Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Isteri pengsan apabila tatap jenazah suami


RAIHAM MOHD SANUSI
6 SEPTEMBER 2016
Isteri pengsan apabila tatap jenazah suami

Isteri pengsan apabila tatap jenazah suami Nor Azizan (depan, kiri) dipimpin ahli keluarganya selepas menuntut jenazah suaminya di Hospital Kemaman pada jam 12.15 tengah hari tadi. Gambar kecil: Zamari.
KEMAMAN - Seorang suri rumah pengsan hampir sejam selepas menatap jenazah suaminya yang maut setelah motosikal yang ditunggang merempuh kerbau sebelum diseret sebuah lori.

Nor Azizan Othman, 50, tidak sedarkan diri sejurus masuk ke bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman kira-kira jam 9 pagi tadi.

Suaminya, Zamari Hamzah, 51, meninggal dunia serta merta dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 177.2 Jalan Jerangau-Jabor di Jabor kira- kira jam 5.30 pagi.

Bapa empat anak itu yang bekerja sebagai pemandu lori di Pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) Bandar Cheneh Baharu mengalami kecederaan parah di kepala setelah diseret lori sejauh kira-kira 30 meter.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kawasan Perumahan Jabor Perasing untuk ke tempat kerjanya di Bandar Cheneh Baharu.

Selepas kembali sedar dari pengsan, Nor Azizan tidak henti menangis sehinggalah jenazah suaminya itu dibawa keluar dari pekarangan hospital kira-kira jam 12.15 tengah hari untuk dikebumikan di Jabor.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim yang mengesahkan kemalangan itu berkata, bedah siasat ke atas mangsa siap dijalankan pada jam 9.30 pagi.

Katanya, punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala.

"Kemalangan dipercayai berlaku setelah mangsa gagal mengelak dari melanggar seekor kerbau sebelum mangsa terjatuh ke atas jalan lalu dirempuh dan diseret oleh lori yang datang dari arah sama.

"Keadaan di kawasan lokasi kejadian yang gelap menyebabkan mangsa tidak menyedari kehadiran haiwan tersebut yang sudah berada di atas jalan dan pemandu lori terbabit yang berusia 26 tahun tidak sempat mengelak mangsa yang terjatuh lalu menyeretnya " katanya.

Tambahnya, keadaan mangsa yang parah mengakibatkannya meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan di laluan tersebut yang sunyi menyebabkan kejadian tersebut disedari tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori itu yang berusia 26 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman beberapa jam sejurus kemalangan itu.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemilik salun rambut berdepan hukuman penjara

DUNIA SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 11:31 AM



PEMILIK salun rambut Norway, Merete Hodne berhadapan hukuman penjara enam bulan kerana enggan membenarkan seorang wanita Islam bertudung memasuki premis.

OSLO: Seorang pemilik salun rambut Norway berhadapan hukuman penjara enam bulan kerana enggan membenarkan seorang wanita Islam bertudung memasuki premis itu.

 Merete Hodne mendakwa tudung adalah simbol 'kejahatan' penindasan. Mangsa, Malika Bayan, 23, dilaporkan mengunjungi salun Hodne di bandar Bryne Oktober tahun lalu untuk bertanya kos mewarnakan rambut, tetapi diusri Hodne.

Hodne mempertahankan tindakannya, yang mendapat perhatian media negara itu, di Facebook. "Saya enggan menerima dua wanita bertudung di salun raya.

Tidak mahu kejahatan memasuki pintu. "Dibenarkan undang-undang? Mungkin tidak. Namun kita masih ada kebebasan bersuara?" katanya.

 Bayan memberitahu saluran TV2 beliau mendapati layanan Hodne amat menghina. "Amat mengganggu kerana dia melayan orang lain seperti ini di negara bebas. Norway adalah negara saya. "Dia bercakap mengenai Islam menindas wanita tetapi dia sebenarnya menindas saya," kata Bayan.

Hodne didenda April lalu kerana mengamalkan diskriminasi tetapi selepas enggan membayar, dia kini dihadapkan di mahkamah dalam kes pertama seumpamanya di negara itu. Hodne memberitahu TV2, Islam 'jahat', menyamakan hijab sebagai simbol Nazi. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190210

POCA: 174 penjenayah di Selangor ditahan

JENAYAH SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 2:44 PM



Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

KETUA Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat

PETALING JAYA: Polis menahan 174 penjenayah mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, dengan 24 orang yang ditahan adalah ahli kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata semua mereka ditahan menerusi Ops Cantas Khas dan operasi khas yang dijalankan di seluruh negeri ini.

"Seramai 24 orang ditahan kerana terbabit kegiatan kongsi gelap, 114 penjenayah berunsur kekerasan, 33 penjenayah harta benda dan tiga orang dikaitkan dengan penganjuran perjudian.

"Tangkapan ini adalah yang tertinggi di seluruh negara bagi tangkapan mengikut POCA," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Negeri Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi.

Bagi tempoh sama tahun lalu, tangkapan mengikut POCA adalah seramai 209 orang. Dalam pada itu, Abdul Samah berkata, polis turut fokus untuk menurunkan kadar jenayah yang dilihat meningkat tahun ini berbanding tahun lalu.

"Sebanyak 21,796 kes jenayah dilaporkan berlaku antara Januari hingga Ogos tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 826 kes atau 3.94 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Aliran peningkatan dilihat naik mendadak sebanyak 20.76 peratus pada Januari lalu dan ini mendorong polis Selangor melipatgandakan usaha untuk membendung perkara ini," katanya.

Oleh itu, katanya, polis Selangor berjaya turunkan indeks jenayah ke tahap diinginkan dan yakin baki empat bulan sebelum akhir tahun ini, kadar jenayah mampu dibendung ke tahap sewajarnya. Selain itu katanya, usaha membasmi kegiatan judi dalam talian terus diperkukuhkan menerusi Ops Dadu Khas yang dilancarkan 13 Julai lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190259

Sarjan mengaku tak salah kes rasuah

SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 3:02 PM



Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@bh.com.my

ANGGOTA polis berpangkat sarjan, Rijali Solah, 55, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM700, dua tahun lepas. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Seorang sarjan polis didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas tuduhan menerima suapan RM700, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Rijali Solah, 55, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, Rijali yang bertugas di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, dekat sini menerima rasuah sebanyak RM700 dari Mohd Hizzam Hussin sebagai dorongan untuk membantu menukar keputusan air kencingnya di Restoran Kak Chaq Ikan Bakar, Gurun, di sini jam, 2.10 petang 12 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak melebihi lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, A Hafiizh Abu Bakar manakala peguam, S Raman. Mahkamah menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan manakala tertuduh boleh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan seorang penjamin.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190269

Video pukul murid sekolah agama berlaku di Sabah

JENAYAH SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 1:07 PM

Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my


KOTA KINABALU: Polis mengesahkan kejadian pukul membabitkan seorang murid sekolah yang menjadi viral di laman Facebook, berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Putatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun menjelaskan kes masih dalam siasatan.

 "Polis mengesahkan kejadian berlaku di sebuah sekolah agama di Putatan.

Kes ini masih disiasat termasuk mengenal pasti murid lelaki yang memukul mangsa. "Saya difahamkan, keluarga kepada murid yang dipukul itu sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang," katanya di sini, hari ini.

 Video berdurasi dua minit 27 saat itu menunjukkan seorang murid lelaki memukul mangsa menggunakan kerusi, selain menumbuk dan mencekik leher mangsa dalam sebuah kelas.

 Video itu menjadi viral di Facebook sejak lebih 20 jam lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190245

'Jangan masuk campur'



SEORANG bapa menangis melihat mayat anaknya yang mati ditembak polis kerana disyaki penagih dadah di Manila. - AFP

AFP
Manila: Presiden Rodrigo Duterte memaki hamun Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan memberi amaran supaya pemimpin itu tidak menegurnya mengenai hak asasi manusia ketika berjumpa dalam persidangan di Laos kelak.

Duterte yang terkenal bermulut lancang berang apabila dibayangi kemungkinan disoal Obama mengenai caranya mengendali penjenayah dadah di Filipina yang meragut 2,400 nyawa dalam tempoh cuma dua bulan.

“Kamu mesti bersikap hormat. Jangan sesuka hati mencampakkan soalan dan kenyataan. Anak haram, saya akan maki kamu dalam forum itu,” katanya.

Duterte dijadualkan menghadiri pertemuan dua hala sampingan dengan Obama hari ini pada persidangan ASEAN di Vientiane.

