Search This Blog

Sunday, September 11, 2016

Hamba seks dikurung 7 tahun






SEBUTAN kes di mahkamah melakonkan semula keadaan Stan yang dikurung di dalam keranda. - AGENSI

CALIFORNIA – Seorang wanita di sini menjadi hamba seks kepada seorang lelaki apabila dikurung di dalam sebuah keranda selama hampir tujuh tahun selepas diculik di tepi jalan.

Insiden mengerikan itu dialami oleh Collen Stan yang diculik pada tahun 1977 hingga 1984 ketika berusia 20 tahun. Penculik merupakan pasangan suami isteri, Cameron dan Janice Hooker.

Menurut laporan mahkamah, pasangan Hooker dikatakan menculik Stan ketika wanita berkenaan menahan kereta mereka untuk menumpang di tepi jalan. Tidak mengesyaki sebarang masalah, Stan menaiki kereta mereka kerana melihat seorang bayi di kerusi belakang.

Selepas sejam perjalanan, pasangan tersebut membawa Stan ke sebatang jalan sunyi sebelum mengancam wanita itu dengan sebilah pisau dan mengikat mulut dan tangannya. Dia dibawa ke rumah pasangan Hooker dan diletakkan di sebuah keranda di bawah katil mereka.

Stan hanya dibawa keluar dari keranda untuk didera dan dirogol oleh Cameron selama tujuh tahun. Mimpi ngeri Stan hanya ber­a­khir selepas Janice melepaskannya dan membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Saya fikir saya akan mati begini,” kata Stan kepada majalah People.

Atas kesalahan tersebut, Came­ron dipenjarakan selama 104 tahun. Kisah penderaan Stan difilemkan dengan judul Girl in the Box. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4Jtu1e7Th
Hakcipta terpelihara 

Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat


HAMIZAH BASIR
10 SEPTEMBER 2016
Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat

Bas ekspress terbabas, 27 penumpang selamat Bas ekspres terbabas ke tebing jalan lalu melanggar pokok di Kilometer 228 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah selatan, berhampiran Tol Pedas-Linggi, di sini, petang tadi. - Foto Bomba dan Penyelamat
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seramai 27 penumpang bas ekpress terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 228 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah selatan, berhampiran Tol Pedas-Linggi, di sini, petang tadi.

Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Johor itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan sebelum ke tebing gaung.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II, Mazoraanim Abdul Hamid, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.13 petang.

"Sebuah jentera bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 4.49 petang.

"Sebaik tiba, kelihatan semua penumpang telah keluar dari bas melalui pintu kecemasan bas dibahagian belakang," katanya di sini.

Menurutnya, pemandu bas dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semasa bas menggelongsor ke tebing gaung, bas telah melanggar sebatang pokok dan menyebabkannya tersekat dari jatuh ke dalam gaung.

"Pemandu dan penumpang semua selamat.  Bas gantian turut disediakan bas ekpres dan ada juga mangsa pulang menaiki kereta rakan-rakan dan saudara- mara," katanya.

Katanya, punca kemalangan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dua maut, nahas lima kenderaan

JENAYAH SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 6:12 PM

Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my


Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis.

BETONG: Dua orang, termasuk seorang anggota polis, maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, di sini, hari ini. Kemalangan berlaku pada jam 12.51 tengah hari berdekatan Rumah Panjang Entaban.

Anggota polis terbabit, Joe Garyson Bekeng, 31, yang menaiki kereta PERODUA Alza berwarna putih dan seorang mangsa yang menaiki van Toyota Hiace, Afian Rajuli, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata selain dua kenderaan itu, tiga kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu iaitu PERODUA Alza berwarna biru, lori tangki dan PERODUA Viva.

"Berdasarkan laporan di tempat kejadian, lori tangki membawa gas cecair asli (LPG) dari arah Sri Aman hilang kawalan ketika menuruni bukit berselekoh dan terbabas ke laluan bertentangan serta melanggar van Toyota Hiace, lalu berpusing dan melanggar kenderaan PERODUA Alza berwarna biru.

 "Selepas itu, sebuah PERODUA Viva pula melanggar belakang PERODUA Alza terbabit.

