Search This Blog

Thursday, September 8, 2016

Mangsa bunuh rupanya




Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang.

CHE Ghazali Che Awang. FOTO Hamzah Osman

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


Langkawi: Polis mengesahkan pemandu teksi yang ditemui mati di dalam rumah di Kampung Bubur, Mukim Kedawang, kelmarin, adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan retak tulang muka.

"Pada 6 September lalu polis menerima laporan penemuan mayat lelaki berusia 60-an di dalam rumah sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

"Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Ghazali berkata, siasatan lanjut, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menahan suspek wanita berusia 23 tahun, semalam.

"Berdasarkan siasatan awal suspek mengaku memukul mangsa sebanyak lima kali menggunakan batu bata sebelum melarikan diri kerana ketakutan.

"Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek terbabit positif dadah dan dia kini ditahan reman di lokap IPD Langkawi," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 1:53 PM

Remaja maut langgar lori

JENAYAH KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 4:14 PM

Oleh Norashikin Leman bhnews@bh.com.my

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 21.5 Lebuhraya Kesas di Klang, hari ini. - Foto Ihsan Polis

 KLANG: Seorang penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan khas, maut selepas terlanggar belakang sebuah lori rosak dan sebuah kereta di lorong kecemasan di Lebuhraya KESAS di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam di Kilometer 21.5 itu, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan paha.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, Deputi Superintendan Md Dom Dollah, berkata mangsa dikatakan menunggang motosikal berseorangan dari arah Shah Alam menghala Klang menggunakan laluan kecemasan.

 Katanya, remaja berkenaan gagal mengelak sebuah lori rosak yang diletakkan di lorong itu lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun sebelum terbabas dan melanggar pula sebuah PROTON Waja.

 "Mangsa kemudian terpelanting ke tengah lebuh raya dan cedera parah di kepala dan paha kiri.

Pemandu lori dan pemandu PROTON Waja, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tidak cedera.

 "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 21.5 Lebuhraya Kesas di Klang, hari ini. - Foto Ihsan Polis

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190957

Tiru macam Filipina




SEPASUKAN anggota polis Filipina membuat serbuan di sebuah rumah suspek dadah di Pasig City, pinggir Manila pada Isnin lalu. - AFP

Agensi
Jakarta: Badan Antidadah Kebangsaan (BNN) Indonesia menyokong kempen memerangi dadah seperti yang dilancarkan di Filipina yang menyebabkan hampir 3,000 orang dibunuh.

Pengarah BNN, Budi Waseso yang pernah mencadangkan penjara dikawal oleh buaya berkata, kempen seperti itu mampu melindungi negara itu.

Indonesia melancarkan perang terhadap dadah dengan menghukum mati pengedar dadah termasuk warga asing sehingga mencetuskan bantahan antarabangsa.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte turut dikritik hebat selepas mengarahkan pihak berkuasa menembak mati pengedar dadah.

Sejak Duterte berkuasa pada Mei lalu hampir 3,000 suspek dadah dibunuh pihak berkuasa dan individu tidak dikenali di Filipina.

Duterte bakal bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada minggu ini dan antara topik yang bakal dibincangkan adalah berkaitan dadah.

Menjelang pertemuan berkenaan, Budi berkata, Indonesia mungkin mengikut cara Filipina berdepan dengan ancaman dadah.

Katanya, agensi itu dalam proses menambah senjata, anggota, peralatan dan teknologi untuk membasmi dadah.

Apabila ditanya wartawan adakah agensi itu bakal menjadi agresif seperti Filipina, Budi berkata, ”Ya, saya percaya ia mungkin berlaku kerana masalah dadah di negara ini seburuk di Filipina.

“Nyawa pengedar dadah tidak berharga kerana mereka sebenarnya melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Sekiranya cara itu dilakukan di negara ini saya yakin jumlah pengedar dan penagih dadah turun mendadak,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:37 AM

Jet pejuang Russia terbang rapat dengan pesawat AS

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 8:14 AM

 JET pejuang Russia. - Foto AFP


 WASHINGTON: Jet pejuang Russia terbang dalam lingkungan 3.04 meter dari pesawat pemantau Tentera Laut Amerika Syarikat, dalam apa yang disifatkan pegawai Amerika sebagai pintasan tidak selamat di Laut Hitam, kata Pentagon.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata jet SU-27 Flanker melakukan aksi tidak selamat itu pada Rabu berhampiran pesawat P-8A Poseidon milik Tentera Laut Amerika yang sedang melakukan operasi rutin di ruang angkasa antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov, pula berkata pesawat itu Poseidon tidak menghidupkan alat penerima isyarat radio dan ia mendekati sempadan selatan Russia sebanyak dua kali.

