Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Didakwa pecah amanah RM15 juta [METROTV]



Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my



ABDUL Aziz (tengah) hadir ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. FOTO Ghazali Kori


Kuala Lumpur: Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan pengarah urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dan melakukan pecah amanah hampir RM15 juta, Mac lalu.

Abdul Aziz, 65, dan Mustafha, 48, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan dihadapi Mustafha, beliau sebagai Pengarah Urusan Bank Rakyat melakukan pecah amanah membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,283.20 di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Travers, 11 Mac lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Abdul Aziz didakwa bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan jumlah sama pada masa, tarikh dan tempat sama dan dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama 409 akta sama.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman ke atas Abdul Aziz bagi tempoh tujuh hari bermula 30 Ogos lalu dan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika tampil memberi keterangan, pada jam 1.15 tengah hari, 29 Ogos lalu.

Susulan penahanan Abdul Aziz, akaun peribadinya dan keluarganya yang berjumlah hampir RM1 juta dibekukan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:13 PM



Polis Kedah Selamat Sembilan Mangsa Pemerdagangan Manusia


Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 7:19 PM

Gambar sembilan lelaki warga asing berusia 22 hingga 45 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh satu sindiket. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Sembilan lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dan pemerdagangan manusia diselamatkan dari sebuah rumah di Kampung Charok Keladi, Pendang awal pagi Selasa.

Mereka yang terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berumur antara 22 hingga 45 tahun ditemukan dalam keadaan lemah, kelaparan serta dirantai pada kaki.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata penemuan pada pukul 1.30 pagi itu adalah susulan laporan kes penculikan ke atas enam warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani pada 29 Ogos lalu.

"Kesemua keluarga mangsa yang berada di Bangladesh telah menerima ugutan bahawa mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang dripada mereka tidak dibayar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kesembilan mangsa itu dilapor telah diculik di Perak dan Kuala Lumpur.

Asri berkata susulan kes itu, empat lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar berumur antara 15 hingga 38 tahun yang disyaki terlibat telah ditahan.

Beliau berkata remaja berusia 15 tahun itu merupakan anak kepada seorang suspek berkenaan.

Dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes culik sementara lelaki Bangladesh itu dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan memeras ugut keluarga mangsa, katanya.

Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang disyaki turut terlibat sedang dikesan.

Asri berkata pihaknya percaya berjaya melumpuhkan kumpulan melakukan aktiviti pemerasan ke atas warga asing di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur selama ini.

Lelaki didakwa bunuh, kelar keluarga angkat

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 2:18 PM

 Oleh Fairuz Zaidan fairuzaidan@bh.com.my

Tertuduh seorang lelaki berpakaian lokap warna oren dibawah ke Kompleks Mahkamah Melaka atas pertuduhan bunuh tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim. - Foto NSTP/Rasul Azli Samad

AYER KEROH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga tuduhan membunuh dan dua cubaan membunuh lima keluarga angkatnya di Kampung Bertam Malim, minggu lalu.

Luqman Hadi Mustapa, 28, yang memakai baju lokap berwarna oren mengaku faham terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa dengan niat membunuh Mariah Baharin, 61, Hassan A Wahab, 72, dan Muhammad Taufeq, 22.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

 Pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan dengan niat membunuh ke atas Nuraqedah Aeina, 24, dan Noor Hazlinda Diyana, 27.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, antara jam 5.50 pagi hingga 6.15 pagi, pada 25 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Chee Thim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190564

Dua dituduh perdagang 11 wanita




TERTUDUH, Soon Aun (kanan) dan M Suresh (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping. FOTO Yahya Zainuddin

Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


Taiping: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan 11 wanita untuk tujuan ekploitasi seksual sejak empat tahun lalu.

Tertuduh M Suresh, 26, dan Loh Soon Aun, 58, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil dan Hokkien secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Suresh didakwa atas enam pertuduhan melakukan ekploitasi seksual ke atas enam wanita warga Thailand di premis V Class Enterprise, 26B dan 28B Jalan Bestari 3, Pusat Bandar Fasa 2, Parit Buntar sejak 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 15 tahun dan denda.

Manakala Soon Aun pula didakwa atas lima pertuduhan melakukan ekploitasi seksual dengan cara ugutan terhadap empat wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Laos di Pusat Kecantikan Vistana Beauty & Spa, Kuala Kurau, sejak 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.

Mohd Sabri kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin kepada Suresh manakala Soon Aun pula ditawarkan jaminan sebanyak RM 10,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 23 September ini.

Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 2:45 PM

Cedera tersepit nahas enam kenderaan




KEADAAN satu daripada enam kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Gopeng: Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer 293 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggotanya ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan enam kenderaan yang berlanggar belakang antara satu sama lain.

"Sebaik tiba di lokasi pihak kami mendapati seorang lelaki tersepit dalam kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Kenderaan mangsa adalah kenderaan yang dibaris ketiga dalam kemalangan itu dan pemeriksaan mendapati mangsa cedera, manakala mangsa di dalam lima lagi kenderaan lain terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi menggeluarkan mangsa diketuai Pegawai Bomba Anuar Saharuddin dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa yang dikeluarkan kemudian dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

Katanya, operasi yang turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai itu tamat pada 7.45 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 2:50 PM

Perhilitan tangkap dua gajah liar di Jeli





07/09/2016 3:10pm

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap dua daripada enam gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk Kampung Lawar di sini, pada 31 Ogos lepas.

Pengarahnya, Mohamad Khairi Ahmad berkata dua gajah betina itu, masing-masing berusia 15 dan 30 tahun serta seberat satu dan dua tan itu ditangkap menggunakan kaedah tembakan pelalian.

"Pada 31 Ogos lepas, pihak kami menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa telah terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan ketika sedang memungut durian di kebunnya.

Perhilitan Kelantan kemudiannya menghantar lapan anggota ke kampung tersebut untuk membuat pemantauan dan membuat tangkapan pada hari sama kejadian tersebut dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Khairi berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi menjejaki baki empat lagi gajah yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan perkampungan itu. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz4JYdjSbyg
Hakcipta terpelihara 

Ibu mengandung disah dijangkiti Zika





07/09/2016 3:58pm

PUTRAJAYA - Seorang wanita dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor disahkan sebagai kes pertama Zika melibatkan ibu mengandung di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam mengesahkan, wanita berusia 27 tahun itu mengalami gejala virus Zika seperti demam, ruam dan sakit badan sebelum dilaporkan positif virus tersebut ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru semalam.

