Search This Blog

Monday, October 3, 2016

Tiga mangsa lemas di Lubuk Jepun dikenal pasti

JENAYAH ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 3:29 PM

Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

Laluan denai sejauh empat kilometer menuju ke Air Terjun Lubuk Jepun. 


Laluan denai sejauh empat kilometer menuju ke Air Terjun Lubuk Jepun. 

GOMBAK: Tiga pemuda yang lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, di sini, pagi tadi dikenali sebagai Muhammad Abdullah, 22; Azrul Hisham Azman, 27, dan Mohd Shazwan Rahim, 27. Muhammad adalah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azrul Hisham difahamkan seorang pengajar dan bekas pelajar UIAM manakala Mohd Shazwan penuntut sarjana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata berdasarkan maklumat awal mangsa dikatakan ke air terjun berkenaan bersama tiga rakan yang lain untuk berehat dan mandi-manda, kira-kira jam 10.40 pagi.


"Kita difahamkan, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam lubuk tetapi malangnya dia tergelincir dan jatuh di pusar air sedalam empat meter.


"Dua lagi rakannya yang cuba membantu turut lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Laluan denai sejauh empat kilometer menuju ke Air Terjun Lubuk Jepun.


Dari kiri, Azrul Hisham Azman, Mohd Shazwan Rahim dan Muhammad Abdullah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198457

Tanah runtuh musnahkan kedai makan




Kedai makan di Taman Saga yang musnah akibat runtuhan tanah susulan paip pecah kira-kira 9 pagi tadi. FOTO Rizanizam Abdul Hamid

Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my


Ampang: Sebuah kedai makan di Taman Saga di sini musnah akibat runtuhan tanah susulan paip pecah kira-kira jam 9 pagi tadi.

Insiden bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana premis yang terletak di cerun bukit itu tidak beroperasi ketika kejadian.


Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Saga Abdul Razak A Rahman berkata, beliau dimaklumkan kemungkinan terdapat paip air bawah tanah pecahkira-kira jam 8 pagi tadi selepas penduduk melihat air lumpurmengalir deras dari longkang rumah mereka.

"Air lumpur itu dilihat berpunca dari bawah premis yang terletak di cerun bukit sehingga melimpahi jalan taman yang terletak kira-kira tujuh meter di sebelah cerun bukit.

"Kira-kira jam 9 pagi, saya dimaklumkan sebahagian besar lantai kedai makan terbabit sudah runtuh dan terdapat paip air yang sudah pecah di bawahnya" katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:43 PM

Cucu nampak 'kucing besar'




HARIMAU yang dijumpai di bawah rumah peneroka. FOTO ihsan penduduk



Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman
am@hmetro.com.my


Jerantut: Penduduk FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, gempar apabila apabila dikejutkan dengan kehadiran harimau di bawah rumah seorang peneroka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, kehadiran harimau itu disedari cucu penduduk yang tinggal berhampiran rumah peneroka terbabit.

Ramli Othman, 60, berkata, sebaik dimaklumkan oleh cucunya yang berusia 10 tahun mengatakan ada kucing besar, dia dan seorang rakan segera meninjau lokasi yang dimaklumkan.

"Disebabkan keadaan ketika itu masih samar dan gelap, saya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil lampu suluh sebelum mengajak rakan yang kebetulan baru pulang dari kedai makan untuk sama-sama memeriksa.

"Sebaik menghampiri rumah jiran, kami tidak melihat kelibat kucing besar tetapi dikejutkan dengan ngaumannya dari bawah rumah jiran," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, sebaik mendengar ngauman itu, dia segera meminta seorang jiran untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang kemudian tibajam 9.30 pagi.

Harimau berkenaan kemudian berjaya ditangkap dan dimasukkan dalam sangkar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang yang tiba selepas dimaklumkan oleh anggota APM.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 3:36 PM

Gunung Aso meletup


SEBAHAGIAN kenderaan yang dilitupi debu volkanik dari Gunung Aso di Aso, barat daya Jepun selepas letupan gunung berapi berkenaan, semalam. - Reuters


AP
Tokyo: Gunung Berapi Aso di selatan Jepun memuntahkan asap kelabu setinggi 11 kilometer semalam dalam satu daripada letupan terbesar sejak beberapa tahun lalu.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, letupan pada awal pagi itu juga menghamburkan debu dan batu kecil volkanik, menyebabkan tahap berjaga-jaga dikawasan sekitar ditingkatkan.

Tidak ada kediaman berhampiran dan tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan di bandar berhampiran.

Penerbangan juga tidak terjejas kecuali beberapa pesawat yang berlepas lewat.

Bagaimanapun, bangunan dan kereta dilitupi debu tebal.

Berikutan kejadian itu, pusat pemindahan didirikan di bandar Aso yang terletak kira-kira 10 kilometer ke utara gunung berkenaan, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kawasan terbabit masih belum pulih sepenuhnya dari gempa bumi April lalu.

Gunung Aso mengalami beberapa letupan kecil sepanjang beberapa tahun lalu.

Menurut agensi itu, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada letupan semalam ada hubungan dengan gempa bumi April lalu. Namun, ia mengesahkan, keadaan gunung itu masih tidak stabil dan ia boleh meletup lagi.

Jepun berada di atas ‘lingkaran api’ Pasifik dan mempunyai lebih 100 gunung berapi. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 5:04 AM

Dua wanita maut



Dua wanita maut motosikal ditunggang dipercayai terlanggar belakang lori di KM 14.95 Lebuhraya SKVE menghala Saujana Putra, 8.05 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca


Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Sepang: Penunggang dan pembonceng wanita maut selepas dipercayai terlanggar belakang lori di Kilometer (KM) 14.95 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Saujana Putra

8.05 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa S Shanthi, 31 dan M Mahaletchumy, 34 yang juga pengawal keselamatan di

Hospital Serdang dalam perjalanan ke rumah selepas selesai kerja shif malam di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketika pegawai penyiasat tiba di lokasi kejadian didapati kedua-dua mangsa masih berada di atas motosikal dinaiki mereka.

"Mangsa yang berasal dari Banting, Selangor kemudian dialih oleh pasukan paramedik Hospital Serdang yang tiba ke lokasi.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Shanthi dipercayai terlanggar belakang sebuah lori,

bagaimanapun lori berkenaan dipercayai beredar sejurus kejadian,"katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata, terdapat kesan cat dan kerosakan teruk di bahagian hadapan motosikal jenis Honda

EX-5 berkenaan akibat perlanggaran itu.

Katanya, pihaknya akan membuat permohonan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang

berada di KM 15 lebuh raya berkenaan.

"Tiada saksi awam di lokasi kejadian, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan

Jalan (APJ) 1987 bagi mengetahui punca kemalangan,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 3:58 PM

Ajal suami isteri



Kereta yang merempuh dua motosikal turut hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan. FOTO ihsan pembaca

Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my

Ipoh : Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Jalan Kampung Sri Kinta berhampiran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 8.27 pagi itu, penunggang motosikal, Yazid Ismail, 53 dan isterinya yang membonceng motosikal, Hasnidar Hassan, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta cedera.