Katanya, jet Russia dikerah memintas pesawat Amerika dan 'juruterbang Russia bertindak selaras dengan peraturan penerbangan antarabangsa.

' Jurucakap bagi Pemerintah Amerika Eropah, Kapten Danny Hernandez, berkata Poseidon menghidupkan alat penerima isyarat radio itu sepanjang penerbangan, mengikut undang-undang antarabangsa bagi keselamatan penerbangan.

Menurut Amerika, jet Russia melakukan empat pintasan terhadap pesawat mereka pada hari terakhir, dan satu yang dianggap tidak selamat berlanjutan selama 19 minit. Davis berkata, pesawat dan kapal tentera laut Amerika kerap berinteraksi dengan unit Russia di kawasan itu dan kebanyakan komunikasi adalah selamat dan profesional. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190787

Gambar jadi bukti



IMEJ didedahkan pihak berkuasa Filipina menunjukkan sebuah kapal China dengan koordinat dipaparkan pada gambar berkenaan. - EPA

AP
Vientiane: Kerajaan Filipina semalam mendedahkan gambar yang didakwanya menunjukkan kapal pengawal pantai dan tongkang milik China di Beting Scarborough yang dibimbangi satu lagi cubaan membina pulau buatan di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hu Chunying bagaimanapun menegaskan Beijing tidak melakukan apa-apa untuk mengubah keadaan perairan di sekitar beting berkenaan.

“Keadaan perairan di sekeliling Pulau Huangyan (nama digunakan China) tidak berubah dan kami tidak berbuat apa-apa.

“Kita perlu berhati-hati dengan golongan yang menyebabkan maklumat yang tidak berasas dalam keadaan ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Duterte, Ernesto Abella berkata, perkara itu membimbangkan presiden.

“Kami kini membincangkan isu ini dengan China,” katanya.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana pula berkata, Filipina akan membuat bantahan secara rasmi jika kerajaan China mengesahkan gambar berkenaan.

Duterte sebelum ini mengambil pendekatan lebih lembut berbanding presiden sebelumnya, Benigno Aquino III, malah berkata, tidak akan membangkitkan isu berhubung Laut China Selatan dengan cara yang boleh membangkitkan rasa tidak senang Beijing.

Bagaimanapun, dia menyuarakan kebimbangan selepas pesawat pengawasan Filipina baru-baru ini melihat empat kapal pengawal pantai dan empat tongkang termasuk satu dilengkapi sesuatu yang nampak seperti kren di lokasi berkenaan.

Beberapa jam selepas gambar itu didedahkan Filipina, pemimpin Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) menemui Perdana Menteri China Li Keqiang dan membincangkan isu itu dalam mesyuarat tertutup dengan Duterte menggesa konflik diselesaikan secara baik, sejajar dengan perundangan antarabangsa, kata setiausaha komunikasi Martin Andanar.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:43 AM

92,000 hilang tempat tinggal akibat banjir di Niger

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 8:39 AM


NIAMEY: Sekurang-kurangnya 38 maut dan lebuh 92,000 lagi kehilangan kediaman sejak Jun lalu dalam banjir dahsyat di Niger, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata, angka kematian, lebih banyak daripada angka diberikan kerajaan iaitu 14, berlaku akibat hujan lebat pada Ogos. Lebih 26,000 ternakan hilang dan lebih 9,000 rumah musnah, kata PBB, memetik angka diberikan kerajaan.

Pihak berkuasa dan NGO sudah memberikan bantuan kepada lebih 50,000 penduduk, tambah PBB, dengan ramai daripada mangsa berlindung di sekolah dan bangunan awam.

 Walaupun berada di tengah padang pasir, Agadez di utara dan Tahoua di barat adalah antara wilayah paling teruk terjejas, selain Maradi di selatan. Niger berhadapan musim hujan tahunan, terpaksa bergelut mengatasi krisis makanan meruncing disebabkan kemarau.