Kemudian, lori tangki pula merempuh kenderaan kedua iaitu sebuah lagi PERODUA Alza yang berada di laluan Betong ke Sri Aman," katanya. Farhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih tiga kilometer di kedua-dua arah.


"Lapan lagi mangsa yang terbabit dalam kejadian itu selamat dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lori tiada di lokasi ketika anggota bomba tiba," katanya.
Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis. Kemalangan di Kilometer 62, Jalan Sri Aman-Sarikei, tengah hari tadi, yang membabitkan lima kenderaan dan meragut dua nyawa, termasuk seorang anggota polis. «»  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191600

4 tahan azab kereta masuk gaung




MANGSA yang parah diangkut dengan pengusung oleh anggota bomba.

Genting: Empat lelaki yang juga pekerja taman tema Genting Highlands menahan azab sakit lebih empat jam sebelum diselamatkan apabila kereta dinaiki terbabas dan terbang ke dalam gaung sedalam 150 meter di Jalan Amber Court, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Vijayavarman, 27, S Surenraj, 21, P Kirenraj, 20, dan seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya tersepit di dalam kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.42 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kereta Toyota Corolla dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang besi jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

“Seramai enam anggota dan pegawai bomba berusaha menyelamatkan mangsa di dalam gaung berbatu itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati empat mangsa terperangkap di dalam kenderaan di dalam gaung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, anggota bomba mengalami kesukaran menyelamatkan mangsa berikutan kedudukan kereta itu yang berada di kawasan berbatu.

“Anggota bomba bertindak pantas memasang takal bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Operasi menyelamatkan mangsa turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sentul dan pihak polis,” katanya.

Yusri berkata, semua mangsa yang parah dibawa naik sekitar jam 8.54 malam.

Sementara itu, anggota Unit Bantuan Kecemasan APM Shukor Hashim berkata, anggota APM memberi rawatan kecemasan sebelum mangsa dihantar menaiki ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang dan Hospital Bentong.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 9:43 AM

Bakar adik hidup-hidup



ARCHER

Agensi
Manchester: Seorang lelaki membakar adik perempuannya hidup-hidup dengan menuangkan campuran petrol dan cecair mineral sebelum menyalakan pemetik api kerana berang.

Julie Archer, 49, mati akibat kecederaan teruk dialaminya akibat perbuatan abangnya Stephen, 50, di kediaman mereka di Newton Heath, Manchester.

Mahkamah Crown Manchester diberitahu, Archer pulang ke rumah itu pada 29 Februari lalu membawa botol minuman ringan yang mengandungi cecair mudah bakar itu.

Pendakwa, Mark Kellett berhujah, Julie disimbah cecair berkenaan ketika duduk di atas sofa di ruang tamu sebelum Archer membakarnya.

“Perbuatannya memang berniat membunuh atau sekurang-kurangnya mengakibatkan kecederaan teruk terhadap adiknya,” kata Kellett.

Sementara itu, anak Julie, Quibilah Archer-Cunningham, 19, berkata, ketika kejadian dia di dalam biliknya di tingkat atas dan terdengar bunyi letupan kuat dan gegaran seperti gempa bumi.

Jirannya juga menggambarkan keadaan itu seperti babak filem seram apabila melihat Julie meluru keluar dengan kesan lecuran teruk.

Quibilah yang terperangkap di dalam biliknya kemudian nekad terjun dari tingkap dan mengalami kecederaan ringan.

Julie dilaporkan memberitahu paramedik bahawa abangnya yang bertanggungjawab mencederakannya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:12 AM

Syarikat penghantaran wang dirompak dua lelaki berparang



LOKASI kejadian syarikat penghantaran wang dirompak.

Nilai: Sebuah syarikat penghantaran wang kerugian RM25,000 apabila dirompak dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Jalan TS 2/ 1E, Taman Semarak, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, dalam kejadian jam 4.10 petang, dua lelaki berusia 20-an menerjah masuk ke dalam premis terbabit.

Katanya, sebaik tiba di kaunter, seorang daripada mereka mengacukan parang terhadap penjaga kaunter berkenaan.

