Search This Blog

Saturday, September 10, 2016

10 maut kilang terbakar di Bangladesh

DUNIA SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 12:20 PM



DHAKA: Sekurang-kurangnya sepuluh terbunuh apabila sebuah dandang meletup menyebabkan kebakaran besar di sebuah kilang pembungkusan di Bangladesh, kata polis yang menjangkakan angka kematian akan meningkat.

 "Kami mendapat pengesahan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang mati. Tapi kami menjangkakan angka korban akan meningkat kerana api masih tidak dapat dikawal," kata Inspektor polis Sirajul Islam kepada AFP.

Kira-kira 100 orang dilaporkan sedang bekerja di kilang empat tingkat yang musnah dijilat api sejurus selepas letupan di bilik dandang di bangunan dekat bandar perindustrian Tongi, di utara ibu negara Dhaka. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191517

Tiga maut nahas babitkan empat kenderaan

JENAYAH SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 7:42 AM

Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

BOMBA mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Puncak Jelapang Maju, Ipoh, malam tadi.

IPOH: Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Puncak Jelapang Maju, Jalan Ipoh-Lumut, di sini malam tadi. Dalam kejadian jam 8 malam itu, dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

 Nahas membabitkan empat kenderaan jenis Toyota Corolla, Perodua Viva, Toyota Vios dan sebuah lori satu tan. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemalangan itu jam 8.08 malam.

 "Dua lelaki India yang menaiki Toyota Corolla meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit, manakala penumpang belakang kenderaan itu cedera ringan.

 "Seorang lelaki Melayu yang menaiki Viva cedera parah dan hantar ke hospital untuk rawatan yang kemudian disahkan meninggal dunia.

 "Maklumat awal yang diperoleh mendapati Toyota Corolla yang datang dari arah Ipoh menuju Lumut itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan Viva," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Beliau berkata, berikutan itu sebuah kereta Vios gagal mengelak turut merempuh belakang kereta Viva terbabit dan sebuah lori satu tan pula terbabas ke bahu jalan akibat mengelak, bagaimanapun kedua-dua pemandu kenderaan itu terselamat.

Katanya, semua mangsa yang maut dan tersepit berjaya dikeluarkan dan serahkan kepada polis manakala operasi menyelamat tamat kira-kira jam 11.03 malam.

 BOMBA mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Puncak Jelapang Maju, Ipoh, malam tadi.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191439

2 maut, 4 parah nahas dua kereta

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 3:53 PM

Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba 

SRI AMAN: Dua maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan dua kenderaan di Bukit Begunan, Kilometer 42 Jalan Sri Aman-Serian di sini, pagi tadi.


Mangsa yang maut ialah pemandu kereta PERODUA Kancil, Jembu Britain Ungat, 52, dan penumpang bahagian hadapan, Uja Nyaoh, 49. Seorang remaja perempuan dalam kereta berkenaan, Thellphiner Dueh Jembu, 16, dilaporkan cedera parah.


Tiga lagi mangsa yang parah menaiki kereta PROTON Saga iaitu Zulfandy Kennedy Abdullah, 36; Siti Haziah Baha, 31; dan Nur Fatin Bahirah Zulfiandy Kennedy, 12.

Seorang kanak-kanak, Nur Dania Zulfiandy Kennedy, 5, cedera ringan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan dua keluarga.

 "PERODUA Kancil dinaiki tiga sekeluarga dalam perjalanan dari Serian ke Sri Aman manakala PROTON Saga dinaiki empat sekeluarga dari arah bertentangan. "Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman," katanya.

 ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabit nahas di Bukit Begunan, Sri Aman, pagi tadi. - Foto ihsan bomba   
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191563

2 lagi mangsa nahas Guar Chempedak meninggal dunia

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 1:19 PM

 Oleh Nur Syazwana Mansor bhnews@bh.com.my

YAN: Dua lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Guar Chempedak dekat sini, malam tadi, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim, berkata ia menjadikan bilangan mangsa yang maut kepada enam orang, Beliau berkata, mangsa wanita yang juga penumpang teksi, Oii Lian Choo, 76, meninggal dunia di Hospital Yan pada jam 1.59 pagi tadi manakala penumpang belakang PROTON Iswara, Hajir Ibrahim, 53, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi tadi.

Katanya, tiga mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu PROTON Iswara, Ahmad Arif Othman, 27; pemandu teksi, Ooi Guan Seng, 72; dan penumpang tempat duduk hadapan teksi, Tai Cheng Kee, 69, manakala penumpang hadapan PROTON Iswara, Mohamad Azzmi Azizan, 32, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Dalam kejadian jam 9.16 malam tadi, sebuah PROTON Iswara dinaiki tiga rakan dalam perjalanan dari Alor Setar menghala Sungai Petani, dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan teksi jenis Nissan Sentra dinaiki tiga individu.

Rempuhan menyebabkan teksi terbabit berpusing dan berlanggar dengan sebuah kereta PROTON Persona di belakangnya. Ketika kejadian, Ahmad Arif yang memandu PROTON Iswara, dalam perjalanan menghantar Hajir untuk pulang beraya sempena Aidiladha di Jelutong, Pulau Pinang, dengan ditemani Mohamad Azzmi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191538

Sebutan Kes Bekas Pegawai SPRM Pada 11 Oktober Ini


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 6:13 PM

Sebutan kes Ramlan Amir Man, 46, (tengah) pada 11 Oktober ini. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 11 Oktober depan bagi sebutan kes seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghadapi tuduhan menipu.  

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab.Rahman menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Ramlan Amir Man melantik peguam untuk mewakilinya.    

Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pada Jumaat telah ditetapkan bagi sebutan kes itu tetapi Ramlan masih belum mempunyai peguam.

Ramlan pula menjelaskan dia telah menghubungi seorang peguam melalui telefon tetapi peguam itu belum bersetuju mewakilinya kerana mahu bertemu dengannya terdahulu.    

