Search This Blog

Wednesday, September 28, 2016

Konduktor tren nekad bunuh diri


28 SEPTEMBER 2016
Konduktor tren nekad bunuh diri

Konduktor tren nekad bunuh diri Kot yang dilemparkan oleh konduktor tren sebelum bertindak terjun dari trek setinggi 7.5 meter.
OSAKA - JEPUN. Seorang konduktor kereta api nekad membunuh diri dengan terjun dari trek setinggi 7.5 meter.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius iaitu patah tulang dada dan tulang pinggul serta beberapa kecederaan lain, lapor RocketsNews24.

Menurut saksi, ayat terakhir konduktor itu ialah: “Sudah lah. Biar saya mati sahaja”.

Kemudian konduktor tersebut bertindak mencampakkan kot dan topinya ke atas trek sebelum terjun dari trek yang lebih tinggi.  Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Media melaporkan, dia berbuat demikian kerana tidak tahan diganggu oleh penumpang yang marah apabila tren lewat tiba 10 minit di stesen Higashi Hanazono.

Syarikat Kereta Api Kintetsu memohon maaf di atas insiden itu dan memaklumkan, punca kelewatan disebabkan oleh seorang wanita warga emas berusia 70 tahun telah melompat di hadapan sebuah tren yang sedang bergerak di Stesen Kawachi Kosaka.

Punca warga emas itu bunuh diri masih belum dikenal pasti namun netizen merasakan ironinya tindakan wanita tersebut mengundang kepada satu lagi kematian.

Pemandu lori maut ketika pulang kerja


MASTURAH SURADI
28 SEPTEMBER 2016
Pemandu lori maut ketika pulang kerja

Pemandu lori maut ketika pulang kerja Lori roti jenis Mitsubishi dipandu mangsa remuk selepas melanggar belakang sebuah lori pasir kosong di kilometer 63 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi berhampiran simpang Felda Pasak, petang semalam.
KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas lori roti jenis Mitsubishi dipandu melanggar belakang sebuah lori pasir kosong di kilometer 63 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi berhampiran simpang Felda Pasak, petang semalam.

Mangsa, Zaid Abu Samah, 42 yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Felda Air Tawar 3 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu dipercayai berlaku apabila lori pasir jenis Hino mahu membelok ke kanan sebelum dilanggar lori Mitsubishi tersebut.

"Lori pasir tersebut telah berhenti dan memberi lampu isyarat bertujuan membelok ke kanan untuk memasuki simpang Felda Pasak tiba-tiba telah dilanggar oleh lori Mitsubishi yang datang dari arah belakang.

"Akibat dari kemalangan itu, pemandu lori Mitsubishi telah mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Lori dipandu mangsa juga mengalami kerosakan remuk di bahagian hadapan pemandu," katanya.

Tambah Rahmat, pemandu lori pasir, Noor Adzmi Isa, 41 beralamat di Felda Pasak hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala lurus dan mempunyai garisan putih putus-putus menghala ke Kota Tinggi serta terdapat garisan lurus memanjang menghala ke Sungai Rengit sebagai pembahagi jalan.

"Keadaan permukaan jalan kering, cuaca baik ketika kejadian berlaku manakala kawasan persekitaran merupakan ladang kelapa sawit.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Nelayan tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar


MASTURAH SURADI
28 SEPTEMBER 2016
Nelayan tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Nelayan tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
KOTA TINGGI - Seorang nelayan di Kampung Teluk Ramunia di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya hangus terbakar dalam kejadian petang semalam.

Difahamkan ketika kejadian, nelayan berkenaan baru pulang menangkap ikan bersama seorang anaknya.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Abd Rahim Abdul Rani berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.03 petang oleh orang awam sebelum bergegas ke lokasi bersama enam anggota dengan sebuah jentera.

Menurutnya, sebaik sampai lokasi, api sudah marak membakar rumah separuh kekal itu sebelum anggotanya berjaya mengawal api kira-kira 20 minit kemudian.

"Kejadian disedari nelayan tersebut ketika hendak masuk ke dalam rumah selepas berehat bersama anaknya di luar sebaik pulang dari laut. Nelayan berkenaan ternampak asap dan api didalam rumah lalu terus meminta bantuan jiran-jiran.

"Ada di antara jiran yang membantu memadamkan api namun tidak berjaya. Ekoran itu, api marak telah menyebabkan kira-kira 90 peratus bahagian rumah itu terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Abd Rahim berkata, beliau difahamkan mangsa baru kematian isteri beberapa bulan lepas dan ketika kejadian dia tinggal bertiga manakala tiga lagi anaknya sedang belajar.