Turut terbabit dalam kemalangan itu seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya, namun mereka hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati dua motosikal berkenaan dalam perjalanan dari Pasir Putih menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu kereta berkenaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun merempuh kedua-dua motosikal itu.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, kereta terbabit kemudiannya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

"Pemandu kereta berkenaan cedera manakala penumpangnya berusia 24 tahun tidak cedera.

"Penunggang dan pembonceng daripada salah satu motosikal yang dirempuh bagaimanapun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chang Keong berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:03 PM

Rumah pesara tentera musnah







CHE Dan Teh menunjukkan rumahnya yang musnah dalam kebakaran. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin



Mohd Sharumnisham Shahbudin
am@hmetro.com.my


Kodiang: Pesara tentera kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Kampung Damai, Mukim Keplu, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi itu, Che Dan Teh, 64, dan isteri, Hasnah Hassan, 60, tiada di rumah kerana bermalam di rumah saudaranya di Kampung Jelempok, Arau, Perlis.

Che Dan berkata, dia hanya menyedari kebakaran itu selepas menerima panggilan daripada anak saudara yang tinggal bersama di rumah itu memberitahu kejadian itu sebelum dia bergegas pulang.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, api sudah marak dan tidak sempat menyelamatkan barangan berharga.

"Mujur anak saudara saya bersama isteri dan dua anaknya sempat keluar dari rumah itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemungkinan berlaku litar pintas menyebabkan rumah ini musnah tambahan pernah dipanah petir pada Disember tahun lalu menyebabkan meter elektrik meletup," katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerlun, Izhar Azimat, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.47 pagi dan dua pegawai serta 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dan BBP Kubang Pasu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba pada 5.17 pagi, api didapati sedang marak dan usaha memadamkan kebakaran dijalankan dengan bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela Kodiang.

"Api dipadam sepenuhnya pada 7.27 pagi dan punca kebakaran dan nilai kerugain masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:26 PM

Kim Kardashian diacu pistol dua penyerang di hotel

DUNIA ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 12:49 PM




PARIS: Selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian West, ditahan lelaki bertopeng dalam bilik hotelnya di ibu negara Perancis, lapor CNN, memetik kenyataan jurucakapnya. Beliau berada di Perancis untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris bersama-sama ibu, Kris Jenner, dan dua saudara perempuannya, Kourtney Kardashian dan Kendall Jenner. "Kim Kardashian West diacukan senjata di dalam biliknya di Paris petang ini, oleh dua lelaki bertopeng yang berpakaian seragam polis. "Beliau amat gementar tetapi tidak mengalami kecederaan fizikal," kata jurucakap, Ina Treciokas. Suaminya, penyanyi rap Kanye West, meninggalkan persembahannya di Meadows Festival di New York lebih awal pada Ahad selepas memberitahu penonton 'ada kecemasan keluarga,' menurut CNN. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198442

Kim Kardashian rugi berjuta dolar barang kemas dirompak

DUNIA ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 2:31 PM

GAMBAR fail, Kim Kardashian (kiri) bersama suami, penyanyi Kanye West tiba di Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2015. - Foto EPA


PARIS: Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian, kerugian jutaan dolar apabila barang kemasnya dirompak lima lelaki bersenjata memakai topeng sambil mengacukan senjata ke arahnya di sebuah hotel di ibu kota Perancis, tetapi tiada siapa cedera dalam kejadian itu. Sumber berkata, serangan berlaku kira-kira jam 3.00 pagi waktu tempatan. CNN, sebelum ini melaporkan Kardashian ditahan lelaki bertopeng di bilik hotelnya di Paris, memaksa suaminya, bintang rap Kanye West, menamatkan persembahan di New York secara mengejut, mengatakan ada kecemasan keluarganya. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198451

Lelaki tuduh isteri berzina kena 80 sebatan

DUNIA ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 3:52 PM

 RIYADH: Gara-gara menuduh isteri berzina, seorang lelaki dijatuhi hukuman 80 sebatan apabila gagal membawa empat saksi seperti dikehendaki undang-undang Syariah.

Mahkamah di Riyadh turut menjatuhkan hukuman sama terhadap ejen lelaki berkenaan yang menyampaikan tuduhan itu ketika perbicaraan.

Berikutan keputusan yang menyatakan keterangan mereka di mahkamah tidak boleh dipercayai dan mereka membuat tuduhan palsu, kedua-duanya tidak dibenarkan menduduki jawatan awam di negara itu atau membentangkan sebarang keterangan terhadap sebarang isu.

 Menurut dokumen kes, lelaki terbabit memfailkan kes mendapatkan hak penjagaan anak daripada isterinya berikutan perceraian mereka lebih setahun lalu.

Ketika perbicaraan, lelaki itu meminta seorang lelaki lain mewakilinya apabila beliau tidak dapat hadir di mahkamah dan menyampaikan pandangan dan hujahnya.

Antara hujah yang digunakan lelaki terbabit dan dibentangkan di mahkamah oleh wakilnya ialah isterinya pernah berzina dan tidak boleh menjadi ibu yang baik kepada anak mereka, memberi didikan kepada kanak-kanak terbabit, menggesa hak penjagaan diberikan kepadanya, lapor akhbar Al Watan.

Wanita berkenaan menafikan dakwaan dan peguamnya menyaman kedua-dua lelaki itu kerana menuduhnya berzina.

Hakim meminta suami dan wakilnya yang menyokong dakwaan itu mengemukakan empat saksi seperti diminta undang-undang Syariah. Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian dan wakilnya berkata dia cuma menyampaikan apa yang didengar.

Hakim berkata, beliau tidak percaya dan mengarahkan kedua-dua defendan dihukum 80 sebatan kerana tuduhan tidak berasas itu. - Agensi


GAMBAR fail, hukuman sebatan mengikut undang-undang Syariah terhadap mereka yang berzina. - Foto heavy.com  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198460

Lelaki maut jatuh Bukit Tabur





03/10/2016 3:15pm

Oleh TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN


AMPANG JAYA- Seorang lelaki maut selepas dipercayai jatuh ketika sedang menuruni Bukit Tabur, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Goh Cheng Teik, 49, dikatakan sedang dalam perjalanan turun dari puncak bukit berkenaan sebelum terjatuh dari ketinggian 15 meter.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami pendarahan teruk pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan mula mendaki ke puncak bukit kira-kira pukul 8 pagi. Mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh sehingga menyebabkan mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa turun dari bukit tersebut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4M0j7a9OQ
Hakcipta terpelihara 

Tiga pelajar IPT lemas di Lubuk Jepun





03/10/2016 4:53pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI

Kawasan Air Terjun Lubuk Jepun yang meragut tiga nyawa pagi tadi.

GOMBAK - Tiga pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an maut akibat lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 di sini hari ini.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.41 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut jurucakap tersebut, anggota tiba di tempat kejadian pada pukul 11.50 pagi dan ketiga-tiga mangsa telah dibawa diangkat oleh orang awam yang berada di kawasan air terjun tersebut.

"Tiga yang lemas itu dikenal pasti sebagai Muhammad Abdullah, 22, Sazwan Rahim dan Azrul Hisham Azman, masing-masing berusia 27 tahun.