Ramlan,46, dituduh menipu Mek Nas Mat Jusoh, 58, dan Rosli Md Aris, 59, dengan memperdaya mereka untuk membeli kereta jenis Toyota Wish.

Dia dituduh memperdaya Mek Nas membeli kereta itu yang bernilai RM30,000 dan dengan curangnya mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang RM29,500 sebagai pembayaran kereta berkenaan.  

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Food Court Kompleks Kejiranan Presint16, Putrajaya pada 8 Feb 2011 hingga 22 Feb 2012.  

Ramlan juga didakwa menipu Rosli, 59, dengan memperdayanya membeli kereta Toyota Wish bernilai RM35,000 dan dengan curangnya mendorong lelaki itu supaya menyerahkan wang RM35,000 sebagai pembayaran kereta tersebut.  

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kedai runcit Linor, Presint 16,Putrajaya pada 16 April 2011 hingga 25 Mei 2011.   -Bernama

Tiga Maut Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Ipoh


Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 9:30 AM

IPOH: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori satu tan di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Puncak Jelapang Maju, Jumaat malam.

Dua daripada mangsa dikenali sebagai R. Mathusuthanan serta Venoshen Ng, masing-masing berumur 17 tahun, maut di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Fauzi Abdul Aziz berkata seorang lagi meninggal semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan identitinya belum dapat dipastikan.

Katanya kemalangan pada kira-kira pukul 8 malam itu berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla dinaiki Mathusuthanan dan Venoshen dari Ipoh ke Lumut berlanggar dengan sebuah Perodua Viva dari arah bertentangan.

"Akibat daripada itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios telah melanggar bahagian belakang Viva berkenaan dan sebuah lori yang mahu mengelak Vios itu pula terbabas ke bahu jalan.

"Pemandu Viva berkenaan parah dan hantar ke hospital untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Sementara itu, pemandu lori, Musa Zulkafli, 56, dan seorang lelaki yang merupakan pemandu Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.-- Bernama

Lima Maut Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan Di Kedah


Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 2:29 PM

Keadaan salah sebuah kenderaan yang remuk akibat kemalangan mengakibatkan lima maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Batu 16, Padang Lumat, Jalan Alor Setar-Sungai Petani kira-kira pukul 9 malam pada Jumaat.

SUNGAI PETANI: Dua lagi disahkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan lima maut dalam kemalangan melibatkan sebuah teksi dan dua buah kereta di Jalan Alor Setar-Sungai Petani berhampiran Batu 16, Padang Lumat dekat sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitendan Muhamad Halim Yatim berkata, kemalangan kira-kira 9 malam tadi itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara dinaiki tiga lelaki memasuki laluan bertentangan ketika dalam perjalanan ke Sungai Petani.

Beliau berkata kereta terbabit kemudian bertembung dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dinaiki tiga sekeluarga.

"Pelanggaran itu menyebabkan teksi terbabit berpusing dan dilanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Persona," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya pemandu teksi, Ooi Guan Seng, 72, serta pemandu kereta Proton Iswara, Ahmad Arif Othman, 27, bersama penumpang kereta itu, Mohamad Azzmi Azizan, 32, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata isteri Ooi, Tai Cheng Kee@Teh Suan Kee, 69, dan kakaknya Ooi Lian Choo, 76, pula disahkan meninggal dunia di Hospital Yan kira-kira 11 malam dan 3 pagi tadi.

Muhamad Halim berkata seorang lagi mangsa iaitu penumpang belakang kereta Iswara, Hajir Ibrahim, 53, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Katanya pemandu Proton Persona, seorang lelaki berusia 29 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.-- Bernama

Ekstasi 2.6 Kg dalam beg


 
DADAH yang dirampas. FOTO ihsan 
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Senai: Polis menahan dua rakan selepas menjumpai 2.3 kilogram ekstasi dalam bagasi mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, suspek lelaki dan wanita yang kedua-duanya berusia 40 tahun ditahan dua anggota polis bantuan LTAS yang mengesan bungkusan mencurigakan dalam bagasi suspek ketika melalui mesin pengimbas.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, sejurus mengesan kehadiran bungkusan mencurigakan itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan jenayah Narkotik Daerah Kulai bersama pasukan polis bantuan itu bertindak menahan kedua-dua suspek untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 2.3 kilogram ekstasi dalam bentuk pil dan serbuk membabitkan nilai rampasan dadah RM470,400.

"Sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta LTAS turut dirampas," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari Sarawak itu mengambil penerbangan dari Johor Bahru ke Sibu yang dijadualkan pada 9.30 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 7:42 PM

Bas hilang kawalan



FOTO Recqueal Raimi

Recqueal Raimi
hmkk@hmetro.com.my


Tuaran: Dua belas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara 13 orang cedera selepas bas dinaiki terbabas ke lereng bukit, di Jalan Tenghilan dekat Tuaran, 7.15 malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Asnan Led, berkata bas itu dalam perjalanan membawa penuntut melawat tarikan pelancongan di Santavana, dekat sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas dipandu seorang lelaki itu hilang kawalan lalu terbabas di lereng bukit.

“Pemandu dan kesemua penumpang mengalami cedera dan dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

"Semua mangsa dihantar ke hospital Tuaran menggunakan ambulans dan kenderaan awam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:13 PM

Kilang perabot hangus



FOTO ihsan bomba

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Sungai Buloh: Sebuah kilang perabot di Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, musnah dalam kebakaran jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah kilang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.34 pagi sebelum 22 anggota bergegas ke lokasi bagi operasi pemadaman.

"Bantuan turut diterima dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan BBP Kota Anggerik sebelum api berjaya dikawal jam 3.35 pagi.

"Berlaku kesukaran ketika operasi pemadaman berikutan masalah air yang ketara di kawasan berkenaan selain saluran paip kecil," katanya.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM300,000, manakala punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 10:59 AM

Dua lagi mangsa hilang nyawa



JENAZAH pemandu Proton Iswara, Ahmad Arif, dibawa masuk ke dalam van jenazah oleh ahli keluarga dan kakitangan Hospital Yan.