Katanya, sewaktu kejadian berlaku juga seorang lagi anaknya tiada di rumah kerana keluar ke kedai membeli makanan.

"Sebuah motosikal jenis Yamaha Ego yang terdapat di rumah berkenaan juga turut terbakar dalam kejadian itu. Mangsa tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang berikutan api marak dengan cepat.

"Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian ekoran kebakaran berlaku,"katanya lagi.

Tambahnya, mangsa juga telah menerima bantuan segera daripada agensi berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga pihak wakil rakyat untuk meringankan beban.

Cubaan seludup 8 kg syabu bernilai RM1.2 juta tumpas


SHAFIQ TINO
28 SEPTEMBER 2016

Cubaan seludup 8 kg syabu bernilai RM1.2 juta tumpas

JOHOR BAHRU - Cubaan seorang pekerja pusat hiburan bersama abang iparnya warga Indonesia menyeludup lapan kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.2 juta tidak berhasil apabila ditahan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Perairan Kukup, Pontian dekat sini petang semalam.

Lebih licik usaha dua lelaki masing-masingnya berusia 23 dan 35 tahun itu untuk mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah berkenaan dalam pek minuman dan makanan segera tidak berhasil selepas diberkas pihak PPMW2 kira-kira jam 4.15 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin berkata, dadah berkenaan disyaki cuba dibawa ke Indonesia untuk dipasarkan untuk kegunaan penagih di negara jirannya.

"Hasil siasatan awal mendapati, dadah ini cukup untuk menampung kegunaan lebih 40,000 orang penagih pada sesuatu masa," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Restoran Thai ‘ternak’ lipas


SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
28 SEPTEMBER 2016
Restoran Thai ‘ternak’ lipas

Restoran Thai ‘ternak’ lipas Anggota penguatkuasa menerangkan sesuatu kepada pengusaha restoran terbabit sebelum mengeluarkan notis arah tutup selama 14 hari. Gambar: Lipas yang berkeliaran di celah pinggan di ruang dapur.
MELAKA TENGAH - Menjijikkan apabila sebuah restoran masakan Thai di Batu Berendam, di sini, umpama tempat 'ternakan' lipas.

Serangga itu ditemui di celah pinggan yang disusun dan di bawah meja meletakkan bahan masakan, selain turut berada di dalam bekas sayuran di ruang dapur premis berkenaan ketika pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Restoran itu merupakan antara lima premis yang diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri dalam serbuan, kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Ghazali Othman berkata, pemeriksaan ketika Ops Tom Yam dilakukan penguatkuasaan Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) JKN yang kemudian mengeluarkan notis penutupan premis selama 14 hari.

“Kita menerima beberapa aduan mengenai restoran masakan Thai dan mengerahkan 30 pegawai penguatkuasaan menjalankan Ops Tom Yam bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi tahap kebersihan serta amalan ditetapkan.

“Pemeriksaan dijalankan di lapan premis dan lima daripadanya yang beroperasi di Batu Berendam, Bachang, Peringgit dan Bukit Serindit diarahkan tutup kerana melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 14 hari, pengusaha diminta membersihkan premis mereka sebelum dibenarkan berniaga semula dan pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan susulan untuk memastikan premis tersebut benar-benar bersih.

“Dalam pemeriksaan dilakukan terhadap kelapan-lapan premis, sebanyak 13 notis kompaun berjumlah RM4,500 dikeluarkan kepada peniaga.

“Dua pek serbuk teh seberat dua kilogram dipercayai dicampur pewarna turut dirampas dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bachang” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Sementara itu, Ghazali berkata, sehingga 17 September lalu sebanyak 158 operasi pemeriksaan premis makanan dijalankan jabatannya dan 16 operasi secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Warga emas ditemui mati dengan kesan tetak


SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
28 SEPTEMBER 2016

Warga emas ditemui mati dengan kesan tetak

Warga  ditemui mati dengan kesan tetak Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis malam tadi.
TAPAH - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan tetak di leher dan muka dipercayai dibunuh anak lelakinya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Ayer Kuning, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Low Kew@Low Lin Kiew, 74, yang lumpuh dijumpai terlantar di atas kerusi malas di bahagian dapur kering dengan kesan kecederaan di leher dan muka.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, suspek  berusia 55 tahun  masih bujang dan seorang pekebun sawit, dipercayai penagih dadah dan dalam pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan dilakukan polis di rumah itu  menjumpai sebilah pisau potong daging dan sebilah pisau kecil yang telah patah dan mempunyai kesan darah, di tepi mayat mangsa.

“Kami juga mendapati terdapat kesan darah di lantai dan kerusi serta percikan di dinding dan peti sejuk berdekatan mangsa.