Bagaimanapun, susulan reaksi Duterte itu, Obama sendiri mempertikai sama ada perjumpaan itu akan diteruskan.

“Pada saya tujuan mengadakan pertemuan adalah untuk mencapai sesuatu yang produktif,” katanya ketika menghadiri persidangan G20 di Hangzhou, China.

Obama berkata, Washington memahami dadah masalah besar di Filipina, tetapi menyuarakan kebimbangan terhadap cara ia ditangani Manila.

Duterte kerap menyuarakan kemarahan dengan kritikan tindakan tegasnya terhadap dadah oleh gereja Katolik, kumpulan hak asasi manusia, ahli Parlimen malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, ketua polisnya Ronald De la Rosa semalam memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak membunuh sesiapa saja termasuk ahli politik kaya dan berpengaruh dalam perang terhadap dadah itu.

“Jika mereka melawan, mereka akan mati. Percayalah, kami tidak membeza-bezakan suspek,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:31 AM

Peladang samseng


AFP
Jakarta: Tujuh pegawai alam sekitar yang menyiasat kebakaran hutan di Sumatera dijadikan tawanan dan diancam sekumpulan samseng dipercayai pekerja syarikat peladangan, kata Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.

Pasukan penyiasat berkenaan dihantar ke wilayah Riau yang terjejas teruk dengan aktiviti kebakaran hutan yang menjadi punca jerebu di rantau ini hampir setiap tahun.

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia memberitahu, pasukan itu tiba di ladang milik syarikat Andika Permata Sawit Lestari (APSL) yang disyaki membersihkan hutan secara haram menggunakan api.

Ketika pasukan itu meninggalkan ladang kelapa sawit berkenaan pada Jumaat lalu, mereka ditahan sekumpulan 100 lelaki yang mendesak gambar yang dirakam pegawai itu dipadamkan.

Tujuh pegawai itu ditahan di kawasan itu selama 12 jam.

Sepanjang kejadian kumpulan samseng berkenaan mengancam memukul mereka hingga mati sebelum mencampak mayat mereka ke dalam sungai.

Pegawai penyiasat itu akhirnya dibebaskan selepas seorang ketua polis dan sekumpulan pegawai tempatan campur tangan.

Menteri Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar percaya kumpulan samseng berkenaan pekerja syarikat perladangan itu.

“Kami sangat yakin aktiviti haram yang berlaku di kawasan itu dilakukan syarikat berkenaan.

“Kami mengutuk kejadian tujuh pegawai kami yang ditahan ini dan akan menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap syarikat itu,” jelasnya.

Menurutnya, gambar dirakam pasukan itu dipadamkan tetapi imej yang dirakam dron dari udara masih selamat dan menjadi bukti aktiviti pembakaran hutan berlaku di kawasan berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:39 AM

Cedera dihentak penyamun




Barangan dan wang tunai dirampas daripada suspek. FOTO ihsan PDRM

Mohamad Fahd Rahmat


fahd@hmetro.com.my



Johor Bahru: Pengurus syarikat berusia 54 tahun cedera di belakang kepala selain jari kanan selepas dihentak dengan spanar pembuka tayar kenderaan dalam kejadian samun di bank di Taman Perling di sini, 7.10 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa diserang ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) selain kad ATM dan wangnya lebih RM1,000 dirampas penjenayah sebelum melarikan diri.

"Pengadu meminta bantuan orang ramai untuk mengejar suspek dan sepasukan anggota polis Balai Polis Perling yang sedang menjalankan operasi pencegahan jenayah ragut di luar bank terbabit melihat insiden berkenaan.

"Suspek melarikan diri dan anggota polis bertindak mengejar serta berjaya menangkap suspek selepas bergelut. Turut dirampas sebatang besi yang dijadikan senjata oleh suspek dalam kejadian samun terbabit," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dan suspek yang berusia 30 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.



-habis-
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 4:26 PM

Mencari pakcik Badri




Mohd Nasir Mahmud, 45, menunjukkan gambar bapa saudaranya Badri Md Desa, 50, yang tidak dapat dikesan sejak 35 tahun lalu. FOTO Rahmat Othman

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Alor Setar: Ahli keluarga seorang lelaki yang menghilangkan diri sejak 35 tahun meminta bantuan orang ramai yang mengenalinya bagi membantu menyelesaikan urusan kes tanah pusaka.

Mohd Nasir Mahmud, 45, berkata, bapa saudaranya, Badri Md Dewa, 50, keluar mencari kerja di Kuala Lumpur selepas tamat persekolahan, pada 1981.

Bagaimanapun, katanya, dia gagal mengesan bapa saudaranya itu walaupun sudah mencarinya di sekolah lamanya di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR).

"Arwah datuk, Omar Abdul Razak mengambil pakcik sebagai anak angkatnya sejak berusia satu hari dan memeliharanya sehingga berusia 15 tahun.

"Bagaimanapun, pakcik meminta izin untuk bekerja di Kuala Lumpur tetapi sampai sekarang kami tak tahu dia berada di mana. Malah, arwah datuk mewasiatkan supaya kami mencarinya untuk urusan pembahagian harta pusaka tetapi sampai sekarang gagal mencarinya," katanya ketika datang ke Pejabat Harian Metro, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang menemui bapa saudaranya itu supaya menghubunginya di talian 013-4399000 segera bagi membolehkan urusan itu diselesaikan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 2:29 PM

Si Hitam pintar




NG bersama anjingnya, Xiao Hei menunjukkan lokasi penemuan bayi lelaki.

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Sentul: “Jika saya lambat menjumpai bayi itu, mungkin dia tidak selamat,” kata pelajar sekolah menengah, Ng Choong Xu, 16, yang menjumpai bayi lelaki di dalam longkang berhampiran rumahnya di Jinjang Tambahan, di sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, anjing peliharaannya menyalak kuat menyebabkan dia segera memeriksa kawasan sekitar rumah sebelum menemui bayi itu jam 10 pagi.

Ng berkata, ketika kejadian dia bersama ibu saudaranya sebelum terdengar salakan anjing di luar rumah mereka.

“Saya berasa ada sesuatu berlaku menyebabkan ia menyalak dan membuat pemeriksaan di kawasan sekitar. Saya berjalan 100 meter memeriksa apa yang menyebabkan anjing saya Xiao Hei (Si Hitam) menyalak.

“Semakin hampir dengan longkang itu, saya mendengar tangisan dan menjumpai bayi lelaki berhampiran kotak di longkang itu,” katanya.

Metro Ahad kelmarin melaporkan bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan masih bertali pusat serta uri.

Laporan itu menyatakan bayi bernasib baik tidak menjadi mangsa anjing liar namun ia tidak merujuk anjing peliharaan Ng.

Ng berkata, dia segera membawa bayi itu bersama kotak keluar dari longkang kerana bimbang keselamatannya sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, dia bersyukur kerana tindakan anjingnya menyelamatkan bayi itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 11:42 AM

Penyamun guru sekolah memandu tumpas




Noor Hashim (tengah) menunjukkan barangan dirampas di IPD Iskandar Puteri, semalam.

Iskandar Puteri: Tindakan pantas polis dan hasil kerjasama orang awam menahan lelaki berusia 35 tahun yang disyaki terbabit dalam kes samun membabitkan kecederaan guru sekolah memandu dalam kejadian di Taman Nusa Bestari di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi, suspek ditahan selepas melarikan diri 500 meter sejurus menyamun mangsa berusia 54 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa cedera di leher akibat berlaku pergelutan selepas suspek bertindak masuk ke dalam kereta mangsa untuk melakukan samun.

“Mangsa baru menurunkan pelajar sekolah memandu berdekatan pusat urut di Taman Nusa Bestari sebelum suspek masuk ke kereta dan meletakkan pisau di leher mangsa serta mengarahkan mangsa beredar.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum orang ramai menghulurkan bantuan menyebabkan suspek berlari ke jalan besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis tiba di lokasi kejadian dan dengan bantuan orang ramai mengejar suspek sejauh 500 meter dan akhirnya menahan lelaki itu di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, di sini.

Katanya, dalam tangkapan itu, polis turut merampas pisau berukuran 27.94 sentimeter, gergaji besi 30.48 sentimeter dan beg berwarna coklat mengandungi dua pisau lipat 15.24 sentimeter, pisau 16.51 sentimeter, serangkai kunci, kad pengenalan, lesen memandu dan surat pajak gadai.

