut tercedera, katanya.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/nahas-nuri-14-anggota-tudm-3-pelajar-cedera-1.390507#sthash.ORQJBb4b.dpuf

Helikopter Nuri terhempas di SMK Balung, Tawau


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 OKTOBER 2016
Helikopter Nuri terhempas di Tawau

Helikopter Nuri terhempas di Tawau Kejadian berlaku‎ di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi. - Foto Facebook
SHAH ALAM - Sebuah ‎helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Nuri terhempas atas bumbung bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera apabila sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang dipetik laporan Berita Harian.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian yang berlaku ketika sesi pembelajaran telah menyebabkan sebahagian pelajar trauma dan menangis.‎

Lima jam bertarung nyawa


NOOR AZURIN MOHD SHARIF
4 OKTOBER 2016
Lima jam bertarung nyawa

Kedua-dua kereta remuk terbabit dalam kemalangan berkenaan.

MELAKA - Seorang pelajar sekolah bertarung nyawa kira-kira lima jam sebelum meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka akibat kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Tun Perak, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa, Louis Ang Wei Jie, 16, bersama Teo Chok Hen, 16, Teo Chok Hien, 19, menaiki Perodua Axia dipandu Tianmy Ang Cian Wem, 18.

Kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Volkswagen Scirocco dipandu Chim Ting Jun, 26.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Axia datang dari arah Gajah Behrang menghala ke Taman Bachang Kampung Enam secara tiba-tiba memasuki simpang Taman Bachang, Kampung Enam menyebabkan Volkswagen Scirocco di jalan lurus melanggar Perodua Axia terbabit.

Akibat perlanggaran itu, Ang Wei Jie yang parah di kepala sebelum dihantar ke Hospital Melaka bersama mangsa lain untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 7.51 pagi semalam ketika di Hospital Melaka.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada kepala. Bagaimanapun, pemandu Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.

Pemandu Volkswagen Scirocco pula cedera di kepala dan semuanya dirawat di Hospital Melaka,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

Pegawai GLC kumpul kekayaan RM50j ditahan


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 OKTOBER 2016


SHAH ALAM - Dua pegawai kanan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Tambah sumber, peruntukan RM3.3 bilion ini hanya merupakan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa siri serbuan telah dibuat SPRM di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat.

Perbuatan mereka ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi telah menutup periuk nasi puluhan kontraktor-kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang untuk memasuki tender agensi terbabit.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Mayat lelaki ditemui dalam rumah

JENAYAH SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 12:06 AM



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

 KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu ditemui terbaring dalam kediamannya di unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, tadi. Mayat lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui penduduk setempat kira>kira jam 11 malam selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa yang terletak di tingkat sembilan.

Polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membuka pintu rumah mangsa yang terkunci dari dalam. Menurut jiran yang enggan dikenali, mangsa jarang berada di rumah terbabit dan hanya akan pulang seminggu sekali.

 "Dia memang tinggal sendirian dan jarang berada di rumah. Sejak tiga hari lalu, kami terhidu bau yang sangat busuk sebelum mengambil keputusan melihat rumah mangsa dari bahagian tingkapnya.

 "Kami terkejut apabila melihat mangsa terbaring kaku di hadapan pintu bilik kediamannya," katanya yang terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

 "Siasatan awal mendapati mangsa menghidap penyakit kencing manis. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR). "Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198618

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 7 pasar raya

ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 8:16 PM



Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

KLANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari kawasan letak kenderaan di tingkat 7 sebuah pasar raya di sini, pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa dipercayai memasuki kawasan letak kenderaan di tingkat 7 pasar raya berkenaan dan dilihat mundar mandir kira-kira 10 minit sebelum mengeluarkan barang dari poket seluar yang kemudiannya disimpan di dalam kereta. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa didapati keluar dari kawasan letak kenderaan sekitar jam 9.40 pagi sebelum ditemui mati di bahagian bawah tempat memunggah barang di pasar raya itu. "Mayat mangsa ditemui pengawal keselamatan kira-kira jam 9.50 pagi. Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian. "Keluarga mangsa turut menafikan mangsa membunuh diri kerana tiada konflik serta masalah kewangan dalam keluarga," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198533

Helah keluarkan wang secara ghaib




SEDUTAN video menunjukkan Dimas menabur wang yang didakwanya dikeluarkan secara ghaib. - Agensi


Agensi
Surabaya: Helah ketua sebuah kumpulan agama, Dimas Kanjeng Taat Pribadi kononnya dia mampu mengeluarkan wang secara ghaib terbongkar selepas polis menemui poket rahsia di jubah yang sering dipakai lelaki itu.

Poket rahsia itu ditemui selepas polis merampas tiga helai jubah yang sering dipakai Dimas yang ditahan kerana dipercayai menipu dan membunuh dua pengikutnya.

Jurucakap polis Jawa Timur, Cecep Ibrahim berkata, pihaknya menyita dua jubah hitam dan satu jubah hijau.

