Search This Blog

Friday, September 9, 2016

Seorang lagi didakwa bunuh pelajar


TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret. FOTO Fhatihah Zakinan

Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprim.com
my

Alor Gajah: Tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, bulan lalu.

Tertuduh Anuar Abd Hamid, 42, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang sudah dituduh melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian lelaki bernama Mohd Shahrul Asri Rosainif, 17, di tepi jalan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, kira-kira 11 malam, 19 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh tidakdiwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 5:01 PM

Budak hilang ditemui lemas


 
LOKASI kejadian mangsa ditemui lemas.

Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam, temui lemas di kolam Kampung Pengasaan Bantayan, Inanam, dekat sini, hari ini.

Mayat Ivy Angelly Alex, 8, ditemui oleh bapa tirinya 8.30 pagi, di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum bapa tirinya membuat laporan polis pada 2.05 petang tadi, selepas usaha mencari mangsa gagal.

"Mayat mangsa ditemui di dalam kolam di hadapan rumah bapa tirinya.

"Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan mayat anaknya itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Chandra, tiada sebarang kecederaan pada tubuh kanak-kanak terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, semalam seorang kanak-kanak lelaki ditemui hampir lemas ketika bermain berhampiran kolam berkenaan bersama beberapa rakannya namun diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 7:49 PM

395 penduduk terjejas



IHSAN Angkatan Pertahanan Awam

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Pasir Gudang: Sekurang-kurangnya 76 kediaman rosak selepas dilanda angin kencang, di Kampung Pasir Putih, di sini, dilanda ribut, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri, berkata 395 penduduk yang terjejas didaftarkan di pusat pemindahan sementara, di Dewan Kampung Pasir Putih.

Bagaimanapun, katanya, tiada yang dipindahkan ke dewan itu.

"Hujan lebat serta angin kencang berlaku kira-kira 3 petang. Terdapat beberapa bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.

"Proses pendaftaran penduduk masih dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pemantauan masih dijalankan dengan kekuatan lapan anggota,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:33 PM

Ajal tukar tayar bocor



MANGSA maut dilanggar lori ketika sedang menukar tayar bocor. FOTO Facebook/DAily TRaffic REport

Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Kuala Langat: Tiga lelaki yang sedang menukar tayar bocor maut selepas dilanggar lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya ELITE berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Dengkil, dekat sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, siasatan awal pihaknya mendapati semua mangsa termasuk Leong Chee Keong, 49, yang juga pemilik pacuan empat roda berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar kereta terbabit.

"Namun, lori dipandu lelaki berusia 57 tahun di lorong paling kiri dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar kenderaan berkenaan.

"Perlanggaran itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang warga Bangladesh meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya.

Warga Bangladesh dikenal pasti sebagai Md Monirul Islam manakala seorang lagi mangsa maut belum dikenal pasti identitinya.

Menurut beliau, pemandu lori itu bagaimanapun hanya cedera ringan dan ditahan bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 6:12 PM

Pemilik spa didakwa tipu lebih RM7 juta


9 SEPTEMBER 2016
Mahkamah

Mahkamah
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik spa hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang eksekutif wanita sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung urusan pembelian tanah, membabitkan kerugian lebih RM7 juta.

Wong Kim Woon, 54, didakwa memperdaya Fu Qinglan, 40, warga China untuk membeli tanah di Lot 80782, Mukim Batu, Wilayah Persekutuan, sedangkan tertuduh mengetahui tanah itu adalah milik kerajaan persekutuan yang tidak dibuka untuk jualan sehingga Fu menyerahkan wang sebanyak RM7,100,618.45 kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 80782, Jalan Metro Perdana Kepong, Metropolitan Park, di sini pada Jun 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan
boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhd Ilmami Ahmad menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

"Jumlah jaminan itu tidak bersifat menghukum tetapi wajar dan memadai untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah," katanya.

Peguam Lim Yoi Ping, mewakili Wong pula berkata anak guamnya hanya mampu membayar wang ikat jamin sebanyak RM80,000 dan isteri tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjadi penjamin.

"Tertuduh yang mempunyai tiga anak masih kecil, memerlukan rawatan selanjutnya untuk merawat penyakit kencing manis yang dihidapinya," kata peguam itu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu selama empat hari bermula 9 Jan tahun depan selain menetapkan 7 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. - Bernama

Mayat tanpa berpakaian ditemukan di rumah burung


09 September 2016 3:04 PM


JOHOR BAHRU9 Sept.- Mayat seorang lelaki tanpa berpakaian ditemukan di bangunan rumah burung terbiar kawasan kebun kelapa sawitdi Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam, semalam.
 Abdul Wahib Musa
Abdul Wahib Musa
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata, mayat dalam keadaan tertiarap di tepi dinding luar bangunan rumah burung itu terdahulu ditemukan orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 3.05 petang untuk tindakan lanjut.
"Siasatan mendapati mayat terbabit merupakan seorang lelaki berumur 38 tahun. Si mati merupakan penagih dadar tegar yang tinggal di kawasan kira-kira satu kilometer dari jalan utama Ayer Hitam tersebut sejak awal tahun ini," katanya di sini, hari ini.
Abdul Wahib berkata, lelaki terbabit disyaki meninggal dunia sejak empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang sudah reput dan berulat.
Beliau berkata, pemeriksaan awal pada mayat didapati tiada kesan jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.
"Si mati yang pernah ditangkap beberapa kali kerana menagih dadah telah dicam oleh bapa saudaranya.
"Difahamkan, si mati yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik juga tiada dokumen pengenalan diri kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan kelahirannya," katanya.
Menurut Abdul Wahib, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-tanpa-berpakaian-ditemukan-di-rumah-burung-1.380745#sthash.11nqULUt.dpuf

Didakwa rasuah babit RM2.9 juta




Pegawai SPRM membawa Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali (tengah) untuk di tuduh melibatkan kes rasuah di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Yusni Ariffin

Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini masing-masing atas 18 pertuduhan rasuah membabitkan RM2.9 juta dan pengubahan wang haram RM1.5 juta.

Syed Afendy, 54, membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pengubahan wang haram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ( AMLATFA) 2001 (Akta 613).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 1:04 PM

Mayat berulat di kebun sawit




Mayat yang ditemui berhampiran rumah burung walet. FOTO ihsan Polis

Mohd Hanafis Abdul Haris
hanafis@hemtro.com.my


Batu Pahat: Mayat lelaki dalam keadaan berbogel dan berulat ditemui di kebun kelapa sawit berhampiran pekan Ayer Hitam di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.05 petang itu, mayat Affendi Osman, 38, ditemui orang awam berdekatan dengan bangunan rumah burung walet di kebun sawit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh empat hari lalu.

"Mayat mangsa ditemui dalam keaadan bogel tanpa pakaian berkedudukan tertiarap. Malah beberapa bahagian badan terutama pada perut mangsa mula mereput.

"Tiada kesan jenayah didapati pada mangsa dan mayatnya di hantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Abdul Wahib berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa pernah ditahan polis kerana kesalahan menagih dadah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 1:38 PM

Nyaris maut rumah terbakar




RUMAH musnah 80 peratus akibat kebakaran. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: Lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam nyaris rentung selepas rumah dua tingkat didiaminya di Kampung Kebun Pinang di sini musnah dalam kebakaran, 2.50 pagi tadi.

Dalam kejadian 2.50 pagi itu, mangsa, Mohd Helmi Fazil, 22, dikatakan sedang tidur di rumah terbabit sebelum menyedari kediamannya terbakar.

Difahamkan jirannya yang menyedari kejadian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membantu memadam kebakaran.

Pegawai Perhubungan Awam (PRO) JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 3 pagi dan sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja tiba di lokasi kejadian pada jam 3.08 pagi.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yazid Ismail bersama tujuh anggota dan dua jentera termasuk dari BBP Jalan Raja dan Alor Setar serta pasukan Kecemasan, Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (EMRS).