"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Selayang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz4M0ims2Wa
Hakcipta terpelihara 

Rakyat India tidak bayar cukai berjumlah RM41.2b


Hanya 2.5 peratus daripada 1.2 bilion penduduk bayar cukai
03 Oktober 2016 12:30 AM
ARUN JAITLEY

ARUN JAITLEY
NEW DELHI 2 Okt. - India mengisytiharkan bahawa hampir AS$10 bilion (RM41.2 bilion) kekayaan negara ini disembunyikan oleh individu-individu dan syarikat-syarikat yang mengelak membayar cukai.
Sehubungan itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah memperkenalkan skim pengampunan kerajaan untuk membolehkan individu dan syarikat terbabit membayar cukai sekali gus membanteras ke­giatan penggubahan wang ha­ram yang semakin berleluasa di negara ini.
Menteri Kewangan India, Arun Jaitley berkata, pengisytiharan sebanyak 64,275 harta dan pendapatan yang tidak didedahkan sepanjang tempoh empat bulan skim itu diperkenalkan membabitkan jumlah keseluruhan hampir mencecah AS$10 bi­lion (RM41.2 bilion).
“Jumlah yang tinggi ini me­nunjukkan bahawa orang ramai sudah mula bersedia untuk melunaskan cukai mereka kepada kerajaan,” kata Jaitley kepada pemberita di sini semalam.
Jumlah pembayar cukai di India agak mengejutkan de­ngan hanya 2.5 peratus daripada 1.2 bilion penduduknya berbuat demikian, memandangkan sebahagian besar pekerja di India dibayar gaji secara tunai.
Oleh itu, kerajaan pimpinan Modi telah berjanji akan memperkenalkan beberapa peraturan baharu dalam membanteras ke­giatan mengelak cukai bagi membawa kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat selepas memenangi piihan raya pada 2014.
Pada tahun ini, kerajaan Modi telah mewajibkan cukai dibayar apabila membeli barangan bernilai lebih 200,000 rupee (RM12,393).
Di bawah skim itu, pihak berkuasa berjanji tidak akan mendesak rakyat mengisytiharkan kekayaan jika mereka membayar cukai bagi kekayaan tersebut.
Bagaimanapun, terdapat segelintir akauntan dan pakar ekonomi skeptikal terhadap peraturan itu sama ada rakyat akan mendedahkan kekayaan mereka dan pihak kerajaan pula tidak mengumumkan sasaran umum bagi inisiatif itu.
Berdasarkan rekod, hanya enam orang di India yang memiliki pendapatan melebihi 500 juta rupee (RM31 juta) melunaskan bayaran cukai pada 2012 dan 2013.
Angka itu dianggap sedikit kerana jumlah jutawan di negara ini dilaporkan mencecah 2,100 orang dengan jumlah pendapatan bersih keseluruhan mereka melebihi AS$50 juta (RM206 juta) setiap seorang. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rakyat-india-tidak-bayar-cukai-berjumlah-rm41-2b-1.389956#sthash.4C4jpENy.dpuf

Lelaki mengamuk bunuh adik, ibu saudara


Suspek sakit mental anggap adik yang lumpuh sebagai menyusahkan
JAMLIAH ABDULLAH
DAN NORLIA RAMLI  |  03 Oktober 2016 1:07 AM

Suspek (kepala ditutup dengan kain batik) dibawa oleh anggota


Suspek (kepala ditutup dengan kain batik) dibawa oleh anggota polis dari tempat kejadian amuk di Kampung Lanai, Parit Panjang, Baling, Kedah, semalam. UTUSAN/ismail kamadin
BALING 2 Okt. - Hang (kamu) ni menyusahkan kami!
Itu ungkapan seorang lelaki sebelum dipercayai bertindak di luar kewarasan apabila mengamuk lalu memukul hingga mati adiknya yang lumpuh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi di Kampung Lanai, Parit Panjang dekat sini, lelaki itu turut membunuh ibu saudara yang cuba menenangkannya.
Kejadian itu merupakan yang terbaharu di negara ini seolah-olah kes amuk tidak ada kesudahannya, sekali gus menuntut pihak berkuasa untuk memberi perhatian terhadap rawatan dalam kalangan pesakit mental.
Kejadian bermula apabila lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental dipercayai memukul adiknya, Mohd. Azwan Wahab, 26, dengan kayu pe­ngukur kelapa dan batu bata di ruang tamu rumah.
Lebih memilukan, Mohd. Azwan tidak terdaya melawan tindakan abangnya itu kerana dia lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan sejak empat bulan lalu.
Ibu saudara mereka, Rokiah Abdullah, 54, yang tinggal di rumah berdekatan dan terdengar suara bising cuba mententeramkan suspek, namun menerima ‘balasan’ sama apabila dipukul di muka oleh suspek menggunakan batu-bata hingga maut dan mayatnya ditemukan di luar rumah.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemudiannya membantu menangkap suspek yang berusia 32 tahun itu sebelum mengikatnya pada sebatang pokok nangka di hadapan rumah dan melaporkan kejadian kepada polis.
Sementara itu, ibu mangsa, Che Piah Shafie, 66, berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara kedua-dua anaknya itu dan suspek merungut adiknya yang lumpuh hanya menyusahkan mereka.
Wanita itu memberitahu, suspek sering ke hospital bagi mendapatkan ubat dan baharu sahaja mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani semalam.
Sementara itu, kakak suspek, Zurina Wahab, 39, berkata, dia terdengar kedua-dua adiknya bergaduh sebelum melihat si abang memukul Mohd. Azwan.
“Kejadian berlaku pantas apabila dia mengambil pengukur kelapa lalu memukul adik di katilnya. Saya takut dengan amukan itu berlari keluar membawa bayi saya untuk minta bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Shariffudin Yusof ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengakui memukul mang­sa setelah mendakwa terdengar bisikan bunuh.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air ken­cing juga negatif dadah. Namun suspek pernah menjalani rawatan sakit mental di Hospital Baling sebanyak dua kali dan sekali di HSAH.
“Suspek juga mempunyai kad rawatan hospital sejak empat tahun lepas. Barang-barang yang dirampas terdiri daripada senjata yang digunakan adalah seketul bata yang terdapat kesan darah, sebatang kayu, satu seterika, satu mata pemarut kelapa serta serpihan kayu alat pemarut kelapa,” katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-mengamuk-bunuh-adik-ibu-saudara-1.390051#sthash.aVJ2Q1s3.dpuf

Amuk, lelaki direman seminggu


NORLIA RAMLI  |  03 Oktober 2016 1:01 PM
LELAKI berusia 32 tahun

LELAKI berusia 32 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Sik Kedah hari ini bagi mendapatkan tahanan reman membantu kes amuk yang menyebabkan seorang pemuda lumpuh dan warga emas terbunuh di Baling semalam.
SIK 3 Okt. - Seorang lelaki berusia 32 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes amuk yang menyebabkan seorang pemuda lumpuh dan warga emas terbunuh di Kampung Lanai dekat sini semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Suspek yang berpakaian lokap dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dan beredar pada pukul 9.46 pagi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.
Katanya, kedua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi semalam seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak memukul sehingga mati adiknya yang lumpuh dan ibu saudara mereka yang cuba menenangkan suspek.
Kejadian itu mengakibatkan Muhammad Azwan Wahab, 26, yang lumpuh dan Rokiah Abdullah, 54, maut akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala dipercayai dipukul dengan kayu, pengukur kelapa dan bata. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/amuk-lelaki-direman-seminggu-1.390127#sthash.4N6ZBSBq.dpuf

