Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

Mayat reput ditemui di perairan Teluk Bahang


AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 4:53 PM

Oleh Fatin Fazlina Yaakob
bhnews@bh.com.my




MAYAT hampir reput ditemui terapung oleh orang awam terapung di 1.5 batu nautika utara pantai Teluk Bahang, di sini, pagi tadi. - Foto ihsan Maritim Malaysia
BALIK PULAU: Mayat hampir reput ditemui terapung oleh orang awam terapung di 1.5 batu nautika utara pantai Teluk Bahang, di sini, pagi tadi.

Mayat itu ditemui kira-kira jam 11.15 pagi, tanpa sebarang identiti selain tidak dapat dipastikan jantina berikutan keadaan yang tidak sempurna.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Azman Samsudin, berkata sebuah bot maritim dengan beberapa anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat itu.

"Mayat itu dibawa ke Jeti Teluk Bahang kira-kira pada 12.40 tengah hari tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Polis Tahan Sembilan Lelaki Terlibat Kes Rompak Kedai Emas


Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 3:04 PM


PUTRAJAYA: Polis Putrajaya berjaya menyelesaikan kes rompakan pertama kedai emas di Presint 15 di sini pada 14 Ogos lepas dengan tertangkapnya sembilan lelaki berusia antara 20 dan 30-an.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas seminggu rompakan itu berlaku.

Kesemua mereka kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

"Turut dirampas bersama sembilan lelaki warga tempatan berkenaan ialah sebuah kenderaan Toyota Alphard, sebuah Perodua Viva, sebuah motosikal dan wang tunai RM19,439 dipercayai sebahagian daripada hasil jualan emas yang disamun.

"Barangan lain yang dirampas ialah dokumen transaksi yang dibuat suspek menggunakan wang hasil jualan emas iaitu dokumen pembayaran hutang Ah Long berjumlah RM1,100, resit pembayaran kos perubatan salah seorang anak suspek, jam tangan dan alat untuk melebur emas," katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Menurut Rosly, sembilan lelaki yang ditahan itu memainkan peranan yang berbeza dalam kes rompakan berkenaan dengan tiga daripadanya merompak kedai emas  bersenjatakan tukul besi serta penyembur lada, seorang lagi menunggu dalam Toyota Alphard dan seorang lagi menunggu dalam Perodua Viva.

Jelas beliau, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan pembeli emas yang dileburkan, seorang menjalankan peranan melebur emas dan seorang lagi berperanan sebagai pemudahcara urusan jual beli emas yang sudah dilebur.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan.

Rosly turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi kerjasama kepada pihak polis sehingga kes berkenaan berjaya diselesaikan. - BERNAMA

Tujuh Perompak Bersenjatakan Parang, Pistol Larikan Wang Tunai RM1.14 Juta


Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 4:27 PM

Sebuah mesin pengeluaran automtik (ATM) dipecahkan dalam kejadian rompakan di sebuah pasaraya pada Ahad. Dalam kejadian awal pagi itu, dua buah mesin pengeluaran automtik (ATM) dan tiga peti besi pasaraya itu telah dipecah oleh tujuh penjenayah dipercayai warga asing yang melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.14 juta.
   (Ubah saiz teks)
KUALA NERUS: Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM1.14 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam tempoh empat jam bermula pukul 2.15 pagi itu, suspek telah memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat dalam pasar raya terbabit.

Katanya penjenayah berkenaan juga bertindak mengikat keempat-empat pengawal  keselamatan sebelum dikurung di dalam sebuah stor berhampiran.

"Ketika kejadian itu empat pengawal keselamatan sedang bertugas sebelum salah seorang daripadanya menyedari kehadiran kumpulan penjenayah ketika membuat rondaan...sejurus selepas itu penjenayah berkenaan mengurung kesemua pengawal keselamatan terbabit di dalam stor.

Mereka mengambil masa-masa kira-kira empat jam untuk melarikan wang berkenaan dan kita percaya mereka berpecah untuk melakukan rompakan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui ditempat kejadian.

Menurutnya, lima daripadanya masuk ke dalam pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM menggunakan gas asetilena dan tiga peti tunai menggunakan mesin pemotong besi.

Jelasnya penjenayah itu juga bertindak memadamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera terlebih dahulu dan tidak menolak kemungkinan rompakan tersebut dilakukan warga asing berdasarkan loghat percakapannya.

"Suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi dengan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM1.14 juta. Semua suspek dipercayai menggunakan tukul besi, kuku kambing, mesin pemotong besi dan gas asetilena untuk melakukan rompakan berkenaan.

Kita yakin ia telah dirancang dengan teliti dan siasatan daripada semua sudut sedang dilaksanakan sama ada melibatkan pekerja mahupun bekas pekerja pasar raya berkenaan," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata dan berkumpulan.-- Bernama 

Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai


NURUL ZAILA MOHD TAHIR
4 SEPTEMBER 2016

Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai


Lelaki ditemui mati terlungkup tepi sungai
DUNGUN - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terlingkup di atas batu, di tebing sungai, Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Roslan Jusoh, 55 ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kira-kira jam 9.45 pagi.

Salah seorang kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya yang tinggal berhampiran rumah di Jalan Teratai dipercayai keluar  pada waktu subuh dan tiada siapa tahu lelaki bujang itu pergi ke mana.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila dimaklumkan oleh salah seorang sepupu mengatakan adiknya ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlungkup di atas batu di tebing sungai.

"Lebih kurang jam 10.00 pagi sepupu datang ke rumah beritahu Roslan ditemui di tepi sungai.