"Anggota kami turut dibantu tiga Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya, Simpang Empat dan Taman Mutiara seramai 18 anggota untuk memadam kebakaran dari merebak.

"Api dikawal pada 3.15 pagi dan kebakaran membabitkan kemusnahan rumah 80 peratus.

"Seorang lelaki OKU (Mohd Helmi) yang tinggal di rumah itu berjaya diselamatkan anggota bomba dalam keadaan separuh sedar dan dirawat oleh anggota EMRS," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 2:23 PM

Mati dibedil di ruang tamu




RUMAH sewa mangsa lokasi mangsa dibunuh. FOTO Muhammad Apendy Issahak

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Batu Gajah: Seorang lelaki maut ditembak di ruang tamu rumahnya di Kampung Baru Chenderong, di sini kira-kira 6.30 pagi tadi.

Mangsa seorang pemandu lori berusia 34 tahun meninggal dunia akibat ditembak di kepala dengan dua das tembakan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 8 pagi.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kejadian adalah rumah teres setingkat dan mangsa ditemui di ruang tamu rumah dalam keadaan cedera di kepala oleh isterinya yang baru pulang menghantar anak mereka ke sekolah berhampiran.

"Mangsa tinggal bersama isteri dan tiga orang anak perempuan berusia antara 5 hingga 9 tahun. Semasa kejadian isteri mangsa menghantar anak ke sekolah. Dalam perjalanan balik, isteri mangsa terdengar bunyi yang kuat seolah-seolah bunyi mercun.

"Isteri mangsa sampai di rumah, dapati mangsa terbaring kaku diruang tamu dan cedera di kepala. Mangsa berada diatas sofa dengan cedera di kepala dari mata kasar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan menemui dua kelonsong peluru berada berdekatan mangsa yang jaraknya lebih kurang dua meter.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 11:18 AM

Konstabel polis didakwa minta dan terima rasuah RM800





09/09/2016 2:58pm

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

Abdul Muthalib (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini. Gambar: ASWAD YAHYA.

SEREMBAN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM800 daripada seorang lelaki berhubung kes dadah, April lalu.

Abdul Muthalib Saripuzaini, 28, yang hadir memakai kameja dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris selepas faham kedua-dua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta RM800 daripada Razif Sidek sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan urin lelaki itu yang dikatakan memasukkan dadah dalam tubuhnya di belakang lot kedai bernombor 140, Jalan S2 E8, Garden Homes, Seremban 2 pada pukul 5.15 petang, 19 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Muthalib didakwa menerima wang terbabit daripada individu sama di tempat letak kenderaan di Petronas City Park, Seremban 2, pada pukul 12.20 pagi, 20 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd. Nawawi mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4JkJHg5s4
Hakcipta terpelihara 

33 terkandas dalam kereta kabel di Mont Blanc

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 12:40 PM

 GAMBAR fail menunjukkan kereta kabel berada di puncak Mont-Blanc menghubungkan puncak Aiguille du Midi ke puncak Helbronner di Itali, atas Seracs dan crevasses daripada Glacier des Géants (Glacier of the Giants) diambil pada 5 Ogos tahun lalu. - Foto AFP

GRENOBLE (Perancis): Kira-kira 33 pelancong, termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun, terpaksa bermalam dalam kereta kabel yang terperangkap beribu-ribu meter di kawasan glasier Mont Blanc sementara menanti operasi menyelamat bersambung awal pagi ini.

Kereta kabel itu tersekat semalam kira-kira jam 3.40 petang (waktu tempatan) menyebabkan 110 orang terperangkap pada ketinggian 3,800 meter di pergunungan Alps Perancis selepas dilaporkan mengalami masalah teknikal.

 Seramai 77 orang berjaya dipindahkan, termasuk 48 orang yang diterbangkan helikopter manakala 30 lagi dalam kereta kabel yang paling dekat dengan tanah berjaya keluar dengan bantuan penyelamat.

 Pelancong lain terpaksa menghabiskan masa tergantung di udara sepanjang malam pada altitud yang tinggi dan cuaca buruk selepas operasi menyelamat dihentikan.

Pengawas rantau Haute-Savoie, Georges François Leclerc, berkata misi menyelamat disambung semula pada jam 6.30 pagi ini jika cuaca mengizinkan. "Kami terpaksa menghentikan operasi menyelamat pada jam 8.45 malam semalam atas sebab-sebab keselamatan.

 "Keadaan gelap dan cuaca menjadikan operasi menyelamat terlalu berbahaya," katanya yang bimbang tidak dapat menjamin keselamatan juruterbang, penyelamat dan pelancong yang terperangkap dalam kereta kabel.

 "Kejadian itu dikatakan berpunca dari kabel yang bersilang atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Namun tiupan angin dikatakan mungkin memainkan peranan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Mont-Blanc yang menguruskan kereta kabel, Mathieu Dechavanne. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191188

Ancam polis, 2 penagih dadah dipenjara

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 1:00 PM

Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

 ANGGOTA polis membawa tertuduh, Al Bawardi Muhammad Yunus (kanan) dan Mohd Zambry Mohd Yusof ke mahkamah atas tuduhan mengancam polis bantuan di Pusat Serenti Kampung Selamat, 31 Ogos lalu. - Foto Amir Irsyad Omar

BUTTERWORTH: Dua penagih dadah dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengancam polis bantuan di Pusat Serenti Kampung Selamat, 31 Ogos lalu.

 Mohd Zambry Mohd Yusof, 35, dan Al Bawardi Muhammad Yunus, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan sejak 26 Ogos lalu, didakwa mengancam polis bantuan yang bertugas di Pusat Serenti Kampung Selamat, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, 31 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 20(1)(d) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

 Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang, Mohd Hamdan Syatri Ab Halim, manakala Mohd Zambry dan Al Bawardi diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Faizal Hashim.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191203

Lelaki mati ditembak di ruang tamu

JENAYAH JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 11:43 AM

 Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my BATU GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Baru, Chenderong di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu, ditemui tidak bernyawa di atas sofa dengan kepalanya berlumuran darah, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata polis menerima aduan daripada isteri mangsa yang mendakwa mangsa cedera di kepala.

Katanya, siasatan polis di lokasi kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dua meter dari tempat mangsa ditemui.

"Mangsa dipercayai tinggal bersama isteri dan tiga anak perempuan berusia tiga hingga sembilan tahun. "Ketika kejadian, isteri mangsa tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Mohd Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191168

19 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

JENAYAH JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 12:29 PM

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

SERDANG: Polis menyelamatkan 19 lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Serdang Perdana di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata mangsa berusia antara 20 hingga 50-an itu diselamatkan hasil maklumat awam dan risikan.

"Mangsa yang memasuki negara menggunakan laluan sah mendakwa dipaksa menjadi buruh kasar dan dikurung di kediaman berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191183

Lelaki mati ditikam

JENAYAH JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 1:35 PM

 Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Jalan PJS 6/3B Kampung Lindungan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 1 pagi.

"Susulan penemuan itu, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah unit pangsapuri di situ bagi membantu siasatan. "Motif kejadian masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan pergaduhan sebagai punca kejadian," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191211

Detik Tragis Dua Beradik Dirempuh Disiar


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 12:51 PM

MOSCOW: Detik-detik tragis dua beradik dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan, disiarkan oleh polis Rusia pada Khamis menerusi laman perkongsian video YouTube.

Kejadian yang berlaku di laluan melintas dekat kampung Mironezhya di daerah Torzhok, dirakamkan oleh kamera papan pemuka sebuah kereta lain yang kebetulan berada di lokasi sama.

Berdasarkan rakaman itu, dua kanak-kanak perempuan tersebut mula baru beberapa langkah melintas jalan sebelum menyedari sebuah kereta memecut ke arah mereka.


 Dua beradik malang itu cuba berpatah balik ke ibu mereka.
Terkejut dengan keadaan itu, kedua-dua mangsa cuba berpatah balik ke ibu mereka yang tidak melintas sama, tetapi segalanya sudah terlambat.