"Suami wanita itu bekerja di Singapura dan pihak kementerian masih belum dapat mengesahkan bagaimana dia mendapat jangkitan tersebut," ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, wanita yang membawa kandungan bayi antara tiga hingga empat bulan ini berkemungkinan mendapat jangkitan daripada gigitan nyamuk atau hubungan seks, ujarnya. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4JYdZPbNF
Hakcipta terpelihara 

Penghantar surat dipenjara curi iPhone 6 Plus





07/09/2016 4:32pm

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri telefon bimbit jenis iPhone 6 plus, seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara lima hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Fitri Abdul Razak, 30, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit di Kafe Siber Skyone, 17 Jalan Prima, Kepong, di sini, pada 5 petang, tiga hari lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala, bagi kesalahan kali kedua boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon denda yang minimum. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4JYdSmUx6
Hakcipta terpelihara 

3 keldai dadah tumpas, kokain 28 kg dirampas


NURAINA HANIS ABD. HALIM  |  07 September 2016 12:20 PM
Rampas

KUALA LUMPUR 7 Sept.- Polis menumpaskan tiga keldai dadah yang dua daripadanya didalangi warga Nigeria dalam lima serbuan berasingan di sekitar Selangor bermula 2 September hingga semalam.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, sembilan suspek termasuk tiga wanita tempatan yang berusia antara 26 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.
“Kita telah merampas dadah disyaki syabu dan kokain seberat 28.3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/3-keldai-dadah-tumpas-kokain-28-kg-dirampas-1.379655#sthash.urWkIUjX.dpuf

Dua lelaki didakwa perdagang 11 wanita warga asing


ROKIAH ABDULLAH  |  07 September 2016 1:43 PM
Perak

DUA lelaki Loh Soon Aun, 58,(kanan) dan M. Suresh, 26,(kiri) mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas kesalahan memperdagangkan 11 wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi seks empat tahun lalu. Mahkamah membenarkan Soon Aun dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM50,000 dengan lima penjamin manakala Suresh RM48,000 dengan enam penjamin di Mahkamah Sesyen hari ini. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ
TAIPING 7 Sept. - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memperdagangkan 11 wanita warga asing bagi maksud eksploitasi seksual sejak empat tahun lalu.
Loh Soon Aun, 58, yang menghadapi lima pertuduhan dan M.Suresh, 26, didakwa atas enam pertuduhan membuat pengakuan itu ketika pertuduhan berkenaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Mahkamah membenarkan Soon Aun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan lima penjamin manakala Suresh RM48,000 dengan enam penjamin.
Semua kes disebut semula 23 September ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dua-lelaki-didakwa-perdagang-11-wanita-warga-asing-1.379688#sthash.PhKAWkXl.dpuf

Penganggur didakwa bunuh, cuba membunuh lima beranak


FADZLY IZAB  |  07 September 2016 3:41 PM
Bunuh

LUQMAN Hadi Mustapa, 25 (tengah) diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh tiga sekeluarga dalam satu kejadian amuk di Kampung Bertam Malim , Melaka 25 Ogos lalu. - UTUSAN/AZLI AHAD
MELAKA 7 Sept. - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga beranak serta dua cubaan bunuh dua individu lain di Kampung Bertam Malim di sini pada 25 Ogos lalu.
Luqman Hadi Mustapa, 28, mengangguk faham bagi kelima-lima pertuduhan tersebut namun tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Norina Maludin.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Luqman Hadi didakwa membunuh Hassan A. Wahab, 70; isterinya, Mariah Baharin, 62, dan anak lelaki pasangan itu, Mohammad Taufeq, 22.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, pemuda itu didakwa dengan niat cuba membunuh dua lagi anak pasangan tersebut, Noor Hazlinda Diyana, 27, dan Nuraqedah Aeina, 24, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.


Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara pukul 5.50 pagi hingga pukul 6.15 pagi di dalam sebuah rumah di Kampung Bertam Malim pada 25 Ogos lalu.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/penganggur-didakwa-bunuh-cuba-membunuh-lima-beranak-1.379710#sthash.r81BhDzr.dpuf

Saman pemburu Pokemon




SEBAHAGIAN pengguna bermain permainan Pokemon pada telefon pintarnya di sekitar Tasik Taman Jaya.

Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Dianggarkan lebih 200 saman dikeluarkan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) setiap hari kepada pengunjung taman rekreasi Taman Jaya, kerana melanggar peraturan lalu lintas semata-mata untuk bermain aplikasi permainan telefon pintar Pokemon Go.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kebanyakan saman adalah membabitkan kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan dan menyebabkan halangan kepada lalu lintas.

Katanya, pengunjung perlu lebih peka dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri kerana tindakan sebegitu boleh menyusahkan orang lain.

“Di pihak MBPJ, kita tidak menghalang orang ramai untuk bermain permainan berkenaan di taman itu namun pengunjung perlu mematuhi peraturan dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Justeru, pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan serta tidak menghalang laluan di kawasan perumahan atau jalan utama,” katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:59 AM

Pengawal keselamatan diikat, lebih RM50,000 dilarikan


Anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Bachok dan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan melakukan siasatan di lokasi kejadian samun stesen minyak di Jelawat, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

Nor Amalina Alias




am@hmetro.com.my



Bachok: Pengawal keselamatan diikat dengan tali pinggang dan mulutnya ditutup kain dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jelawat, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 57 tahun kemudiannya diheret ke surau di belakang premis itu dan dikurung, sebelum lima lelaki bersenjatakan pistol dan pisau memecah masuk pejabat.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mereka memecah dua pintu pejabat yang menempatkan peti besi selain bilik pengurus stesen.

"Kerugian dianggarkan lebih RM50,000 apabila satu peti besi dilarikan selain wang jualan. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti lain-lain barang yang hilang.

"Mangsa yang diikat kaki dan tangannya berjaya melepaskan diri selepas dua jam dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bachok pada jam 7.30 pagi tadi," katanya di sini, hari ini.

Nik Aminuddin berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, mesin ATM yang turut terdapat dalam stesen minyak itu bagaimanapun dipercayai tidak diusik.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 4:37 PM

Polis disyaki cederakan guru direman



ANGGOTA polis yang dipercayai mencederakan seorang guru dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu . FOTO L Manimaran

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Pengkalan Hulu: Anggota polis yang dipercayai mencederakan guru di Lenggong, Gerik direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap konstabel berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu, hari ini.

Anggota polis berkenaan dibawa ke mahkamah pada 8.30 pagi menaiki kereta polis dan proses permohonan reman selesai sejam kemudian.

Difahamkam anggota polis berkenaan sudah berkhidmat sejak 2003 dan kini bertugas di Balai Polis Lenggong.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan anggota polis itu ditahan semalam berhubung kes berkenaan yang berlaku pada 7.15 malam 30 Ogos lalu.

Menurutnya, anggota berkenaan ditahan dan disiasat kerana dipercayai mencederakan orang awam iaitu guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Rakaman video kejadian berdurasi 20 saat yang menunjukkan dua lelaki berpakaian biasa dikatakan anggota polis memberkas guru berkenaan dengan cara kasar termasuk memulas tangan guru berkenaan untuk digari mula tersebar di media sosial semalam terutama di Facebook dan juga beberapa blog.

Turut tersebar penerangan daripada seorang individu mengenai kejadian yang mengatakan mangsa adalah seorang guru yang baru selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa patah tangan akibat kekasaran itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 12:07 PM

Rampas dadah RM3 juta




CHEZ Chiang (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek

Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) rampas dadah jenis kokain dan syabu dianggarkan bernilai RM3 juta dalam enam serbuan di sekitar Selangor sejak 2 September lalu.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, pihaknya turut menahan sembilan suspek dalam serbuan berkenaan.

"Dua serbuan dilakukan di KLIA pada 2 September, tiga serbuan di Seri Kembangan dan Puchong pada 5 September serta satu serbuan pada 6 September di KLIA.

"Tiga wanita tempatan ditahan dipercayai keldai dadah berusia 26 hingga 36 tahun," katanya.

Beliau berkata, turut ditahan lima lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 hingga 37 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 12:46 PM

Umpan menang loteri RM200,000




AZIZAN (tengah) menunjukkan tiket loteri dan cek RM200,000 palsu yang dirampas daripada dua suspek di Temerloh. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuantan: Dua lelaki dikesan cuba memperdayakan warga emas dengan kemenangan loteri RM200,000 sebelum ditahan di hadapan bank di Temerloh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian 11 pagi, seorang suspek dikatakan datang kepada mangsa lelaki berusia 82 tahun dan menawarkan tiket loteri dengan hadiah RM200,000 yang akan dibayar dalam bentuk cek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Azizan Md Isa berkata, mangsa perlu membayar RM30,000 kepada suspek bagi mendapatkan hadiah loteri itu.