“Semua jubah ini mempunyai poket rahsia dan kami syaki dia mengeluarkan wang yang disembunyikan di dalam poket ini ketika upacara menggandakan wang.

“Saya anggarkan setiap poket ini boleh menyimpan wang sebanyak Rp50 juta (RM15,852),” katanya.

Cecep memberitahu, polis pernah memintas Dimas mengeluarkan wang secara ghaib ketika di penjara tetapi dia enggan berbuat demikian.

“Alasan diberikannya, jin miliknya melarikan diri selepas dia ditangkap polis,” jelasnya.

Dimas adalah pemimpin sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Padepokan Dimas Kanjeng dan ramai pengikutnya percaya dia mempunyai kuasa luar biasa.

Dia ditangkap pada 22 September lalu kerana memperdayakan beberapa mangsa untuk mendapatkan wang dan membunuh dua pengikutnya yang menjadi saksi polis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:28 AM

Buaya di Sarawak boleh diburu, dijual



Buaya berukuran kira-kira lima meter dengan berat lebih 300 kilogram yang ditangkap di Sungai Teniku, Miri, tahun lalu. - Foto Fail/Ihsan JPAM


BERNAMA
Kuching: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi memperhalusi serta menetapkan garis panduan serta peraturan memburu dan memperdagang buaya yang dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan sebelum dimuktamadkan.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia susulan kejayaan Malaysia menurun taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan ketika ini, yang akan membolehkan buaya di Sarawak diburu serta diperdagangkan.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan yang sedang bermesyuarat di Johannesburg, Afrika Selatan, semalam, bahawa CITES bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menurun taraf haiwan itu.

Bercakap kepada pemberita di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, beliau berkata pemburuan dan perdagangan haiwan itu hanya meliputi Sarawak memandangkan negeri lain tidak merekodkan banyak konflik dengan reptilia itu.

Wan Junaidi berkata banyak perkara perlu diambil kira selaras dengan keputusan berkenaan antaranya memastikan ia tidak mengakibatkan populasi buaya pupus, konflik manusia dengan reptilia perlu dapat dikurangkan, dan pada masa sama ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, terutama di pesisir sungai.

Berdasarkan penyelidikan pada 2015, ada 13,500 buaya di lebih 40 sungai Sarawak dan 52 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kira-kira 27 nyawa manusia.

Wan Junaidi berkata daging buaya boleh dijual kepada negara seperti Thailand, China, Vietnam serta Kemboja, dan umum tahu kulit buaya mempunyai nilai tinggi di pasaran, membolehkan haiwan itu menjadi sumber pendapatan kepada penduduk luar bandar.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 8:02 PM

Suami isteri antara enam ditahan






BERNAMA
Tanah Merah: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita serta merampas 2,050 pil kuda bernilai RM41,000 dalam serbuan di Kampung Banggol, Gual Ipoh dan Kampung Jalan Klinik di sini, hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Banggol pada 10.30 malam, Sabtu lalu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 38 tahun.

“Pemeriksaan menjumpai 2,000 pil kuda bernilai RM40,000, 0.2 liter kodein bernilai RM30, enam bungkus cecair air ketum bernilai RM60, 3.5 kilogram daun ketum bernilai RM140 dan wang tunai RM12,604," katanya di sini. hari ini.

Suzaimi berkata wanita itu adalah isteri suspek lelaki berusia 38 tahun iaitu pemilik rumah berkenaan.

Dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki berumur 20 tahun disyaki pengedar dadah di tepi jalan Kampung Jalan Klinik, pada 1 pagi, Ahad lalu.

Beliau berkata ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri namun gagal dan pemeriksaan terhadapnya menemui 50 pil kuda bernilai RM1,000 dalam beg kecil dibawanya.

Semua suspek direman tujuh hari mulai semalam untuk siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 8:08 PM

Ular Sawa Hampir Tujuh Meter Ditangkap


Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 1:50 PM


 
GELANG PATAH: Seekor ular sawa sepanjang 6.7 meter ditemui dalam sebuah rumah di Kampung Pok dekat sini pada Isnin.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Abdullah Sani Md Jani berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran reptilia itu menerusi panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.42 pagi.

"Sepasukan lima angota dihantar ke tempatan kejadian dan didapati ular itu ada di bahagian belakang rumah itu.

"Sekurang-kurangnya setengah jam kemudian reptilia itu berjaya ditangkap," katanya.

Beliau menambah, ular sawa itu dibawa pulang ke balai sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.

Kim Kardashian dirompak RM45 juta







REUTERS - WARTAWAN dan jurugambar menunggu di penginapan mewah, Rue Tronchet di tengah Paris semalam selepas kejadian Kardashian dirompak kelmarin.

PARIS – Bintang realiti te­levisyen, Kim Kardashian kehilangan barangan kemas bernilai AS$11 juta (RM45.2 juta) selepas dirompak oleh dua lelaki bersenjata yang memakai topeng dan berpakaian seperti pegawai polis, menurut satu laporan kelmarin.