“Mangsa yang lumpuh tinggal berdua bersama suspek di dalam sebuah rumah  mempunyai tiga bilik manakala dua beradik lain  berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelajar nyaris diculik tiga lelaki


NUR FARHANA ABDUL MANAN
28 SEPTEMBER 2016
Pelajar nyaris diculik tiga lelaki

Pelajar nyaris diculik tiga lelaki Viral mengenai kes seorang pelajar tingkatan satu yang nyaris diculik ketika berjalan kaki ke sekolah tengah hari, kelmarin.
PUCHONG – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Bandar Kinrara di sini, trauma selepas mendakwa nyaris diculik tiga lelaki yang menaiki sebuah van putih di Bandar Kinrara di sini tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa seorang pelajar lelaki dikatakan berjalan kaki dari rumah ke sekolahnya.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali Nur berkata, kebiasaan anaknya yang merupakan pengawas sekolah itu akan menaiki basikal ke sekolah.

Namun disebabkan basikal rosak, anaknya hanya berjalan kaki ke sekolah terletak tidak sampai satu kilometer dari jarak rumahnya.

“Saya terkejut bila anak saya tiba-tiba balik ke rumah dalam keadaan trauma dan menggeletar dakwa dia nyaris diculik sekumpulan lelaki.

“Anak saya beritahu tiga lelaki berbadan besar dan memakai topeng penutup mulut kejar dia,” katanya.

Nur berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas anaknya keluar dari rumah.

Ketika berjalan kaki menghampiri simpang, anaknya memberitahu ternampak sebuah van berwarna putih berhenti dengan jarak 50 meter dan tiga lelaki keluar dari kenderaan berlari menuju ke arahnya.

Disebabkan cemas, anaknya kemudian berlari memasuki beberapa lorong perumahan berkenaan dan menyembunyikan diri kira-kira 40 minit.

“Bila anak saya dah nampak ketiga-tiga suspek beredar menaiki van sama, barulah dia berani keluar dan terus balik ke rumah,” katanya yang kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan namun belum ada sebarang tangkapan dibuat sehingga semalam.

Adik dihentak, kakak 
diracun atau diberi dadah?


28 September 2016 1:09 AM
KERATAN Utusan Malaysia semalam.



KERATAN Utusan Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kakak diberi racun atau dadah sementara adiknya pula dihentak di kepala.
Itu kemungkinan yang sedang disiasat polis berhubung punca kematian dua beradik yang ditemukan maut bersama bapa mereka di sebuah rumah di tingkat dua Apartmen Nova, Sri Sinar Segambut, di sini semalam.
Difahamkan, Cheah Kai Sze, 3, yang dipercayai telah diberi racun atau dadah, mati seminggu sebelum mayatnya ditemukan sementara adiknya, Cheah Kai Wen yang berusia tujuh bulan dipercayai maut akibat kepalanya dihentak dengan benda tumpul dua hari selepas kakaknya me­ninggal dunia.
Bapa kedua-dua beradik itu pula, Cheah Hing Soon, 34, dipercayai mati akibat memakan racun atau dadah pada Sabtu lalu iaitu dua hari sebelum mayatnya ditemukan oleh isterinya.
Polis juga sedang menyiasat kemungkinan ibu kedua-dua kanak-kanak itu mengetahui kematian mereka lebih awal dan menyembunyikannya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan kesemua kemungkinan tersebut namun menegaskan siasatan masih berjalan.
Beliau juga mengesahkan telah menerima laporan bedah siasat awal pada petang ini.
Bagaimanapun menurutnya, hanya keputusan bedah siasat kematian Kai Wen yang lengkap ia­itu akibat kecederaan hentakan di kepala sementara laporan kakak dan bapanya masih dalam siasatan lanjut oleh pihak hospital dan Jabatan Kimia.
“Proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa masih belum selesai namun ia lebih menjurus kepada keracunan atau dadah berikutan tiada kecederaan yang ditemukan pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Munusamy memberitahu, isteri mangsa, Kaw Mei Yen, 35, pula ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana memberi keterangan bercanggah ketika soal siasat awal dijalankan.
“Setakat ini, kita tidak mengambil kenyataan individu lain kecuali wanita itu dan dua lagi anak lelakinya yang berusia enam dan lapan tahun,” ujarnya.
Akhbar hari ini melaporkan dua beradik itu ditemukan maut di dalam bekas simpanan barang di sebuah rumah di Apartmen Nova, Sri Sinar Segambut, di sini dipercayai dibunuh. Turut ditemukan mayat bapa kepada dua beradik itu dalam keadaan terlentang di bilik utama kediaman berkenaan.
Sementara itu, jiran mang­sa yang mahu dikenali sebagai Lim, 26, mendakwa, dia sering mendengar Hing Soon memarahi dan memukul anak-anaknya.
“Mereka hidup dalam kesempitan dan isterinya sering memin­jam wang dan barang keperluan. Setiap kali pinjam dia hanya minta RM20,” dakwanya.
Seorang lagi jirannya yang dikenali sebagai Loh, 70, pula mendakwa, dia mendengar pasangan itu bergaduh besar pada Sabtu lalu dan terkejut apabila mengetahui Hong Soon serta dua anaknya telah meninggal dunia semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/adik-dihentak-kakak-8232-diracun-atau-diberi-dadah-1.388053#sthash.UUaAkil1.dpuf