"Mangsa tidak menyemak tarikh tiket loteri itu dan terus pulang ke rumah untuk mengambil buku banknya bagi membuat pengeluaran tunai. Bagaimanapun perbuatan mangsa kemudian dikesan anak lelakinya yang bertindak menghubungi polis selepas berasa curiga dengan kelakuan bapanya untuk mengeluarkan wang secara tergesa-gesa," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas anak mangsa menghubungi polis membolehkan pihaknya terus menangkap dua suspek berusia 46 dan 58 tahun ketika suspek sedang menunggu mangsa mengeluarkan wang.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:21 PM

MPV rosak dihempap pokok






KENDERAAN rosak dihempap pokok. FOTO Norizuan Shamsuddin
Add caption
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: kenderaan pelbagai guna (MPV) rosak sepenuhnya selepas dihempap pokok berhampiran Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 2, di sini, 7 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pokok tumbang.

Katanya, lima anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi bagi khidmat bantuan khas.

"Apabila tiba dilokasi anggota mendapati pokok berkenaan menghempap kenderaan yang diletakkan di dalam petak tempet letak kenderaan awam dan tidak membabitkan mangsa.

"Kejadian menyebabkan kenderaan berkenaan rosak sepenuhnya dan kerja memotong serta mengalihkan pokok terbabit sedang dilakukan dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Ajiz Hussin, 76, berkata, kejadian berlaku berikutan angin kencang dan hujan pada awal pagi tadi.

Katanya, kejadian turut menyebabkan khemah kedai berdekatan rosak dihempap dahan pokok terbabit

"Mujurlah, sewaktu kejadian tiada kenderaan melalui jalan berkenaan," katanya.

FOTO Norizuan Shamsuddin
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:26 PM

Padah beri maklumat palsu 21 tahun lalu



Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Kuala Pilah: Penoreh getah dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan, 21 tahun lalu.

Keputusan dibuat Majistret Farah Shuhada Ramli selepas tertuduh, Zahari, 52, yang juga warga Indonesia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi maklumat palsu ketika permohonan kad pengenalan atas nama Zahari Ahmid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tampin, pada 6 November 1995.

Tertuduh bagaimanapun ditahan di rumahnya di FELDA Bukit Rokan Barat, Gemencheh, pada 1.15 tengah hari, Sabtu lalu, mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:31 PM

'Usahawan' pakai buang




MANGSA menunjukkan gambar suspek serta dokumen bukti berkaitan.

Siraj Mohd Zaini dan Ayusliza Azizan
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Impian 200 wanita untuk bergelar usahawan bukan saja musnah malah mereka menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan sindiket penjualan lampin bayi.

Segalanya bermula selepas mereka terpengaruh dengan iklan di Facebook (FB) pada Mac lalu yang mendakwa boleh membekalkan lampin bayi pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Selepas menghubungi pembekal, mangsa dari seluruh negara dimasukkan ke dalam empat kumpulan aplikasi Whatsapp dan diuruskan empat orang tengah bagi mengutip tempahan setiap kotak lampin bayi pakai buang itu.

Difahamkan, setiap kotak mengandungi tiga pek lampin bayi dan dijual pada harga RM68 oleh sindiket sekali gus menyebabkan semua mangsa ‘kelabu mata’ kerana ia boleh dijual mencecah RM95 di pasaran.

Disebabkan itu, ada di antara mangsa sanggup membuat pinjaman bank, meminjam daripada syarikat pinjaman wang berlesen, ahli keluarga dan kenalan semata-mata menempah barangan terbabit dalam kuantiti banyak.

Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa kerugian serendah RM1,000 sehingga RM90,000 selepas sindiket yang dipercayai didalangi lelaki berusia 32 tahun bersama empat rakannya gagal menyediakan stok tempahan sejak Jun lalu.

Mangsa, Norsuhainiza Mohd Sutiman, 28, berkata, pada mulanya dia membuat tempahan dalam kuantiti kecil kerana sebelum yakin menambah stok kerana mendapat sambutan pelanggan.

“Pada tempah kali kedua, saya melabur RM57,596 untuk membeli 847 kotak lampin pada awal Mei lalu, tetapi orang tengah mula memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan penghantaran.

“Selepas beberapa minggu didesak berulang kali, orang tengah yang dikenali sebagai Ika pun memberikan saya sekeping cek, tetapi malangnya ia cek tendang,” katanya.

Mangsa lain, Siti Farhah Mohd Amir, 30, berkata, dia kerugian lebih RM18,000 dan buntu untuk membayar pinjaman bank serta memulangkan wang pendahuluan pelanggan.

“Saya tahan telinga dimaki hamun dan ditengking mereka yang tidak faham situasi saya, namun masih ada pelanggan sanggup bersabar sehingga isu ini diselesaikan.

“Buat masa ini saya dan rakan letih mendesak mereka membayar duit kami sehingga ada antara kami membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa, Norhayati Umor, 30, berkata, dia dan rakan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor nekad membuat laporan polis supaya pihak berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya kerugian lebih RM6,000, tidak sangka niat mahu berniaga secara kecil-kecilan pun ada orang sanggup mengambil kesempatan, lebih teruk lagi kami golongan wanita yang mencari rezeki untuk membantu keluarga.

“Buat masa sekarang, apa yang saya lakukan dengan membayar sedikit demi sedikit duit ahli keluarga dan rakan yang menempah lampin daripada saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya kini dalam proses terakhir untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 8:08 AM

Cedera kemalangan empat kenderaan




KERETA yang terjunam ke dalam parit selepas terbabit dengan kemalangan. FOTO Shazreen Zamzuri

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


Shah Alam: Penunggang motosikal lelaki patah peha kiri manakala pembonceng wanita mengalami pendarahan dalam kepala selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga kereta di Persiaran Sultan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Myvi dari arah Bulatan Setiajaya dipercayai melanggar tayar belakang Vios yang dalam perjalanan dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Vios hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga dan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang berada di sebelah Vios berkenaan.

"Menerusi perbualan ringkas dengan mangsa yang menunggang motosikal, Myvi terbabit melambung ke dalam parit selepas bertembung dengan Vios dan turut menyebabkan mereka tercampak ke taman rekreasi bersebelahan bulatan berkenaan.

"Semua mangsa termasuk pemandu kenderaan yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan susulan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 9:55 AM

Bekas bilal maut rumah terbakar



RUMAH mangsa yang dijilat api. FOTO Zul Ikhwan Muhammad

Zul Ikhwan Muhammad
Endau: Warga emas lelaki rentung dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Teriang Tengah di sini, kira-kira 3 pagi tadi.

Mangsa, Amin Awang, 88, yang juga bekas bilal Masjid Jamek Teriang, di sini, tinggal bersendirian ketika kejadian dan gagal menyelamatkan diri.

Beberapa jiran mangsa yang menyedari kejadian juga gagal membantu kerana api marak dengan cepat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Penolong Penguasa Bomba, Alias Husin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.09 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba, sebahagian besar rumah sudah dijilat api, mayat mangsa ditemui di bahagian ruang tamu dipercayai cuba menyelamatkan diri dan operasi ditamatkan 6.06 pagi,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 10:06 AM

Ditelan sebelum sempat makan




LUBANG benam yang terbentuk di dalam bilik mangsa. - MailOnline

LELAKI tidak dinamakan itu mengalami luka teruk pada pinggangnya. - MailOnline

Agensi
Beijing: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas ‘ditelan’ lantai bilik tidurnya minggu lalu.