Polis Rusia tidak menyiarkan rakaman penuh tetapi memberikan imej yang menunjukkan keadaan selepas kereta yang dinaiki pemandu berusia 24 tahun itu merempuh dua kanak-kanak malang tersebut.

Ibu mangsa dilihat tergamam melihat kedua-dua anaknya dirempuh oleh kereta terbabit.


 Ibu mangsa tergamam melihat dua anaknya dirempuh sebuah kereta.
Anaknya berusia enam tahun meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi ananknya mengalami kecederaan parah.

Kes itu masih lagi disiasat dan polis enggan memberikan sebarang kenyataan.

Bagaimanapun tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Ramai pengguna media menyalahkan ibu mangsa kerana tidak mengiringi anaknya melintas jalan tersebut.

Jurufoto sambilan NSTP cedera disamun



Wan Nur Amirah cedera disamun.

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Nilai: Jurufoto sambilan The New Straits Times Press (M’sia) Berhad (NSTP) Negeri Sembilan cedera di tangan dan kaki selepas disamun dua lelaki yang menaiki kereta di Nilai Square, petang ini.

Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza, 24, berkata, pada mulanya dia dihubungi seorang lelaki mahu membeli iPhone 6 yang diiklankannya di sebuah laman web barangan terpakai.

Menurutnya, mereka berjanji untuk berjumpa di Dataran Nilai jam 3 petang, tetapi lelaki itu hanya muncul kira-kira 5 petang di kawasan premis perniagaan di Nilai Square.

"Saya kemudian pergi ke kawasan itu. Seorang lelaki turun dari kereta Perodua Myvi manakala pemandunya masih di dalam kereta. Lelaki itu bersetuju untuk membeli iPhone saya dengan harga RM2,700.

"Lelaki terbabit mendakwa mahu mengambil wang di dalam kereta dan saya mengikutinya. Selepas memberi telefon yang hendak dijual itu kepadanya, dia tiba-tiba menutup pintu kereta menyebabkan tangan saya tersepit dan kereta dipecut sehingga saya terseret beberapa meter," katanya.

Katanya, dia berjaya melepaskan diri dari kereta itu dan menjerit meminta bantuan orang ramai.

Wan Nur Amirah berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Nilai, di sini, untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:15 PM

Ajal dalam bas



Sharizan meninggal dunia di dalam bas. FOTO ihsan PDRM

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pemandu bas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung ketika berhenti bagi menurunkan penumpang di Jalan Tun HS Lee, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, Sharizan Sadohan, 46, ditemui meninggal dunia dalam bas berkenaan selepas sesak nafas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian berkenaan pada 6.50 pagi.

"Bantuan daripada unit ambulans turut ke lokasi memberikan bantuan pernafasan (CPR).

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 3:37 PM

Jumpa bom Perang Dunia Kedua




BOM yang ditemui oleh pekerja pusat pengumpulan besi buruk itu. FOTO ihsan Polis

Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my


Miri: Bom dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua ditemui di pusat pengumpulan besi buruk di Jalan Sibu, Taman Tunku di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, bom berkenaan ditemui di kawasan longgokan besi buruk oleh pekerja pusat pengumpulan besi buruk itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri kemudiannya ke lokasi selepas menerima laporan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati peledak bom berkenaan sudah rosak, bagaimanapun, ia masih mempunyai bahan letupan.

"Bom berkenaan kemudiannya dibawa ke kawasan lapang sasar di Lambir dan berjaya dimusnahkan pada 5.20 petang semalam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 3:36 PM

Lelaki mati ditembak di ruang tamu

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 11:43 AM

 Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

BATU GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Baru, Chenderong di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu, ditemui tidak bernyawa di atas sofa dengan kepalanya berlumuran darah, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata polis menerima aduan daripada isteri mangsa yang mendakwa mangsa cedera di kepala.

Katanya, siasatan polis di lokasi kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dua meter dari tempat mangsa ditemui.

"Mangsa dipercayai tinggal bersama isteri dan tiga anak perempuan berusia tiga hingga sembilan tahun.

"Ketika kejadian, isteri mangsa tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Mohd Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191168

Ajal terjunam dalam longkang




Mayat mangsa yang ditemui di dalam longkang selepas motosikal ditunggang terbabas dan terjunam ke dalam longkang di Kampung Gong Kepas Dalam, tengah hari tadi. FOTO Mohammad Ishak

Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my


Jertih: Wanita maut apabila motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam longkang dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam, dekat sini, tengah hari tadi.

Azizun Mohd Noor, 39, dari Kampung Keluang, Besut, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 1 tengah hari ketika mangsa dalam perjalanan ke Kampung Gong Bayor dekat sini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu terjunam ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa yang parah di kepala akibat terjatuh ke dalam longkang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

"Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jertih yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian membantu mengangkat mayat mangsa yang berada di dalam longkang sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:39 PM

Mayat Siti Nor Auni ditemui




Allahyarham Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my



Dungun: Budak perempuan yang dilaporkan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Taman Setia, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), petang semalam ditemui lemas, tengah malam tadi.

Mayat Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jarak 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh, kira-kira 12 tengah malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Jaswari Awang berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada anggota polis yang kemudian membawanya ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Mangsa terjatuh ke dalam longkang parit kira-kira 6 petang.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain di kawasan itu bersama dua rakannya, Muhammad Hafiz Mazlan, 9, dan Muhammad Faiz Mazlan, 8, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 1:34 AM

Dua maut, dua parah kereta langgar pokok




KERETA hilang kawalan dan langgar pokok. FOTO ihsan Polis

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Bintulu: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar pokok di Jalan Kidurong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, pemandu, Julius Robert,22 dan penumpang depan, Julin Gona, 23, maut di lokasi kejadian.

Dua penumpang belakang, dikenali sebagai Delramos dan Alister Dana parah dan dirawat di Hospital Bintulu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki empat sahabat itu dari Kidurong menghala ke Bintulu hilang kawalan dan melanggar pokok di kiri jalan.

Menurutnya, pemandu dan penumpang depan tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas," katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:34 AM

Suspek langgar lari pelajar ditahan




RAKAMAN video pelajar perempuan dirempuh motosikal sehingga menjadi viral.

Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Polis menahan penunggang motosikal bagi membantu siasatan kes langgar lari membabitkan pelajar sekolah di lampu isyarat Jalan Kolam, Luyang, di sini, petang semalam.

Kejadian 5.55 petang itu, dirakam menerusi kamera daripada kenderaan yang berhenti di lampu isyarat berkenaan dan tersebar di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp serta mendapat pelbagai komen dan kritikan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira 8 pagi tadi.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun lebam di kepala dan calar di tangan dan kaki kanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:36 AM

Jumpa pistol buatan sendiri, 94 peluru




PISTOL dan peluru yang ditemui di rumah di Kampung Sau, Sungai Metapus, di sini, Rabu lalu. FOTO ihsan Polis

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Mukah: Dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan penemuan pistol buatan sendiri dan 94 peluru di rumah di Kampung Sau, Sungai Metapus, di sini, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek pertama lelaki warga Indonesia berasal dari Pontianak berusia 40 tahun ditahan depan pasar raya di bandar Mukah.

Menurutnya, dia ditahan untuk membantu siasatan bagi kes pecah rumah dan curi yang berlaku di daerah ini Jun lalu.

"Bagaimanapun, apabila suspek dibawa ke rumahnya di kilang sagu, Kampung Sau, polis menemui pistol buatan sendiri dan 94 peluru 9mm.

"Pada 7.15 malam, suspek kedua, lelaki Indonesia berusia 40 tahun ditahan di ladang kelapa sawit di Balingian.

"Polis turut menahan lelaki tempatan berusia 40 tahun di medan selera di bandar Mukah 10.30 malam tadi untuk membantu siasatan," katanya.