Majikan kapal pukat diculik


ASSIM HASSAN  |  28 September 2016 7:54 AM
Majikan diculik


Majikan diculik
KOTA KINABALU 28 Sept. - Seorang majikan kapal pukat tunda dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata api berhampiran Pulau Gaya, perairan Semporna malam tadi.
Mangsa berusia 30-an dilarikan kumpulan dipercayai penculik untuk tebusan (KFR) kira-kira pukul 10 malam.
Ketika kejadian terdapat kira-kira 20 nelayan atau kru kapal berada bersama kapal pukat tersebut.
Sumber keselamatan memberitahu, suspek dikatakan seramai enam individu lengkap bersenjata api menculik majikan kapal pukat terbabit sebelum melarikan diri menaiki bot laju ke arah selatan Filipina.
"Buat masa sekarang, pasukan keselamatan sedang merakam percakapan kru kapal yang berada di atas kapal terbabit ketika insiden," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi enggan mengesahkan dan masih menyiasat perkara itu. - Utusan Online
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/majikan-kapal-pukat-diculik-1.388095#sthash.jHyqjB3d.dpuf

Wanita lumpuh mati ditetak anak


ASLIZA MUSA  |  28 September 2016 9:00 AM

Tetak

Tetak
TAPAH 28 Sept. - Seorang wanita warga emas mati akibat kecederaan parah ditetak anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru Air Kuning di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.20 malam itu, mangsa, Low Kew @ Low Lin Kiew, 74, yang lumpuh dijumpai terkulai di atas kerusi malas di dapur rumahnya dengan kesan tetakan di leher dan muka.
Ketua Polis daerah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan terdapat seorang wanita cedera parah akibat dipukul anaknya.
Katanya, semasa sampai di rumah tersebut, wanita terbabit didapati telah pun meninggal dunia.
“Pemeriksaan di rumah mangsa menjumpai sebilah pisau pemotong daging dan pisau kecil yang telah patah dengan kesan darah di tepi mayat.
“Kesan darah juga didapati di lantai dan kerusi selain percikan darah di dinding dan peti sejuk berdekatan mangsa,” katanya.
Ujarnya, anak mangsa berusia 55 tahun yang bekerja sebagai pekebun sawit telah ditangkap dan perintah reman terhadapnya akan dilakukan hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-lumpuh-mati-ditetak-anak-1.388102#sthash.mwjX24vL.dpuf

30 saat samun RM50,000




Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Dua penjenayah mengambil masa kurang 30 saat menyamun kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM50,000, hari ini.

Dalam kejadian 10.56 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar dan berkaca mata hitam itu meluru masuk ke dalam premis berkenaan dengan senjata dipercayai pistol.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek mengarahkan enam pekerja dan seorang pemilik kedai berdiam diri dan mengeluarkan dulang barang kemas.

"Suspek melarikan barang kemas dengan dulang berkenaan dan membuang dulang itu di tepi jalan berhampiran kedai emas berkenaan. Mereka dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:25 PM

ANGGOTA polis forensik menyiasat tempat kejadian kes samun kedai emas. FOTO Hazreen Mohamad


Jumpa mayat dalam kereta



ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mikail Ong



Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran Padang Kota Lama, di sini, hari ini.

Mayat terbabit ditemui kira-kira 6 petang oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang pada mulanya mahu mengeluarkan saman sebelum dia terhidu bau busuk.

Menurut sumber, anggota MBPP terbabit terus menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat berada di tempat duduk pemandu dan sudah mengembung serta dihurung lalat.

"Mangsa mungkin meninggal dunia sejak dua hari lalu.

"Setakat ini anggota forensik masih menjalankan siasatan di lokasi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 9:01 PM

Ibu rayu henti sebar video bogel anak


ADILA SHARINNI WAHID
27 SEPTEMBER 2016
Ibu rayu henti sebar video bogel anak

Ibu rayu henti sebar video bogel anak Gambar mangsa yang menjadi viiral di laman sosial.
KOTA BHARU – Keluarga wanita yang dipukul dalam keadaan berbogel mohon penyebaran video dihentikan segera.