Dalam kejadian di Xi’an, wilayah Shaanxi itu, mangsa yang tidak dinamakan itu mahu makan di bilik tidurnya apabila tiba-tiba lubang benam sedalam tiga meter dan seluas 5.9 meter persegi terbentuk menyebabkannya terjerlus ke dalamnya, lapor People’s Daily Online.

Akibatnya, mangsa setinggi 1.8 meter itu terpaksa mendapat rawatan di hospital selepas pinggangnya luka akibat ditusuk jubin lantai berkenaan.

Pemilik rumah yang juga bapa saudara mangsa, Du, berkata, dia terkejut mendapat panggilan telefon daripada adik perempuannya pada jam 6 petang, 1 September lalu memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, adiknya pula berkata: “Saya orang pertama melihatnya begitu. Ketika memasuki biliknya saya keliru kerana tidak nampak sesiapa.

“Siapa sangka dia terjatuh ke dalam lubang? Saya terpaksa memasukkan tangga ke dalam lubang itu dan menariknya keluar.

“Anak saudara mengalami luka teruk pada pinggangnya termasuk satu yang hampir sedalam tiga inci.”

Sementara itu, Du berkata, mereka mengalami masalah talian paip bocor di bawah rumah.

Kejadian itu mengundang pelbagai ulasan di laman media sosial Weibo termasuk seorang yang berkata: “Mujur dia tinggi. Jika dia cuma 157 meter, sudah pasti dia tidak terselamat.”
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:44 AM

Warga asing bolot bisnes Lorong Haji Taib



MESIN jahit yang disita penguat kuasa DBKL.

Kuala Lumpur: Lima daripada sembilan tapak gerai menjual pakaian terpakai dikuasai warga Bangladesh. Itu yang dikesan anggota penguat kuasa ketika menjalankan operasi di Lorong Haji Taib, di sini, Khamis lalu.

Keadaan itu menggambarkan masih ada peniaga tempatan tidak bertanggungjawab ‘mengalibabakan’ perniagaan mereka dengan menyewa tapak gerai kepada warga asing.

Dalam operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, lebih 3,000 helai pakaian terpakai dan beberapa peralatan perniagaan disita.

Operasi bersepadu bermula jam 5 petang itu membabitkan seramai 47 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, anggota Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber DBKL berkata, pada akhir operasi jam 12 tengah malam, pihaknya menyita 29 tong pakaian serta beberapa peralatan seperti payung berniaga, kerusi lampu dan mesin jahit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 8:01 AM

Kicap halal ragu




PEGAWAI KPDNKK dan JAIS memeriksa produk kicap dan sos di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Meranti Jaya, Puchong.

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Puchong: Bau kencing tikus di hampir setiap penjuru premis, keadaan lantai kotor dan siling penuh bersawang.

Itu gambaran kekotoran sebuah premis memproses sos dan kicap di kawasan perindustrian Meranti Jaya, di sini, ketika diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah hari semalam.

Bukan itu saja, premis yang dipercayai beroperasi sejak 2010 itu turut menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi semua segmen produknya termasuk kicap, sos cili, sos tomato, cuka, sos tiram dan taucu.

Selain logo halal palsu JAKIM, pemilik premis juga didapati mencetak logo halal sendiri termasuk turut menggunakan logo halal Islamic Food and Research Council (IFRC) yang diharamkan JAKIM sejak 2012.

Ketua Unit Perihal Dagangan KPDNKK Selangor Ku Nadiah Che Ku Muni berkata, pihaknya terpaksa menyita 1,027 pelbagai jenis produk keluaran premis berkenaan bernilai RM11,500.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, premis sama pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama, namun tetap berdegil dan masih menjalankan aktiviti sama.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) kerana menggunakan logo halal JAKIM palsu,” katanya.

Katanya, pemilik premis pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal bagi produk mereka, namun JAKIM menolak permohonan itu kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal JAIS Abd Haziq Abd Wahid berkata, pihaknya mendapati produk keluaran premis ini dipasarkan di pasar raya sekitar Lembah Klang.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 10:39 AM

Tawa tukar tangisan




ANGGOTA bomba menemui mayat mangsa.

Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my


Kuala Kubu Bharu: Kegembiraan sembilan sahabat memancing dan mandi di Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika seorang daripada mereka, Muhammad Azimzulhilmi Mohd Bakri, 22, tergelincir ketika memancing dan hilang di dasar sungai.

Buntu dengan situasi itu, rakan mangsa menghubungi talian kecemasan bagi meminta bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.20 petang.

“Mangsa ditemui 30 minit kemudian pada kedalaman tiga meter di dasar sungai,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 10:47 AM

16 terbunuh trak pikap terbabas




Batang (Indonesia): Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan 13 cedera selepas trak pikap yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di kampung Kebaron di Batang, Jawa Tengah, kelmarin.

Ketika kejadian trak pikap jenis Mitsubishi L300 yang dipandu Samaan, 53, dalam perjalanan membawa penduduk kampung Bentul menuju kampung Amongrogo untuk menghadiri upacara pengebumian.

Ketua Polis Batang, Joko Setiono berkata, ketika kenderaan itu memecut, tayar kanan di bahagian belakang tiba-tiba meletup.

“Kenderaan ini terbabas ke kiri dan melanggar tebing bukit sebelum masuk semula ke kanan sebelum terhumban ke ladang di tepi jalan.

“Kenderaan itu berpusing beberapa kali menyebabkan semua penumpang tercampak keluar,” katanya.

Menurutnya, 16 mangsa disahkan terbunuh dalam kemalangan itu dan 13 lagi masih dirawat di hospital berhampiran.

Jumlah kematian mungkin meningkat kerana sebilangan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Tambahnya, polis menyiasat kejadian itu, tetapi memberitahu punca kemalangan mungkin berpunca daripada tindakan pemandu membawa penumpang berlebihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:45 AM

Jumpa terperosok




SAAT pendatang berkenaan ditemui bersembunyi di dalam ruang di bawah kenderaan berkenaan.

Agensi
Madrid: Polis Sepanyol membebaskan empat pendatang Afrika yang ditemui berhimpit di dalam ruang tersembunyi sebuah van mini tanpa sebarang pengudaraan di sempadan untuk ke negara itu.

Pendatang terbabit, seorang wanita dari Congo dan tiga lelaki Guinea ditemui Ahad lalu apabila polis di sempadan antara Maghribi dan wilayah Sepanyol, Melilla berasa curiga lalu memeriksa kenderaan itu.

Mereka disumbat di dalam bekas kedap udara yang terletak di bawah tempat duduk hadapan van mini itu, kata polis dalam satu kenyataan.

Wanita itu mula menjerit dalam bahasa Perancis: “Tolong, tolong, keluarkan saya. Saya takut. Kaki saya kebas dan bengkak!”

Anggota bomba terpaksa menggunakan gergaji elektrik dan alatan lain untuk membebaskan mereka yang berada dalam keadaan kesihatan teruk dan memerlukan rawatan perubatan.

Menurut polis, keempat-empat pendatang berusia antara 21 dan 27 itu kini sihat.