Noor Hashim berkata, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes termasuk dadah, merusuh, samun dan curi dalam bangunan selain dipercayai turut terbabit dengan empat lagi kes samun di daerah Iskandar Puteri.

Beliau berkata, suspek juga baru dua minggu keluar dari penjara selepas menjalani hukuman atas kesalahan membuat laporan palsu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif syabu,” katanya.

“Suspek direman seminggu sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 11:36 AM

'Pelanggan' acu parang



DR AB Rahman (tengah) menunjukkan parang yang dirampas.

Kota Bharu: Menyamar sebagai pelanggan yang mahu membeli rokok dan air sebelum mengeluarkan sebilah parang panjang serta golok dan mengacukannya kepada pemilik kedai runcit yang hendak menutup operasi.

Taktik itu digunakan seorang lelaki berusia 26 tahun yang cuba menyamun kedai berkenaan di Kampung Banggol Telaga Gajah, Pantai Cahaya Bulan, di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tindakannya gagal apabila dia ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kepekaan masyarakat dan ketangkasan pasukan peronda membolehkan jenayah samun dikekang tepat pada masanya.

“Ketika kejadian, bilik gerakan menerima panggilan pada 12.59 tengah malam daripada orang awam dan sepasukan peronda polis (MPV) segera ke lokasi.

“Suspek ditahan bersama parang sepanjang 20 sentimeter (sm) dan golok 12 sm.

“Dia direman sehingga 8 September untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dipercayai melakukannya bersama seorang lelaki yang menunggu dalam kereta Myvi.

“Rakannya melarikan diri selepas melihat kelibat pihak berkuasa dan usaha memburunya sedang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ab Rahman berkata, seorang lelaki ditahan di Kampung Hutan Buloh Melor, di sini kerana memiliki pistol angin, alat renjatan elektrik buatan sendiri yang dibalut pelekat hitam, selain pisau lipat serbaguna.

Dia ditahan 31 Ogos lalu dalam pasukan ronda cegah jenayah selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 11:26 AM

Maut motosikal langgar kerbau




KEADAAN motosikal mangsa selepas kemalangan. FOTO Shamsudin Husin

Shamsudin Husin
Chukai: Pemandu van maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar kerbau di Kilometer 177.2, Jalan Jerangau-Jabor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Zamari Hamzah, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Perasing Jaya, Jabor ke tempat kerjanya di Ladang Rakyat Cheneh.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa gagal mengelak kerbau yang melintas sebelum melanggar haiwan berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua PolisDaerah Kemaman, Superintendan Mohd SaidIbrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:50 AM

Dirantai, dikurung, dipukul




ASRI (dua kiri) bersama Timbalannya, Datuk Abdul Jalil Hassan (kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya (tiga kanan) menunjukkan gambar mangsa pemerdagangan manusia yang diselamatkan dan barangan yang dirampas. FOTO Muhd Adib

ASRI (kiri) menunjukkan rantai yang digunakan untuk mengikat mangsa pemerdagangan manusia. FOTO Muhd Adib

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Polis menyelamatkan sembilan lelaki warga asing yang menjadi mangsa permerdagangan manusia di rumah di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang, hari ini.

Dalam serbuan 1.30 pagi itu, polis turut menahan enam lelaki berusia 15 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan permerdagangan manusia.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, enam mangsa warga Bangladesh diculik di tapak pembinaan di Sungai Petani, 29 Ogos lalu sebelum dikurung dan dirantai di rumah itu.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat kemudian menjalankan operasi khas dan menyerbu rumah itu awal pagi tadi sebelum menyelamatkan mangsa.

"Malah ketika serbuan itu dua lelaki warga Bangladesh yang diculik di Kuala Lumpur dan seorang lelaki Myanmar diculik di Perak turut diselamatkan.

"Kesemua mangsa berusia 22 hingga 45 tahun ditemui dalam keadaan lapar dan turut ditemui kesan dipukul dengan batang paip getah," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Asri berkata, siasatan mendapati suspek meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa di negara asal mereka jika mahu dibebaskan malah dua keluarga turut membayar wang tebusan RM22,000 melalui perkhidmatan pengiriman wang antarabangsa.

"Turut dirampas 18 telefon bimbit pelbagai jenama, dua parang, pelbagai jenis besi dan kayu, van dan rantai besi serta mangga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 13 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007Â ," katanya.

FOTO Muhd Adib
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 12:39 PM

Pemuda maut ditetak



AHLI keluarga mangsa menuntut mayat mangsa di Jabatan Forensik HRPB. FOTO Muhammad Apendy Issahak

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Ipoh: Pemuda maut akibat ditetak sekumpulan lelaki ketika sedang menaiki motosikal bersama rakannya di Taman Pertama di sini, malam tadi.

Mangsa, M Serenthan, 26, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan, manakala rakannya yang membonceng berusia 24 tahun turut parah akibat ditetak dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Abang mangsa, yang ingin dikenali sebagai Sunder, 28, berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa adiknya itu kira-kira 11 malam, namun berita yang diterima ketika itu mengatakan adiknya masih hidup dan hanya cedera ditangan kanan akibat ditetak dengan senjata tajam.

"Sebaik kami tiba di hospital 11.15 malam, kami dimaklumkan Serenthan sudah meninggal dunia dan kami sekeluarga tidak tahu apa punca sebenarnya adik serta kawannya diserang.

"Difahamkan adik saya keluar rumah bersama rakannya itu menaiki motosikal ke restoran makanan segera berhampiran rumah kami untuk membeli ayam goreng sebelum diserang sekumpulan lelaki," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, di sini hari ini.

Menurutnya, Serenthan adalah anak ketiga daripada 11 adik-beradik dan sudah berkahwin serta mempunyai sepasang anak yang baru berusia tujuh dan tiga tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 2:29 PM

Bekas tentera suspek kes samun



SUFFIAN (kanan) menunjukkan pisau dan barang yang dirampas. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Nazdy Harun
Kuala Terengganu: Bekas anggota tentera menyamun kedai serbaneka sejak bulan lalu ditahan di Kampung Pulau Ketam, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di rumahnya pada 9.40 malam hasil intipan dan risikan dijalankan pihaknya.

"Kita turut merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kegiatan samun kedai serbaneka.

"Siasatan awal mendapati suspek menyamun dua kedai serbaneka di Bukit Tunggal dan Hiliran di sini pada 19 Ogos dan 2 September lalu.

"Suspek yang positif dadah jenis heroin kini direman selama 14 hari sehingga 19 September depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata," katanya pada sidang media di IPD Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 2:51 PM

Pasang pendakap gigi tanpa kelayakan gadis didenda RM25,000


WAN ZULKIFLI WAN YAACOB  |  06 September 2016 2:06 PM

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Seorang gadis yang menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram didenda RM25,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, yang hanya mempelajari kaedah itu melalui YouTube di internet didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 10.05 malam, 27 April lalu di sebuah hotel di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan yang boleh didenda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.
Dalam rayuannya, Nurul Nadzirah yang mengaku menjalankan khidmat tanpa sebarang kelayakan perubatan pergigian memberitahu dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan.
Nurul Nadzirah membayar denda tersebut.
- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pasang-pendakap-gigi-tanpa-kelayakan-gadis-didenda-rm25-000-1.379276#sthash.p7AuT27p.dpuf

Mozambique Tunjuk Tiga Serpihan Baharu Disyaki Milik MH370


Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 7:32 AM

Joao de Abreu (kanan) menunjukkan serpihan yang ditemui di Mozambique, disyaki milik pesawat MH370. Foto AFP

MAPUTO: Pihak berkuasa Mozambique pada Isnin menunjukkan tiga serpihan baharu pesawat yang terdampar di pantai, disyaki milik MH370.

Objek paling besar berbentuk tiga segi yang berwarna putih dan merah di satu bahagian dengan metalik di sebelah satu bahagian lagi.

Serpihan itu ditemui seorang pekerja hotel di perairan Inhambane, wilayah selatan Mozambiq pada bulan lalu.

Pengarah pihak berkuasa Mozambique, Joao de Abreu berkata, ia merupakan serpihan berwarna yang pertama ditemui.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, serpihan itu mungkin "aileron, penaung, (atau) lif."

Katanya, di bahagian dalamnnya, terdapat label yang begitu mudah untuk mengenal pasti ia adalah pesawat mana.