Tiga remaja lemas di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak


MASZUREEN HADZMAN  |  03 Oktober 2016 2:00 PM




KUALA LUMPUR 3 Okt.- Tiga rakan ditemukan lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 di sini hari ini.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Abdullah, 22, yang merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Sazwan Rahim, 27, (pelajar Universiti Sains Islam Malaysia) dan Azrul Hisyam Azman, 27, (bekas pelajar UIAM).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.41 pagi dan tiba di lokasi pukul 11.36 pagi.
“Ketiga-tiga mayat itu dibawa naik oleh orang awam. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)  untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
*Dikemaskini
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-remaja-lemas-di-air-terjun-lubuk-jepun-batu-16-gombak-1.390137#sthash.dQHcDWPz.dpuf

Sembilan warga Australia ditahan aibkan Jalur Gemilang


HAKIMI ISMAIL  |  03 Oktober 2016 1:02 PM

Sembilan warga Australia ditahan aibkan Jalur Gemilang

Sembilan warga Australia ditahan aibkan Jalur Gemilang
SEPANG 3 Okt. - Sembilan lelaki warga Australia ditahan selepas didapati memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1)  Malaysia di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kesemua mereka ditahan pada pukul 5 petang dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua penyokong dari Australia itu dibawah pengaruh alkohol dan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang itu dibeli di negara mereka.
"Mereka kini disiasat mengikut Sekayen 504 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berlakuan tidak senonoh di khalayak ramai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-warga-australia-ditahan-aibkan-jalur-gemilang-1.390128#sthash.Slz8xdsQ.dpuf

Remaja bimbang dimarahi kerana baju kotor dikhuatiri lemas


03 Oktober 2016 4:17 PM

KUANTAN 3 Okt. - Hanya kerana bimbang dimarahi akibat baju kotor, seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh semasa cuba membasuh bajunya di Sungai Kuantan, berhampiran kawasan perumahan Sungai Isap Damai di sini.
Mangsa Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang tidak tahu berenang dikatakan terjatuh sekitar pukul 5.30 petang semalam, di hadapan beberapa rakannya yang sedang mandi di sungai yang terletak bersebelahan kebun pisang.
Rakannya Hadi Raiyatudin, 10, berkata, mangsa bimbang dimarahi bapanya kerana bajunya kotor selepas tergelincir ke dalam parit semasa cuba membetulkan mata kail yang tersangkut semasa memancing.
"Dia (Alif Lukman Hakim) berdiri di tunggul kayu di sungai sebelum terjatuh. Dia cuba tarik tangan saya menyebabkan saya tenggelam. Saya hampir lemas dan terlepas tangan mangsa sebelum lihat dia hilang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hadi berkata, beliau dan beberapa rakan lain segera menyusuri tebing sungai mencari mangsa, namun tidak berjaya menyebabkan mereka ke rumah mangsa untuk memaklumkan kepada keluarganya.
Mereka kemudian kembali semula ke lokasi kejadian pada pukul 6.30 petang dan memaklumkan perkara itu kepada pemilik kebun pisang Abdul Halim Abd Mutalib, 60, bagi meminta pertolongan beliau untuk mencari mangsa.
"Saya melihat beberapa kanak-kanak berulang alik di tebing sungai dalam keadaan resah tapi tidak tahu ada yang lemas. Tapi semasa diberitahu, tempoh mangsa hilang sudah agak lama," kata Abdul Halim.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan pelajar Maahad Bahasa Arab dan al-Quran (MABIQ) di sini, dimulakan pada pukul 6.40 petang semalam.
Operasi ditangguhkan pada pukul 10 malam ekoran keadaan gelap dan air keruh sebelum disambung semula pada pukul 7 pagi ini, melibatkan kawasan seluas 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Operasi melibatkan 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan tiga pasukan penyelam skuba, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung," katanya. -BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/remaja-bimbang-dimarahi-kerana-baju-kotor-dikhuatiri-lemas-1.390158#sthash.OG9A5z6H.dpuf

Warga emas ditemui rentung terbakar


NOR AZURA MD AMIN
3 OKTOBER 2016
Warga emas ditemui rentung terbakar

Warga emas ditemui rentung terbakar Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Rimba Terjun
PONTIAN- Seorang warga emas ditemui rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Sayang Kampung Rimba Terjun, di sini kira-kira jam 8.00 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata mayat mangsa Rohani Abd Rahman, 61 yang mengalami masalah kemurungan di dalam bilik oleh pasukan bomba dan penyelamat.

‎Katanya, ketika kejadian difahamkan mangsa  berada di dalam rumah seorang diri, manakala kakak dan abang iparnya  tiada di rumah. ‎

‎"Pemeriksaan awal yang dilakukan telah menjumpai satu mayat rentung di salah satu bilik rumah tersebut.

"Rumah yang terbakar itu merupakan rumah papan beratap zink dan terletak di hujung lorong dan tiada rumah lain disekelilingnya,"katanya.

Katanya‎ punca kebakaran masih disiasat dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat.

Tedung selar 'berehat' tepi tangga


MOHD AZLIM ZAINURY
2 OKTOBER 2016
 Tedung selar 'berehat' tepi tangga

 Tedung selar 'berehat' tepi tangga Tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap.
MARANG - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang di sini, berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter yang memasuki rumah penduduk di Bukit Guntong, Binjai Rendah, malam semalam.

Pegawai APM Marang, Mohd Zabri Abd Razak berkata, dua anggota, Mohamad Azman Abdullah dan Muhamad Sharul Anuar Shafie bergegas ke rumah itu setelah menerima panggilan kira-kira jam 10.20 malam.

Menurutnya, penghuni rumah, Tengku Azam Tengku Embong, 32, mengesan ular berbisa itu ‘berehat’ di tepi tangga dalam rumah tersebut.

“Bila ular berada dalam rumah, penghuni rumah ketakutan tambahan jika mereka tak pernah berhadapan situasi sedemikian. Namun ular itu berjaya ditangkap anggota kita dengan menggunakan peralatan khas.

“Kita juga berharap agar penduduk tak mengambil tindakan sendiri bila keadaan sama berlaku ke atas mereka sebaliknya terus menghubungi APM bagi menangani situasi berbahaya seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Tengku Azam berkata, bukan mudah menangkap ular liar berbisa masuk ke dalam rumah ketika waktu malam, tambahan jika ia mampu meragut nyawa.

Menurutnya, ular itu dilihat berada di tepi tangga ketika dia masuk ke ruang dapur untuk minum air dan dipercayai reptilia itu datang dari kawasan bukit berhampiran kawasan kampung berkenaan sebelum masuk ke rumahnya.