Pemandu kenderaan terbabit dan satu-satunya penumpang, seorang lelaki Maghribi ditahan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:40 AM

Budak tak gentar perompak berkapak



SARAH berdiri di antara pekerja ayahnya dan perompak sebelum membawa kakitangan lain ke tempat selamat. - MailOnline

Auckland: Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di negara itu selepas tindakan beraninya berdepan perompak bersenjatakan kapak di kedai bapanya dan membawa pekerja ke tempat selamat.

Dalam kejadian petang Isnin lalu, kedai elektronik milik Suhail Patel diceroboh enam perompak yang turut mengancam kakitangannya menggunakan kapak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak Patel, Sarah lari dan terjatuh sebelum meluru ke arah perompak memegang kapak yang sedang mengancam seorang kakitangan.

Lelaki terbabit yang nyata terkejut terpaku dan Sarah mengambil peluang itu untuk berlari serta menarik pekerja lain keluar dari premis itu.

Ketika ditemu ramah TVNZ, Patel berkata, dia amat bangga dengan Sarah.

“Dia sungguh berani. Memang saya sangat bangga dengannya.

“Mungkin dia menyangka mereka mahu memukul pekerja terbabit dan berusaha membantunya.

“Sebenarnya kami tidak tahu peranannya sehingga melihat rakaman CCTV,” katanya.

Katanya, Sarah masih terkejut dengan kejadian itu tetapi semakin pulih.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki kereta, tetapi lima yang semuanya berusia 16 tahun berjaya ditahan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:43 AM

Lelaki 63 Tahun Tumbuk Bayi Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 10:17 AM

Elsie ditumbuk dibahagian muka oleh lelaki berusia 63 tahun ketika dibawa ke pasar raya Tesco di Manchester pada Selasa. - AGENSI
   (Ubah saiz teks)
LONDON: Seorang lelaki ditahan polis gara-gara menumbuk muka bayi yang baru berusia lima hari di sebuah pasar raya di Manchester pada Selasa.

Menurut laporan portal Mail Online, kejadian itu berlaku apabila bayi yang dikenali sebagai Elsie Rose Duckers dibawa keluar buat kali pertama oleh ibunya, Amy Duckers untuk membeli-belah di pasar raya Tesco.

Amy turut ditemani oleh suaminya, Lewis Temple, 24 dan anak perempuannya, Libby yang berusia tujuh tahun.

Wanita berusia 27 itu berkata, suspek yang berusia 63 tahun secara tiba-tiba menghampiri mereka ketika mereka sedang berbual dengan seorang jiran yang ditemukan di pasar raya itu.

Jelas Amy, lelaki itu kemudiannya secara tiba-tiba melepaskan tumbukan ke muka Elsie menyebabkan anaknya menangis.

"Saya terkejut dengan kejadian yang berlaku apatah lagi bagi Elsie yang kali pertama keluar daripada rumah.

"Insiden itu membuatkan saya trauma untuk membawanya keluar semula," kata Amy.

Ekoran kejadian itu, Elsie terpaksa dirawat selama tujuh jam di Hospital Wythenshawe dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mengulas tentang insiden tersebut, Polis Greater Manchester berkata, suspek yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3776763/Man-63-arrested-five-day-old-baby-punched-face.html

Pengerusi Bank Rakyat Didakwa Subahat Pecah Amanah


Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 11:10 AM


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan bank tersebut, Datuk Mustafha Abd Razak melakukan pecah amanah berhubung kes penyelewengan penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Mustafha menghadapi pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,293.

Kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 9.45 pagi ditemani peguam dan ahli keluarga mereka.

Terdahulu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 September bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.

Tiga serpihan didakwa milik MH370


7 SEPTEMBER 2016
Tiga serpihan didakwa milik MH370

Tiga serpihan didakwa milik MH370 Abreu menunjukkan serpihan dipercayai milik pesawat MH370 yang ditemui di perairan Mozambique. - Foto AFP
MAPUTO - MOZAMBIQUE. Pihak berkuasa Mozambique kelmarin, menunjukkan tiga serpihan terbaharu didakwa milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac dua tahun lalu.

Serpihan terbesar berbentuk segi tiga berwarna merah, putih dan metalik itu dijumpai oleh pemilik hotel Afrika Selatan di perairan Mozambique dekat wilayah selatan Inhambane, akhir bulan lalu.

Pengarah Institut Penerbangan Sivil Mozambique (IACM), Joao de Abreu berkata, ia merupakan kali pertama serpihan berwarna ditemui.

"Terdapat label pada bahagian dalam serpihan itu yang memudahkan kita untuk mengenal pasti dari mana ia datang," katanya.

Sementara itu, dua serpihan kecil ditemui anak lelaki seorang diplomat Kesatuan Eropah (EU) berhampiran pusat pelancongan di selatan Xai Xai dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa bulan lalu.

Menurut Abreu, kesemua serpihan berkenaan akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang membawa 239 penumpang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur. - AFP

4 maut helikopter polis ditembak jatuh

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 9:07 AM

Polis peronda negeri di negeri Michoacan, sebuah kawasan yang telah dilanda keganasan dadah dan vigilante keadilan bagi tahun. - Foto Yahoo   
MEXICO CITY: Tiga pegawai polis dan juruterbang maut apabila sekumpulan penjenayah menembak jatuh helikopter yang digunakan dalam operasi polis di negeri Michoacan di barat Mexico.

Pesawat dihantar bagi membantu operasi menangkap pemimpin kumpulan penjenayah apabila menjadi 'helikopter rasmi yang ditembak' di kawasan bentuk muka bumi tidak sekata, kata Gabenor Silvano Aureoles.

Beliau tidak memberitahu bagaimana helikopter itu ditembak. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190477

60 maut, 44,000 kehilangan kediaman akibat banjir di Korea Utara

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 9:25 AM

SUNGAI Tumen mengalami banjir yang terbesar pernah dicatatkan akibat hujan lebat yang bermula empat hari sebelum itu. - Foto AP


PYONGYANG: Hujan lebat yang mengakibatkan banjir meragut 60 nyawa di Korea Utara dan 44,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas negara berkenaan melaporkan sungai di timur laut negara itu berhadapan bencana paling buruk.

Pyongyang berkata, sungai Tumen, yang menandakan sempadan dengan China dan Russia, mengalami banjir paling teruk pernah direkodkan disebabkan hujan lebat sejak empat hari lalu.

Kawasan berhampiran termasuk Musan dan Hoeryong paling teruk terjejas, dengan 60 maut dan lima peratus penduduk kehilangan rumah, kata Pejabat Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan PBB dalam kenyataan. Ia memetik data daripada kerajaan.

 "Komunikasi dengan dan kemasukan ke kawasan terjejas masih menjadi cabaran, keperluan segera dikenal pasti sebagai pusat perlindungan kecemasan, makanan, ubat, air dan peralatan kebersihan," kata kenyataan.

Hampir 9,000 bangunan musnah atau rosak dengan 10,000 hektar tanah ladang dinaiki air, katanya, menambah usaha bantuan bersama membabitkan PBB dan kerajaan sedang dijalankan.

 Media negara itu, Jumaat lalu melaporkan 15 hilang selepas lebih 17,000 rumah musnah atau rosak. Negara miskin itu terdedah kepada bencana semula jadi, terutama banjir.