Nur Syazwana Mansor
am@hmetro.com.my


Yan: Dua lagi mangsa yang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 16, Padang Lumat, Jalan Sungai Petani-Alor Setar, dekat sini, malam semalam, disahkan meninggal dunia awal pagi tadi, menjadikan keseluruhan enam mangsa terbunuh.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, dalam kejadian jam 9.16 malam, tiga mangsa iaitu pemandu kereta Proton Iswara, Ahmad Arif Othman, 27, pemandu teksi, Ooi Guan Seng, 72, dan penumpang hadapan teksi, Tai Cheng Kee, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu penumpang hadapan kereta Proton Iswara, Mohamad Azzmi Azizan, 32, pula disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Yan, menjadikan jumlah mangsa terbunuh pada hari kejadian seramai empat orang.

Katanya, dua mangsa yang parah iaitu penumpang teksi yang juga kakak pemandu, Oii Lian Choo, 76, dan penumpang Proton Iswara, Hajir Ibrahim, 53, pula meninggal dunia di Hospital Yan dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, masing-masing, awal pagi tadi ketika menjalani rawatan.

"Jenazah mangsa yang meninggal dunia di HY sudah dituntut ahli keluarga pagi ini untuk tujuan pengebumian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 12:22 PM

Anak dajal



ROBERT (depan) dan adiknya didakwa di mahkamah. - Daily Mirror

Agensi
Oklahoma (Amerika Syarikat): Seorang remaja dipenjara seumur hidup mengaku salah atas lima tuduhan membunuh ibu bapa dan tiga beradiknya dengan kejam di rumah mereka, tahun lalu.

Robert Bever, 19, terlepas daripada hukuman mati selepas mengaku melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun, adiknya Michael, 17, tidak membuat sebarang pengakuan dan akan dibicarakan mulai Jun tahun depan.

Dua beradik itu dituduh memukul dan menikam mati ibu, ayah, serta dua adik lelaki dan adik perempuan mereka berusia antara tujuh hingga 12 tahun di kediaman mereka di Oklahoma pada Jun tahun lalu.

Seorang lagi adik perempuan, Crystal, 13, parah tetapi terselamat dalam serangan itu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun, Autumn Bever, yang ditemui di tempat kejadian tidak dicederakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:12 AM

Kegembiraan bertukar tragedi



FOTO ihsan JBPM

Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Sandakan: Seorang kanak-kanak lemas selepas mandi bersama sekumpulan rakannya di Sungai Batang, Batu 10 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.35 pagi itu, Amirul Asran, 10, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi tadi.

“Setibanya pasukan kami di lokasi itu, didapati seorang kanak-kanak lelaki yang lemas dalam sungai dan dia sudah dibawa ke tebing sungai oleh orang awam.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 1:18 PM

Empat terbunuh



FOTO Nur Syazwana Mansor

Nur Syazwana Mansor
am@hmetro.com.my


Yan: Empat terbunuh manakala dua parah selepas teksi bertembung dengan kereta di Batu 16, Jalan Sungai Petani-Alor Setar, di sini, 9.50 malam tadi.

Perlanggaran itu menyebabkan pemandu teksi berusia 50-an dan penumpangnya maut manakala penumpang lain parah dan dikejarkan ke Hospital Yan.

Turut maut, pemandu Proton Iswara dan penumpang, masing-masing berusia 30-an, manakala seorang lagi parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Difahamkan, kejadian apabila Proton Iswara dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani, dikatakan memasuki laluan teksi yang bergerak di arah bertentangan.

Akibat rempuhan itu, teksi itu berpusing dan bertembung pula dengan Proton Persona dinaiki tiga mangsa. Namun mereka terselamat.

Sehingga berita ini disiarkan, nama keempat-empat mangsa yang terbunuh dan mereka yang cedera masiuh belum diperoleh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 12:08 AM

Yatim piatu sekelip mata



FOTO ihsan polis dan bomba

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Sri Aman: Suami isteri maut, anak lelaki mereka cedera apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan sebuah Proton Saga dalam kemalangan di Bukit Begunan, Kilometer 46, Jalan Sri Aman- Kuching di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu Perodua Kancil, Jembu Britain Ungat, 52, isterinya Uja Nyaoh, 49, maut di lokasi kejadian, manakala Thellphiner Dueh Jembu, 16, parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, empat sekeluarga yang menaiki Proton Saga cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Proton Saga yang datang dari arah Sri Aman hilang kawalan ketika menuruni bukit dan masuk ke laluan bertentangan.

"Proton Saga yang dinaiki empat sekeluarga itu melanggar Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil tersepit dalam kereta, disahkan meninggal dunia," katanya.

Katanya, lima mangsa kemalangan yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, cuaca hujan dengan keadaan jalan licin. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 2:29 PM

Mati tertimbus hidup-hidup



ANGGOTA keluarga mangsa berusaha mencarinya di celah runtuhan.

Agensi
Beijing: Seorang nenek berusia 92 tahun mati tertimbus hidup-hidup di China selepas pekerja binaan tersilap memilih rumah untuk dimusnahkan ketika dia sedang tidur.

People’s Daily Online melaporkan, pekerja binaan berkenaan dihantar untuk merobohkan sebuah rumah bagi tujuan pembangunan di Xuzhou tetapi tersilap alamat.

Difahamkan, mereka sepatutnya merobohkan rumah bersebelahan dan anggota keluarga mangsa tidak dimaklumkan langsung.

Lebih tragis lagi apabila mangsa tidak dapat bergerak kerana kedua-dua kakinya patah.

Menurut laporan, Pihak Berkuasa Perumahan Daerah Zhao menandatangani perjanjian untuk membeli tanah berkenaan dan memindahkan penduduknya.

Wanita berkenaan sudah bersetuju untuk berpindah, namun mendapat penangguhan kerana keadaan kesihatannya.

Kejadian itu turut disahkan syarikat terbabit yang mengakui kesilapan pihaknya.