Dev berkata, polis masih menyiasat bagaimana senjata itu diperoleh dan kegunaannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Senjatapi 1971.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:55 AM

Lelaki warga Brunei maut nahas




KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Jalan Mendamit, Limbang malam tadi. FOTO ihsan Polis

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Limbang: Seorang lelaki warga Brunei maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 12, Jalan Mendamit di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, pemandu Kia Rio, Muhammad Jalaluddin Abdullah, 34, maut di lokasi kejadian, manakala penumpang depan Zulhairi Anak Saying dan seorang kanak-kanak perempuan Siti Nuraisyah cedera parah.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bokhari Saffai berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada Kia Rio bernombor pendaftaran Brunei dari arah Tedungan ke Limbang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, Kia Rio bertembung dengan sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah Limbang ke Mendamit.

"Akibat pelanggaran itu, pemandu Kia Rio maut di lokasi kejadian dan dua penumpang kereta itu yang parah dibawa ke Hospital Limbang untuk rawatan.

"Pemandu dan dua penumpang Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 11:14 AM

Kempunan rumah baru



KEADAAN rumah Amin yang musnah dalam kebakaran.

Zul Ikhwan Muhammad
am@hmetro.com.my


Endau: “Dua minggu lalu, arwah teruja hendak masuk meninjau rumah barunya yang disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), tapi dalam masa sama dia berkata, mungkin tidak sempat tinggal di rumah itu,” kata Noryana Ahmad, 36, menantu kepada Amin Awang, 88, yang ditemui rentung di dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Teriang Tengah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mayat Amin yang juga bekas bilal di Masjid Jamek Teriang Besar di sini, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan rentung di bahagian ruang tamu rumah selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri.

Menurut Noryana yang tinggal bersebelahan, ketika kejadian, mentuanya bersendirian kerana anaknya Sahran, 43, yang tinggal bersama keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Resang.

“Kira-kira jam 2.30 pagi, saya bangun untuk membuat susu anak, namun tiada sebarang tanda kebakaran berlaku sehingga setengah jam kemudian apabila kami sekeluarga dikejutkan jiran yang menyatakan bapa terperangkap dalam kebakaran.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya membawa keluar tiga anak berusia antara dua bulan dan 17 tahun kerana api mula menyambar rumah kami, manakala jiran cuba membantu memadam api namun tidak berhasil kerana keseluruhan rumah bapa mentua hangus dijilat api,” katanya.

Noryana berkata, dia sekeluarga sangat sedih dan terkilan kerana hasrat arwah untuk merasai nikmat tinggal di rumah baru hujung tahun ini tidak kesampaian dan memberitahu sering mengajak mangsa tinggal bersamanya namun arwah berkeras menolak pelawaan itu.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir arwah bapa mentua yang berhasrat benar mahu masuk meninjau keadaan rumah baru kerana dia berasakan umurnya tidak panjang dan tidak sempat tinggal di rumah itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, jiran mangsa, Fatimah Muda, 65, berkata, ketika kejadian, dia belum tidur dan terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Selepas meninjau dari tingkap, Fatimah mendapati hampir keseluruhan rumah mangsa dijilat api lalu bergegas ke luar rumah mengejutkan jiran dan keluarga mangsa yang tinggal bersebelahan untuk meminta bantuan menyelamatkan warga emas berkenaan.

“Saya menjerit mengejutkan ahli keluarga dan jiran supaya menyelamatkan Amin selepas mendengar dia meminta tolong, tetapi ketika itu api terlalu besar menyebabkan usaha jiran gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Penolong Penguasa Bomba, Alias Husin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.09 pagi.

“Sebaik tiba, sebahagian besar rumah dijilat api, mayat mangsa ditemui di bahagian ruang tamu dipercayai cuba menyelamatkan diri dan operasi ditamatkan jam 6.06 pagi dan pihak kami masih menyiasat punca dan jumlah kerugian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:46 AM

Alamat mimpi gigi bapa luruh




KEADAAN kereta dinaiki Yushazliyana remuk akibat kemalangan.

Kepala Batas: “Sebelum ini, arwah beritahu dia bermimpi gigi bapanya luruh (tanggal), tak sangka ia petanda sebelum dia pergi buat selama-lamanya,” kata Roshilah Hashim, 50-an, ibu kepada Yushazliyana Yusof, 19, yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki terbabas di Kilometer 120, Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut Roshilah, anak bongsu daripada empat beradik itu keluar rumah jam 1.30 pagi untuk menghantar barangan dipesan pelanggan.

“Ini kerana, arwah yang belajar di sebuah kolej di Sungai Petani, Kedah berniaga secara dalam talian. Dia minat berniaga dan menjual jam,” katanya di Hospital Kepala Batas (HKB).

Dalam kemalangan jam 2 pagi itu, Yushazliyana yang juga penuntut bidang Pengurusan Perniagaan meninggal dunia di lokasi akibat parah pada badan selepas Proton Saga dinaiki bersama dua rakan terbabas dipercayai akibat jalan licin sebelum terbalik ke dalam longkang di kiri lebuh raya.

Mangsa tercampak sejauh 70 meter manakala dua rakannya parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

Ketika kejadian, beberapa pengguna berlindung daripada hujan di bawah jejantas sebelum menyaksikan kereta dinaiki mangsa terbabas.

Roshilah yang tinggal di Taman Ria Jaya, Sungai Petani berkata, arwah cemerlang dalam akademik dan rajin mencari wang sendiri.

“Arwah tidak suka menyusahkan keluarga sebaliknya berusaha mencari wang sendiri dengan berniaga.

“Dia tidak meninggalkan sebarang pesan sebelum keluar rumah malam tadi (semalam) tetapi beberapa hari lalu, dia beritahu bermimpi mengenai gigi bapanya luruh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:48 AM

Didenda RM28,000




TEH di Mahkamah Sesyen Kuantan.

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my


Kuantan: Seorang pemilik lori bauksit didenda RM28,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang guru pada 21 Disember 2015.

Tertuduh, Teh Ling Hock, 46, dari Puchong, Selangor, sebelum itu membuat pengakuan bersalah di depan Hakim Unaizah Mohd selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Unaizah Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, dia sebagai pemilik lori yang dipandu Fairul Azman Azmi, 36, gagal memberi keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya lain dengan menyebabkan kematian apabila tayar kiri gandar kedua tercabut dan terpelanting.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat pengubahsuaian pada kelengkapan kekal kepada lori berkenaan dengan penambahan ketinggian panel sisi tanpa kelulusan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa membawa muatan bauksit melebihi had 9,090 kilogram (kg) daripada berat maksimum yang dinyatakan iaitu 21,000kg selepas ujian timbang dilakukan pada 28 Disember 2015.

Teh melakukan semua kesalahan itu di depan Ibam Mining, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, jam 3 petang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 58(1)(b)(iii), Seksyen 73(1) dan Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Nurasyikin Ja’alam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ke atasnya dikurangkan atas alasan perniagaannya semakin merosot dan dia perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta ibu berusia 85 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 9:37 AM

Perompak bakar rumah mangsa 'miskin'




RUMAH mangsa musnah dibakar dua lelaki di Permatang Badak.

myMetro
Kuantan: Berang selepas gagal menemui barang berharga, dua lelaki yang memecah masuk sebuah rumah nekad membakar kediaman itu sehingga pemiliknya gagal menyelamatkan harta-benda termasuk dokumen penting di Kampung Permatang Badak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.53 pagi, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 tahun dipercayai menyalakan api lalu membakar bahagian ruang tamu rumah berkenaan sebelum bergegas melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa menyedari perbuatan mereka disaksikan seorang penduduk kampung.

Sumber berkata, saksi itu yang kebetulan baru tiba di rumahnya terserempak kelibat dua lelaki mencurigakan masuk ke dalam rumah mangsa selama hampir setengah jam.