Sekurang-kurangnya 169 maut dalam hujan lebat pada musim panas 2012. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190481

2 remaja maut digilis kereta api

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 10:23 AM
LANDASAN keret api di selatan Kentucky. - Gambar hiasan  
WILLIAMSBURG: Dua remaja ditemui maut di atas landasan selepas digilis kereta api di selatan Kentucky. Polis berkata, dalam siaran akhbar kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu berbaring di atas landasan ketika dirempuh. Mereka dikenal pasti sebagai Cody E Stevens dari Barbourville dan Jordan X Carr dari Williamsburg. Koroner dari Mukim Whitley mengumumkan kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar ke Frankfort untuk bedah siasat. - AP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190494

Penumpang mabuk pesawat terpaksa mendarat cemas

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 10:28 AM

Pesawat United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Nashville, Tennessee, selepas seorang penumpang yang mabuk menimbulkan kekecohan. - Foto http://news10.com/

WASHINGTON: Pesawat United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Nashville, Tennessee, selepas seorang penumpang yang mabuk menimbulkan kekecohan. Afidavit tangkapan dari Polis Metro Nashville berkata, penumpang berkenaan, Mohammed Nasser Aldoseri, memberitahu pegawai beliau mengambil lapan gelas alkohol sebelum menaiki pesawat dari Cincinnati ke Houston. Juruterbang melencongkan pesawat selepas polis berkata, Aldesori memecahkan salah satu pintu tandas kapal terbang itu, muntah dalam sinki dan mula bercakap dalam bahasa Arab dengan kuat. Siaran berita melaporkan afidavit menyebut pegawai mendapati Aldoseri pitam di kerusinya apabila pesawat itu mendarat. Polis berkata, butir percakapannya kurang jelas, mata merah dan berair dan tidak dapat berdiri dengan betul. Polis mendakwa beliau dengan mabuk di khalayak ramai dan berkelakuan tidak sopan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190497

6 terkorban nahas pesawat ringan di Macedonia

 DUNIA RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 7:50 AM



SKOPJE: Empat warga Itali dan dua rakyat Kosovo terkorban dalam nahas pesawat ringan di ibu negara Macedonia pada Selasa, kata pegawai. Ketua Biro Keselamatan Awam, Mitko Chavkov berkata, kesemua mangsa berada dalam pesawat enjin berkembar buatan Jerman yang didaftar sebagai Piper Seneca terhempas dekat perkampungan Kojle, kira-kira 20 kilometer dari Skopje. "Pesawat terbabit berlepas dari lapangan terbang Treviso di Itali untuk menuju destinasi di Pristina, ibu negara Kosovo," kata Chavkov. "Pesawat malang itu merancang untuk mendarat di Skopje bagi mengisi minyak." Chavkov mengesahkan warga negara bagi setiap mangsa dalam nahas itu. Punca nahas sedang disiasat. - AFP  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190464

Pengarah Urusan Bank Rakyat didakwa pecah amanah, Pengerusi didakwa bersubahat


SUWARNI MOKHTAR  |  07 September 2016 10:59 AM



MUSTAFHA Abd. Razak (tengah) hadir bersama peguam ke Mahkamah Seksyen Jenayah 8 bagi kes penyelewengan dana bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap perbelajaan pemasaran kumpulan berjumlah hampir RM15 juta, Mac lalu.
Pengerusi bank sama, Tan Sri Abdul Aziz Zainal turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan bersubahat melakukan perbuatan sama.
Kedua-duanya antara individu yang ditahan berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku seorang tokoh pemimpin negara bernilai hampir RM15 juta. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengarah-urusan-bank-rakyat-didakwa-pecah-amanah-pengerusi-didakwa-bersubahat-1.379639#sthash.ula6RIde.dpuf

Mayat reput berbalut plastik ditemukan


EZZUAN AHMAD  |  06 September 2016 11:32 PM

reput


DUNGUN 6 SEPT. - Anggota polis mengangkat mayat reput yang ditemukan di Pulau Tenggol untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini hari ini. berita&gambar- UTUSAN/NIK RAFIQ ABDUL GHANI
DUNGUN 6 Sept.– Tanda-tanya tentang bau busuk dari satu kotak polisterin yang terdampar di tepi pantai terjawab ekoran penemuan satu mayat reput berbalut plastik dalam kotak oleh sekumpulan penyelam di perairan Pulau Tenggol, dekat sini hari ini.
Saksi kejadian, Rosamnuwar Ali, 36, memberitahu, kira-kira pukul 9.15 pagi dia bersama tiga lagi rakannya yang selesai melakukan aktiviti mensnorkel di kawasan pantai berhampiran sebelum naik ke daratan untuk berehat.
“Saya ternampak satu kotak polisterin yang mencurigakan dengan bau amat busuk lalu saya menghampiri untuk melihat apakah yang terkandung dalam kotak itu.
“Selepas membuka balutan plastik lut sinar dalam kotak itu, saya terkejut apabila mendapati mayat manusia yang sudah reput,” katanya yang juga seorang nelayan dari kampung Seberang Pintasan..
Rosamnuar yang turut menjalankan aktiviti sampingan membawa pelancong ke Pulau Tenggol itu kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.
Menurutnya, berdasarkan kepada keadaan fizikal mayat, polis percaya mangsa sudah meninggal lebih dua minggu dan berkemungkinan jantinanya adalah lelaki.
Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan keadaan ini menyukarkan pihak polis untuk mengesahkan identitinya.
“Mayat yang ditemukan di pulau peranginan itu kemudiannya dibawa ke darat dengan menaiki bot polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
“Kita belum pasti sama ada wujudnya unsur jenayah pada mayat tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-reput-berbalut-plastik-ditemukan-1.379291#sthash.Rc9U6XDp.dpuf

Cubaan samun pengurus restoran gagal


MOHAMAD FAIZAL HASHIM  |  06 September 2016 11:32 PM

JOHOR BAHRU 6 Sept. _ Cubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang pengurus restoran di hadapan sebuah bank di Taman Perling, di sini hari ini gagal selepas dia diberkas polis tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, tindakan pantas sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan sempat menangkap suspek.
MOHD. TAIB AHMAD
MOHD. TAIB AHMAD

Katanya, dengan tertangkapnya suspek polis berjaya merampas lebih RM1,000 wang tunai dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) yang disamun, selain sebatang besi yang dipercayai digunakan lelaki tersebut.
“Kami difahamkan mangsa diekori suspek berusia 30 tahun itu, sebelum dia bertindak menyerang mangsa dengan memukulnya di bahagian belakang kepala menggunakan sebatang besi pembuka tayar.
“Suspek kemudian bertindak merampas wang tunai dan kad ATM milik mangsa yang sedang terjatuh sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Taib berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ho, 54, mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang kepala dan kini dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek menemukan sebuah beg yang mengandungi sepeket dadah jenis ketamin dan dua pil erimin 5. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-samun-pengurus-restoran-gagal-1.379293#sthash.seCVgQ2O.dpuf

Rugi RM59,000 kondominium dipecah masuk


07 September 2016 12:29 AM

ABDUL WAHIB MUSA
BATU PAHAT 6 Sept. – Seorang ejen insu­rans kerugian kira-kira RM59,000 setelah kondominium didiaminya bersama suami, anak dan menantunya dipecah masuk seorang lelaki di Hillview Loft, Jalan Melor di sini akhir bulan lalu.