Dua lagi serpihan adalah lebih kecil dan ditemui seorang anak lelaki kepada diplomat Kesatuan Eropah (EU) dekat sebuah resort Xai Xai di selatan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa pada minggu lepas.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dua serpihan tersebut.

Kesemua objek itu akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kesemua 239 orang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada Mac 2014.

Australia yang mengetuai pencarian itu telah melakukan pemeriksaan ke atas lima serpihan setakat ini, yang ditemui di Mozambique, Afrika Selatan dan Mauritius, dilihat hampir pasti dari pesawat itu.

Serpihan pertama yang dikaitkan dengan MH360 merupakan sayap yang dikenali sebagai 'flaperon' sepanjang dua meter, terdampar di pulau Reunion di Lautan Hindi setahun lalu. - AFP

'Wang Neraka' Untuk Anak Pinjam 'Along'


Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 11:24 AM
 NICHOLAS CHENG Oleh: NICHOLAS CHENG
editor@mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Berang dengan tabiat buruk anaknya yang gemar meminjam wang daripada 'Along' untuk berjudi, seorang bapa bertindak memberikan 'wang neraka' apabila lelaki itu meminta bantuan untuk kali ketiga bagi melangsaikan hutangnya sebanyak RM110,000.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lee, 60, ternyata malu dengan keadaan itu apabila mengambil keputusan untuk menyampaikan mesej jelas kepada anaknya bahawa “Kamu sudah tidak wujud lagi dalam hidup aku”.

“Saya sudah jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan menolong anak saya. Tetapi selepas lapan tahun perkara ini berlaku, saya perlu hentikan. Dengan ini, saya meminta jangan ganggu kami sekeluarga,” katanya.

Pada 2009, anak Lee yang dikenali sebagai Ken berhutang sebanyak RM150,000 daripada enam 'ALong' untuk berjudi dalam talian.

Bapanya yang menjelaskan hutang itu kemudian menghantar anaknya belajar ke Australia dengan harapan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Selepas tamat pengajian pada 2013, Ken kembali ke tabiat lama dan meminjam RM40,000 atas dasar perniagaan dan meminta tolong ayahnya sekali lagi untuk melangsaikan hutang itu.

Sepanjang tempoh pembayaran, rumahnya disembur cat merah dan 'Along' mengedarkan risalah yang mengandungi gambar anaknya kepada jiran.

Ken yang menghilangkan diri, membiarkan keluarganya menanggung kesalahan yang dilakukannya.

Perkara yang sama berlaku pada Ogos lalu, apabila Lee menerima notis hutang RM110,000 daripada 'Along'. Ketika itu dia sedar bahawa tiba masanya untuk menamatkan semua ini.

“Saya tidak mempunyai wang lagi. Saya hanya ada 'wang neraka',” kata Lee pada sidang media di Pusat Perkhidmatan Awam MCA di sini, Isnin.

Lee dan Ken meminta pertolongan Datuk Seri Micheal Chong berkenaan isu ini.

“Selama 30 tahun bekerja, kes kali ini sangat mengejutkan saya,” kata Chong.

“Saya bertanya kepada Ken, apakah faktor yang menyebabkan beliau melakukan perkara ini.”

Ken membalas: "Saya hanya akan menjadi kaya apabila berjudi, dan berharap jika menang pada satu hari nanti, akan jelaskan semua hutang saya."

Pada Ogos, MCA menerima 54 kes berkenaan dengan pinjaman 'Along' berbanding Jun lalu, jumlah ini naik mendadak sebanyak 69 kes dan dipercayai berlaku semasa Euro 2016.

Remaja mulakan kebakaran hutan ditahan


5 SEPTEMBER 2016
Remaja mulakan kebakaran hutan ditahan

Remaja mulakan kebakaran hutan ditahan Kebakaran yang berlaku di Costa Blanca, Sepanyol
COSTA BLANCA - SEPANYOL. Sekumpulan remaja ditahan dan kini disiasat polis kerana sengaja memulakan kebakaran tidak terkawal berhampiran sebuah lokasi percutian.

Menurut laporan Dailymail, tiga siri kebakaran berlaku semalam dan pihak berkuasa percaya puncanya adalah perbuatan manusia.

Kebakaran tersebut kemudian merebak dengan pantas dan telah memusnahkan 20 tempat tinggal.

Beribu-ribu penduduk Costa Blanca dan pelancong kini dalam proses pemindahan.

Disebabkan kebakaran merebak terlalu pantas, penduduk bandar berhampiran di Benitatxell, Tossalet dan Cansalades juga kini sedang dipindahkan.

Sementara itu, beberapa pesawat digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Debu jatuh dari langit, dan pesawat yang memadamkan kebakaran membuat pusingan untuk mengangkut air dengan lebih kerap," kata penduduk tempatan.

Rugi RM200,000 Ditipu Pembekal Lampin


Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 6:02 PM
 ALLISON LAI Oleh: ALLISON LAI
editor@mstar.com.my


Santiago bersama mangsa yang ditipu ketika sidang media di pejabatnya.

PORT KLANG: Tujuh suri rumah yang menjual produk secara dalam talian telah ditipu sebanyak RM200,000 selepas membuat pesanan lampin bayi daripada seorang pembekal wanita.

Nursuhainiza Mohd Sutiman, 28, berkata beliau telah membayar RM62,000 kepada seorang wanita yang dikenalinya di Facebook awal tahun ini untuk membeli lampin pada harga yang rendah.

"Saya pertama kali melihat iklannya di Facebook dan meninggalkan mesej bagi menyatakan minat.

"Wanita itu menghubungi saya kembali dan memasukkan saya ke dalam kumpulan borak WhatsApp bersama individu lain yang turut berminat membeli lampin secara pukal pada harga 30 peratus lebih rendah daripada harga runcit," katanya pada Isnin.

Seperti Nursuhainiza, suri rumah lain juga turut dimasukkan dalam kumpulan borak berkenaan.

Oleh kerana mereka tidak mengenali wanita itu, mereka membuat pembelian dalam kuantiti yang kecil ketika urusniaga yang pertama.

"Kami membuat tempahan sebanyak lima hingga 20 karton daripada wanita itu kerana tidak betul-betul mengenalinya.

"Urus niaga itu lancar dan kami menerima barang-barang yang ditempah. Kami mula berkawan dan sering berbual-bual dalam kumpulan itu," kata seorang lagi mangsa, Noor Ain Syamimi Abd Karim, 24, pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Walau bagaimanapun, Nursuhainiza berkata pembelian terbaharunya iaitu sebanyak 847 karton lampin tidak dihantar seperti yang dijanjikan pada 18 Julai walaupun telah membuat pembayaran pada 19 Mei.

"Saya kemudian mendapati bahawa beberapa pihak lain turut menghadapi situasi yang sama.

"Kami cuba menghubungi wanita itu tetapi dia tidak memberi jawapan.

"Panggilan tidak dijawab dan cubaaan untuk mencari wanita itu di rumahnya juga sia-sia," katanya.

Nenek Sembunyi Banyak Barang Curi Bawah Skirt


Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 11:09 AM

MEXICO CITY: Pencuri sentiasa memikirkan banyak cara untuk memastikan barangan curi mereka disembunyikan dengan baik bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Namun seorang nenek di Mexico yang ditahan kerana mencuri barangan di sebuah pasar raya, memberi kejutan kepada pengawal keselamatan yang menahannya apabila mengeluarkan banyak barang yang disembunyikan di bawah skirt yang dipakainya.

Portal Mail Online melaporkan, aksi mengejutkan itu yang dirakamkan oleh kamera keselamatan, menunjukkan beberapa pegawal memaksa nenek yang tidak dinamakan tersebut mengeluarkan semua barangan yang dicuri.

Pada awal rakaman, wanita terbabit kelihatan seperti mencuri satu sahaja barang tetapi kemudiannya mengeluarkan satu demi satu kotak yang lebih besar.

Lebih memeranjatkan, nenek itu turut mengeluarkan dua kotak gula-gula getah yang besar di dalam skirtnya.

Selepas mengeluarkan semua barangan curi, seorang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun rakaman itu tidak mendedahkan cara nenek tersebut menyembunyikan barangan yang begitu banyak di dalam skirt dan tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3774177/Shoplifting-grandma-forced-reveal-stolen-shelf-s-worth-goods-hidden-skirt-did-fit.html

Kereta terbakar secara tiba-tiba


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 SEPTEMBER 2016
Kereta terbakar secara tiba-tiba

Kereta terbakar secara tiba-tiba Anggota bomba memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya
KUALA LUMPUR - Sebuah kereta Volvo S60 terbakar di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak Pantai Dalam, Jalan Pantai Permai, di sini, semalam.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima kira-kira jam 11.20 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Siasatan dapati kebakaran berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak.