“Saksi itu yang tidak berani berbuat apa-apa terus menunggu tidak jauh dari rumah mangsa sebelum melihat kelibat dua lelaki terbabit bergegas melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pada masa sama, lelaki itu melihat api secara tiba-tiba marak di bahagian tengah rumah sebelum memusnahkan keseluruhan rumah mangsa.

“Dia (saksi) kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun saksi kejadian itu gagal mengecam kedua-dua suspek berikutan keadaan persekitaran gelap.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan rumah mangsa.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini, dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama tiga jentera dan tanker turut bergegas ke lokasi untuk mengawal kebakaran bagi mengelak merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa hampir setengah jam untuk memadamkan api namun punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 9:59 AM

China hukum mati 5 lelaki pembunuhan ngeri

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2016 @ 7:55 AM

SHIJIAZHUANG: China menghukum mati lima lelaki yang melakukan empat pembunuhan ngeri bertujuan mendapatkan pampasan daripada syarikat perlombongan, lapor media rasmi semalam.

 Penjenayah itu disabitkan atas kesalahan mengarahkan 21 anggota geng untuk memukul mangsa dengan tukul hingga mati di lombong besi di wilayah Hebei dekat utara China, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Mahkamah Agung China sebagai berkata.

 Mereka cuba membuat pembunuhan itu kelihatan seperti kemalangan sebelum menyamar sebagai waris mangsa untuk menuntut wang pampasan 1.8 juta yuan (RM1.1 juta), katanya.

Bagaimanapun, rayuan oleh Zhang WeiLan, Zhao Jun, Zhang Chengyong, Xu Chengde dan Yan Shiyong ke atas hukuman mati itu ditolak dua tahun lalu di Hebei, kata Xinhua.

Hukuman mati dilaksanakan selepas laporan mendedahkan bahawa pembunuhan sedemikian sering berlaku dalam sektor perlombongan di China sejak berdekad lalu.

Jun lalu, pendakwa raya China mendakwa 74 orang yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan membabitkan 17 pelombong di enam kawasan di seluruh negara, kata akhbar Global Times.

Pembunuhan ngeri itu didakwa sama seperti gambaran dalam filem China "Blind Shaft" 2003, apabila dua penipu menyamar sebagai waris pekerja lombong yang mereka bunuh untuk mendapatkan wang pampasan. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191119

SUV terbabas langgar gerai, dua beradik cedera


AZURA MOHAMAD
9 SEPTEMBER 2016
SUV terbabas langgar gerai, dua beradik cedera

SUV terbabas langgar gerai, dua beradik cedera Anggota bomba dan APM membantu mangsa.
KUALA KRAI - Dua beradik cedera dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Kota Bharu Gua Musang, di sini, setelah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabas dan merempuh gerai buah-buahan, petang semalam.

Mereka yang cedera adalah anak kepada peniaga gerai berkenaan.

Mangsa wanita patah tangan kiri, manakala abangnya yang berusia 25 tahun patah tulang rusuk, sementara pemandu kenderaan terbabit tidak cedera.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai, Mohd Hanif Omar berkata, mereka menerima panggilan jam 5.05 petang.

“Semasa tiba di tempat kejadian terdapat sebuah kenderaan terbabas dan seorang mangsa berada di bawah kenderaan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hanif berkata, seorang lelaki dan wanita cedera dalam rempuhan itu.

“Mangsa wanita patah tangan kiri dan luka di muka. Mangsa diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.57 petang dan membuat pemantauan di tempat kejadian setelah mangsa dihantar ke hospital.

14 rumah terbakar diRantau Panjang


NOOR AZLIDA ALIMIN
8 SEPTEMBER 2016
14 rumah terbakar Rantau Panjang

Pasukan bomba berusaha memadamkan api melibatkan 14 rumah di sini.
RANTAU PANJANG - Seramai 51 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 14 rumah mereka di Jalan Lubok Stol berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang terbakar jam 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.59 pagi dan seramai 21 anggota dari Balai Bomba Pasir Mas dan Rantau Panjang bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki tiga jentera.

Setibanya di tempat kejadian, pihaknya mendapati enam rumah dua tingkat manakala selebihnya terbakar hampir 80 peratus.

"Kita menggunakan punca air dari Sungai Golok berdekatan tempat kejadian bagi memadamkan api seterusnya mengelakkan api daripada merebak ke enam rumah berdekatan.

"Kita berjaya mengawal api hampir sejam kemudian namun sehingga jam 9 pagi tadi, operasi masih diteruskan bagi memadamkan bara," katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Hadir sama Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff; Adun Gual Periok, Mohamad Awang dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.

Wanita melecur ketika cuba selamatkan anak


ROSALWANI CHE SOH
8 SEPTEMBER 2016
Wanita melecur ketika cuba selamatkan anak

Wanita melecur ketika cuba selamatkan anak Kebakaran di Taman Sari yang menyebabkan mangsa melecur di sini pagi tadi.- Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Seorang wanita melecur di muka, tangan  termasuk di kepala dalam kebakaran di Taman Sari di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan anaknya berusia 5 tahun di tingkat atas kediamannya selepas menyedari api bermula dari tingkat bawah.

Mangsa, Nik Zainiah Nik Abdul Razak, 42, bersama suaminya Amir Fadly Emir Fadly,47, dikatakan sedang tidur di bilik tingkat atas.

Dipercayai api bermula dari bilik air selepas enjin air 'boring' mengalami masalah.

Sepupu mangsa, Norizah Sahid, 48, berkata dia tiba di kediaman mangsa pada lima minit selepas kejadian setelah dimaklumkan ahli keluarga.

"Bomba tiba selepas sepupu saya menghubungi pihak terbabit dan kesemua barangan dalam kediaman da stor butik pengantin musnah sama sekali.

"Setakat ini kerugian dianggarkan bernilai RM 200,000 dan hanya van yang digunakan untuk penghantaran barangan pengantin sempat diselamatkan penduduk," katanya.

Warga emas ditemui tidak bernyawa


AI MAN SADIQ ABDULLAH
9 SEPTEMBER 2016
Warga emas ditemui tidak bernyawa

Warga emas ditemui tidak bernyawa Mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Gambar kecil: Yat Chong
BENTONG- Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa di rumahnya di Kampung Kemansor, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S Somu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam  9.50 pagi berhubung penemuan mayat Yong Yat Chong, 61, di ruang dapur rumahnya dalam keadaan tertiarap.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa mengidap komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan asma itu tinggal bersendirian.

"Siasatan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa.

“Malah, tiada tanda-tanda rumahnya dicerobohi dan masih dalam berkunci ketika anak saudaranya datang kira-kira jam 8 pagi itu," katanya kepada pemberita ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong dan hasil laporan bedah siasat mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Curi motosikal: Polis tahan 4 lelaki


MOHD IZZATUL IZUAN
9 SEPTEMBER 2016
Curi motosikal: Polis tahan 4 lelaki

Curi motosikal: Polis tahan 4 lelaki Nor Azmi (kanan) bersama pegawainya menunjukkan empat motosikal yang dicuri dalam kejadian berasingan
SUNGAI BESAR - Polis berjaya menyelesaikan empat kes curi motosikal setelah memberkas empat suspek secara berasingan selepas mereka disyaki terlibat dalam kejadian itu sejak 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, polis yang melancarkan task force menerusi Op Lejang diketuai Inspektor Norizan Ramli giat menggerakkan usaha bagi memburu suspek terlibat.

Menurutnya, semua suspek berumur antara 21 hingga 41 tahun itu dicekup dan direman selama 14 hari dari tarikh tangkapan masing-masing.

“Suspek pertama yang bekerja swasta berusia 36 tahun dipercayai mencuri sebuah motosikal pada 23 Ogos lalu di Sungai Besar, namun polis menemui semula motosikal mangsa selepas dua hari dicuri.

“Manakala suspek kedua berusia 21 tahun mencuri sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang diletakkan di sebuah klinik di Sekinchan pada 30 Ogos lalu, bagaimanapun polis berjaya tahan suspek keesokannya,” katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini, semalam.