“Saya bimbang keselamatan isteri dan anak yang ada di rumah lalu terus hubungi APM Marang agar mereka dapat pindahkan ular itu ke tempat lain.

“Menangkap ular berbisa waktu malam bukan senang, hanya yang ada kemahiran tinggi dan latihan khusus saja dapat buat,” katanya.

Pekerja ladang maut ditetak

ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 8:25 AM

‎Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my -

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang maut ditetak selepas mengancam untuk membunuh suspek di Ladang Kurnialang Malbumi, dekat sini, pagi semalam. ‎‎

Dalam kejadian antara jam 7.30 hingga jam 8 pagi itu, Jumada Tahiah, 46, yang juga warga Indonesia maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek dan mengancam untuk membunuh suspek dan keluarganya yang ketika itu sedang mencabut ubi keledek.


Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum mangsa mengeluarkan sebilah parang kecil yang diselit pada pinggangnya dan menyerang suspek menyebabkan suspek yang ketika itu memegang parang untuk mencabut ubi keledek terus menetak leher mangsa. ]


Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata selepas ditetak, mangsa terjatuh dalam longkang dan tidak sedarkan diri, manakala suspek melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit.

 Katanya, kejadian itu cuma diketahui anak mangsa kira-kira jam 9 pagi yang datang ke lokasi kejadian sebelum melaporkan perkara itu kepada polis. ‎"Suspek yang berusia 46 tahun ditangkap kira-kira jam 3 petang semalam di pejabat ladang.

Polis turut merampas sebilah parang berukuran 18 inci dipercayai digunakan suspek. ‎"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya di sini, sebentar tdi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198397

Kediaman dipecah masuk, guru kerugian RM160,000

JENAYAH AHAD, 2 OKTOBER 2016 @ 11:22 PM

Oleh Attirmidzie Rahman bhkb@bh.com.my

KOTA BHARU: Seorang guru kerugian RM160,000 selepas kenderaan jenis Peugeot 408 serta barang berharga dilarikan perompak, yang memecah masuk kediamannya di Taman Impiana, Pengkalan Chepa, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Azian Hashim, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus keluar bersama isterinya untuk membeli makanan. Azian berkata, ketika kejadian dua anaknya berada di rumah sebelum didatangi seorang perompak yang meminta kunci kenderaan serta barang berharga.

 "Saya dan isteri waktu itu sedang keluar untuk membeli makanan manakala anak-anak ada di rumah, beberapa minit apabila saya tiba di rumah, saya lihat kereta sudah tiada di garaj rumah.

 "Berdasarkan cerita anak saya, perompak memasuki rumah kami dan menggeledah rumah sebelum meminta kunci kereta.

 "Akibat terlalu takut, anak saya menyerahkan kunci kereta berkenaan dan perompak itu terus melarikan diri bersama kereta kami dan barangan berharga," katanya ketika dihubungi. Azian berkata, kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM160,000 termasuk barang kemas, komputer riba dan wang tunai yang ada dalam kenderaan itu.

 "Saya meminta orang ramai yang melihat atau menyedari kenderaan saya supaya memaklumkan kepada polis. Kereta itu baru dua tahun saya beli dengan harga RM120,000" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. "Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kereta itu diminta segera menghubungi polis atau datang ke balai polis berhampiran," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198325

Pelajar maut, motosikal ditunggang terbabas

AHAD, 2 OKTOBER 2016 @ 7:17 PM

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

PELAJAR Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang lampu di Persiaran Subang Damai berhampiran Putra Height, Subang.

SUBANG: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Persiaran Subang Damai berhampiran Putra Heights di sini, hari ini. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Subang Jaya, Deputi Superintendan Azman Shari'at, berkata Ahmad Syahmi Riffin, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. "Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa yang menunggang sendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas tambahan sempena peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di sekolahnya. "Difahamkan, ketika melalui laluan berselekoh di situ, mangsa gagal mengawal motosikalnya dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh tiang lampu," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Azman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 03-78627222.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198272

Amuk: Polis Tahan Suspek Bunuh Adik, Saudara


Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 9:50 PM


BALING: Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memukul adik lelakinya yang lumpuh dan saudara perempuannya sehingga mati dalam kejadian amuk di Kampung Lanai, Kupang, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffudin Yusof berkata suspek berusia 32 tahun dan dipercayai pesakit mental, mengambil alat pemarut kelapa dan sebatang kayu untuk memukul adiknya, Mohd Azwan Wahab, 25, hingga mati.

Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dan ibu suspek, Che Piah Shafie, 66, cuba menghalang suspek daripada terus memukul adiknya di ruang tamu rumah itu tetapi tidak berjaya.

"Saudaranya, yang juga jiran suspek, bergegas keluar untuk minta tolong tetapi telah dibaling seketul bata oleh suspek sehingga terjatuh di luar rumah.

"Suspek ambil bata tersebut dan pukul mangsa yang telah jatuh di bawah pokok pisang," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek mahu keluar untuk membeli rokok namun ibu dan saudaranya mengekorinya kerana suspek meunjukkan tanda-tanda yang tidak menyenangkan.

Katanya sebelum sampai ke kedai, ibu dan saudaranya menarik suspek pulang ke rumah dan sebelum masuk ke rumah, suspek mengambil sebatang kayu dan alat pemarut kelapa untuk memukul adiknya.

Suspek kemudian ditangkap dan diikat oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian.

Shariffudin berkata suspek pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Baling sebanyak dua kali dan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selain telah menjalani rawatan hospital selama lebih kurang empat tahun.

"Suspek mengaku memukul kedua-dua si mati disebabkan ada mendengar biskian untuk membunuh (gangguan mental)," katanya.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Che Piah berkata sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara adik-beradik itu.

"Ia cuma pergaduhan mulut biasa saja. Abangnya kata adiknya yang juga anak bongsu saya hanya menyusahkan saya kerana dia lumpuh dan tidak mampu bergerak akibat kemalangan sejak empat bulan lepas," katanya.

Dalam pada itu, kakak mangsa Zurina Wahab, 39, berkata beliau terdengar kedua-dua adiknya bergaduh semasa mendodoi anaknya berusia lima bulan di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya beliau kemudian membawa anaknya keluar dari rumah tersebut untuk meminta bantuan jiran.

25 minit bomba pujuk wanita murung


SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS
2 OKTOBER 2016
25 minit bomba pujuk wanita murung

25 minit bomba pujuk wanita murung Seorang wanita dilihat orang awam berada di tingkat paling atas sebuah bangunan lima tingkat di Bayan Lepas.
BAYAN LEPAS - Seorang wanita berusia 47 tahun didakwa cuba terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di sini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azman berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

“Kami menerima laporan seorang wanita sedang berada di tingkat paling atas sebuah bangunan di Jalan Tingkat Mahsuri.

“Setelah sampai di tempat kejadian, didapati memang terdapat seorang wanita berada di situ dan maklumat awal dari orang awam menyatakan mangsa dikatakan hendak terjun dari bangunan tersebut,” katanya.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikejarkan ke tempat kejadian dan komander operasi berusaha mendapatkan maklumat mengenai mangsa terlebih dahulu.