"Kebakaran menyebabkan kemusnahan kira-kira 60 peratus, tapi tidak melibatkan mangsa," katanya, semalam.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai terlibat dalam operasi memadam kebakaran semalam.

200 peniaga atas talian tertipu


MUHAMMAD FAIZ SULONG
6 SEPTEMBER 2016
200 peniaga atas talian tertipu

200 peniaga atas talian tertipu Antara mangsa penipuan bersama Charles yang ketika sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Klang
KLANG – Beberapa peniaga dalam talian mendakwa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila ditipu pembekal produk atas talian.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Ayu, 30, dia dan beberapa rakannya telah membuat beberapa laporan polis berhubung perkara itu.

Menurutnya, terdapat hampir 200 peniaga atas talian menerima nasib sama apabila produk berupa lampin pakai buang bayi yang dijanjikan tidak diterima dan dianggarkan nilai kerugian keseluruhannya hampir RM2.2 juta.

“Pada permulaannya, tiada masalah dalam proses urus niaga dengan suspek yang mendakwa wakil sebuah syarikat, namun sejak Mei lalu, masalah mula berlaku apabila barangan dipesan tidak sampai kepada peniaga," katanya.

Katanya, pada mulanya, bermacam alasan diberi termasuk melengahkan masa apabila mangsa meminta pulangan wang.

"Mereka juga bagi cek tendang dan kemudian hingga kini, mereka terus tidak menjawab sebarang panggilan kecuali memberikan pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Ayu berkata, modus operandi suspek dipercayai cuba mendapatkan kepercayaan pada peringkat awal urus niaga supaya mangsa melaburkan wang dalam jumlah besar.

"Suspek kemudiannya akan mula memberikan alasan melengahkan masa dan produk yang dijanjikan tidak sampai ke tangan peniaga," katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Klang.

Sementara itu, Charles menggesa polis untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap skim penipuan atas talian kerana semakin ramai pengguna menjadi mangsa.

“Melalui bukti dan laporan yang dikemukakan, sepatutnya pihak berwajib mampu melakukan sesuatu untuk menghukum pesalah siber ini seterusnya membela mangsa penipuan.

“Saya juga menggesa satu jawatankuasa Financial Scam Asset Recovery atau pusat pemulihan aset penipuan diwujudkan dengan organisasi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil peranan dalam jawatankuasa itu untuk membendung gejala penipuan atas talian ini,” katanya.

Lima ahli geng curi motosikal ditangkap


06 September 2016 12:23 AM
Noor Hashim Mohamad (tengah) dalam sidang akhbar berhubung kes

Noor Hashim Mohamad (tengah) dalam sidang akhbar berhubung kes tangkapan lima ahli Geng Jasa 2 di Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam. UtusAN/NUR AISYAH MAZALAN
ISKANDAR PUTERI 5 Sept. – Polis menahan lima ahli Geng Jasa 2 dipercayai aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak dua tahun lalu dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Skudai, Johor Bahru pada Khamis lalu.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, serbuan pertama pukul 6.20 pagi di sebuah rumah di Jalan Harmoni, Taman Desa Skudai dilakukan sejurus menerima maklumat berhubung kejadian kecurian motosikal.
Beliau berkata, sewaktu serbuan dilakukan, suspek dipercayai cuba melarikan diri namun gagal sebelum polis berjaya menahan empat lelaki dalam rumah berkenaan.
“Susulan penahanan itu, kita telah melakukan serbuan kedua dan berjaya menahan seorang lagi rakan suspek di Jalan Bakti, Taman Mutiara Rini, dekat Skudai.
“Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 29 tahun dan ujian air kencing mendapati kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Noor Hashim berkata, berikutan penahanan semua suspek, polis berjaya merampas sebuah motosikal Honda yang dilaporkan hilang di daerah ini, dua buah rangka motosikal serta pelbagai alat ganti motosikal dipercayai hasil jenayah berkenaan.
Ujar beliau, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan kira-kira 20 kes curi motosikal di sekitar daerah ini.
Sementara itu, seorang pembantu jururawat yang bekerja di Singapura dipercayai menjadi mangsa rogol kenalannya sendiri dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Taman Tan Sri Yaacob, di sini Ahad lalu.
Noor Hashim berkata, sebelum kejadian pukul 3 petang, mangsa berusia 26 tahun dan berasal dari Sarawak bersama rakan-rakannya meluangkan masa bersama-sama di sebuah rumah di Skudai, Johor Bahru.
Beliau berkata, setelah selesai pertemuan itu, salah seorang daripada mereka menghantar wanita tersebut pulang ke rumahnya di Taman Nusa Bestari di sini.
“Sejurus tiba di rumah, mangsa telah didatangi rakan kenalannya yang lain untuk mengajaknya keluar sekali lagi.
“Suspek telah membawa mangsa ke sebuah hotel bajet di Taman Tan Sri Yaacob sebelum merogol mangsa. Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah oleh suspek,” katanya.
Noor Hashim berkata, mangsa kemudian membuat satu laporan polis pada hari kejadian sebelum polis memberkas suspek berusia 29 tahun pukul 11 malam hari yang sama di rumahnya di Taman Selesa Jaya, Skudai.
Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lima-ahli-geng-curi-motosikal-ditangkap-1.379126#sthash.hBZVEJJH.dpuf

Sindiket curi kenderaan sekitar Melaka, Lembah Klang tumpas


06 September 2016 12:23 AM
Ramli DIN  (dua dari kanan)  menunjukkan sebahagian daripada kenderaan

RAMLI DIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang dirampas daripada sindiket curi kenderaan selepas sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka, semalam. UTUSAN/SITI AMINAH ISMAIL (Pelatih Unimas)
MELAKA 5 Sept. – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam 39 kes curi kenderaan di negeri ini dan Lembah Klang sejak Disember tahun lalu dengan penahanan tujuh suspek terma­suk ke­tuanya, baru-baru ini.
Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia di antara 22 dan 40 tahun itu ditahan ber­asingan dalam beberapa operasi di sekitar daerah Alor Gajah sejak 23 Ogos lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, polis turut merampas 11 buah kenderaan dianggarkan bernilai RM300,000 sepanjang operasi tersebut termasuk tujuh kenderaan pacuan empat roda dipercayai kenderaan curi selain kunci pendua.
Menurutnya, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas pihak­nya menerima laporan kehilangan sebuah Mitsubishi Pajero di Jalan Hang Tuah oleh seorang kontraktor lelaki berusia 40 tahun pada 23 Ogos lalu.
“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan kende­raan tersebut dua jam kemudian yang ketika itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun di kawasan Alor Gajah.
“Turut ditahan ialah sepasang kekasih berusia 22 dan 23 tahun dalam sebuah kereta Proton Waja di kawasan sama manakala baki empat lagi tangkapan dibuat di lokasi berasingan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh­ Abdul Adzis Shaikh Abdullah.
Menurut Ramli, susulan penahanan kesemua suspek termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Zali, polis menyerbu sebuah bengkel di Alor Gajah yang dijadikan tempat mengumpul dan mele­raikan komponen kenderaan curi tersebut sebelum dijual kepada pelanggan.
Kata beliau, selain kende­raan curi, polis turut menemukan tiga enjin kenderaan yang telah dipadamkan nombor casis bagi mengelak dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
“Kita percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 39 kes curi kenderaan termasuk 22 daripadanya di Melaka dengan penahanan semua suspek tersebut,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-curi-kenderaan-sekitar-melaka-lembah-klang-tumpas-1.379124#sthash.eFA4aGJc.dpuf

Cubaan seludup ketamin RM227,250 di KLIA tumpas


MUZDALIFAH MUSTAPHA  |  06 September 2016 12:04 AM
CHIK OMAR CHIK LIM (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis


CHIK OMAR CHIK LIM (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis ketamin dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA, Sepang, semalam. UTUSAN/RASHID MAHFOF