Antara negara termiskin dunia, pihak berkuasa Niger juga berhadapan dengan 300,000 pelarian dan penduduk yang melarikan diri daripada pemberontakan Boko Haram di tenggara Niger dan di negara jirannya, Nigeria. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190792

3 maut pesawat bertembung di udara

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 8:45 AM


BANGKAI serpihan pesawat kecil yang bertembung di udara di lapangan terbang terpencil di barat Georgia. - Foto AP

CARROLLTON: Tiga terbunuh pada Rabu selepas dua pesawat kecil bertembung di udara di lapangan terbang terpencil di barat Georgia, dengan seorang saksi memberitahu pihak berkuasa kedua-dua juruterbang mungkin cuba mendarat pada masa sama.

Ketua Bomba Carroll, Scott Blue berkata, pesawat satu enjin itu terhempas sejurus sebelum 11 pagi waktu tempatan berhampiran penghujung landasan tunggal di Lapangan Terbang Wilayah Georgia Barat.

 Lapangan terbang itu terletak di Carrollton, kira-kira 72 kilometer ke barat Atlanta. Mangsa yang meninggal dunia ialah dua lelaki dan seorang wanita, kata Timbalan Ketua Koroner Carroll, Ed Baskin.

Wanita berkenaan dan salah seorang mangsa lelaki berada dalam satu pesawat dan lelaki kedua bersendirian dalam pesawat lain. Baskin berkata, nama mangsa dirahsiakan sehingga anggota keluarga mereka dimaklumkan.

Punca nahas maut itu masih dalam siasatan. Namun Blue berkata saksi melaporkan kedua-dua pesawat kelihatan cuba mendarat serentak.

 "Seorang juruterbang lain yang masih di udara berkata kedua-duanya cuba mendarat dan satu daripada pesawat malang itu berada di atas satu lagi. "Buat masa ini, kami masih belum dapat mengesahkan perkara itu," kata Blue. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190797

Jurukamera Hungary didakwa tendang pendatang

DUNIA KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 11:00 AM

GAMBAR fail, Petra Laszlo (baju biru) yang menendang pendatang yg seang menyelamatkan diri. - Foto AP

 BUDAPEST: Jurugambar wanita yang dirakam menendang dan cuba menjatuhkan pendatang berhampiran sempadan dengan Serbia pada September 2015 didakwa kerana melanggar prinsip keamanan, kata pendakwa Hungary.

 Petra Laszlo, yang kemudian meminta maaf di atas tindakannya ketika cuba mewajarkan ia, dipecat oleh saluran televisyen berhaluan kanan, N1TV, selepas rakaman tindakannya menjadi viral di media sosial.

Laszlo berkata, beliau panik ketika itu apabila pelarian dan pendatang merempuh barisan polis berhampiran kedudukannya dan berasa diserang.

Beliau menendang seorang budak lelaki dan perempuan dan kemudian cuba menjatuhkan lelaki yang mendukung seorang budak lelaki. Laszlo kemudian memberitahu akhbar Russia, Izvestia, kehidupannya 'musnah' akibat kejadian itu yang berlaku pada 8 September 2015, dan mahu berpindah ke Russia.

Ketua pendakwa raya Mukim Csongrad, Zsolt Kopasz, berkata dalam kenyataan selepas siasatan menyeluruh, ia mendapati tiada 'kewajaran' bagi tindakan Laszlo untuk 'menyebabkan kecederaan.' "Tiada data menunjukkan tindakan tertuduh didorong daripada pertimbangan etnik atau oleh status pendatang mangsa," katanya.

 Laszlo akan dibicarakan di bandar raya Szeged. Lelaki yang cuba dijatuhkan Laszlo, dan jatuh ketika cuba menjauhi polis di sempadan, kemudian dikenal pasti sebagai Osama Abdul Mohsen, jurulatih bola sepak dari Syria.

Beliau dan sebahagian anggota keluarganya kini menetap di Sepanyol dan bekerja untuk kelab bola sepak negara itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190830

Lelaki bunuh anak sendiri ditemui mati dalam motel

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 11:03 AM

EARL Valentine.