Dalam kejadian 23 Ogos lalu itu, mangsa yang berusia 55 tahun dan suaminya hanya menyedari kediaman mereka dimasuki pencuri sebelah malam setelah keluar bekerja sejak pukul 6 pagi.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, ma­ngsa dan suaminya keluar terlebih dahulu untuk menghantar anak ke sekolah sebelum terus ke tempat kerja masing-masing.
“Sementara anak perempuannya bersama-sama menantu keluar kira-kira 11 pagi dan telah menutup pintu utama rumah tanpa dikunci kerana rosak dan hanya mengunci pintu jeriji dengan menggunakan kunci mangga.
“Setelah pulang pukul 8.30 malam, mangsa sedar mangga di pintu jeriji tiada tetapi masih tertutup rapat bersama-sama pintu utama rumah sebelum menyedari bilik kedua dalam ke­adaan terbuka dan berselerak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Wahib menambah, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa utas barang kemas, wang tunai, peralatan elektronik berserta koleksi minuman keras hilang yang nilainya keseluruhan mencecah RM59,000.
Katanya, bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun di Selayang, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
“Suspek diberkas bersama-sama se­rangkai kunci kereta, komputer riba dan telefon bimbit yang disyaki barang curi dan mengaku melakukan satu kejadian lain pada Mei lalu di kawasan sama,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rugi-rm59-000-kondominium-dipecah-masuk-1.379312#sthash.y8TcsQKj.dpuf

Jurutera Afrika Selatan 
telan 60 kapsul kokain


Taktik pengedar antarabangsa bawa masuk dadah ke negara ini terbongkar
MOHD. FIRDAUS ISMAIL  |  07 September 2016 1:02 AM

PULAU PINANG 6 Sept. - Polis berjaya membongkar taktik licik sindiket pengedaran dadah antarabangsa jenis kokain antarabangsa yang menjadikan negeri ini sebagai transit berikutan penahanan seorang lelaki warga Afrika Selatan, Sabtu lalu.

Abdul Ghafar Rajab
Kumpulan itu yang dipercayai berpusat di sebuah negara di Amerika Latin memilih negeri ini kerana terdapat penerbangan te­rus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Bangkok, Thailand.
Berdasarkan siasatan polis, ibu negara Gajah Putih itu akan menjadi lokasi akhir untuk menjual dadah berkenaan yang mendapat permintaan tinggi di sana.
Ketua Polis ne­ge­ri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian pada 3 September lalu, polis menahan lelaki berusia 30-an yang mengaku pelancong dan bekerj­a sebagai jurutera elek­trik setibanya di LTAPP dari Singapura pada pukul 9.15 pagi.
Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap suspek yang membawa sebuah bagasi dan beg sandang, pihak­nya tidak mene­mukan sebarang benda yang mencurigakan.
“Bagaimanapun, polis membawa lelaki itu ke Hospital Pulau Pinang untuk melakukan ujian imbasan-X dan doktor mengesahkan terdapat 60 kapsul berwarna emas disyaki mengandungi dadah jenis kokain di dalam tubuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar An­caman Keselamatan dan Ke­lemahan Terhadap Industri Pelancongan di sini hari ini.
Katanya, kesemua kapsul berke­naan se­berat 810 gram berjaya dikeluarkan dengan nilai keseluruhan mencecah RM267,300 dan suspek mengaku menerima upah sebanyak RM20,000 untuk berbuat demikian.
“Kumpulan ini sangat profesional kerana berjaya mengaburi pihak berkuasa di beberapa negara dan semakan menunjukkan lelaki berkenaan pernah masuk ke negara ini sekali sebelum ini,” katanya.
Tambah beliau, suspek me­naiki penerbangan dari Sao Paolo, Brazil ke Singapura dan terus ke negeri ini.
“Siasatan mendapati lelaki itu akan menghabiskan masa di nege­ri ini selama lima hari dan sudah membeli tiket penerbangan ke Thailand,” katanya.
Dalam masa sama, katanya, polis masih menyiasat kemungkinan kesemua kokain yang ditelan suspek akan ‘dikeluarkan’ di ne­geri ini.
Tambah beliau, suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/jurutera-afrika-selatan-8232-telan-60-kapsul-kokain-1.379506#sthash.na8hSMB9.dpuf

Sembilan kena kurung, rantai dibiar kelaparan

ASRI YUSOFF (dua dari kiri) bersama Abd. Jalil Hassan (kiri) dan

Mangsa pemerdagangan manusia warga Bangladesh, Myanmar
JAMLIAH ABDULLAH  |  07 September 2016 1:05 AM

ASRI YUSOFF (dua dari kiri) bersama Abd. Jalil Hassan (kiri) dan Mohd. Nashir Ya (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah menunjukkan gambar sembilan lelaki warga asing yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh polis dalam satu serbuan di Kampung Charok Keladi Pokok Assam, Pendang, Kedah, semalam. UTUSAN/SAFRIZAL AZMI
ALOR SETAR 6 Sept. - Tidak berperikemanusiaan. Itulah yang berlaku ke atas sembilan lelaki warga asing dipercayai mangsa pemerdaga-ngan manusia yang bukan sahaja ditemukan dalam keadaan tidak bermaya dan kelaparan malah mereka dirantai di sebuah rumah di Kampung Charok Keladi Pokok Assam, Pendang dekat sini hari ini.
Mangsa yang terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berusia 22 hingga 45 tahun itu dipercayai diculik dan dikurung di rumah berkenaan sebelum suspek menghubungi keluarga di negara masing-masing untuk mendapatkan wang tebusan sehingga RM15,000 setiap orang atau mereka akan dibunuh.
Mangsa berjaya diselamatkan polis dalam serbuan ke rumah berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi yang turut membawa kepada penahanan enam lelaki termasuk dua warga asing yang berusia 15 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dengan kes itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, enam daripada sembilan mangsa itu diculik di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani pada 29 Ogos lalu.
“Serbuan adalah susulan daripada laporan berhubung dengan penculikan enam lelaki warga Bangladesh itu yang kemudian turut menemukan dua lagi lelaki Bangladesh yang diculik di Kuala Lumpur dan seorang lelaki Myanmar diculik dari Perak.
“Keluarga mangsa yang berada di Bangladesh dilaporkan menerima ugutan bahawa mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang daripada mereka tidak dibayar. Dua keluarga mereka dikatakan turut membayar wang tebusan berke­naan,” katanya kepada pem­berita dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Po­lis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Yang hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Jalil Hassan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisio-ner Mohd. Nashir Ya.
Menurut Asri, dua dari­pada suspek mempunyai rekod jenayah melibatkan kes culik sementara le­laki Bangladesh itu dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan memeras ugut keluarga mang­sa.
“Polis masih mengesan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang disyaki turut terlibat dalam kes itu,” katanya.
Asri berkata, dengan penangkapan tersebut pihaknya percaya berjaya melumpuhkan kumpulan melakukan aktiviti pemerasan ke atas warga asing di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur selama ini.
Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 13 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-kena-kurung-rantai-dibiar-kelaparan-1.379531#sthash.QelCRLRr.dpuf

Jumpa rangka manusia




Anggota polis membawa rangka yang ditemui di Pantai Pasir Tengara, Pulau Tenggol, pagi tadi. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham




am@hmetro.com.my



Dungun: Pemandu bot pelancong terkejut apabila menemui rangka manusia ketika berehat di Pantai Pasir Tengara, Pulau Tenggol pagi tadi.

Rangka itu ditemui Rosamnuar Ali, 37, ketika dia bersama tiga penyelam berhenti rehat di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, ketika berehat, lelaki terbabit terhidu bau busuk dari tong ikan sebelum membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, Rosamnuar terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang badan manusia yang dibalut dengan plastik sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan diterima, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan tiba di Jeti Kuala Dungun, kira-kira jam 3 petang bersama rangka berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Rangka itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis,"€katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 5:22 PM

Dua stesen minyak disamun




POLIS menjalankan siasatan di satu daripada stesen minyak yang disamun. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Stesen minyak di Melor di sini kerugian ribuan ringgit disamun sekumpulan lelaki, hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi itu, suspek yang memakai topeng mengikat dan membelasah pengawal keselamatan berusia 60 tahun sebelum mengacukan pistol di kepala mangsa.