Ibunya yang berusia 49 tahun merayu semua pihak berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi melihat keaiban anaknya di jaja dan terus menjadi tatapan umum.

“Cukup-cukuplah. Saya dah tak sanggup (nak tanggung) lagi dah. Tak sanggup tengok gambar anak saya dalam keadaan (bogel) sedemikian.

“Ini maruah anak saya, maruah keluarga kami. Tolonglah kesian pada anak saya dan kami sekeluarga. Dia tidak bersalah, tolonglah padam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia juga sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan mengajukan soalan dan menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.

“Dia anak saya, dia anak yang tidak ada masalah. Cukuplah tu sebab sekarang dia dalam keadaan ketakutan, kurang bercakap dan tidak dapat makan kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Wanita berkenaan turut menggesa pihak polis supaya tindakan tegas diambil kepada pelaku yang berbuat demikian terhadap anaknya.

“Sejak kejadian itu, kami sekeluarga masih tidak dapat bertenang dan ada sahaja ugutan seolah-olah pihak yang menyerang itu masih tidak berpuas hati dengan perkara yang sudah dilakukan kepada anak saya.

“Jadi, saya mohon pihak polis supaya tangkap mereka semua dan tidak ganggu anak saya lagi,” katanya.

Hukuman Penjara Kesalahan Seksual Bekas Polis Ditambah Kepada 15 Tahun


Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 5:33 PM


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menambah tempoh hukuman penjara ke atas seorang bekas koperal polis kepada 15 tahun kerana melakukan hubungan seksual dengan gadis berusia enam tahun dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu lima tahun lalu.

Mohd Aziri Sahid, 58, juga diperintahkan oleh mahkamah dikenakan tiga sebatan.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara ke atas Mohd Aziri kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Mohd Aziri dihukum penjara 100 bulan oleh Mahkamah Sesyen George Town pada 12 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 7 Ogos tahun lepas.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan hubungan seksual dengan gadis itu (sekarang berusia 11 tahun) dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu di berek polis di Bandar Baru, Pulau Pinang antara 28 Mei dan 12 Jun, 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, panel mahkamah yang sama dengan sebulat suara menolak rayuan  Mohd Aziri terhadap sabitan dan hukuman.

Hakim Ong berkata mahkamah mendapati bahawa rayuannya terhadap sabitan dan hukuman tidak mempunyai merit.

Panel itu juga disidangi oleh Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Ibu gadis itu memberi keterangan pada perbicaraan bahawa Mohd Aziri datang ke rumahnya, memohon maaf dan mengancam untuk menembak dirinya sendiri di kepala jika beliau membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Mohd Aziri diwakili oleh peguam S. Yagoo sementara timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman menjalankan pendakwaan.

Gadis dijual hanya dengan RM62 oleh keluarga


27 SEPTEMBER 2016
Culik

Culik Gambar hiasan
CHENNAI - INDIA. Seorang gadis 11 tahun yang melarikan diri dari rumah kelas pertengahan di mana dia terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah di selatan India memberitahu penyiasat dia disuruh berhenti sekolah dan dijual dengan hanya $15 (RM62) oleh keluarganya.

Selepas dia melarikan diri dari rumah Tambaram berhampiran bandar pelabuhan Chennai, gadis itu memberitahu pegawai jawatankuasa kebajikan kanak-kanak dia dikerah untuk bekerja di dua rumah sepanjang masa, hanya diberikan sedikit makanan dan tidak dibayar atau dibenarkan meneruskan persekolahnnya.

"Dia memanjat dinding sekitar empat pagi dan meminta bantuan pengayuh beca untuk menyelamatkan diri.

"Gadis itu berada di rumah kanak-kanak. Siasatan awal menunjukkan dia telah dieksploitasi, kekurangan makanan dan tidak dibenarkan keluar," kata ahli jawatankuasa kebajikan kanak-kanak tempatan, Zaheeruddin Mohamed, dipetik Reuters.

Data jenayah yang dikeluarkan oleh kerajaan India pada Ogos menunjukkan lebih daripada 40 peratus daripada kes penyeludupan manusia pada tahun 2015 melibatkan kanak-kanak dibeli, dijual dan diekspolotasi sebagai hamba zaman moden.

Angka menunjukkan peningkatan 25 peratus dalam kes-kes pemerdangan orang di India pada tahun 2015 dengan 43 peratus daripada 9,127 mangsa dibawah umur 18 tahun.

Jenayah termasuk mendorong gadis muda dengan niat untuk seks, membeli atau menjual  wanita untuk pelacuran, dan menjaga kanak-kanak sebagai hamba.