Azman berkata, awalnya mangsa yang berada dalam keadaan murung telah dipujuk oleh anggota bomba.

“Pihak kami terpaksa mengambil masa selama 25 minit untuk memujuk mangsa sehinggalah mangsa akhirnya memberi kerjasama dan berjaya ditenangkan oleh anggota bomba.

“Mangsa telah diselamatkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Bapa maut, anak cedera ditembak


2 OKTOBER 2016


KENINGAU - Seorang lelaki maut manakala anaknya cedera di kaki selepas ditembak ketika memasang jerat di kebun pisang mereka di Kampung Sinungkalangan, Tambunan, kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata,‎ lelaki berusia 52 tahun itu yang cedera parah di bahagian badan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tambunan, manakala anak lelakinya berumur 14 tahun dalam keadaan stabil.

"Ketika sedang memasang jerat, kedua-dua mangsa ditembak dari arah yang tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan untuk mengesan dan menahan suspek. - Bernama

Budak mati dalam kereta, 2 polis disuruh bercuti

DUNIA ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 8:12 AM

KERETA peronda polis berada di tempat kejadian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian dalam kereta di Long Beach. - Foto http://www.dailymail.co.uk/

LONG BEACH, California: Dua pegawai polis diarahkan bercuti berikutan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian dalam kereta di tempat letak kenderaan.

 Ketua Polis Long Beach, Wayne McDowell, memberitahu stesen WLOX-TV, seorang daripada pegawai berkenaan adalah ibu kepada kanak-kanak berkenaan dan seorang pegawai lelaki.

Katanya, beliau bercakap dengan pegawai lelaki tetapi ibu mangsa terlalu sedih untuk berbuat demikian. Koroner Mukim Hancock, Jim Faulk, memberitahu stesen berkenaan pada Ahad bahawa mayat Chyenn Hyer akan dihantar ke Pearl pada Isnin untuk bedah siasat dan berharap keputusan diperoleh awal minggu depan.

Sherif Hancock, Ricky Adam, memberitahu The Sun Herald, enjin kereta masih hidup ketika mayat kanak-kanak itu ditemui pada tengah hari waktu tempatan pada Jumaat. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198396

52 maut dalam rempuhan pada perayaan agama di Habsyah

DUNIA ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 10:04 AM

 PASUKAN polis mengawal di satu perayaan agama di Habsyah bagi meraikan pengakhiran musim hujan, di bandar Bishoftu, rantau Oromia, Ethiopia. - Foto REUTERS

BISHOFTU: Seramai 52 orang maut pada Ahad di satu perayaan agama di Habsyah bagi meraikan pengakhiran musim hujan selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menyebabkan berlakunya rempuhan.

Keganasan meletus pada perhimpunan di bandar Bishoftu berhampiran ibu negara, Addis Ababa, disebabkan tindakan 'tidak bertanggungjawab tentera', kata kenyataan kerajaan tempatan, menambah 'berikutan itu, 52 terbunuh dalam rempuhan.

' Pembangkang berkata, mereka percaya lebih 100 maut dalam kekacauan selepas ribuan penduduk berkumpul di tasik yang dianggap suci bagi perayaan Irreecha (kesyukuran), yang diraikan komuniti Oromo menandakan berakhirnya musim hujan.

Habsyah berhadapan tunjuk perasaan antikerajaan terbesar dalam sedekad dan beberapa peserta menyilangkan pergelangan tangan di atas kepala, tanda yang menjadi simbol bantahan oleh komuniti Oromo. "Perayaan tahunan Irreecha terganggu disebabkan keganasan dicetuskan beberapa kumpulan.

 Ada kematian disebabkan rempuhan," kata kenyataan kerajaan yang dikeluarkan media sebelum itu. Sementara itu, Pengerusi Pembangkang Oromo Federalist Congress (OFC), Merera Gudina, berkata ada banyak kematian akibat rempuhan itu, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

"Mayat sedang dikumpulkan pihak kerajaan. Namun, apa yang saya dengar daripada orang ramai di tempat kejadian, jumlah kematian lebih daripada 100," kata Gudina. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198408

Ajal kereta terbabas




Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki di Kilometer 27. 4 Lebuhraya Plus menghala utara berdekatan Tol Jalan Duta, malam tadi- FOTO ihsan bomba



Kalidevi Mogan Kumarappa


Kalidevi@hmetro.com.my



Kuala Lumpur : Lelaki berusia 50 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 27. 4 Lebuhraya Plus menghala utara berdekatan Tol Jalan Duta pada 8. 50 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan PenyelamatKuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.53 malam sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi anggota bomba mendapati seorang lelaki tempatan berada di dalam kereta dan dia disahkan sudah meninggal dunia.

"Kami mengambil kira - kira 38 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dari kereta sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 12:37 AM

Suami maut, isteri parah





LOKASI kemalangan. FOTO Essa Abu Yamin
prevnext


Essa Abu Yamin
am@hmetro.com.my


Batu Pahat: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala isterinya parah apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 23.5 Jalan Kluang-Ayer Hitam, Parit Raja, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, Fadzillah Parman, 39, maut, manakala isterinya, Norulhaslinda Abdul Razak, 30-an, parah

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, nahas berlaku ketika penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari Ayer Hitam menuju ke Parit Raja.

Menurutnya sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang berada di hadapan laluan yang sama, secara tiba-tiba membuat pusingan U.

"Mangsa bersama isterinya yang sedang menunggang motosikal gagal mengelak dan merempuh kereta terbabit. Rempuhan itu menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi parah dan kini berada di wad kecemasan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, HSNI untuk bedah siasat dan kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 6:45 PM

Mesin meletup, kilang terbakar




Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba



Zaid Salim
am@hmetro.com.my


Permaisuri: Kilang memproses kenaf di kawasan perindustrian Saujana, dekat sini terbakar 1.15 tengah hari tadi.

Kilang bernilai lebih RM10 juta yang dibina pada 2015 itu dikatakan terbakar selepas satu daripada mesin yang beroperasi di kilang berkenaan meletup.

Akibat kejadian itu, dua pekerja lelaki membabitkan rakyat tempatan dan Bangladesh melecur dan dibawa ke Hospital Setiu (HS) oleh rakan sekerja.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Balai Bomba Dan Penyelamat Setiu, Mohamad Izani Zakaria berkata, sebaik menerima panggilan, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera bomba.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati sebahagian daripada tempat menyimpan kenaf yg sudah diproses terbakar membabitkan kawasan seluas 120 kaki x 20 kaki," katanya.

Menurutnya, sehingga 4.30 petang tadi usaha memadamkan kebakaran masih dilakukan dan terkawal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 6:33 PM

Tanah punya pasal




BAKAKUK milik suspek yang dirampas. FOTO Mohd Adam Arinin



Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Keningau: Padah melepaskan tembakan selepas berang dengan bapa saudaranya berkaitan hal tanah, seorang lelaki ditahan di Kampung Donggiluang, Apin-Apin, di sini, 2.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengatakan terdengar bunyi satu tembakan.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau ke lokasi kejadian.

"Seorang lelaki ditahan dan hasil soal siasat, dia mengaku memiliki selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dan melepaskan tembakan.