SEPANG 5 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamin seberat 5.05 kilogram bernilai RM227,250 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Ogos lalu.
Pengarah JKDM KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warganegara India.
“Pada 27 Ogos lalu pukul 9 pagi anggota JKDM KLIA telah menahan seorang suspek lelaki warganegara India berumur 46 tahun dari Chennai, India di Balai Ketibaan KLIA, Sepang.
“Bagasi yang dibawa suspek telah diimbas dan terdapat imej meragukan di bahagian bawah lapisan beg. Hasil pemeriksaan ke atas isi kandungannya telah menemukan dua bungkusan serbuk putih. Ia didapati dadah jenis ketamin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Chik Omar berkata, semasa pemeriksaan, bahagian atas bagasi tersebut diisi dengan selendang, pakaian wanita dan empat kotak makanan.
Bagaimanapun kata­nya, JKDM mendapati salah satu kotak maka­nan itu turut menga­n­­du­n­­­­gi dadah jenis yang sa­ma­ manakala tiga kotak la­gi akan dihantar ke Jaba­tan Kimia untuk u­jian lanjut.
Menurutnya, suspek yang datang seorang diri pernah memasuki Malaysia sebanyak dua kali pada tahun ini, iaitu kali pertama pada Julai lalu dan berada di Malaysia selama seminggu.
“Suspek mendakwa dia seorang jurujual dan setakat ini JKDM belum menerima maklumat daripada pihak berkuasa India sama ada dia mempunyai rekod jenayah atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, lelaki itu kini direman selama 12 hari sehingga Rabu ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Menurutnya, pertuduhan ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Sepang pada Rabu ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-seludup-ketamin-rm227-250-di-klia-tumpas-1.378941#sthash.uTdTT0el.dpuf

Cubaan samun guru sekolah memandu gagal


AZIZI MAJID  |  05 September 2016 9:18 PM

ISKANDAR PUTERI 5 Sept. - Cubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang guru sekolah memandu gagal apabila dia diberkas ketika cuba melarikan diri sejauh kira-kira 500 meter dalam kejadian di Taman Nusa Bestari di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.10 pagi ketika mangsa berusia 54 tahun yang memandu kereta Perodua Kancil baru menurunkan seorang pelajarnya di kawasan kejadian.
NOOR HASHIM MOHAMAD
NOOR HASHIM MOHAMAD

“Sebaik sahaja mangsa menurunkan pelajarnya di sebuah kedai urut, suspek masuk ke dalam kereta dan meletakkan sebilah pisau di leher mangsa sebelum mengarahkan mangsa untuk keluar dari kereta tersebut.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum kejadian tersebut disedari orang awam sehingga menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Noor Hashim berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian dengan bantuan orang ramai mengejar suspek sejauh 500 meter sebelum berjaya menahannya di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah di sini.
Katanya, susulan penahanan itu, polis merampas pelbagai peralatan untuk melakukan jenayah antaranya sebilah pisau, gergaji besi 12 inci dan sebuah beg mengandungi dua pisau lipat, pisau, serangkai kunci, kad pengenalan, lesen memandu dan surat pajak gadai.
“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan pelbagai kes termasuk dadah, merusuh, samun dan curi selain empat kes samun di daerah ini.
“Suspek juga baru dua minggu keluar dari penjara selepas menjalani hukuman atas kesalahan membuat laporan palsu. Hasil ujian saringan awal air kencingnya turut didapati positif syabu,” katanya.
Menurut beliau, suspek ditahan reman seminggu hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-samun-guru-sekolah-memandu-gagal-1.378927#sthash.kjhPbBsl.dpuf

Lapan kes cubaan culik pekerja wanita dilapor


06 September 2016 12:05 AM

GEORGETOWN 5 Sept. – Polis me­nerima lapan laporan polis daripada pekerja wanita sebuah kilang baju di Jalan Sungai Pinang, Jelutong di sini berhubung kejadian culik sejak 28 hingga 30 Ogos lalu.
MIOR FARIDALATHRASH WAHID

Ketua Polis Da­erah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Fari­dalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan terperinci yang dijalankan, polis mendapati terdapat percubaan culik daripada beberapa lelaki yang datang de­ngan kereta atau van dengan cuba menarik pekerja menaiki kende­raan berkenaan.
“Kami telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan kilang itu dan menemui beberapa kete­rangan serta petunjuk yang dapat membantu siasatan kes berke­naan,” katanya di sini.
Pihak polis turut me­ningkatkan rondaan di sekitar ka­wasan Jalan Sungai Pinang bagi menjaga ke­selamatan pekerja dan penduduk.
Mior Faridalathrash berkata, kes itu sedang disiasat menurut Seksyen 363 dan 511 Kanun Keseksaan dan pihak polis juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau suspek yang terlibat dengan menya­lurkan maklumat ke talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berdekatan. 
 Kejadian cubaan culik pekerja kilang itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hari ini dan mereka mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan dengan suspek memberhentikan kereta sebelum menarik mang­sa masuk ke dalam kende­raan. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lapan-kes-cubaan-culik-pekerja-wanita-dilapor-1.378947#sthash.1KpWFzK9.dpuf

Jumpa mayat dalam longkang




MAYAT ditemui di dalam longkang di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Mayat lelaki ditemui dalam longkang berhadapan restoran makanan segera di Jalan Tuaran By Pass di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Arsad beralamat di Sandakan ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam pada 9.15 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia kira-kira enam jam lalu, sebelum mayatnya ditemui.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Anggota polis masih menjalankan siasatan punca sebentar kematian mangsa terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:34 AM

Kerana wang




URUTAN gambar menunjukkan seorang lelaki berlakon seperti dilanggar sebuah bas bagi mendapatkan pampasan. - CCTV News

Agensi
Nanning, China: Kerana terdesak untuk mendapatkan wang, seorang lelaki di sini sanggup berlakon seperti dilanggar sebuah bas semata-mata untuk mendapatkan pampasan.

Seorang pejalan kaki yang merakamkan aksi itu dengan telefon bimbit hanya mampu ketawa melihat lelaki berkenaan beberapa kali melanggar bahagian hadapan bas yang berhenti.

Pemandu bas berkenaan, Liang berkata, dia berhenti di hadapan sebuah hospital dan menunggu sekumpulan pejalan kaki melintas jalan.

“Secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak berbaju berlari dan terus melanggar bahagian hadapan bas saya.

“Saya bertanya apa yang dia lakukan, tetapi lelaki itu tidak menjawab dan terus melanggar bas saya beberapa kali sambil menjerit,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 8:07 AM

ULAR sawa yang ditangkap selepas menyerang pekerja asing di ladang sawit di Labis.

Sawa batik tak sempat belit


Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my


Segamat: Seorang lelaki pekerja asing warga Bangladesh terselamat daripada dibelit ular sawa sepanjang lima meter selepas tidak sengaja terpijak reptilia itu di sebuah ladang sawit di Labis di sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 30-an itu bagaimanapun cedera di buku lali kanan akibat digigit ular sawa seberat 60 kilogram (kg) dalam kejadian jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Segamat Staf Muda Pertahanan Awam (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan ladang itu pada jam 4 petang yang memaklumkan seorang pekerjanya dipatuk ular.

“Setibanya di empat kejadian, mangsa dihantar ke sebuah klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar dan keadaannya tidak membimbangkan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Mohd Nazlan berkata, mangsa dipercayai merayau di sekitar ladang sawit itu dan secara tidak sengaja terpijak badan ular sawa berkenaan menyebabkan dia dipatuk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 8:10 AM

Muslihat soalan perangkap




SMS perangkap menerusi teknik digelar SMiShing dihantar penggodam untuk mencuri maklumat dan identiti mangsa.

Kuala Terengganu: Modus operandinya amat licik dan meyakinkan bermula dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kepada mangsa kononnya memerlukan pengesahan sama ada individu yang disasarkan melakukan transaksi pembelian barangan menggunakan kad kredit.

SMS itu juga disertakan nombor telefon kononnya bank yang menyediakan kad berkenaan dan meminta mangsa menghubunginya untuk pengesahan.

Apabila menghubungi nombor telefon berkenaan, ia akan dijawab mesin menjawab panggilan automatik yang meminta mangsa memberikan maklumat berkaitan sama seperti prosedur bank sebenar.

Penggodam berkenaan kemudian menyamar sebagai kakitangan bank yang bertanya beberapa soalan perangkap dengan skil kejuruteraan sosial (social engineering) yang memerlukan mangsa mendedahkan maklumat penting seperti kata laluan, nombor kad pengenalan atau alamat rumah.