Dalam kenyataan kepada jawatankuasa itu, gadis berusia 11 tahun itu berkata, dia tinggal dengan datuk dan nenek di kampung mereka di Thiruvarur Tamil Nadu, hampir 300 km dari lokasi dia telah dibawa untuk bekerja dan hanya belajar di gred tujuh.

Ibu bapa gadis itu turut mengabaikan kebajikannya.

"Gadis itu memberitahu, dia telah dijual kepada seorang kenalan ibunya yang menyuruhkan membuat kerja sebagai pembantu rumah di rumahnya serta rumah mertuanya," kata Zaheeruddin.

Individu yang 'membeli' gadis itu mengendalikan agensi pelancongan dan mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai hilang selepas dia melarikan diri.

Jawatankuasa itu berkata, mereka akan memfailkan aduan rasmi kepada polis terhadap individu bertanggungjawab.

"Gadis itu menjadi murung apabila disebut mengenai individu yang membelinya itu dan berasa sangat takut," katanya.

Menurut kenyataan yang dirakamkan, gadis itu telah dijual dengan hanya $15 (RM62).

Wanita 'pakai buang' di Asia Selatan


27 SEPTEMBER 2016
Wanita 'pakai buang' di Asia Selatan

Wanita 'pakai buang' di Asia Selatan Salah seorang wanita yang menceritakan suaminya telah berkahwin sebelum itu.
LONDON - BRITAIN. Satu laporan mengesa supaya amalan beberapa lelaki Asia Britain menganiaya wanita Asia Selatan dengan meninggalkan mereka sebaik lepas berkahwin dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumah tangga.

Ahli akademik di Universiti Lincoln mendapati, lelaki ini mengambil ribuan pounds dari keluarga isteri baharu mereka dan menggunakkan wanita sebagai hamba domestik.

Wanita 'pakai buang' ini juga sering didera secara fizikal dan kemudian ditinggalkan ketika berpindah ke UK atau kebiasaanya ketika masih berada di India.

Ada yang dibawa sementara ke UK tetapi kemudian dibawa pulang ke India kononnya untuk bercuti dimana pasport mereka diambil.

Ramai wanita menyembunyikan hakikat bahawa perkara seumpama itu berlaku kepada mereka.

Ahli akademik menghabiskan lebih setahun mencari 57 wanita di India yang pernah berdepan situasi ini dan berkongsi cerita mereka.

Perkahwinan idaman

Perkahwinan bagi Sunita (bukan nama sebenar) bermula apabila dia sentiasa mengimpikan perkahwinan besar-besar di Punjab dengan ratusan tetamu dan gaun perkahwinan indah.

"Semuanya baik," katanya sambil menunjukkan gambar perkahwinanya di telefon bimbit.

Selepas perkahwinan itu, suami baharunya tinggal dengannya selama sebulan di India sebelum pulang ke rumahnya di UK.

Sunita mengharapkan dia datang semula ke India tidak lama selepas itu untuk membawa dia bersama-sama tinggal disana namun jangkaannya meleset.

"Setelah setahun tetapi dia masih tidak pulang.

"Saya  sering bertanya beberapa kali, bila dia akan pulang ke India dan dia akan menjawab  bukan sekarang, lain kali.

"Dia minta banya benda dari saya. Ada kalanya duit dan adakalanya perabot," katanya dipetik BBCNews.

Suami Sunita akhirnya tidak menghubunginya dan sejak itu dia tidak pernah bertemu dan kemudian mendapat tahu bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita lain di UK.

Seperti biasa di India dan beberapa negara lain di Asia Selatan, keluarga Sunita telah memberikan keluarga suaminya hampir £3000 (RM16,068) dan £4000 (RM21,425) emas sebagai hantaran perkahwinan.

Tambah Sunita lagi, suami serta mertuanya turut menderanya secara fizikal.

"Setiap kali saya mempersoalkan sebab dia berkahwin dengan saya, mereka pasti akan memukul saya, hanya kerana bertanyanya soalan sebegitu," katanya

Sunita bukanlah berasal dari keluarga berada dan bapanya yang bersamanya ketika ditemuramah jelas kecewa dengan apa yang berlaku.

Dia menghabiskan beribu-ribu pound untuk perkahwinan dan berfikir akan memberikan kebahagia kepada anaknya itu, namun sebaliknya berlaku.

Menurut penyelidik, masalah ini wujud di Pakistan dan Bangladesh di mana perkahwinan membabitkan warga yang tinggal di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara lain.