"Pemeriksaan di rumah suspek juga mendapati keadaan berselerak selain cermin tingkap pecah," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek berang dengan bapa saudaranya berikutan pertengkaran berkaitan hal tanah sehingga suspek melepaskan tembakan untuk menakut-nakutkan mangsa.

"Tiada yang cedera dan suspek seorang penganggur kemudian ditahan manakala bakakuk yang disorok di bawah longgokan kayu berhampiran rumahnya turut dirampas.

"Suspek berusia 32 tahun direman sehingga 5 Oktober mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di kawasan tidak dibenarkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 8:31 PM

Taasub bunuh zombi




TARVER


Agensi
Arkansas (Amerika Syarikat): Seorang lelaki kini berdepan hukuman mati selepas membunuh seorang wanita berusia 90 tahun akibat terpengaruh dengan drama televisyen zombi, The Walking Dead yang disaksikan berulang kali.

Menurut laporan polis, Richard Jordan Tarver yang tinggal tidak jauh dari rumah Lavinda Counce mengetuk pintu rumah mangsa dan memaksanya masuk ke dalam but kereta pada 3 Julai 2015 sebelum menembak belakang kepalanya di sebuah ladang jagung.

Tarver ditahan selepas anak perempuan Lavinda menemui beg hitam di dalam rumah ibunya mengandungi tukul, kapak, belantan, tali dan tuala kecil yang sepadan dengan DNA Tarver.

Menurut Daily Beast, pendakwa raya mahu hukuman mati dikenakan ke atas Traver yang berdepan tuduhan membunuh, menculik, merompak, pecah rumah, kecurian dan memilik senjata api.

Khamis lalu, Timbalan Pendakwaan Peguam Grant DeProw memberitahu Mahkamah Craighead County Circuit yang babak dalam satu episod The Walking Dead mempengaruhi Tarver untuk membunuh Lavinda.

Tarver menembak warga emas itu menggunakan pistol sebelum meninggalkan mayatnya di tempat letak kereta di sebuah hospital di mana mangsa ditemui dalam keretanya sembilan hari kemudian.

Menurut Deprow, Tarver bertindak sedemikian kerana mahu merasai pengalaman membunuh seseorang. Dia juga mendedahkan begitu taasub dengan zombi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:16 AM

Lelaki maut selepas cabut 10 batang gigi




NEVILLE



Agensi
Tiverton (Britain): Seorang lelaki meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak selepas doktor mencabut 10 batang giginya.

Neville Gillespie, 53, meninggal dunia beberapa jam selepas mencabut giginya di sebuah klinik pergigian di Tiverton pada 22 Januari lalu.

Dalam inkues kematiannya, abang Neville, Harold memberitahu mahkamah, selepas mencabut giginya lelaki itu datang semula ke klinik kerana gusinya berdarah semula.

“Bagaimanapun, doktor hanya meletakkan kapas di gusi Neville dan memintanya pulang ke rumah untuk berehat,” katanya kepada mahkamah.

Ujarnya, beberapa jam kemudian, dia menemui adiknya terbaring di atas katil dan mulutnya mengeluarkan darah yang banyak.

Anggota paramedik yang tiba selepas dihubungi Harold pula memberitahu, kain cadar lokasi mangsa ditemui mati penuh dengan darah.

Bedah siasat yang dijalankan terhadap Neville mendapati mangsa meninggal dunia kerana kekurangan darah akibat luka di gusi selepas giginya dicabut.

Doktor gigi, Dr Roya Doane memberitahu, Neville sepatutnya mencabut empat batang gigi yang rosak tetapi memintanya mencabut enam lagi giginya kerana sakit.

Mahkamah juga diberitahu, Neville ketika itu mengambil sejenis ubat pencair darah yang menyukarkan darah membeku di gusi mangsa yang luka.

Selepas meneliti keterangan semua saksi, koroner merekodkan kematian Neville adalah satu kemalangan dan bukan kecuaian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:24 AM

Trump dikatakan tidak bayar cukai selama 18 tahun






TRUMP berucap semasa berkempen di Manheim, Pennsylvania kelmarin. - REUTERS

WASHINGTON – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump dipercayai tidak membayar cukai pendapatan selama 18 tahun, menurut dokumen percukaian bocor yang diperoleh akhbar New York Times.

Cukai pendapatan Trump menjadi isu utama dalam kempen politiknya selepas beliau enggan mendedahkannya kepada umum tidak seperti calon-calon Presiden AS lain.

Trump mendakwa, beliau tidak boleh mendedahkan cukai pendapatannya kerana sedang disiasat pihak berkuasa percukaian AS walaupun pada hakikatnya, tidak ada sebarang undang-undang yang menghalang makluman itu.

Bekas Presiden AS, Richard Nixon pernah mendedahkan rekod cukainya ketika sedang diaudit pada 1973.

The New York Times mendedahkan pada Sabtu lalu bahawa pihaknya memperoleh borang cukai Trump untuk tahun 1995 dengan beliau mengumumkan kerugian sebanyak AS$916 juta (RM3.7 bilion) akibat kegagalan perniagaan.

Pakar-pakar percukaian yang diupah akhbar itu menyimpulkan bahawa perisytiharan Trump itu membolehkannya tidak perlu membayar cukai sehingga pendapatannya berjumlah AS$916 juta juga berdasarkan undang-undang AS.

Mereka menganggarkan Trump tidak perlu membayar cukai pendapatan untuk tempoh selama akan 18 tahun.

Pengkritik-pengkritik Trump bagaimanapun menuduh beliau menyembunyikan sesuatu dalam perisytiharan cukai itu yang boleh menjejaskan cita-citanya untuk menduduki White House.

Semasa debat Presiden pertama pada minggu lalu, calon Parti Demokrat, Hillary Clinton membuat spekulasi bahawa Trump tidak mendedahkan cukai pendapatannya kerana ‘beliau sebenarnya tidak kaya dan dermawan seperti yang didakwa olehnya.’

Clinton juga berkata, ia mungkin mendedahkan bahawa Trump tidak membayar apa-apa cukai persekutuanpun.

Trump kemudiannya mencelah dengan berkata: “Itu bermakna saya bijak.” – dpa



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4Lyc8w8KW
Hakcipta terpelihara 

Pendaki maut jatuh gaung Kinabalu





Oleh MUSTAPA LAKAWA

Anggota bomba dan penyelamat cuba mengangkat mayat seorang pendaki warga Singapura yang terjatuh di dalam gaung sedalam 150 meter di Gunung Kinabalu semalam.

RANAU – Kekecohan mengenai kehilangan seorang pendaki warga Singapura di Gunung Kinabalu sejak kelmarin akhir­nya terjawab selepas jasadnya ditemui di dalam gaung dekat Pondok Sayat-Sayat di sini semalam.

Mangsa Woon Tai Kiang ditemui di dalam gaung sedalam kira-kira 150 meter dipercayai selepas terjatuh ketika menjalani latihan untuk acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

Katanya, maklumat mengenai kehilangan mangsa disedari selepas pendaki itu gagal sampai ke CheckPoint di Timpohon.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4Lyby5Ph7
Hakcipta terpelihara 

Ular tedung dalam laci almari





Oleh MOHD. HUSSAIRY SIDEK




TIGA anggota bomba memegang seekor ular tedung sepanjang 1.2 meter yang menyorok di dalam sebuah almari di sebuah rumah di Sekinchan kelmarin.

