Search This Blog

Tuesday, September 20, 2016

Ibu mengandung mati ditembak, anak selamat dilahirkan


20 SEPTEMBER 2016
Parashay Beard

Parashay Beard
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berjaya dilahirkan dari seorang wanita yang mengandung enam bulan yang mati setelah ditembak di leher, Ahad lepas.

Walaupun bayi berkenaan dilahirkan dalam keadaan kritikal dan pra-matang, para doktor bersyukur kerana bayi berkenaan masih hidup.

Menurut laporan NBC Chicago, Parashay Beard, 19, sedang berada di dalam kereta di luar rumah bersama teman lelakinya ketika kejadian.

Seorang penyerang kemudian datang dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan teman lelakinya.

Teman lelaki Parashay masih berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di bahagian dada dan leher.

Sementara itu, pihak polis percaya motif serangan adalah berkaitan kumpulan kongsi gelap.

Polis masih mencari saksi kejadian untuk membantu siasatan.

Wanita didakwa pengedar dadah ditembak mati


20 SEPTEMBER 2016
Wanita didakwa pengedar dadah ditembak mati

Wanita didakwa pengedar dadah ditembak mati Mayat Aurora Moynihan ditemui di tepi jalan bersama empat bungkusan kecil mengandungi dadah methamphetamine.
MANILA - FILIPINA. Seorang wanita didakwa mengedar dadah kepada selebriti di Filipina mati selepas ditembak sebanyak lima kali, kelmarin.

Mayat Aurora Moynihan ditemui di tepi jalan bersama empat bungkusan kecil mengandungi dadah methamphetamine.

Menurut laporan Dailymail, rakaman CCTV menunjukkan Aurora ditembak selepas beliau keluar dari sebuah kenderaan.

Sebuah kad yang tertulis "Pengedar dadah kepada selebriti, anda seterusnya' juga ditemui di tepi mayat Aurora.

Pihak polis mengesahkan Aurora berada di bawah senarai pemerhatian polis dan didakwa sebahagian dari anggota sebuah sindiket dadah.

Aurora pernah ditangkap dalam serbuan ke atas sebuah markas dadah pada 2013.

Sementara itu, lebih 3,000 suspek pengedar dadah telah dibunuh semenjak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengangkat sumpah.

Rodrigo menggalakkan pihak berkuasa dan orang awam membunuh penagih dan pengedar dadah sejak Jun lepas.