Pihak berkuasa Perancis berkata, Kardashian telah dirompak di sebuah hotel dengan penjenayah mengacukan senjata api ke arah­nya.

MailOnline pula melaporkan, penjayah tersebut telah membawa lari dua kotak barangan kemas yang masing-masing bernilai AS$6.7 juta (RM27.5 juta) dan AS$4.5 juta (RM18.5 juta).

Jurucakap kepada selebriti itu memberitahu, Kardashian agak trauma dengan insiden itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas serangan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu.

Tambahnya, dua lelaki bersenjata berpakaian seperti pegawai polis telah memasuki bilik hotel Kardashian dan kemudian me­ngacukan senjata ke arahnya.

Bagaimanapun, dia tidak memberi maklumat lanjut atau mengatakan sama ada insiden itu merupakan satu cubaan rompakan atau mempunyai motif lain.

Sebaik mendengar berita itu, suami Kardashian, Kenya West yang juga seorang rapper segera mengakhiri persembahannya dalam satu festival di New York dengan alasan kecemasan keluar­ga.

“Saya minta maaf. Persembahan tamat,” kata West ketika membuat persembahan.

Kardashian, 35, salah seorang selebriti paling terkenal di Amerika Syarikat berada di sini bagi menghadiri Minggu Fesyen Pa­ris.

Dia menjadi tajuk utama pada pertunjukan tersebut kerana muncul tanpa solekan dan berpakaian seksi. Kardashian mempunyai dua orang anak bersama West dan popular dengan rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians.

– Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4M4NH1iHd
Hakcipta terpelihara 

Pusaran Lubuk Jepun telan 3 pelajar universiti





Oleh KAMARIAH KHALIDI

PASUKAN - penyelamat mengeluarkan mayat tiga mangsa lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Selangor semalam.

Kegembiraan enam pelajar universiti menghabiskan cuti umum Maal Hijrah dengan mandi di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Selangor semalam bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas.

Mangsa yang maut ialah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Abdullah, 22, dan bekas penuntut UIAM, Azrul Hisham Azman, 27. Seorang lagi mangsa merupakan penuntut ijazah sarjana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd. Sazwan Rahim, 27.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.40 pagi apabila selipar Muhammad terjatuh dalam pusaran air terjun berkenaan.

“Mangsa yang cuba mengambil seliparnya dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dalam pusaran air sedalam kira-kira empat meter.

“Azrul Hisham dan Mohd. Sazwan cuba membantu mangsa, tetapi mereka juga lemas,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4M4MUcsQB
Hakcipta terpelihara 

Dengar bisikan, gelisah dan tidak boleh tidur


Suspek kes amuk agresif sejak tiga hari lepas - Kakak
NORLIA RAMLI  |  04 Oktober 2016 12:48 AM

BALING 3 Okt. - Pesakit mental yang mengamuk dan membelasah adik serta ibu saudaranya sehingga mati semalam, bersikap agresif dan sering gelisah sejak tiga hari lalu.
Suspek kes amuk yang menyebabkan dua kematian di Kampung Lanai,

Suspek kes amuk yang menyebabkan dua kematian di Kampung Lanai, Baling dibawa untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Sik, Kedah, semalam. UTUSAN/NORLIA RAMLI
Kakak sulungnya, Zurina Wahab, 39, berkata, adik lelakinya itu yang berusia 32 tahun sering mengadu terdengar bisikan menyebabkannya gelisah dan tidak boleh tidur.
“Selama tiga hari dia tidak dapat tidur dan sering mengadu terde­ngar bisikan dan nampak perkara yang bukan-bukan serta bertanyakan ibu, Che Piah Shafie, 66, adakah ibu juga nampak seperti yang dia nampak, tetapi ibu mengatakan tidak.
“Puas ibu memujuk dan menasihatinya supaya bertenang dan tidur serta memberikan ubat penenang, namun masih juga tidak berubah keadaannya,” kata Zurina ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lanai di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, suspek membelasah adiknya yang lumpuh, Mohd. Azwan Wahab, 26, dan ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dengan kukur kelapa dan bata.
Menurut Zurina, suspek yang me­rupakan anak keempat daripada enam beradik pernah mengamuk sebelum ini sehingga mereka terpaksa mengikat dan membawanya ke hospital untuk mengambil ubat penenang.
Katanya, dia juga tidak menyangka suspek boleh bertindak ganas sehingga membunuh Mohd. Azwan yang merupakan adik bongsu mereka serta ibu saudara mereka.
“Walaupun begitu kami sekeluarga reda dengan takdir ini,” katanya sambil memberitahu turut melihat perubahan adik bongsunya apabila arwah dikatakan sering meluahkan kekesalan tentang hidup dan mengingati kematian.
“Azwan mengeluh tentang dosa-dosanya yang lalu dan berazam untuk berpuasa bagi menggantikan puasanya yang pernah tertinggal sebelum ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dengar-bisikan-gelisah-dan-tidak-boleh-tidur-1.390364#sthash.9tV1xl3i.dpuf