SABAK BERNAM – Niat seorang lelaki bersama lima anak saudaranya untuk mengemas rumah nyaris meragut nyawa mereka apabila seekor ular tedung tiba-tiba menerpa keluar dari sebuah laci almari di Kampung Parit 8 Baroh, Sekinchan di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Mohamad Yatim Shamsuri, 60, bersama lima anak saudaranya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di ruang tengah kediamannya yang dalam proses pengubahsuaian sebelum salah seorang anak saudaranya menemui ular terbabit.

“Ular terbabit dijumpai oleh salah seorang anak saudara saya yang sedang membantu saya mengemas rumah.

“Dia menyedari kehadiran ular itu ketika mengeluarkan barangan dari sebuah laci,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz4LybRs68i
Hakcipta terpelihara 

Rakyat India isytihar ‘wang gelap’






ASET gelap menjadi isu besar di India. – Gambar hiasan

NEW DELHI – Rakyat India mengisytiharkan kekayaan tersembunyi hampir AS$10 bilion (RM41.2 bilion) susulan inisiatif pengampunan cukai oleh kerajaan dalam usaha Perdana Menteri, Narendra Modi membasmi wang gelap.

Menteri Kewangan, Arun Jaitley berkata, inisiatif selama empat bulan itu yang berakhir Jumaat lalu menyaksikan sebanyak 64,725 perisytiharan aset dan pendapatan tersembunyi berjumlah AS$9.8 bilion (RM40.4 bilion).

“Bilangan sebegini ramai orang yang mengisytiharkan wang masing-masing membuktikan bahawa ramai penduduk sebenarnya mahu menjadi warganegara yang patuh cukai.

“Angka ini akan disemak semula sebaik sahaja proses pengiraan terakhir selesai,” kata Arun kepada pemberita di New Delhi kelmarin.

Menurutnya, pendapatan tambahan itu akan digunakan bagi membiayai skim kebajikan masyarakat.

Di bawah inisiatif itu, pihak berkuasa berjanji tidak mendakwa rakyat India yang mengisytiharkan dan membayar cukai bagi kekayaan tersembunyi mereka.

Bilangan pembayar cukai di India tidak ramai dengan cuma sekitar 2.5 peratus daripada 1.2 bilion penduduknya mengisytiharkan pendapatan masing-masing.

Sepanjang 2012 hingga 2013, hanya enam orang yang mempunyai pendapatan melebihi AS$7.4 juta (RM30.5 juta) membayar cukai walaupun India dianggarkan mempunyai 2,100 penduduk berpendapatan lebih AS$50 juta (RM206.2 juta).

Modi berjanji akan membasmi perbuatan mengelak cuka di India bagi menangani jurang perbezaan tinggi antara golongan kaya dan miskin selepas beliau memenangi pilihan raya pada 2014. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4Lyb3lYAv
Hakcipta terpelihara 

Polis buru pencuri gading gajah mati dilanggar bas


02 Oktober 2016 11:38 PM
SEORANG anggota polis memeriksa keadaan sebuah bas yang rosak

SEORANG anggota polis memeriksa keadaan sebuah bas yang rosak selepas berlanggar dengan seekor gajah di daerah Hang Chat, lampang, Thailand.-BANGKOKPOST.COM
LAMPANG, Thailand 2 Okt. - Polis Thailand kini menggiatkan usaha memburu pencuri gading milik seekor gajah yang mati dilanggar bas di daerah Hang Chat dekat sini kelmarin.
Bangkok Post melaporkan, gading kiri berukuran 70 sentimeter panjang dan seberat dua kilogram yang patah akibat kemalangan itu dilaporkan hilang dan masih tidak ditemukan sehingga kini manakala satu lagi gading ditemukan tidak jauh daripada bangkai haiwan tersebut.
Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika gajah berkenaan cuba melintas.
Bagaimanapun, hanya pemandu bas cedera parah dan tersepit di bahagian kerusi manakala 25 penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-buru-pencuri-gading-gajah-mati-dilanggar-bas-1.389831#sthash.5vE8DeeQ.dpuf

90 cedera letupan gas di Sepanyol


DPA  |  02 Oktober 2016 9:45 PM
POLIS dan anggota pasukan penyelamat sedang menyiasat lokasi kejadian

POLIS dan anggota pasukan penyelamat sedang menyiasat lokasi kejadian letupan gas di Velez-Malaga, Sepanyol kelamrin.-REUTERS
MADRID 2 Okt. - Sekurang-kurangnya 90 orang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran di selatan Sepanyol, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.
Insiden yang berlaku lewat petang semalam waktu tempatan itu dipercayai berpunca dari bahagian dapur restoran yang dikenali sebagai La Bohemia itu di bandar Velez-Malaga.
Akhbar tempatan, El Mundo yang memetik kenyataan Datuk Bandar, Antonio Moreno Ferrer melaporkan, siasatan awal mendapati kejadian tersebut mungkin berpunca daripada kebocoran gas.
Bagaimanapun, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar insiden itu. - DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/90-cedera-letupan-gas-di-sepanyol-1.389825#sthash.UrEoJOPg.dpuf

Penulis novel, anak lelaki cedera ditetak dua penjenayah


MOHD. IZZUL FARHAN SURIANSHAH  |  02 Oktober 2016 8:46 PM
SEREMBAN 2 Okt. - Seorang penulis novel dan anak lelakinya cedera ditetak selepas rumah mereka dipecah masuk dua penjenayah di Taman Lavender Height, Paroi dekat sini awal pagi ini.
tetak
tetak

Ahmad Patria Abdullah, cedera di kepala dan tangan selepas ditetak ketika bergelut dengan penyamun dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Lavender Height, Paroi, dekat sini awal pagi tadi. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Patria Abdullah, 61, dan anaknya, Abdullah Hasif, 16, ditetak dengan parang sewaktu bergelut dengan penjenayah terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Abdul Rahim Daud berkata, Ahmad Patria menyedari rumahnya dipecah masuk apabila terlihat kelibat individu tidak dikenali di dalam rumah ketika menonton televisyen di ruang tamu.
"Dia cuba menghalau suspek dan menjerit memanggil isterinya supaya menghubungi polis lalu berlaku pergelutan dengan suspek," katanya di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, anak lelaki mangsa yang mendengar pergelutan itu dari bilik tidurnya bergegas membantu bapanya mengakibatkan mereka berdua ditetak dengan parang.
Katanya, kedua-dua penjenayah bertindak melarikan diri selepas isteri mangsa bersama dua anaknya berusia 6 dan 10 tahun yang berada di tingkat atas, membunyikan loceng kecemasan rumah.
 "Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah memotong besi gril tingkap ketika masuk ke kediaman tersebut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penulis-novel-anak-lelaki-cedera-ditetak-dua-penjenayah-1.389821#sthash.S28sQZfI.dpuf