Nor Azmi berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di sebuah kedai runcit di Pekan Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar.

“Hasil siasatan terhadap suspek, polis menemui sebuah motosikal curi jenis Yamaha Lagenda 115Z dan telah merampas motosikal terbabit,” katanya.

Beliau berkata, seorang warga Myanmar berusia 25 tahun bekerja sebagai nelayan turut ditahan selepas didapati melakukan kes sama di Lorong 4, Bagan Sekinchan.

“Polis berjaya tahan suspek dan merampas motosikal curi kira-kira jam 2 pagi di Jalan 9, Bagan Sekinchan pada 4 September lalu,” katanya.

Menurutnya, polis menggerakkan usaha bagi memburu sindiket curi motosikal di daerah itu yang menjalankan modus operandi sama.

“Kita harap pemilik motosikal guna kunci pendua dan letakkan motosikal mereka di tempat selamat,” katanya.

Dipenjara 6 bulan, miliki motosikal curi


8 SEPTEMBER 2016

mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dua anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki motosikal curi.

Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu ke atas Loo Chee Kin, 39, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Jun lepas.

Dia didakwa memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal kepunyaan Wong Kien Hong, 40, di Jalan SB Indah 1/16, Taman Sg Besi Indah, Serdang, Selangor, pada 5.20 pagi, 20 Jun lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai dua anak yang masih kecil. - Bernama

Pelajar Trauma Ke Sekolah Selepas Dakwa Dipukul Enam Pelajar


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 10:48 PM

Pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah, Rompin Mazrul Hakim Mat Zin ,16, menunjukkan salinan laporan polis serta gambarnya yang terlantar semasa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah selepas dibelasah pelajar sekolej ketika ditemui di rumah kakaknya, Khamis. Pada kejadian 3 September lepas, Mazrul mendakwa dibelasah enam pelajar di asrama kolej tersebut selepas dipaksa mengaku mencuri telefon bimbit. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah mendakwa dibelasah enam pelajar sekolah itu malam Sabtu lepas setelah dituduh mencuri telefon bimbit mengakibatkan dia trauma untuk kembali ke sekolah itu.

Mazrul Hakim Mat Zin, 16, berkata dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, dia baru keluar dari surau asrama sebelum didatangi seorang pelajar senior yang mengarahkannya pulang ke asrama.

"Sampai di asrama, mereka terus bertindak mengunci pintu dan dua pelajar senior serta empat lagi rakan sebaya telah memukul saya bergilir-gilir sambil disaksikan beberapa pelajar lain.

"Pelajar lain tidak berani untuk membantu. Selepas mereka berhenti memukul, saya menghubungi kakak di Universiti Tenaga Nasional Berhad (Uniten) Muadzam Shah dan kami ke balai polis membuat laporan pada pukul 2.40 pagi," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mazrul Hakim berkata mereka kemudian ke Hospital Muadzam Shah dan dia  ditahan semalaman di wad untuk pemantauan.

Dia mengalami lebam di tangan, kaki dan kepala.

Kakak sulungnya, Mazita, 34, berkata pada malam kejadian, adiknya di Uniten Nur Mas Idayu menghubunginya dan memberitahu Mazrul Hakim menghantar pesanan ringkas yang pelik di telefon.

"Saya cuba menghubungi adik dan warden sekolah sejak pukul 11.40 malam namun tiada jawapan," katanya.

Mazita berkata mereka juga ralat dengan tindakan warden dan pengetua sekolah yang didakwa tidak menghubungi keluarga untuk memaklumkan kejadian itu, mahupun bertanya khabar adiknya selepas dimasukkan ke hospital.

Katanya pihak sekolah telah memberitahu mereka kemudian bahawa telefon bimbit yang didakwa dicuri adiknya itu telah dipulangkan oleh seorang pelajar lain.

Mazita berkata ini bukan kali pertama adiknya mengadu diganggu pelajar lain, namun mereka masih boleh bersabar dan menganggap perkara itu adalah asam garam duduk di asrama.

Beliau berkata adiknya mahu bertukar sekolah dan berharap Jabatan Pendidikan dapat mempercepatkan urusan pertukaran kerana adiknya kini trauma dan sering meracau dalam tidur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin DSP Aidil Roneh Abdullah semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan enam pelajar berkenaan telah dipanggil untuk siasatan.

Murid Tahun Satu Dikhuatiri Lemas


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 10:22 PM



DUNGUN: Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Durian Mas II, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air, petang Khamis.

Mangsa Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, dipercayai jatuh pada kedalaman kira-kira satu meter berdekatan rumahnya di Taman Setia, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, dekat sini.

Rakan mangsa Nor Fazliyana Mohd Faizal, 8, berkata ketika kejadian Siti Nor Auni Sufiya sedang bermain-main dengannya di tepi tali air tersebut dalam keadaan hujan lebat.

"Saya tengok dia (Siti Nor Auni Sufiya) cuba nak ambil seliparnya yang jatuh ke dalam tali air itu, tapi tiba-tiba dia jatuh...saya cuba nak tolong dia, tapi tak dapat.

"Bila tengok dia jatuh, saya terus berlari beritahu orang yang ada di sekitar kawasan itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.18 petang, dan sembilan pegawai serta anggota dikerahkan untuk menjalankan misi pencarian.

"Kita menjalankan pencarian di sekitar longkang, parit dan anak sungai di kawasan sekitar.

"Mangsa dikhuatiri dihanyutkan arus deras kerana sewaktu kejadian hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku limpahan air parit dan longkang," katanya.

Tujuh Pegawai Bank Di Sabah, Seorang Bekas Pegawai Ditahan SPRM


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 10:17 PM


 
KOTA KINABALU: Suruhanjaya pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh pegawai dan seorang bekas pegawai sebuah bank kerana disyaki memalsukan dokumen pinjaman bank.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap tiga suspek lelaki berusia antara 25 dan 27 tahun ditahan antara jam 10.35 malam dan 10.47 malam, di Starbucks, 1Borneo Hypermall di sini, Selasa lepas.

Katanya, penahanan tiga individu berkenaan dibuat selepas SPRM menerima laporan daripada pengadu, seorang penjawat awam berusia 33 tahun, pada 2 September lepas bahawa dua pegawai bank berkenaan meminta RM7,000 untuk memudahkan permohonan pinjamannya.

Susulan penahanan itu, katanya, pihaknya menyerbu cawangan bank berkenaan di sini dan di Likas dan rumah seorang kakitangan bank di sini.

"Hasil serbuan, sejumlah barang telah disita seperti sebuah komputer riba, sebuah komputer peribadi, enam buah telefon bimbit, sejumlah cap getah yang disyaki palsu dan dokumen-dokumen pinjaman peribadi di bank (berkenaan)," katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Menurut Shaharom Nizam, serbuan ke tiga premis serta rampasan pelbagai barangan berkenaan membawa kepada penahanan lima lagi pegawai bank itu yang berumur antara 26 hingga 29 tahun, semalam.

Katanya kelima-lima lelaki berkenaan ditahan antara jam 7.47 malam hingga jam 11.35 malam di pejabat SPRM Sabah.

Katanya tiga individu yang ditahan Selasa lepas telah ditahan reman selama enam hari bermula semalam manakala lima lagi suspek yang ditahan semalam telah ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

CEO Syarikat Biskut Didakwa Bawa Keluar Lamborghini Dari Pulau Langkawi


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 5:35 PM


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat biskut tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membawa kereta mewah jenis Lamborghini miliknya yang berdaftar di Pulau Langkawi, keluar dari pulau itu melebihi tempoh ditetapkan.

Soo Chung Yee, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor.

Lelaki itu didakwa melanggar syarat butiran 21A Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 iaitu gagal mengemukakan semula kenderaan berdaftar di Pulau Langkawi jenis Lamborghini Gallardo Spyder My12 bernombor pendaftaran LD6666 kepada pegawai kastam di Pulau Langkawi pada 3 Oktober 2012.