Kes itu kini disiasat polis.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:14 AM

Dua maut, bas rempuh masjid



KEADAAN masjid yang dirempuh bas di kampung Asam Jawa di Labuhanbatu Selatan di Sumatera Utara kelmarin. - Jakarta Post

Medan: Dua orang terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah masjid di Kampung Asam Jawa di Labuhanbatu Selatan dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang (waktu tempatan) itu bas berkenaan dalam perjalanan dari Pekanbaru di Riau menuju Medan di Sumatera Utara.

Jurucakap polis berkata, bas berkenaan dipercayai dipandu laju dan cuba mengelak bertembung dengan lori dari arah bertentangan sebelum terbabas.

“Pemandu bas hilang kawalan menyebabkan kenderaannya melanggar masjid di tepi jalan.

“Kemalangan ini menyebabkan dua penumpang maut dan berpuluh lagi cedera,” katanya.

Ujarnya, ketika kejadian tiada jemaah di dalam masjid yang rosak teruk di bahagian depan akibat rempuhan bas berkenaan.

“Semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Kota Pinang dan mereka dilaporkan stabil.

“Kami turut menahan pemandu bas untuk siasatan lanjut,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:17 AM

CEO Secret Recipe Cakes didenda




Leong THUN didenda RM45,000 atas kesalahan menaikkan harga minuman dan makanan di dua cawangan Secret Recipe Cake & Cafe.

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. semalam didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tiga kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid mengenakan denda itu selepas Datuk Sim Leong Thun, 57, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya atas kapasiti individu.

Leong Thun didakwa menaik­kan harga minuman jenama Pepsi di Secret Recipe Cakes & Cafe cawangan Subang Parade, Su­bang Jaya daripada RM4 kepada RM5 bermula 23 Februari 2015 berdasarkan tanda harga yang dipamerkan.

Dia didakwa melakukan pencatutan harga kerana terdapat kenaikan margin keuntungan bersih sebanyak 24 sen iaitu dari­pada 77 sen kepada RM1.01 bagi setiap unit minuman berkenaan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4JqBzwooO
Hakcipta terpelihara 

Dua maut kemalangan di Rembau





10/09/2016 1:26pm

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

Keadaan dua buah kenderaan yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan malam tadi

REMBAU - Dua lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2 Jalan Kampung Batu-Kampung Miku di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, mangsa, Kamarulfaiz Abd. Razak, 35, dan Ng Choon Poh, 55, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, nahas melibatkan treler jenis Scania dan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan berat dipandu Kamarulfaiz dipercayai bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan.

"Kedua-dua pemandu maut di tempat kejadian. Mayat mereka telah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4JqBZawtk
Hakcipta terpelihara 

Dua hari mereput dalam Sungai Klang





10/09/2016 2:11pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI

Mayat yang hampir reput itu turut mempunyai kesan darah pada mulut dan hidung

KUALA LUMPUR - Satu mayat lelaki yang telah membengkak dan hampir reput ditemui dalam Sungai Klang berhampiran Taman Angkasa, Batu 6 1/2 Jalan Puchong dekat sini pagi tadi.

Mangsa dipercayai seorang rakyat tempatan berbangsa India itu ditemui dalam keadaan terlangkup dan tersangkut pada batu di sungai tersebut oleh orang awam kira-kira pukul 7.16 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, sepasukan forensik dikerahkan ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit telah bengkak dan berbau disyaki berada dalam sungai berkenaan sejak dua hari lalu.

“Ketika ditemui, mayat yang hampir reput itu turut mempunyai kesan darah pada mulut dan hidung.

“Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa yang lengkap memakai sehelai baju T dan seluar jeans biru serta bertali pinggang hitam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz4JqBNXx25
Hakcipta terpelihara 

Ketum dalam bekas aiskrim





10/09/2016 3:52pm

Oleh ATIKAH DALI

Daun ketum kisar dirampas dari rumah suspek

ALOR GAJAH - Seorang buruh yang pernah ditahan polis atas kesalahan menjual air ketum pada 2013 diberkas sekali lagi selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sama di Durian Tunggal di sini semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam Op Tapis pada pukul 1 pagi selepas polis menyerbu sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya yang melakukan pemeriksaan menjumpai sebanyak 13 botol minuman ringan berisi cecair disyaki air ketum disimpan di dalam peti sejuk dan dapur rumah berkenaan.

"Turut dijumpai bekas aiskrim mengandungi serbuk berwarna hijau disyaki daun ketum yang telah dikisar di dalam peti sejuk berasingan," katanya kepada Kosmo!.

Suspek yang bebas sebarang pengambilan bahan terlarang itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4JqB93ykB
Hakcipta terpelihara 

Maut langgar besi pembahagi jalan





10/09/2016 3:58pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI

Kereta dipandu mangsa remuk teruk

GOMBAK - Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan dalam satu kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Kepong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 pagi itu, mangsa, Lew Joon Siong, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Batu Caves menghala ke Kepong sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya itu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan berhampiran susur masuk ke pusat pelupusan sampah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara pendingin hawa itu dipercayai memandu laju sebelum terbabas," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz4JqAnKJjJ
Hakcipta terpelihara 

4 maut kenderaan bertembung

ALOR SETAR 10 Sept. - Empat maut setelah kereta yang dinaiki bertembung di Jalan Alor Setar - Gurun dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, pemandu teksi, Oii Guan Seng, 72, pemandu kereta Proton Iswara, Mohamad Azzmi Azizan, 32, dan penumpangnya, Ahmad Arif Othman, 27, maut di tempat kejadian.
Sementara penumpang teksi jenis Nissan Sentra itu, Tai Cheng Kee, 69, meninggal di Hospital Yan.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan dan Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.31 malam.
"Anggota penyelamat mendapat empat mangsa tidak sedarkan diri dan tersepit dalam kenderaan masing-masing di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/4-maut-kenderaan-bertembung-1.381062#sthash.8CYAmzoy.dpuf