 NORLINA: Polis Carolina Utara berkata, lelaki yang dikehendaki kerana membunuh anak lelakinya dan mencederakan secara serius bekas isterinya sebelum mengaku melakukan jenayah itu di Facebook, ditemui mati di bilik motel di Carolina Selatan.

Ketua Polis Norlina, Taylor Bartholomew, memberitahu media di Raleigh, Carolina Utara, pegawai penguat kuasa undang-undang mengesan telefon bimbit Earl Valentine di Richmond, Virginia, pada pagi Rabu. Bartholomew berkata, Valentine menziarahi kubur bapanya.

Polis kemudian mengesan Valentine di Columbia, Carolina Selatan, lokasi Marshal Amerika Syarika menemui mayatnya akibat tembakan yang dilakukan sendiri. Valentina didakwa dengan membunuh kerana menembak mati anak lelakinya yang berusia 15 tahun awal Selasa.

Polis berkata, remaja itu maut ketika cuba menghalang Valentine menembak ibunya, Keisha Valentine. Keisha Valentine masih dalam keadaan kritikal. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190831

Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis


08 September 2016 10:20 AM
Tembak

PULAU PINANG 8 Sept. - Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Jalan Bukit Lama Genting, Teluk Kumbar di sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Suspek lelaki berketurunan Cina berusia 44 tahun itu mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa tembakan yang dilepaskan anggota polis terbabit.
Difahamkan, suspek terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk peras ugut menggunakan senjata di Bukit Mertajam di sini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penjenayah-mati-berbalas-tembakan-dengan-polis-1.379985#sthash.xXHNx72N.dpuf

Anggota polis pukul guru direman empat hari


08 September 2016 1:20 AM
suspek dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Pengkalan

suspek dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu di Gerik, Perak, semalam.
GERIK 7 Sept. – Seorang anggota polis yang disyaki mencederakan seorang guru sekolah rendah di Lenggong dekat sini pada 30 Ogos lalu hari ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Suspek berpangkat konstabel berusia 32 tahun ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman selama empat hari sehingga 10 September ini, dikeluarkan Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani dalam prosiding di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Nasrul Hadi mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ter­hadap anggota polis itu yang ditahan semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, guru berkenaan diberi cuti sakit selama tiga minggu dan telah pulang ke kampungnya di Kota Bharu, Kelantan untuk berehat.
Tambah Muhammad Amin, mangsa dicederakan selepas dia disangka menaiki motor curi dan tindakannya yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut apabila diminta pihak polis.
“Ketika itu mangsa baru selesai mengajar tuisyen di sekolahnya pa­da kira-kira pukul 6.30 petang dan sebaik sahaja masuk ke jalan besar, dia yang menaiki sebuah motosikal dikejar dan ditahan polis kerana disyaki menaiki motor curi.
“Guru berkenaan tidak memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kerana tidak tahu yang mengekorinya polis serta bimbang dirompak,” katanya.
Muhammad Amin berkata, mangsa kemudiannya ditahan dan berlaku pergelutan menyebabkan dia cedera.
Tambah beliau, guru besar sekolah tempat mangsa tersebut bertugas kemudian pergi ke Balai Polis Lenggong dan hasil kenyataan yang diberi menunjukkan polis telah salah tangkap.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan kes itu segera sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anggota-polis-pukul-guru-direman-empat-hari-1.379925#sthash.8EVcCKkt.dpuf

Silap langkah 'lepas hajat'




ZHANG didakwa di mahkamah.

Agensi
Beijing: Malang seorang pencuri apabila terpaksa membuang air besar ketika merompak rumah yang memudahkan polis menjejak dan menangkapnya.

Lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Zhang dari Henan itu memberitahu mahkamah di Beijing kelmarin yang dia tidak dapat menahan daripada membuang air besar ketika merompak rumah berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak pergi ke tandas, sebaliknya memilih untuk ‘melepaskan hajat’ di tepi katil tuan rumah berkenaan.

Tanpa disedari dia meninggalkan bukti jenayahnya apabila polis Beijing mengekstrak DNA daripada najis berkenaan yang menunjukkan sepadan dengan Zhang, yang mempunyai rekod jenayah dan dipenjara tiga tahun kerana mencuri pada 2008.

Susulan penemuan itu, Zhang didakwa atas 286 kes kecurian dan satu rompakan sejak empat tahun lalu.