“Suspek ketika itu mengugut mencederakan penjaga kaunter sekiranya tidak diserahkan wang.

“Berikutan ketakutan, penjaga kaunter yang juga seorang lelaki terpaksa menyerahkan wang berjumlah RM25,000,” katanya.

Azrul Hisham berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua lelaki terbabit memakai topi keledar sebelum memasuki premis penghantaran wang ke negara asing itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:21 AM

Merangkak dari kereta tergantung


11 September 2016 12:16 AM

NEW YORK 10 Sept. – Seorang lelaki mengalami detik mencemaskan apabila dia terkandas di dalam kenderaannya yang tergantung setinggi sembilan tingkat di sebuah tempat letak kereta di sini, semalam.

LELAKI tersebut (dalam bulatan) berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai di Texas, Amerika Syarikat kelmarin. AGENSI
Menurut Mail Online, insiden itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian tersebut dan dimuat naik di laman sosial.
Dalam rakaman tersebut, lelaki yang tidak dikenali itu dilihat merangkak keluar dari ken­deraan utiliti sukan (SUV) Toyota 4Runner yang tergantung pada ketinggian 7.62 meter.
Dia berjaya menyelamatkan diri setelah memanjat bahagian hadapan kenderaan dan melompat masuk ke dalam kawasan tempat letak kereta berkenaan dengan bantuan orang ramai.
Lelaki berusia 24 tahun itu memberitahu polis, insiden berlaku apabila dia gagal memberhentikan kenderaannya ke­tika mahu meletak kereta, menyebabkan SUV berkenaan terbalik beberapa kali sebelum salah satu rodanya tersangkut pada kabel yang memagari tempat letak kereta.
Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana kenderaannya tersangkut pada kabel itu, sekali gus membuatkannya tergantung daripada terus jatuh ke jalan dan boleh terbunuh.
Saksi, Andrew Miller yang merakam detik mencemaskan itu berkata kepada stesen be­rita KXAN, ketika kejadian dia sedang membeli makanan di sebuah restoran berdekatan.
“Kenderaan itu boleh terjatuh ke jalan bila-bila masa walaupun tidak berayun,” katanya.
Jabatan Bomba Austin petang semalam menerusi Facebook memaklumkan, kereta tersebut telah diturunkan dengan selamat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/merangkak-dari-kereta-tergantung-1.381290#sthash.m8gugX9r.dpuf

23 terkorban kilang terbakar di Bangladesh


11 September 2016 12:17 AM
kebakaran di Kilang Pembungkusan Tampaco masih belum dapat dikawal

KEBAKARAN di Kilang Pembungkusan Tampaco masih belum dapat dikawal di Tongi, Bangladesh semalam. AFP
DHAKA 10 Sept. – Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan 70 cedera kebanyakannya dalam keadaan kritikal apabila satu kebakaran besar berpunca daripada letupan alat pemanas berlaku di sebuah kilang pakaian di sini semalam.
Ketika kejadian, seramai 100 orang sedang bekerja di Kilang Pembungkusan Tampaco di Tongi, kira-kira 20 kilometer di utara Dhaka apabila api mula marak di dalam bangunan ekoran letupan di bilik alat pemanas berkenaan.
Kebakaran juga masih gagal dipadamkan, sekali gus meningkatkan kebimbangan ramai pekerja dikhuatiri terperangkap di dalam bangunan tersebut.
Pegawai polis dari unit industri, Tahmidul Islam berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat simpanan bahan kimia di aras bawah bangunan yang mengakibatkan api me­rebak dengan pantas.
Seorang doktor, Parvez Mia ber­kata, kebanyakan mangsa ce­dera akibat melecur.
“Kami telah menghantar mang­sa yang cedera parah ke hospital-hospital di Dhaka,” katanya yang bertugas di Hospital Tongi.
Insiden maut melibatkan industri sering berlaku di Bangladesh antaranya tragedi Plaza Rana yang runtuh pada 2013 dan mengorbankan 1,100 orang.
Kejadian demi kejadian itu menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan di kilang-kilang negara ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/23-terkorban-kilang-terbakar-di-bangladesh-1.381296#sthash.lSGbjNAp.dpuf