Mangsa yang tidak sedar dimanipulasi, mungkin hanya sedar tertipu apabila mengalami kerugian ribuan ringgit dalam sekelip mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 8:13 AM

Tiga penjenayah tumpas




LOKASI kejadian tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia mati ditembak. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Mambau, dekat Sendayan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, tiga lelaki terbabit dipercayai melarikan diri ketika dikejar sepasukan polis dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Sumber berkata, polis terpaksa membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga suspek.

"Mereka adalah penjenayah yang paling dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah berat di sekitar negeri ini. Mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abi Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kerana menumpaskan tiga penjenayah itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 9:46 AM

Tujuh penyiasat alam sekitar diugut bunuh


Diancam bakar hidup-hidup, mayat dibuang dalam sungai
06 September 2016 12:12 AM


SITI NURBAYA

JAKARTA 5 Sept. - Pasukan penyiasat alam sekitar Indonesia yang menjalankan siasatan kebakaran hutan di kepulauan Sumatera berdepan detik cemas apabila menerima ugutan bunuh daripada sekumpulan 100 lelaki yang menahan mereka, minggu lalu.
Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar, Siti Nurbaya dalam satu kenyataan berkata, pa­sukan penyiasat terdiri daripada tujuh orang itu ditahan hampir 12 jam oleh kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai diupah sebuah syarikat perladangan.
“Kumpulan itu mengancam mahu membakar pasukan penyiasat berkenaan hidup-hidup serta membuang mayat mereka di sungai dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Rokan Hulu, Riau,” katanya.
Siti Nurbaya memberitahu, ketika kejadian, pasukan itu sedang menjejaki titik panas yang dikesan melalui imej satelit di kawasan ladang kelapa sawit milik syarikat perladangan terbabit.
Beliau mendakwa, terdapat petunjuk kuat bahawa kumpulan itu diupah oleh syarikat berkenaan.
“Dengan insiden ini, siasatan ke atas syarikat itu akan menjadi keutamaan kami. Kementerian akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang. Setakat yang kami lihat, kawasan itu yang sebelum ini merupakan tanah gambut telah ditukar menjadi ladang kelapa sawit,” jelasnya.
Sementara itu, pasukan penyi­asat terbabit dibebaskan selepas satu rundingan panjang membabitkan polis dan mereka bersetuju memadamkan bukti bergambar selain meninggalkan dua ken­deraan serta kelengkapan masing-masing.
Kelengkapan dan kenderaan itu kemudiannya ditemukan semula sehari selepas kejadian.
Pasukan penyiasat bagaimanapun berjaya memperoleh rakaman video yang diambil menggunakan sebuah dron yang menunjukkan ribuan hektar hutan dibakar secara haram di dalam dan sekitar kawasan ladang tersebut.
Dalam pada itu, jurucakap syarikat berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.
Setakat ini, lebih 450 individu telah ditahan berkaitan pembakaran tanah dan hutan di Indonesia, insiden yang mengakibatkan Malaysia dan Singapura dilanda jerebu sehingga merekodkan bacaan udara tidak sihat.
Mengikut undang-undang Indonesia, syarikat yang didapati membersihkan tanah dengan cara membakarnya boleh didenda sehingga 10 bilion rupiah (RM3 juta) dan pihak pengurusan berdepan penjara sehingga 10 tahun. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tujuh-penyiasat-alam-sekitar-diugut-bunuh-1.379077#sthash.pkJbgoGJ.dpuf

Suspek serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka direman


NURAINA HANIS ABD. HALIM  |  06 September 2016 11:10 AM

Abdul Samah Mat
Abdul Samah Mat
KUALA LUMPUR 6 Sept.- Lima individu yang menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Saib Ansar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini Ahad lalu direman sehingga esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kesemua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Perak dan Selangor bermula kelmarin sehingga semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini pagi tadi.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-serang-pesuruhjaya-tinggi-sri-lanka-direman-1.379249#sthash.vqNuj414.dpuf

Lelaki kebas pakaian wanita ditahan


06 September 2016 11:31 AM


 Abdul Wahib Musa
Abdul Wahib Musa - GAMBAR/MEDIA SOSIAL


JOHOR BHARU 6 Sept. - Pakaian dalam wanita adalah antara barangan yang ditemui selepas seorang lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kondominium di Jalan Melor, Batu Pahat bulan lepas ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang di Jalan Bukit Idaman, Selayang.
"Suspek mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan kondominium HillView Loft. Dia juga mengaku melakukan kes pecah rumah di kawasan sama pada bulan Mei lalu," katanya.
Beliau berkata, turut dirampas daripada suspek ialah sebuah laptop, sebuah telefon bimbit, serangkai kunci kereta dan pelbagai pakaian dalam wanita.
Abdul Wahib berkata, siasatan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dengan kes lain di Batu Pahat.
Dalam kejadian pecah masuk pada 23 Ogos itu, mangsa yang merupakan seorang agen insurans kerugian RM59,000.
Abdul Wahib berkata, suspek dipercayai memotong kunci mangga pada pintu gril rumah wanita berkenaan sebelum membuka pintu utama rumah yang tidak berkunci itu.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-kebas-pakaian-wanita-ditahan-1.379256#sthash.MBSaFhda.dpuf

2 maut helikopter bertembung kabel elektrik

DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 11:43 AM



GAMBAR fail, kemalangan helikopter yang bertembung dengan kabel elektrik yang berlaku berhampiran sempadan Quebec, Kanada.

MONTREAL: Dua orang maut dan seorang lagi cedera semalam selepas sebuah helikopter bertembung dengan kabel elektrik di timur Kanada, kata polis.

 Menurut jurucakap polis New Brunswick Royal Canadian Mounted (RCMP), Koperal Dan Smith kepada AFP, pesawat yang membawa tiga penumpang itu terhempas sebelum masuk ke dalam sungai.

 "Helikopter itu bertembung dengan beberapa talian kabel elektrik di sekitar kawasan Flatlands dekat New Brunswick di utara wilayah berhampiran sempadan Quebec," katanya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan) di kawasan pedalaman bandar itu menyebabkan pesawat malang itu terjunam ke dalam Sungai Restigouche, menurut penyiar awam CBC.

Satu-satunya penumpang yang masih hidup dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.

Setakat ini RCMP tidak memberikan sebarang maklumat mengenai identiti mangsa asal mahupun destinasi helikopter.

Smith berkata, kemalangan yang berlaku berhampiran bandar Campbellton itu menyebabkan bekalan elektrik ke ribuan kediaman terputus sementara.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada mengumumkan akan menghantar pasukan penyiasat ke lokasi kejadian pada hari ini. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189907

Obama jangan persoal pembunuhan suspek dadah Filipina - Duterte

 DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 11:27 PM



PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte. - Foto Reuters

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini supaya tidak mempersoalkan pembunuhan suspek dadah atau bakal dimaki jika mereka bertemu ketika sidang kemuncak serantau di Laos.

 Duterte berkata demikian sebelum terbang ke Laos, mengatakan beliau adalah pemimpin sebuah negara berdaulat dan hanya menjawab kepada rakyatnya sendiri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media bagaimana dirinya membuat penjelasan insiden pembunuhan tanpa bicara di Filipina kepada Obama.

 Lebih 2,000 suspek pengedar dadah dan penagih dibunuh sejak Duterte melancarkan perang ke atas dadah selepas mengambil alih jawatan itu 30 Jun lalu.

Beliau yang terkenal sebagai seorang yang lantang berkata: "Saya adalah presiden negara yang berdaulat dan kami sudah lama bebas daripada dijajah.

 Saya tidak mempunyai mana-mana 'Tuan' melainkan rakyat Filipina, tiada yang lain.

 "Anda perlu ada rasa hormat. Jangan hanya tahu menyoal. 'Putang ina' (anak haram), saya akan memaki anda dalam forum," katanya menggunakan bahasa Tagalog.

 Duterte sebelum itu memaki Paus Francis dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Tidak jelas jika Obama bercadang menyuarakan isu pembunuhan tanpa mengikut lunas undang-undang itu dengan Duterte pada sampingan sidang kemuncak Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN).

 "Siapa beliau untuk mencabar saya?" kata Duterte, menambah Filipina tidak menerima sebarang permohonan maaf atas kesalahan dilakukan ketika penjajahan AS di negara itu. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190054

Indonesia patahkan rangkaian pelacuran budak lelaki

DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 10:20 PM


PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo. - Foto Reuters

JAKARTA: Polis Indonesia berjaya mematahkan satu rangkaian pelacuran lelaki dalam talian hari ini dan mengenal pasti hampir 150 lelaki muda dan kanak-kanak termasuk seawal usia 13 tahun, menawarkan perkhidmatan seks.