Namun, tidak dipastikan bagaimana polis dapat mengaitkan Zhang dengan semua kes berkenaan kerana tiada bukti ditinggalkan.

Zhang berkata, dia tidak kaya menjadi penjenayah, sebaliknya wang dicuri kebanyakannya digunakan untuk membeli makanan dan pergi ke kafe Internet untuk menonton filem.

Dia yang hanya mempunyai pendidikan setakat sekolah rendah memberitahu yang dia penat bekerja dan terfikir untuk cuba mencuri.

Mahkamah menetapkan tarikh lain untuk hukumannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:48 AM

Tangkap, hukum 24 jam





ANGGOTA keselamatan membuat pemeriksaan dokumen jemaah.

Agensi
Makkah: Jemaah yang ditangkap cuba memasuki Makkah atau tempat suci tanpa permit Haji akan dibicarakan dan dihukum dalam tempoh 24 jam, menurut seorang pegawai kanan penjara.

“Keputusan pemenjaraan dan denda terhadap jemaah yang menyalahi undang-undang akan dibuat dalam tempoh 24 jam,” kata pengarah Jabatan Ekspatriat di Direktorat Am Penjara, Mejar Jeneral Muhammad Al-Anzi.

Katanya, hukuman terhadap jemaah haram dan pemandu kenderaan yang mengangkut mereka adalah muktamad.

Keputusan akan dikeluarkan jawatankuasa pentadbiran khas yang ditempatkan di pos pemeriksaan di sepanjang jalan ke Makkah dan tempat suci.

Pesalah kemudian akan dihantar ke pusat tahanan berhampiran pos pemeriksaan Al-Shumaisi di sepanjang Lebuh Raya Jeddah-Makkah dalam masa 48 jam.

Menurut Muhammad, banyak laluan keluar sebelum pos pemeriksaan Makkah dan tempat-tempat suci bagi membolehkan mereka yang tiada permit haji berpatah balik.

Bagaimanapun, mereka akan ditangkap dan dibicarakan jika cuba melepasi pos pemeriksaan tanpa permit.

Pengarah Jabatan Lalu Lintas Makkah Kolonel Basim Al-Badri berkata, tiada kenderaan akan dibenarkan memasuki jalan utama menuju ke tempat suci.

Lebih 27,000 anggota keselamatan akan dikerah ketika musim haji bagi memastikan keselamatan jemaah.

Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jeneral Khaled Al-Harbi berkata, laungan slogan juga tidak dibenarkan.

“Kader keselamatan kami berupaya menguruskan orang ramai dan memastikan keselamatan mereka,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:34 AM

Suami isteri didakwa dera budak



TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Dungung. FOTO Rozainah Zakaria

Zatul Iffah Zolkiply
Dungun: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan.

Tertuduh, Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isterinya, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin, 2, yang juga adik kepada tertuduh wanita di rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman manakala tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Hazwanie menetapkan 9 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, Dungun pada 30 Ogos lalu

Berita berkaitan:

• Kanak-kanak mati didera
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 10:48 AM

Nasib tergantung



GAMBAR menunjukkan keadaan kepala lori yang tergantung di atas sebuah jambatan di Qingyuan, China. -
Agensi
Beijing: Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sebelum tergantung di atas sebuah jambatan.

Lori itu yang membawa beberapa kereta dirakam tergantung di tepi jambatan setinggi 150 meter di lebuh raya yang terletak di Qingyuan di wilayah Guangdong.

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Lori sepanjang 30 meter itu dilaporkan membawa 23 kereta dari wilayah Anhui di timur China menuju ke wilayah Guizhou di selatan negara itu.

Pemandu lori, Yang Song berkata, ketika kejadian dia s memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:12 AM

Pelancong AS nyaris dirogol di Krabi



Agensi
Bangkok: Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dirawat di hospital akibat patah tulang belakang selepas terjatuh dari tebing bukit ketika cuba melarikan diri dari seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Polis berkata, Hannah Gavios, 23, diserang pada 1 September lalu ketika melancong di Krabi, selatan Thailand.

Hannah memberitahu polis, seorang lelaki tempatan menawarkan diri menghantarnya pulang ke hotel selepas dia sesat pada waktu malam.

Bagaimanapun, lelaki itu membawanya ke satu kawasan terpencil dan cuba merogolnya.