Dr Sundari Anitha, dari Pusat Pengajian Sosial dan Sains Politik di Universiti Lincoln, bercakap kepada wanita secara peribadi terlibat dalam beberapa lawatan ke Punjab, Delhi dan Gujarat di India.

Dia telah bertemu dengan wanita yang memberikan sebanyak £25,000 sebagai hantaran perkahwinan sebelum ditinggalkan, dirogol oleh suami baharu mereka malah ada yang telah mempunyai anak dan ditinggalkan malah ada yang disuruh menjadi hamba domestik.

Laporan itu mencadangkan Britain mengklafikasikan kes sebegini sebagai satu bentuk keganasan rumah tangga dan menawarkan perlindungan kepada wanita yang dipergunakan oleh lelaki Britain walaupun mereka tidak pernah tinggal di UK.

Sementara itu, Jurucakap Home Office berkata, kerajaan ini tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan melalui perkahwinan atau dalam apa-apa hubungan lain.

"Kami telah mendahului dalam menangani perhambaan moden, perkahwinan paksa dan keganasan rumah tangga dan akan terus berbuat demikian.

"Kita akan melihat dengan teliti bukti di mana tindakan lanjut mungkin membantu untuk mencegah penyalahgunaan atau memberi sokongan  kepada mangsa".

Lagi keganasan polis Amerika





Agensi
Houston, Amerika Syarikat: Imej polis Amerika Syarikat yang tercemar dengan banyak isu keganasan, termasuk menembak mati penduduk kulit hitam, semakin terjejas berikutan kejadian seorang anggota polis membelasah lelaki gelandangan dengan cota di sebuah stesen kereta api di sini, pertengahan bulan ini.

Berikutan skandal itu, anggota polis terbabit, Jairus Warren meletak jawatan Isnin lalu.

Menurut laporan KTRK-TV, rakaman video kejadian itu yang disiarkan pihak berkuasa menunjukkan dua anggota polis, Warren dan Daniel Reynoso, menghampiri lelaki itu dikenali sebagai Darrell Giles, yang sedang tidur di atas bangku pada awal pagi, 14 September lalu.

Selepas perbualan singkat, Warren dilihat membelah mangsa dengan cotanya sekurang-kurangnya 12 kali menyebabkan lelaki itu jatuh ke lantai sebelum dia digari.

Lelaki itu ditahan kerana melawan ketika ditahan namun tuduhan itu kemudian digugurkan dan dia dibebaskan.

Selepas kejadian itu, Jabatan Polis Metro Houston menggantung kerja Warren dan Reynoso sebelum Warren kemudiannya meletak jawatan. Reynoso kekal berkerja kerana didapati tidak terbabit memukul mangsa.

Polis Houston mengakui kesalahan Warren menggunakan kekasaran yang tidak sepatutnya terhadap Giles.

Ketua Polis Metro Houston, Vera Bumpers, berkata kejadian itu adalah kali kedua polis berurusan dengan Gilles.

Menurutnya, lelaki itu diarah meninggalkan platform oleh pekerja stesen serta anggota polis sebelum itu, namun Giles enggan.

Dalam temuramah dengan KTRK, Giles berkata: “Saya menyangka dia mengeluarkan pistol.

“Dia memukul dengan kuat hingga saya terjatuh ke lantai.”
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:32 PM

Jairus Warren (tengah) meletak jawatan dan rakannya Daniel Reynoso (kanan) serta mangsa, Darrell Giles (kiri). Foto KTRK-TV

Petikan rakaman video anggota polis Houston membelasah lelaki gelandangan yang sedang tidur hanya kerana dia enggan meninggalkan stesen kereta api. - Foto KTRK-TV
prevnext


Masak, makan uri isteri




Watson bersama isterinya, Heather dan anak pertama mereka, Georgie, 4.

Petikan video Watson memakan uri isterinya yang sudah dimasak serta yang mentah.
prevnext


Daily Mail
London: Pernahkah anda membayangkan memakan uri, walaupun uri isteri namun itulah yang dilakukan seorang lelaki di sini, yang kejutan apabila memuat naik video dia memakan uri isterinya.

Bapa dua anak itu, Ross Watson, 32, memasak organ itu selepas isterinya, Heather, 38, melahirkan anak kedua mereka minggu lalu.

Watson dari Durham dekat sini, yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, dia berasa amat teringin untuk merasai uri, terutama ia adalah peluang terakhir kerana isterinya tidak akan mengandung lagi.

Dia memuat naik video seluruh proses, mencuci, memotong dan memasak uri berkenaan di Facebook, malah menggalakkan rakan berkongsinya.

“Saya perlu memenuhi keinginan saya atau tidak dapat merasainya selepas ini. Ia sedap,” kata Watson dalam video itu.