Dua maut nahas treler, 4x4


HARADIAN SHAH HAMDAN  |  10 September 2016 12:44 PM



REMBAU 10 Sept. - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2 Jalan Kampung Batu-Kampung Miku di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 11 malam itu, mangsa, Kamarulfaiz Abd. Razak, 35, dan Ng Choon Poh , 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, nahas melibatkan sebuah treler jenis Scania dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.
"Dalam kejadian itu,  treler yang dipandu Kamarulfaiz dipercayai bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan," katanya di sini hari ini.
Ujarnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-maut-nahas-treler-4x4-1.381154#sthash.ADBVFMYs.dpuf

Peragut beg tangan berjenama tumpas


MOHD. FIRDAUS ISMAIL  |  09 September 2016 9:13 PM


ragut

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid (duduk, tengah) menunjukkan topi keledar dan nombor pendaftaran motorsikal yang dirampas dari suspek sewaktu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang di sini, hari ini. - UTUSAN/NURUL ATIKAH IDAYU MOHD. RODZI (Pelatih UiTM)
PULAU PINANG 9 Sept. - Seorang lelaki yang aktif melakukan jenayah ragut dengan menyasarkan wanita membawa beg tangan berjenama sejak awal tahun ini tumpas apabila ditahan polis selepas dilanggar dengan kereta oleh orang awam.
Dalam kejadian pukul 9 malam Rabu lalu, suspek yang berusia 26 tahun baru meragut seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berjaya ditahan polis ketika cuba melarikan diri.
“Pemeriksaan di rumahnya di Paya Terubong menemukan pelbagai beg tangan berjenama, 10 set telefon bimbit, jam tangan, kamera digital serta puluhan kunci dan kad bank yang dipercayai diragut dalam 15 kes yang dilaporkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Mior Faridalathrash memberitahu, suspek juga bertindak agresif apabila pernah menendang motosikal yang dinaiki seorang wanita berusia 40-an di Sungai Nibong beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan mangsa patah tangan.
Berdasarkan soal siasat, katanya, suspek mengaku melakukan tujuh kes ragut namun polis percaya jumlah sebenar mungkin lebih banyak berdasarkan penemuan barang-barang di rumah suspek
Tambahnya, kesemua kes ragut berkenaan melibatkan kerugian lebih RM15,000.
“Suspek yang tidak bekerja itu mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan narkotik dan telah direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/peragut-beg-tangan-berjenama-tumpas-1.380787#sthash.BiYzk6nl.dpuf

Tiga termasuk penjawat awam ditahan proses ketum belakang rumah


FADZLY IZAB  |  09 September 2016 9:18 PM


ketum

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail (kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan yang dirampas ketika sidang akhbar di IPD Jasin di sini, hari ini. - UTUSAN
JASIN 9 Sept. - Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam dicekup polis semasa sedang memproses air ketum di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni dekat Kampung Kelubi, di sini hari ini.
Dalam tangkapan pukul 1.30 pagi itu, kesemua suspek berumur antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang leka memproses minuman memabukkan itu di belakang rumah berkenaan.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Sampornak Ismail berkata, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran apabila menyedari kehadiran pihak polis namun gagal.
Menurutnya, hasil penahanan ketiga-tiga suspek, polis menemui pelbagai barangan memproses air ketum termasuk tong gas, periuk besar berisi 15 kilogram daun ketum yang telah diproses, baldi serta 140 bungkusan cecair dipercayai air ketum di lokasi tersebut.
“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap bungkusan itu berisi satu liter cecair yang dipercayai dijual kepada orang lain dengan harga RM10 sebungkus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkaitan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini hari ini.
Jelas Sampornak, pihaknya turut percaya penjawat awam berumur 25 tahun itu bersama dua rakannya memproses air ketum yang dipercayai diperoleh dari utara tahan air itu sekali seminggu untuk dijual di sekitar Jasin.
“Polis turut menjalankan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka namun kesemua suspek bebas daripada pengambilan dadah,” ujarnya.
Kata Sampornak, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat pemilik rumah tempat suspek memproses minuman ketum tersebut memandangkan mereka tidak tinggal di situ.
Tambah, ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
“Jika sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-termasuk-penjawat-awam-ditahan-proses-ketum-belakang-rumah-1.380788#sthash.XTRIg1Ot.dpuf

Op Bersepadu kesan warga asing pandu teksi


NAZWIN NAZRI  |  09 September 2016 10:11 PM

SPAD

Anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang memeriksa tiket salah seorang penumpang bas ekspress dalam satu operasi SPAD di terminal bas Jalan Duta, di sini hari ini. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sebanyak 13 kesalahan direkodkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi pertama Op Bersepadu Hari Raya Aidiladha di lima lokasi sekitar ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Operasi yang dilakukan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Hentian Pudu, Hentian Duta, KLIA dan Bukit Bintang itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pukul 8 pagi sehingga 7 malam.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, sepanjang operasi itu sembilan kesalahan direkodkan oleh pemandu teksi iaitu tiga melibatkan pemandu warga asing manakala dua individu gagal mengemukakan lesen pengendali dan selebihnya kad pemandu tamat tempoh.
Ujarnya, tiga pemandu warga asing itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen manakala teksi akan disita dan syarikat pengendali akan dikompaun selain membatalkan lesen memandu ke atas pemandu yang membenarkan warga asing membawa kenderaan mereka.
"Tiga lagi kesalahan melibatkan kaunter jualan tiket yang mana dua kaunter tidak mempunyai surat lantikan agen dan satu menyediakan tiket tidak bercetak.
"Selain itu, kita juga mendapati terdapat bas yang mengambil penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.
"Kesemua kesalahan itu dikesan dalam 131 pemeriksaan yang melibatkan 57 buah teksi, 46 buah bas dan 28 kaunter yang diperiksa sepanjang tempoh 11 jam operasi dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Hentian Duta, di sini hari ini.
Menurut Che Hasni, operasi bersepadu itu akan berterusan sehingga 18 September ini dan dilancarkan sempena musim perayaan.
Beliau memberitahu, semua kes disiasat dan akan dituduh di bawah Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Dalam pada itu, beliau menggesa supaya syarikat-syarikat bas mematuhi arahan mengeluarkan tiket bercetak kepada penumpang berikutan terdapat seorang wanita yang terkandas kerana tidak mempunyai tiket perjalanan yang sah.
"Kita mendapati tiket yang dipegangnya bertulis tangan dan selepas melakukan pemeriksaan, pihak kaunter bukan sahaja menafikan penjualan tiket berkenaan malah menyatakan tidak mengetahui mengenai pembelian tersebut," jelasnya.
Che Hasni memberitahu, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan lanjut kerana pembeli juga tidak dapat memberi butiran pembelian serta menyatakan individu yang menjual tiket berkenaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/op-bersepadu-kesan-warga-asing-pandu-teksi-1.380792#sthash.kgguWYkd.dpuf