“Saya melawan dan menggigit telinga lelaki itu sebelum berlari menyelamatkan diri, tetapi terjatuh di tebing bukit setinggi 45 meter,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh bergerak kerana patah tulang belakang dan lelaki itu terus mencabulnya walaupun dia terbaring kesakitan.

Lelaki itu menemani Hannah sepanjang malam sebelum pasukan penyelamat datang menyelamatkannya keesokan harinya.

Jurucakap polis Krabi, Attapong Sanjaiwut berkata, suspek ditahan tidak lama selepas kejadian dan bakal didakwa tidak lama lagi.

Menurutnya, polis bakal mengambil keterangan mangsa sebelum wanita itu dibenarkan pulang ke negara asalnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:42 AM

Selebriti disyaki terlibat pelacuran kelas atasan ditahan


08 September 2016 1:21 AM

SELEBRITI laman sosial  berusia 20-an diberkas bersama pelanggannya,

SELEBRITI laman sosial berusia 20-an diberkas bersama pelanggannya, seorang ahli perniagaan di sebuah suite hotel mewah di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Tembe­lang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia­gaan yang sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam.
Dia dan pelanggannya kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber, wanita berke­naan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.
Katanya, wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe­langgannya.
“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.
Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/selebriti-disyaki-terlibat-pelacuran-kelas-atasan-ditahan-1.379941#sthash.OdCvPMVT.dpuf

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Mersing


Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 2:32 PM

Gambar hiasan.

MERSING: Seorang lelaki warga emas rentung dalam  kebakaran di rumahnya di Kampung Teriang Tengah, Sungai Berbuta Besar, Endau, dekat sini awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Penolong Penguasa Bomba Alias Husin berkata mayat Amin Awang, 92, ditemui di ruang tamu rumahnya oleh sepasukan anggota bomba yang terlibat dalam operasi itu.

Beliau berkata kejadian berlaku dalam pukul 3 pagi dan Amin tinggal berseorangan ketika itu, sebaik bomba tiba di tempat kejadian, hampir keseluruhan rumah sudah hangus terbakar.

"Pihak bomba mengambil masa lebih kurang dua jam bagi memadamkan kebakaran.Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.06 pagi," kata Alias dalam kenyataan di sini Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan. - BERNAMA

Taufan Newton ragut 2 nyawa di Mexico

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 12:16 PM

PENDUDUK melihat keadaan sebuah restoran di tepi pantai yang musnah akibat ombak besar disebabkan Taufan Newton di Los Cabos, Mexico. - Foto REUTERS

LA PAZ: Dua maut manakala tiga lagi hilang apabila Taufan Newton mencetuskan ombak besar di semenanjung Baja California yang menenggelamkan kapal menangkap udang pada Selasa.

Dua mayat berkenaan ditemui di pantai Las Barrancas berhampiran La Ribera dan Cabo Pulmo, kata pengarah perlindungan awam Los Cabos, Marco Antonio Vazquez.

 Di sebalik amaran supaya tidak ke laut, mereka tidak mengikut arahan keselamatan, kata Vazquez, menambah tragedi berlaku antara Laut Cortez dan Lautan Pasifik.

Pihak berkuasa menutup pelabuhan kepada kapal kecil sejak lewat Isnin disebabkan angin kuat Newton dan bimbang dengan ribut.

Sebuah kapal layar juga karam tetapi dua penumpangnya berjaya diselamatkan. Newton melakukan pendaratan berhampiran pusat peranginan Los Cabos sebelum subuh, menumbangkan pokok dan memecahkan tingkap tetapi tidak menyebabkan kerosakan teruk, dua tahun selepas Taufan Odoli meragut enam nyawa dan menyebabkan kemusnahan bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion). - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190537

Banjir di Korea Utara ragut 60 nyawa





PYONGYANG – Banjir akibat hujan lebat di Korea Utara mengorbankan 60 orang dan menyebabkan lebih 44,000 penduduk hilang tempat tinggal, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Korea Utara menyatakan bahawa Sungai Tumen yang mengalir di sempadan China dan Rusia me­ngalami banjir paling buruk berikutan hujan lebat selama empat hari. Kawasan sekitarnya termasuk Musan dan Hoeryong terjejas teruk dengan 60 orang maut dan lima peratus penduduknya hilang tempat tinggal, kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berdasarkan maklumat Pyongyang.