Tertuduh yang masih bujang itu membawa keluar kereta berkenaan melebihi tempoh 30 hari yang ditetapkan bagi satu perjalanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sadra Motor Sdn Bhd, Lot 2808A, Jalan Kg Sungai Penchala, Damansara di sini pada 12 tengah hari, 3 Mac 2014 mengikut Seksyen 138 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Penguasa Kastam Muhammad Sobirin Mohd Seman menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tiger Snook Dicekup Polis


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 7:15 AM


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki dipercayai orang kanan kumpulan kongsi gelap 'Double Seven' (77) di Taman Rashna, Klang, Khamis.

Sumber polis berkata lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai Tiger Snook, ditahan kerana mencederakan orang di dua premis hiburan di sekitar Dang Wangi di sini pada bulan lepas.

"Lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dalam pergaduhan di tapak pasar malam di Klang dengan menunjukkan objek menyerupai pistol pada bulan Ramadan lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Hasil risikan polis, Tiger Snook yang dipercayai aktif melakukan aktiviti memeras ugut dan meminta wang perlindungan di sekitar Klang itu berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur.

Pada 31 Ogos lepas, Tiger Snook juga dipercayai telah menumbuk dan menendang seorang pelanggan di luar sebuah premis hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul kira-kira 1.30 pagi kerana berlaku salah faham.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.

Peguam Digantung Tugas Akibat Hubungan Sulit


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 1:35 PM


 
SINGAPURA: Seorang peguam digantung tugas selama tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas kesalahan mengadakan hubungan sulit dengan bekas pramugari yang melantiknya untuk menyelesaikan kes cerai.

Lee Terk Yang, 41, mengaku menjalani hubungan sulit dengan kliennya di sebuah hotel selama dua hari pada Januari 2014.
Teman lelaki wanita tersebut mengemukakan aduan kepada persatuan peguam Singapura, Law Society yang menyiasat perkara itu di bawah tribunal disiplin sebelum kes itu dirujuk kepada Mahkamah Agung.

Peguam yang mewakili teman lelaki wanita tersebut, Ajaib Haridass meminta peguam yang sudah berkhidmat selama 13 tahun itu digantung tugas selama enam sehingga 12 bulan sebagai hukuman.

“(Tertuduh) melanggar kepercayaan yang diberikan oleh klien apabila mementingkan kehendaknya sendiri.

"(Dia) mengambil kesempatan terhadap kliean dengan mengadakan hubungan seksual sebanyak tiga kali dalam masa dua hari pada Januari 2014," katanya seperti dilaporkan portal The Straits Times.

Haridass menambah, bagi melaksanakan hukuman ke atas Terk Yang, keputusan yang dibuat perlu setimpal untuk memastikan reputasi kerjaya perundangan terjamin dan memperoleh keyakinan orang awam.

Peguam yang mewakili Terk Yang, Eugene Thuraisingam meminta mahkamah mengenakan denda kerana defendan tidak melakukan perkara yang menjejaskan kepentingan perundangan klien semasa mereka mengadakan hubungan sulit sejak akhir Disember 2013 hingga awal Februari 2014.

Penggantungan Lee akan bermula pada 1 Oktober dan dia juga dikehendaki untuk membayar kos perbicaraan sebanyak $10,000 (RM 30,142).

“Saya memohon maaf jika menyinggung perasaan orang lain.

"Saya berharap agar diberikan ruang buat sementara waktu untuk  menenangkan fikiran,” kata Terk Yang selepas tamat perbicaraan.

Peniaga Pasar Malam Dipenjara 14 Tahun Kerana Miliki Bom Tangan


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 3:55 PM

Gambar fail Saifuddin Muji didakwa di Mahkamah Majistret pada 1 September lalu. Foto Bernama

BATU PAHAT: Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis kerana memiliki sebutir bom tangan bulan lepas.

Hakim Mohammad Khalid Abd Karim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Md Saifuddin Muji mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki bom tangan model M67.

Md Saifuddin, 28, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat Nombor 108, Kampung Parit Gantung, Sri Merlung, Rengit, dekat sini pada 11 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Kanak-Kanak Ditemui Lemas Selepas Tergelincir Ke Tali Air


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 9:19 AM

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan yang tergelincir ke dalam tali air berdekatan rumahnya di Taman Setia, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dijumpai mati lemas, pada Khamis malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Jas Wari Awang@Mohamad berkata mangsa, Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, dijumpai kira-kira pukul 11.50 malam Khamis oleh pasukan penyelamat.

Katanya mangsa ditemui lebih satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

"Walaupun cuaca gelap, kita tetap meneruskan operasi pencarian sebelum menemui mayat kanak-kanak malang itu terlekat pada beting pasir," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, mangsa dikatakan bermain-main di kawasan itu bersama dua rakannya kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Bagaimanapun ketika bermain, mangsa tergelincir ketika cuba mengambil seliparnya yang tercabut di tali air itu.

Polis Sabah Tahan Suspek Langgar Lari


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 11:07 AM
 MUGUTAN VANAR Oleh: MUGUTAN VANAR
editor@mstar.com.my


Paparan skrin daripada video yang direkodkan dari dalam sebuah kenderaan.
 
KOTA KINABALU: Polis menahan penunggang motosikal yang didakwa terlibat dalam kemalangan langgar lari yang menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun mengalami kecederaan di Luyang dekat sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Comm M. Chandra berkata, suspek, seorang pekerja restoran mendakwa dia tidak berhenti selepas kemalangan itu kerana diserang asma dan terpaksa bergegas ke tempat kerja untuk mendapatkan inhaler.

ACP Chandra berkata lelaki itu ditahan pada pukul 8 pagi Jumaat oleh polis yang menyiasat kes itu kerana menunggang dengan cuai mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pelajar tingkatan satu dari St Francis Convent itu melintas jalan di Jalan Kebajikan dan Jalan Kolam di Luyang pada kira-kira pukul 5.55 petang Khamis sebelum dilanggar penunggang motosikal terbabit.

Gadis itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini oleh orang ramai.

Dia pulih daripada kecederaan yang tidak dinyatakan.

Klip video yang direkodkan melalui kamera sebuah kereta menunjukkan kenderaan lain berhenti di persimpangan trafik.

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal tidak menghiraukan lampu merah dan melanggar murid yang sedang melintas jalan pada masa itu.

Suspek mempunyai lesen yang sah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Siasatan masih berterusan.

Dua kakitangan Jabatan Perhutanan cedera dibelasah


RODELIO JUNJUN TAUCAN  |  08 September 2016 11:10 PM

jenayah


KOTA BELUD 8 Sept. - Dua kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah cedera diserang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang melakukan tinjauan di sebuah hutan di Kampung Suang Punggur, di sini yang disyaki menjadi lokasi kegiatan mengambil kayu terubah secara haram.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari Sabtu lalu, Penolong Pegawai Perhutanan daerah, Rosmin Suhod dan renjer, Ruslan Ayai terpaksa melarikan diri dan bersembunyi selama beberapa jam di dalam hutan bagi menyelamatkan diri selepas cedera akibat dibelasah menggunakan kayu beruti dan rotan.
Menurut sumber, seorang lagi kakitangan jabatan itu, Mohd. Nazriee Abdullaid yang sedang berada di dalam kereta turut diancam akan dicederakan oleh sekumpulan lelaki lain yang datang menggunakan Perodua Viva hitam dan motosikal Honda EX5 jika dia tidak meninggalkan tempat itu.
“Kumpulan lelaki berkenaan mengancam mahu membakar kenderaan milik Jabatan Perhutanan itu jika dia tidak meninggalkan kawasan berkenaan.
“Mohd. Nazriee kemudiannya meminta bantuan polis dan sepasukan anggota bersama 11 kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan kedua-dua mangsa yang bersembunyi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ujar sumber, selepas menyelamatkan mangsa, pasukan perubatan dari Hospital Kota Belud dipanggil untuk merawat mereka yang mengalami kecederaan di bahagian belakang, tangan, jari, paha dan kaki akibat serangan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dalam satu kenyataan berkata, penyerang-penyerang tersebut terlibat dengan jenayah hutan iaitu mengambil kayu terubah secara haram.
Tambahnya, pihaknya telah menyita sebanyak 83 batang kayu yang ditemukan di tempat kejadian dan telah dipindahkan ke lokasi selamat untuk siasatan.
“Ini adalah kejadian yang serius dan boleh mengancam nyawa pegawai serta kakitangan kami,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-kakitangan-jabatan-perhutanan-cedera-dibelasah-1.380375#sthash.lBJGLcwR.dpuf