Suspek kemudian masuk ke dalam stesen minyak dan mengambil barang berharga termasuk minyak enjin dan wang tunai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berkenaan mirip kes samun stesen minyak di Jelawat Bachok yang berlaku 4 pagi tadi kerana menggunakan modus operandi yang sama.

Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kerugian awal di kedua-dua stesen minyak itu dianggarkan RM50,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 6:59 PM

Meninggal dipercayai akibat kencing tikus



Muhammad Fikri Farizaq meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat kencing tikus. FOTO Nor Amalina Alias

Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my


Pasir Puteh: Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol dekat Melor, Kota Bharu meninggal dunia kira-kira 10 pagi tadi dipercayai akibat kencing tikus.

Muhammad Fikri Farizaq Mukhtar, 15, sebelum itu demam berlarutan sejak 1 September lalu selepas mandi di Jeram Mak Nenek, Selising, di sini pada 27 Ogos.

Ibunya, Siti Rakiah Abu Hanifah, 46, berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu pada mulanya disyaki menghidap demam denggi berikutan demam menggigil, kurang selera makan dan muntah sehingga keluar darah.

"Dia dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini dan keadaannya semakin tenat semalam. Siasatan doktor membawa kemungkinan arwah dijangkiti kencing tikus.

"Dia menghembuskan nafas terakhir pagi tadi kira-kira 10 pagi," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Jerus, Selising, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dan suami Mukhtar Awang, 58, hanya mengetahui anak mereka mandi di jeram itu selepas diberitahu arwah ketika masih mendapatkan rawatan.

Jenazah Muhammad Fikri Farizaq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerus, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 7:10 PM

Dah tangkap, esok reman




Petikan video dua anggota polis menahan guru sehingga mencederakannya yang tersebar di laman sosial hari ini.
mmad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Dua anggota polis dari Balai Polis Lenggong, Gerik yang mencederakan guru lelaki di Lenggong ketika membuat tangkapan sehingga viral di laman sosial ditahan hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, permohonan reman terhadap anggota polis berkenaan akan dibuat esok.

Katanya, guru terbabit adalah guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu dan tindakan untuk siasatan lanjut juga sudah diambil.

"Anggota polis terbabit ditangkap pada hari ini dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pangkalan Hulu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku pada 30 Ogos lalu pada 7.15 malam dan siasatan akan dilengkapkan seberapa segera dan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.

Video kejadian dua anggota polis berdurasi 20 saat yang dikatakan dari cawangan narkotik itu memberkas guru berkenaan dengan cara kasar ketika memulas tangan guru berkenaan untuk digari mula tersebar di media sosial hari ini terutama di facebook dan juga beberapa blog.

Turut tersebar penerangan daripada seorang individu mengenai kejadian yang mengatakan mangsa adalah seorang guru yang baru selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa patah tangan akibat kekasaran itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 9:58 PM

Banjir di Korea Utara ragut 60 nyawa





PYONGYANG – Banjir akibat hujan lebat di Korea Utara mengorbankan 60 orang dan menyebabkan lebih 44,000 penduduk hilang tempat tinggal, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Korea Utara menyatakan bahawa Sungai Tumen yang mengalir di sempadan China dan Rusia me­ngalami banjir paling buruk berikutan hujan lebat selama empat hari. Kawasan sekitarnya termasuk Musan dan Hoeryong terjejas teruk dengan 60 orang maut dan lima peratus penduduknya hilang tempat tinggal, kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berdasarkan maklumat Pyongyang.

Banjir itu memusnahkan atau merosakkan hampir 9,000 bangunan, manakala tanah pertanian seluas 10,000 hektar juga ditenggelami air. Media rasmi Korea Utara melaporkan pada Jumaat lalu bahawa seramai 15 orang hilang dan lebih 17,000 rumah musnah atau rosak.

Korea Utara kerap mengalami bencana alam terutamanya banjir. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4JWSGaRmd
Hakcipta terpelihara 

Telan 60 kapsul berisi kokain





Oleh NOOR HASLIZA NUSI

SALAH satu daripada 60 kapsul kokain yang ditelan lelaki warga Afrika Selatan selepas ditahan di LTAPP, Bayan Lepas, George Town pada Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Tindakan licik seorang pelancong lelaki warga Afrika Selatan menelan 60 kapsul kokain bernilai RM267,300 bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini Sabtu lalu.

Lelaki berusia dalam lingku­ngan 30-an yang bekerja sebagai jurutera itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di Balai Ketibaan LTAPP kira-kira pukul 9.15 pagi.

Suspek yang ditemui dalam keadaan mencurigakan dikatakan membawa bersama satu bagasi berisi pakaian dan beg silang me­ngandungi barangan peribadinya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab (gambar kecil) berkata, semakan mendapati, suspek telah menaiki kapal terbang dari Sao Paolo, Brazil sebelum transit di Singapura dan tiba di Pulau Pinang pada hari sama.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4JWS8RjoH
Hakcipta terpelihara 

Polis selamatkan 9 mangsa culik





Oleh ZAID MOHD. NOOR

Asri (dua dari kanan) menunjukkan rantai besi yang digunakan untuk mengikat kaki sembilan mangsa culik pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Lapan warga Bangladesh dan seorang rakyat Myanmar yang menjadi mangsa culik ditemui dalam keadaan lemah dan lapar serta kaki dirantai di sebuah rumah di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, ke­semua warga asing berumur 22 hingga 45 tahun yang turut dipukul dengan batang paip getah itu diselamatkan selepas sepasukan polis menyerbu rumah tersebut pukul 1.30 pagi.

Menurutnya, polis turut menahan enam lelaki terma­suk seorang warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki Myanmar berusia 15 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket penculikan tersebut.

Katanya, salah seorang ahli kumpulan sindiket itu adalah pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di negeri ini yang ditahan bersama bapanya yang ber­usia 38 tahun.

“Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian culik melibatkan enam pekerja asing warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani dekat sini pada 29 Ogos lalu.

“Berdasarkan laporan itu, keluarga enam mangsa di Bangladesh telah menerima ugutan akan membunuh mangsa jika tidak membayar wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4JWRykDLo
Hakcipta terpelihara 

Mayat dalam kotak polistirena





Oleh EZZUAN AHMAD

ANGGOTA polis mengangkat mayat reput yang ditemui di dalam kotak polistirena Pulau Tenggol untuk dibawa ke Hospital Dungun, Dungun semalam.

DUNGUN – Sekumpulan nelayan yang baru melakukan aktiviti snorkeling terkejut apabila menemui sebuah kotak polistirena mengandungi mayat lelaki reput di pantai Pasir Tenggara, Pulau Tenggol dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi tersebut, empat nelayan itu bertindak membuka kotak polistirena berukuran 42 sentimeter (sm) panjang dan 32sm lebar yang dibalut dengan plastik lut sinar setelah terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, sewaktu kejadian, mereka baru selesai melakukan aktiviti snorkeling di perairan Pulau Tenggol.

“Sebaik naik ke daratan, ke­semua nelayan itu ternampak sebuah kotak polistirena bersaiz sederhana yang mengeluarkan bau busuk terdampar di pantai pulau terbabit.

“Mereka yang terkejut de­ngan penemuan mayat reput itu kemudian memberitahu anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Pulau Tenggol,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4JWRjOQqk
Hakcipta terpelihara