Banjir itu memusnahkan atau merosakkan hampir 9,000 bangunan, manakala tanah pertanian seluas 10,000 hektar juga ditenggelami air. Media rasmi Korea Utara melaporkan pada Jumaat lalu bahawa seramai 15 orang hilang dan lebih 17,000 rumah musnah atau rosak.

Korea Utara kerap mengalami bencana alam terutamanya banjir. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4JcOrWgVA
Hakcipta terpelihara 

Polis rampas dadah RM3 juta






Chez Chiang (tengah) menunjukkan syabu yang disorokkan di dalam beg galas semasa sidang akhbar mengenai rampasan dadah bernilai RM3 juta di Bukit Aman semalam.

KUALA LUMPUR – Tiga wanita antara sembilan ditahan disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM3 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Selangor sejak Jumaat lepas sehingga semalam.

Lima serbuan itu adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Kota Damansara, Seri Kemba­ngan dan Puchong.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata kesemua, mereka yang ditahan berumur lingkungan 26 sehingga 37 tahun.

Beliau berkata, pihaknya melakukan dua serbuan di KLIA, Sepang dan Kota Damansara pada Jumaat lepas dan menahan tiga wanita tempatan dan seorang lelaki warga Nigeria.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4JcNh9qpP
Hakcipta terpelihara 

Taktik langgar belakang sebelum samun kenderaan aktif semula





SUBANG JAYA – Dua lelaki berputih mata apabila niat mereka melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara milik seorang arkitek di Jalan Kemajuan di sini selepas dilanggar dari belakang gagal.

Kejadian pada pukul 11.30 malam kelmarin itu berlaku ketika arkitek lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak selepas melawat adiknya yang belajar di sebuah kolej perubatan di Jalan Kemajuan.

Dalam perjalanan mening­galkan kolej perubatan itu, kenderaan mangsa dikatakan dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic dinaiki dua lelaki.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4Jbvw1JIj
Hakcipta terpelihara 

Dipukau keluarkan duit RM30,000





Oleh IKHWAN IDERIS

Azizan (kiri) menunjukkan resit nombor ekor dan cek palsu yang digunakan oleh dua lelaki yang cuba menipu warga emas di Temerloh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang warga emas hampir kehilangan wang RM30,000 kononnya dipukau selepas disapa dua orang lelaki yang juga bekas banduan dalam satu kejadian di Temerloh pada Isnin lalu.

Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pesara tukang kebun sekolah berusia 82 tahun sedang dalam proses untuk mengeluarkan wang simpanannya di sebuah bank tetapi sempat ditahan oleh anaknya yang menye­dari kejadian tersebut.

Dua suspek terbabit dengan salah seorangnya warga Indonesia yang sedang menanti di luar kawasan parkir bank berkenaan turut berjaya dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Azizan Md. Isa berkata, kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial Facebook sebenarnya merupakan salah satu daripada kes penipuan melibatkan nombor ekor yang semakin berleluasa di negeri ini.

Jelasnya, suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 49 tahun dan warga tempatan berusia 58 tahun telah direman selama tiga hari berakhir hari ini dan kedua-dua mereka juga merupakan bekas banduan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4JbvXEipL
Hakcipta terpelihara 

Orang kuat Bank Rakyat didakwa






Oleh AQMAR ALLADAD

Mustafha (tengah) berjalan bersama Kamarul Hisham (kanan) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan pecah amanah.

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak dan Pengerusi bank tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Zainal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan perbelanjaan pemasaran Bank Rakyat berjumlah hampir RM15 juta.

Bagaimanapun, Mustafha dan Abdul Aziz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, Mustafha, 48, sebagai Penagarah Urusan Bank Rakyat didakwa me­lakukan pecah amanah membabitkan peruntukan perbelanjaan pemasaran institusi kewa­ngan itu yang berjumlah RM14,991,283.20 yang diamanahkan kepadanya.

Mustafha didakwa me­lakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Travers di sini pada 11 Mac lalu.

Abdul Aziz, 65, pula didakwa bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan sama di tempat dan pada tarikh yang sama.

Pertuduhan terhadap Mustafha­ dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Aziz dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 409 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dengan sebat serta denda.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4Jbv8YEI1
Hakcipta terpelihara