Lagak selamba transporter bawa rokok seludup gagal


MUHAMAD AIMY AHMAD  |  09 September 2016 10:30 PM
seludup

Sebanyak 1,930 karton rokok keretek seludup pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam satu sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Sri Gading, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor, di sini awal hari ini. - UTUSAN
BATU PAHAT 9 Sept. - Cubaan seorang lelaki yang 'berkhidmat' sebagai `penghantar' dengan membawa kira-kira 1,930 karton rokok seludup membawa padah apabila dia dicekup polis, awal pagi tadi.
Ketika melalui sekatan jalan raya di depan Balai Polis Sri Gading, Jalan Kluang, di sini pada pukul 1.45 pagi, polis mengarahkannya berhenti selepas mendapati kereta jenis Naza Ria yang dipandunya mencurigakan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kereta tersebut kemudiannya menemukan sebanyak 30 guni yang berisi pelbagai jenis rokok keretek disyaki seludup.
Menurutnya, kesemua rokok tersebut dianggarkan bernilai sehingga RM100,000 dalam pasaran gelap.
“Penglibatan suspek adalah sebagai `penghantar’ dan dia mengaku rokok tersebut adalah rokok seludup yang diambil dari Simpang Renggam untuk di hantar ke Melaka,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.
Ujar Abdul Wahib, lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Selain 1,580 karton rokok Gudang Garam, rokok lain yang dirampas dalam sekatan tersebut ialah 120 karton rokok Absolute, 180 karton Supernova dan 50 karton George Karelias And Sons. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagak-selamba-transporter-bawa-rokok-seludup-gagal-1.380793#sthash.BmpcVDBU.dpuf

Nama 50 penguat kuasa diserah untuk tindakan


10 September 2016 12:55 AM
  32  0 Google +0
Keratan Utusan Malaysia semalam
Keratan Utusan Malaysia semalam
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Senarai nama penguat kuasa termasuk pegawai kanan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan sehingga menyebabkan operasi khas di Sungai Raya, perairan Pengerang, Johor semalam menghadapi pelbagai halangan akan diserahkan kepada agensi masing-masing untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, pihak ber­kua­sa juga sedang meneliti sejauh mana pembabitan mereka dalam aktiviti sindiket tersebut.
Ujarnya, berdasarkan siasatan dalaman yang dilakukan, indivi­du yang terlibat terdiri daripada pegawai kanan dan pihak bawahan beberapa agensi keselamatan dan penguat kuasa.
“Kita sedang menyediakan dokumen berhubung salah laku dan kegiatan mereka serta mengemas kini beberapa data berkaitan penyeludupan kerana bilangan pe­nguat kuasa yang terlibat dalam kes ini adalah terlalu ramai.
“Oleh itu, sedikit masa diperlukan bagi menyalurkan maklumat tersebut kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat”, katanya.
Tambah sumber, nama-nama ter­sebut akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika masalah salah laku mereka masih berlarutan.
Semalam, Utusan Malaysia me­­laporkan perairan negara bolos lagi disebabkan segelintir pe­nguat kuasa yang tidak pernah serik bersekongkol dengan penyeludup sehingga memboleh­kan pemerdagangan manusia ser­ta aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan senjata api dibawa masuk ke negara ini.
Ini berikutan operasi khas di Sungai Raya, perairan Pengerang, Johor yang dilakukan semalam berdepan pelbagai kesukaran kerana maklumat serbuan yang dirancang teliti dan begitu dirahsiakan akhirnya bocor kerana rangkaian sindiket penyeludupan tersebut begitu meluas.
Operasi khas melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta di­koordinasikan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara berjaya merampas enam buah lori yang sarat dengan rokok dianggarkan bernilai RM19 juta.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nama-50-penguat-kuasa-diserah-untuk-tindakan-1.381008#sthash.cRyXtMjx.dpuf

Datuk Seri hadapi 18 tuduhan


Terima barang berharga tanpa balasan bernilai RM4.4 juta
NORAZLITA MOHD. SIES  |  10 September 2016 12:55 AM



KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali hari ini mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan berkaitan rasuah dan menerima barang berharga tanpa balasan melibatkan aset bernilai kira-kira RM4.4 juta, tujuh tahun lalu.
Syed Afendy Ali, 54, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, lapan pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Mengikut pertuduhan di bawah SPRM, Syed Afendy Ali didakwa sebagai ejen DBKL telah secara rasuah memperoleh suapan, untuk penama, Rodziah Abd. Samad, 54, satu unit lot kedai tiga tingkat di Pusat Perdagangan Danau Lumayan bernilai RM930,000 daripada syarikat Danau Lumayan Sdn. Bhd.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh mengesahkan semakan tuntutan bayaran kemajuan oleh syarikat tersebut berkaitan projek usahasama de­ngan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.
Tertuduh yang dituduh mela­ku­kan perbuatan itu pada 2 Mac 2009 di Pejabat Ketua Bahagian (Pembangunan dan Penswastaan) Jabatan Kewangan DBKL didakwa mengikut Seksyen 17(a) ASPRM. Jika sabit kesalahan ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Syed Afendy Ali juga didakwa telah menerima untuk penama Minah Abdullah, 73, dua unit kondominium di B-03-06 dan di B-08-04, Suasana Lumayan Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Ra­zak iaitu setiap seunit bernilai RM249,990 daripada syarikat pe­ma­ju yang sama.
Bagi dua pertuduhan itu, penjawat awam tersebut didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau de­ngan denda atau dengan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut meng­hadapi lima lagi pertuduhan di bawah seksyen yang sama atas tuduhan mene­rima untuk penama, Mazwan Amin Mohd. Noor, 44, satu unit kondominium di A-19-03, satu unit kondominium di D-19-08 untuk penama Syed Ashraf Ali Syed Afendy Ali, 28, satu unit kondominium untuk Minah Abdullah, 54, di A-19-04, satu unit kondominium untuk Minah Abdullah, 73, di D-19-07 dan satu unit kondominium untuk Rodziah Abd. Samad, 54, di B-21-05.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 30 April 2014 dan 16 Oktober 2014 melibatkan projek dan pemaju yang sama dengan nilai yang sama di Pejabat Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan DBKL.
Syed Afendy Ali menghadapi tiga pertuduhan di bawah AMLATFA iaitu menggunakan wang berjumlah RM767,500 melalui tiga keping cek CIMB Bhd. milik Tetuan Wong-Chooi & Mohd. Nor yang merupakan hasil daripada aktiviti haram untuk pembayaran komisyen, pembayaran pembe­lian lot kedai di No. 11-11-1 dan 11-2 dan pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 4 Februari 2013 dan 14 Mac 2013 di CIMB di Taman Mutiara Cheras.
Sementara itu, Syed Afendy Ali turut menghadapi enam lagi pertuduhan di bawah AMLATFA atas dakwaan menerima wang berjumlah RM1.65 juta melalui enam keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun firma yang sama dan menggunakan RM1.3 juta daripada tiga keping cek yang dimasukkan ke firma yang sama.
Terdahulunya Timbalan Pendakwa Raya, Aida Adha Abu Bakar mencadangkan jaminan RM1.5 juta bagi pertuduhan rasuah dan RM500,000 bagi AMLATFA de­ngan seorang penjamin.
Peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh memohon jum­lah tersebut dikurangkan kerana akaun tertuduh dan keluar­ganya telah dibekukan selain anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan.
Syed Afendy Ali memohon kebenaran untuk berkata sesuatu: “Yang Arif. Jumlah tersebut terlalu tinggi dan saya tidak mampu. Saya kini tiada apa-apa lagi. Selepas ditangkap saya hilang segala-galanya termasuk rakan-rakan. Kalau saya hubungi mereka (rakan-rakan) minta wang jaminan, orang akan lari.”
Hakim Allaudeen Ismail meng­­gunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan RM1 juta dengan syarat RM400,000 mesti didepositkan hari ini kepada mahkamah manakala baki RM600,000 hendaklah didepositkan pada Rabu.
Mahkamah menetapkan 13 Ok­to­ber bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen yang berkaitan selain menetapkan perbicaraan didengar pada 9 hingga 13 Januari 2017.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/datuk-seri-hadapi-18-tuduhan-1.381002#sthash.mlUypPv4.dpuf

Pemandu mabuk rempuh lebih 30 orang dibelasah, ditikam


DPA  |  10 September 2016 1:30 AM
BEBERAPA orang petugas perubatan cuba membantu orang ramai yang
BEBERAPA orang petugas perubatan cuba membantu orang ramai yang cedera selepas dirempuh oleh seorang lelaki mabuk yang memandu kereta di sebuah perkampungan festival di Carabinieri, Sardinia, Itali hari ini.-AGENSI
ROM 10 Sept. - Sekurang-kurangnya 32 orang termasuk bayi berusia 11 bulan cedera apabila dirempuh seorang lelaki mabuk yang memandu kereta di sebuah perkampungan festival di Sardinia, Itali semalam.
Menurut polis, pemandu berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Francesco Constantino Gattu itu hilang kawalan sebelum kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh orang ramai yang berhimpun di situ.
Lebih malang, Gattu turut cedera teruk selepas dibelasah dan ditikam beberapa kali oleh orang ramai yang marah dengan kejadian tersebut sebelum lelaki itu diselamatkan anggota polis.
Gattu kini ditahan di hospital dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang tinggi. - DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemandu-mabuk-rempuh-lebih-30-orang-dibelasah-ditikam-1.381024#sthash.KOVoYyJV.dpuf

Ditembak dua das dikepala

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

MAYAT Ahmad Nazri dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.

BATU GAJAH – Seorang pemandu lori ditemui maut selepas ditembak dari jarak dekat dikepala di dalam rumahnya di Kampung Baru Chenderong, Jalan Tanjung Tualang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mang­sa, Ahmad Nazri Abdullah (gambar kecil), 34, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai terkena dua das tembakan pada kepala.

Ketua Polis Da­erah Batu Gajah, Asisten Komisio­ner Mohd. Nasri Omar berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terduduk di atas sofa dengan kecedera­an pada kepalanya.

“Terdapat dua kelongsong peluru berada kira-kira dua meter dari jarak mangsa ditemui. Polis juga percaya dua das tembakan pada kepala mangsa dilepaskan dari jarak dekat.

“Sebelum ini, mang­sa pernah datang ke balai polis membuat aduan mengenai orang yang tidak dikenali mencarinya. Bagaimanapun, tiada laporan polis dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4Jo4cNn6p
Hakcipta terpelihara 

Rakyat Venezuela tukar senjata api dengan gajet, barang elektrik


 AFP - SEBAHAGIAN senjata api yang diserahkan oleh rakyat Venezuela untuk ditukar dengan barangan elektrik dan gajet elektronik di Caracas kelmarin.

CARACAS – Kerajaan Venezuela telah melancarkan satu kempen besar-besaran untuk mendapatkan senjata api yang dimiliki rakyatnya dengan menukar kepada barangan elektrik dan gajet.

Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol berkata, sehingga kini seramai 1,130 orang telah menyerahkan senjata api mereka untuk mendapatkan televisyen, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk dan komputer tablet.

“Kami akan memberi anda te­levisyen. Terima kasih saudara ke­rana mengambil bahagian pada hari penuh bermakna dalam kempen perlucutan senjata,” kata Reverol kepada seorang peserta sambil berjabat tangan dan menyerahkan sijil kepadanya di tengah Caracas.

Kesemua senjata api itu seperti pistol, senapang patah, senapang serta mesingan lama kemudian dimusnahkan menggunakan mesin tekanan hidraulik.

Venezuela kini mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan kekurangan makanan, berlakunya rusuhan dan kecurian.

Menurut pegawai, keadaan itu telah memburukkan rasa tidak selamat di negara tersebut yang sudah pun mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia dengan 58 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Kerajaan berkata, pihak berkuasa telah memusnahkan sejumlah 18,294 senjata api di negara itu tahun ini. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Jo4JDYxa
Hakcipta terpelihara 

Selepas tauke bauksit didenda, pemandu lori pula dituduh



KUANTAN – Seorang bekas pemandu lori bauksit tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian seorang guru wanita pada tahun lalu.

Fairul Azman Azmi, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.20 petang, 21 Disember 2015 di hadapan Ibam Mining Sdn. Bhd. Sungai Karang, Jalan Pintasan Kuantan dan ketika itu Fairul Azman memandu lori bernombor pendaftaran MAA 1595.

Fairul Azman didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Dalam kejadian pada 21 Disember 2015, guru Sekolah Kebangsaan Balok, Norhaili Ahmad Zabidi (gambar kecil), 40, maut selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh tayar yang terpelanting dari lori bauksit yang dipandu Fairul Azman.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4Jo45kwl2
Hakcipta terpelihara 

Ajal ketika tukar tayar pancit






keadaan Mitsubishi Triton yang remuk selepas melambung ke tebing akibat dirempuh sebuah lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya Elite dekat Kuala Langat menghala ke Shah Alam semalam.

KUALA LANGAT – Tiga lelaki yang sedang menukar tayar kenderaan pacuan empat roda akibat pancit maut dirempuh sebuah lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil menghala ke Shah Alam dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, pemilik kenderaan Mitsubishi Triton, Leong Chee Keong, 49, serta dua pekerja warganegara Bangladesh, masing-masing berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Rempuhan tersebut me­nyebabkan kendera­an pacuan empat roda berkenaan melambung ke tebing manakala ketiga-tiga mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya tersebut.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4Jo3ovqPB
Hakcipta terpelihara 

Padah bercinta dengan isteri orang





Oleh AZZMAN ABDUL JAMAL





ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi Tohir ditemui mati ditikam di tempat letak kereta di hadapan sebuah flat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan isteri orang maut selepas disyaki bergaduh dengan suami wanita terbabit dalam satu kejadian di sebuah flat di Jalan PJS 6/3B, Kampung Lindungan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Tohir, 28, dipercayai warga Indonesia itu ditemui mati di tempat letak kereta di hadapan flat berkenaan dengan kesan luka pada badannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din (gambar kecil) berkata, mangsa yang berstatus pemastautin tetap itu dipercayai maut selepas ditikam pada perut menggunakan objek tajam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek. Terdahulu, insiden pergaduhan itu telah dimaklumkan oleh orang awam sebelum sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4Jo2vVsRU
Hakcipta terpelihara 

Doktor, atendan rogol pesakit ditahan

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 12:51 AM

 HOSPITAL Apollo.

NEW DELHI: Seorang doktor dan atendan sebuah hospital ditahan kerana disyaki merogol seorang pesakit wanita yang sedang dirawat di barat India, kata polis hari ini.

Kedua-dua kakitangan hospital itu ditahan kelmarin selepas mangsa yang dirawat kerana demam denggi, mengadu dia diberi dadah dan dirogol sebanyak dua kali pada hujung minggu lalu.

 Remaja berusia 19 tahun itu yang tidak didedahkan identitinya, sudah dipindahkan ke wad unit rawatan rapi Hospital Apollo di Gujarat. Ketua Polis Gandhinagar, Virendra Yadav, berkata laporan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan pengecaman dua suspek sudah dilakukan.

 "Mereka ketika ini berada dalam tahanan polis. Kami juga sudah menghantar sampel darah suspek untuk ujian forensik dan penilaian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Pihak pengurusan hospital berkenaan menyatakan mereka turut membantu polis.

Malah hospital itu, dalam satu kenyataan, mengesahkan wad tempat kejadian berlaku mempunyai 14 kakitangan bertugas setiap waktu dan dilengkapi dengan kamera CCTV. Kes rogol membabitkan pesakit di hospital India bukan kali pertama berlaku.

Seorang remaja yang dirawat di sebuah hospital kerajaan dekat Jharkhand, pernah dirogol pengawal keselamatan. Menurut laporan terkini Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, lebih daripada 34,000 kes rogol dilaporkan pada 2015 tetapi kebanyakannya tidak dilaporkan dan pihak berkuasa yakin angka sebenar lebih tinggi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191422

Tiga Maut Kereta Api Tergelincir


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 6:55 PM


MADRID: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kereta api tergelincir di Galicia dekat barat laut Sepanyol pada Jumaat.

Menurut media Sepanyol yang memetik kenyataan Datuk Bandar O Porrino, Eva Garcia de la Torre, berpuluh-puluh penumpang turut dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Jelas beliau, kereta api yang dalam perjalanan antara bandar Vigo dan Porto di Portugal, membawa 63 penumpang dan dua krew.

Pemandu kereta api itu antara mangsa yang terbunuh.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan gerabak hadapan tren terkeluar dari landasan dan melanggar sebatang tiang elektrik.

Kejadian berkenaan berlaku berdekatan sebuah stesen kereta api.

Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih belum diketahui. - REUTERS