 Tiada statistik membabitkan jenayah seksual di Indonesia namun kerajaan republik itu berkata, ia berdepan darurat penderaan seksual kanak-kanak.

Presiden Joko Widodo baru-baru ini menandatangani satu peraturan membolehkan hukuman lebih keras terhadap pencabul dan perogol kanak-kanak, termasuk pemandulan kimia dan hukuman mati.

 Ketua Siasatan Jenayah Polis, Agung Setya, berkata kebanyakan daripada sejumlah 148 individu yang menawarkan perkhidmatan itu di bawah umur dengan paling muda berusia 13 tahun manakala paling tua 23 tahun.

"Kami mengenal pasti 148 lagi mangsa dan seramai 45 daripadanya adalah budak lelaki," katanya dipetik akhbar harian tempatan, Kompas.

Katanya, sekurang-kurangnya tujuh mangsa diberi perkhidmatan kaunseling kerajaan dan dihantar ke pusat pemulihan.

Polis berkata, tiga lelaki ditahan minggu lalu dalam kaitan dengan kes itu termasuk seorang 'bapa ayam' dan seorang pelanggan dipercayai warga asing, walaupun tiada butiran lanjut. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190042

Polis Thailand rampas ganja RM36j untuk diseludup ke Australia

SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 7:29 AM



GANJA yang dirampas ditunjukkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Sempadan di Phahon Yothin Rd di Bangkok.

BANGKOK: Polis Thailand menahan dua lelaki, masing-masing seorang warga Thailand dan Taiwan disyaki cuba menyeludup tiga tan ganja dari Laos untuk penghantaran ke Australia.

Pegawai Polis Peronda Sempadan, Prapan Chan-em berkata, pihaknya merampas 3,155 kilogram ganja kelmarin dari sebuah gudang di Chonburi, terletak 60 kilometer ke tenggara ibu kota ini.

 Prapan berkata, polis mendapat maklumat bulan lalu ganja itu akan diseludup masuk ke timur laut Thailand dari Laos dan dihantar ke gudang untuk dibungkus menggunakan vakum dan dilabel sarung tangan getah sebelum dihantar ke Australia.

Beliau berkata, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 44 dan 64 tahun, tahan di gudang berkenaan. Mereka sudah beroperasi selama sembilan tahun dalam aktiviti penyeludupan dadah.

 "Perniagaan itu dikendalikan bersama oleh warga Thailand dan Taiwan," katanya. Sesiapa yang memiliki lebih 10 kilogram ganja dengan niat untuk menjual jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara dua hingga 15 tahun dan denda sehingga 1.5 juta baht (RM174,673).

Polis menganggarkan ganja yang dirampas bernilai 100 juta baht (RM11.73 juta) di Thailand dan 309 juta baht (RM35.9 juta) dalam pasaran luar negara. Ia adalah rampasan terbesar ganja oleh polis Thailand sejak Mei 2014. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190142

Pemandu maut dalam teksi




MANGSA ditemui maut di dalam teksi. FOTO Norizuan Shamsuddin

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pemandu ditemui maut dalam teksi dipercayai akibat serangan jantung, berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Bangsar, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan awam yang memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri berada di dalam kereta yang terkunci.

Katanya, lima pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikerahkan ke lokasi.

"Anggota tiba di lokasi pada 12.18 tengah hari dan mereka dapati mangsa tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

"Anggota terpaksa memecahkan cermin tingkap bagi membuka pintu kenderaan berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa berusia 60-an disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang turut berada di lokasi," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 2:47 PM

Tak sempat `sebat' ATM kedua




KEADAAN depann bank di Dungun yang diletupkan penjenayah dalam kejadian rompak. FOTO Rosli
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Dua penjenayah bertopeng bertindak meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), di sini, awal pagi ini, sebelum melarikan RM260,000 tunai.

Penjenayah itu dipercayai masuk ke premis itu sebelum menggunakan peralatan dipercayai kuku kambing dan memasukkan alat letupan ke dalam mesin ATM itu, dalam kejadian pada 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata suspek juga dipercayai cuba memecahkan sebuah lagi mesin ATM tetapi gagal sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

Katanya, kejadian itu menyebabkan alat penggera bank berbunyi sebelum unit kereta ronda bergegas ke lokasi kejadian namun penjenayah sudah melarikan diri.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan suspek di sebalik kejadian ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 3:00 PM

Mayat reput dalam semak




POLIS menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. FOTO Fardy Bungga

Fardy Bungga
am@hmetro.com.my


Ampang: Mayat lelaki hampir reput ditemui di dalam semak di Jalan Indah 7, Taman Cheras Indah, dekat sini, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit dan memberitahu setakat ini polis masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.

Katanya, mangsa lengkap berpakaian seluar hitam dan kemeja itu ditemui penduduk sebelum memaklumkan kepada polis.

"Pihak forensik sudah dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

"Orang awam yang kehilangan ahli keluarga diminta supaya tampil untuk membantu siasatan lanjut,"katanya ketika dihubungi, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 3:17 PM

Pencuri lembu masuk tali air




KERETA terjunam ke dalam tali air ketika dikejar polis. FOTO ihsan Polis

Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my


Tasek Gelugor: Dua pencuri lembu berputih mata apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air ketika dikejar polis di Padang Chempedak, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, seorang daripada mereka diberkas polis manakala seorang lagi sempat meloloskan diri.

Malah, lembu betina yang dicuri dan disumbat di tempat duduk belakang ditemui mati akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, suspek yang menaiki kereta memasuki laluan di tepi tali air selepas menyedari diekori polis.

Katanya, lembu berkenaan dipercayai dicuri di kawasan lain untuk dihantar ke lokasi tertentu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 5:57 PM

Suspek Thailand tembak rakyat Malaysia ditahan


Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


Kota Bharu: Warga Thailand ditahan susulan kematian lelaki warga tempatan dengan kesan tembakan di kepala, malam kelmarin.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira 3 petang semalam di selatan Thailand oleh pihak berkuasa negara itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, soal siasat ke atasnya, suspek mengaku menembak mangsa yang berusia 27 tahun di kepala malam kelmarin dalam kejadian di selatan Thailand.

"Ketika ini, dia masih dalam tahanan pihak keselamatan negara itu dan kita akan berbincang dengan Bukit Aman dan Polis Thailand terlebih dahulu berhubung siasatan kes dan pendakwaan.

"Suspek sebelum itu ditahan hasil kerjasama Polis Thailand dan Unit Risikan Sempadan kita," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham dan tidak puas hati mengenai bot milik mangsa.

Akhbar hari ini melaporkan mayat Mohamad Rizuwan Mohamad, 27, ditemui di dalam sebuah bot di Pengkalan Pisau Raut, Tumpat oleh adiknya kira-kira 11 malam kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 6:35 PM

Padah main api



Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Tindakan sekumpulan kanak-kanak bermain api di rumah papan kosong yang terbiar sejak lebih 10 tahun lalu menyebabkan kebakaran di Berek 12 di sini, petang tadi.

Kejadian itu turut merebak ke sebahagian dinding rumah banglo di sebelahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.30 petang.

"Sebaik tiba, rumah kayu terbabit sudah 80 peratus terbakar dan kami terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan 10 rumah berhampiran termasuk banglo sebelah yang terbakar sebahagian tepi dindingnya.

"Seramai 23 anggota terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kecekapan pihaknya menyelamatkan 10 rumah berkenaan dianggarkan bernilai RM2 juta.

Sehubungan itu, Zaini mengingatkan penduduk supaya mengawal anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain api bagi mengelak kejadian lebih buruk.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 8:09 PM

Mati bersama






BERNAMA
am@hmetro.com.my


Ipoh: Suami isteri warga emas ditemui mati dalam bilik rumah di Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Foong Weng Hing, 81, dan Yeoh Beng Lan, 72, ditemui terbaring atas katil dalam bilik tidur di tingkat dua rumah berkenaan oleh anak pasangan itu, 12.18 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata daripada pemeriksaan yang dijalankan di rumah mangsa tiada kesan pecah rumah, pergelutan dan unsur-unsur jenayah berlaku.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan, hari ini, mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 8:57 PM