Anggota kongsi gelap ditembak mati


09 September 2016 1:04 AM
ANGGOTA polis forensik memeriksa kereta Proton Perdana  yang dinaiki

ANGGOTA polis forensik memeriksa kereta Proton Perdana yang dinaiki suspek di Jalan Bukit Lama Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
PULAU PINANG 8 Sept. – Seorang anggota kongsi gelap yang mempunyai lima rekod jenayah, mati ditembak polis dalam kejadian berbalas-balas tembakan di Jalan Genting, Balik Pulau di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek, Khor Hock Yong, 44, yang menaiki kereta berwarna perak terlebih dahulu dikejar sepasukan kereta peronda polis sejauh kira-kira 10 kilometer dari Bayan Baru ke Balik Pulau.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, suspek pada mulanya dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan dan memakai topeng ski ketika terse­rempak dengan anggota polis.
“Suspek turut melepaskan beberapa das tembakan dan terkena pada kenderaan polis sebelum dia mati akibat terkena tembakan balas polis di dalam kereta.
“Kesemua lima anggota polis yang mengejar suspek tidak cede­ra,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Abdul Ghafar, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan pistol jenis Glock buatan Austria bersama 29 peluru .38 dan satu peluru automatik .45 yang dipercayai diperoleh secara haram.
Polis percaya senjata yang ditemukan itu turut digunakan suspek untuk mengancam dan me­lakukan jenayah ugutan, katanya.
“Suspek didapati positif dadah dan merupakan ahli kumpulan kongsi gelap yang sedang dipantau ketat Kementerian Dalam Negeri.
“Mayat suspek dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anggota-kongsi-gelap-ditembak-mati-1.380538#sthash.dJBde4v7.dpuf

Orang kanan Geng 77 ditahan polis


FARABI SHEIKH SAID AL JABRI  |  09 September 2016 1:35 AM


jenayah

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Seorang lelaki yang dipercayai menjadi orang kanan dalam kumpulan kongsi gelap Geng 77 ditahan di Klang, Selangor petang semalam.
Penahanan lelaki berusia 38 tahun dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, susulan penglibatannya dalam dua kejadian mencederakan orang di dua premis hiburan di Dang Wangi akhir bulan lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Tiger Snook, dikatakan telah menumbuk dan menendang seorang pelanggan berhampiran premis hiburan di Jalan Sultan Ismail kira-kira pukul 1.30 pagi, 31 Ogos lalu.
Difahamkan insiden itu bermula selepas berlaku salah faham berhubung kehilangan air di meja mangsa.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa, yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/orang-kanan-geng-77-ditahan-polis-1.380580#sthash.jblXS756.dpuf

Bolos angkara 50 penguat kuasa


Perbuatan khianat bersekongkol dengan penyeludup
MASZUREEN HADZMAN  |  09 September 2016 1:11 AM


PENEMPATAN sementara yang didirikan anggota sindiket ditemukan dalam operasi membanteras penyeludupa

PENEMPATAN sementara yang didirikan anggota sindiket ditemukan dalam operasi membanteras penyeludupan rokok haram di Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, semalam. – UTUSAN /MOHD NAIM AZIZ
KOTA TINGGI 8 Sept. - Perairan negara bolos lagi. Punca utamanya, segelintir penguat kuasa yang tidak pernah serik-serik bersekongkol dengan penyeludup.
Bukan sekadar rokok tetapi manusia, dadah dan senjata api bebas dibawa masuk ke negara ini.
Sehubungan itu, pihak berkuasa telah menyenaraikan lebih 50 nama penguat kuasa pelbagai agensi yang dipercayai bersubahat melindungi penyeludup ter­babit berdasarkan siasatan yang telah lama dilakukan.
Angkara mereka, operasi khas di Sungai Raya, perairan Pengerang di sini gagal kerana maklumat serbuan yang dirancang teliti dan begitu dirahsiakan akhirnya bocor kerana rangkaian sindiket penyeludupan tersebut begitu meluas.
Operasi khas melibatkan Cawangan Khas Bukit Aman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta dikoordinasikan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara itu hanya me­nemukan enam lori sarat rokok bernilai RM19 juta.
Sasaran utama penyeludup termasuk kapal yang dipercayai turut membawa dadah dan manusia lesap begitu sahaja di Pengerang dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 10 malam tadi hingga awal pagi ini.
Menurut sumber, kawasan melibatkan ladang kelapa sawit terbiar itu diserbu selepas dikenal pasti menjadi pangkalan bagi sindiket yang dikenali sebagai ‘Ah Peng’ untuk memunggah rokok seludup.
Ujarnya, sebaik sahaja melalui jalan masuk ke ladang itu, pihak polis dan NRRET menemukan dua buah lori seberat lima tan bermuatan 300 kotak besar yang me­ngandungi 125,000 karton rokok.
“Kemudian, pihak berkuasa menjumpai dua lagi lori 10 tan yang mengandungi lebih banyak rokok dan pemeriksaan seterus­nya iaitu kira-kira 500 meter perjalanan dari lokasi kedua, sebuah lori seberat lima tan yang juga sarat dengan rokok ditemukan. Sebuah lagi lori tiga tan dijumpai di kawasan Desaru.
“Keseluruhan rokok yang ditemukan ialah kira-kira 200,000 karton yang dimuatkan dalam lebih 4,000 kotak besar dan harga termasuk nilai enam buah lori dianggarkan RM19 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagaimanapun kata sumber itu, tiada tangkapan dilakukan kerana sindiket seolah-olah telah dimaklumkan mengenai serbuan ini.
“Anggota-anggota sindiket ini seperti sudah sedia maklum de­ngan kehadiran pihak berkuasa.
“Bayangkan, ketika serbuan dilakukan enam lori berisi rokok ditinggalkan begitu sahaja di tiga lokasi berbeza bagi mengelakkan dihidu sementara anggota sindiket melarikan diri bersama bot-bot mereka sebelum tangkapan dibuat,” katanya.
Sumber itu menambah, siasatan lanjut mendapati, sindiket terbabit telah bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu memandang­kan ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa menemukan satu jeti haram yang dibina di situ.
“Bukan itu sahaja, satu pe­nempatan sementara turut dibina berhampiran jeti ini bagi memudahkan mereka tinggal dan melakukan proses pemunggahan barangan seludup ke darat,” katanya.
Jelas sumber itu, masalah integriti dalam kalangan pe­nguat kuasa perlu ditangani dan pencegahan serta pertukaran pegawai malahan anggota peringkat rendah perlu dilakukan.
“Isu penguat kuasa menjadi ‘tonto putih’ semakin menjadi-jadi dalam membantu memastikan laluan selamat daripada sebarang tindakan penguatkuasaan agensi-agensi terlibat.
“Malah mereka bekerjasama dengan ‘tonto hitam’ untuk mewujudkan perasaan takut pegawai penguat kuasa yang jujur dengan pelbagai bentuk ancaman sehingga mereka terpaksa me­rendahkan harga diri. Umpama isi dan getah, sindiket dapat isi sementara tangan dan baju pe­nguat kuasa terpalit getahnya.
“Sehubungan itu kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mena­ngani isu ini dituntut,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bolos-angkara-50-penguat-kuasa-1.380569#sthash.wWd8wFFR.dpuf