Menurutnya, isterinya, Heather, 38, berkata ‘Memang jijik tetapi dia tidak terkejut kerana dia tahu saya suka buat perkara pelik’.

Ramai pengguna media sosial yang terkejut dengan perbuatan Watson mengecamnya dengan kata-kata antaranya, ‘Menjijikkan’ dan ‘Seperti kanibali’.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:40 PM

Wanita tinggal bersama mayat





Oleh MALINDA ABDUL MALIK

Anggota polis membawa keluar bungkusan mengandungi mayat dua kanak-kanak yang ditemui di sebuah pangsapuri di Taman Sri Sinar di Segambut kelmarin. (Gambar kecil) Isteri Cheah Hing Soon, direman lima hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes kematian suami dan dua anaknya.

KUALA LUMPUR – Beberapa minggu lalu, seorang penganggur, Cheah Hing Soon didakwa telah membunuh anaknya, Kai Sze yang berusia tiga tahun.

Sejak itu, mayat kanak-kanak perempuan tersebut disimpan di dalam bekas plastik dan dibiarkan di sebuah bilik di satu unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut dekat sini.

Beberapa hari selepas kematian Kai Sze, Hing Soon, 34, dipercayai membunuh pula bayinya, Kai Wen yang baru ber­usia tujuh bulan.

Mayat Kai Wen seperti juga mayat kakaknya, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan dibiarkan dalam bilik di rumah sama.

Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Hing Soon pula mati didakwa membunuh diri selepas meminum racun.

Mayatnya ditemui terbaring di atas tilam di bilik utama.

Walaupun rumah yang disewa pada harga RM1,000 sebulan itu bergelimpangan tiga mayat namun isteri Hing Soon yang juga ibu kepada dua beradik itu tetap merahsiakan perkara tersebut.

Dia tergamak tinggal bersama mayat ahli keluarganya dalam keadaan rumah tidak ter­urus serta berbau busuk mayat.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4LVGWTK3p
Hakcipta terpelihara 

Bapa peralat dua anak jual syabu


M.Chandra (tengah) menunjukkan sebahagian dadah syabu yang dirampas selepas menahan tiga suspek di Plaza Universiti, Jalan UMS, Kota Kinabalu pada sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki fikirkan tindakan dia membawa dua kanak-kanak untuk menjual dadah dengan pelanggannya di Plaza Universiti, Jalan UMS di sini boleh menutup ke­giatan jenayahnya.
Namun, taktik itu tidak ber­hasil apabila dapat dihidu pihak polis yang berjaya mencekup suspek bersama dua lagi rakan jenayahnya yang berusia 33 dan 38 tahun di plaza berkenaan pukul 7.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, penahanan ketiga-tiga lelaki itu seterusnya membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 503.56 gram dianggarkan bernilai RM65,000.
“Kesemua mereka ditahan ketika dipercayai ingin bertemu pelanggan untuk menjual dadah. Suspek datang ke kawasan tersebut menaiki sebuah kereta Perodua Viva dan dua daripada mereka turun dipercayai untuk bertemu pelanggan.
“Polis kemudian membuat serbuan dan menahan kesemua suspek termasuk pemandu kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4LVFsJ8Bo 
Hakcipta terpelihara 




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4LVFsJ8Bo
Hakcipta terpelihara 

Pelajar perempuan hilang di Paris





Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan ABD. RAZAK OSMAN

Norshakinah

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri dari Kampung Masjid, Tikam Batu di sini bimbang tentang keselamatan anak gadis mereka yang dilaporkan hilang dari rumah sewanya di Paris, Perancis selepas keluar membeli makanan kucing pada Jumaat lalu.

Norshakinah Naim, 19, merupakan penuntut tahun pertama bidang kejuruteraan kimia di Institute University of Technology (IUT) Roanne, Paris. Dia merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut bapanya, Naim Awang, 46, dia menerima berita tentang kehilangan anak gadisnya itu daripada Kedutaan Malaysia di Perancis kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin.

“Kehilangan anak saya disedari rakan serumahnya yang berasal dari Sabah selepas menemui telefon bimbit anak saya dalam keadaan berdering di dalam bilik.

“Norshakinah dikatakan keluar membeli makanan kucing tanpa membawa telefon bimbit dan pakaian sebelum hilang tanpa khabar berita,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini semalam.

Katanya, kali terakhir anak kedua daripada enam beradik itu menghubungi ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, pada hari kehila­ngannya, Jumaat lalu.

“Norshakinah berbual seperti biasa dan beritahu semuanya baik-baik belaka. Kami tidak mengesan sebarang kelainan pada dirinya,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4LVFLqbcV
Hakcipta terpelihara