"Ketika itu tiada siapa di rumah dan saya suruh seorang rakan kepada adik saya yang bekerja di bengkel besi bersama-samanya ke tempat kejadian,"katanya.

Abang mangsa, Shapii Jusoh, 65 berkata, tiada sebarang perubahan berlaku kepada anak ke lapan dari sembilan beradik itu tetapi dua sejak dua minggu lalu dia diserang demam kuat.

"Arwah demam panas yang agak teruk dua minggu lalu dan beberapa hari lalu mengalami sakit pinggang sehingga sukar untuk bangun.

"Pagi tadi mungkin arwah sudah makin sihat dan keluar rumah bersendirian menunggang basikal.

"Arwah seorang yang pendiam tetapi ringan tulang dan mudah membantu adik beradik lain

"Memang tidak sangka arwah akan pergi dengan cara seperti itu  dan walaupun sedih kami reda menerima ketentuan Allah ," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Murid tahun tiga lemas di Sg Kampung Belimbing


4 SEPTEMBER 2016
Lemas


Lemas
TANAH MERAH - Seorang murid lelaki tahun tiga ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sebatang sungai di Kampung Belimbing Dalam di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamad berkata, mayat Muhammad Azeem Aznan,9, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing di sini, ditemukan anggota bomba pada pukul 8.28 pagi tadi, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai mandi di sungai berkenaan berdasarkan penemuan pakaian dan selipar mangsa di tebing sungai itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Hanaffi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis yang kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Abdul Ghafar Mat Zain, 35, berkata mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum ini tidak pernah mandi di sungai itu.

"Ini mungkin takdirnya kerana Allahyarham tidak pernah mandi sungai walaupun rumahnya berdekatan dengan sungai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa keluar rumah pada pukul 2 petang semalam namun sehingga pukul 7.30 malam masih tidak pulang ke rumah menyebabkan anggotan keluarga serta penduduk mencarinya sehingga dijumpai pagi tadi. - Bernama

Rakyat Malaysia mati ditembak di selatan Thailand


ROHANA ISMAIL
4 SEPTEMBER 2016

Mohamad Rizuwan Mohamad


Mohamad Rizuwan Mohamad
TUMPAT - Seorang lelaki rakyat Malaysia maut di selatan Thailand dipercayai ditembak menggunakan senapang angin pada jam 11 malam tadi.

Mangsa, Mohamad Rizuwan Mohamad, 27, ditemui di dalam bot dekat Pangkalan Pisau Raut oleh adiknya selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa sebelah kiri dipercayai kesan tembakan menggunakan senapang angin.

"Mangsa meninggal dunia di Selatan Thailand kemudiannya mayat itu ditinggalkan di dalam bot dekat pangkalan Pisau Raut.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh adiknya ke Unit Forensik Hospital Tumpat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Berangan Hujung sempena penyampaian sumbangan pesakit kronik kepada Nur Irisya Miasara Marzuki, 5.

Abdul Rahman berkata, kes ini masih dalam siasatan dan pihaknya akan bekerjasama dengan polis Thailand.

"Kita percaya mangsa tidak berseorangan ke Thailand dan akan mengumpul maklumat untuk mengetahui motif kejadian tersebut.

"Harap jangan   ada pihak membuat spekulasi, mayat masih belum lagi dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau.

7 penyamun masuk pasar raya, larikan RM1.14 juta

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 1:25 PM

Oleh Faizul Azlan Razak bhkt@bh.com.my

KUALA NERUS: Tujuh penjenayah bertopeng disyaki warga asing melarikan wang tunai RM1.14 juta daripada dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti wang tunai di sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, penjenayah terbabit menggunakan gas 'Ocy-Acetylere' untuk memecahkan dua mesin ATM, manakala tiga peti wang tunai dipecahkan menggunakan pemotong besi. Kehadiran kumpulan penjenayah berkenaan disedari seorang daripada empat pengawal keselamatan yang sedang bertugas ketika membuat rondaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata bagaimanapun empat pengawal keselamatan terbabit diikat sebelum diletakkan dalam sebuah stor berhampiran.

Beliau berkata, lima daripadanya masuk ke dalam pasar raya itu dan bertindak memecahkan dua mesin ATM menggunakan gas 'Ocy-Acetylere', manakala dua lagi menjaga empat pengawal keselamatan berkenaan. "Semua suspek memakai topeng bersenjatakan parang dan sepucuk pistol yang terselit pada pinggang seorang daripada suspek.

"Suspek berjaya keluar daripada pasar raya ini bersama wang tunai dianggarkan berjumlah RM1.14 juta kira-kira jam 6.30 pagi," katanya yang ditemui di lokasi kejadian tadi. Wan Abd Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189604

38 rentung bas langgar lori tangki



Kebakaran selepas letupan besar yang membunuh 73 orang akibat dua bas berlanggar dengan lori tangki minyak di wilayah Ghazni, Afdganistan, Mei lalu. - Foto Fail/REUTERS

Reuters
Kabul: Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dan 28 cedera apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan lori tangki minyak menyebabkan letupan besar, hari ini.

Dalam kejadian di lebuh raya utama menghubungkan Kandahar di selatan Afghanistan dengan Kabul, sebahagian besar mangsa rentung, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Zabul, Ghulam Jilani Farahi, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Kandahar ke Kabul apabila ia berlanggar dengan lori tangki minyak di Jildak.

Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan membawa 60 penumpang dan hanya enam mayat boleh dikenal pasti manakala selebihnya rentung.

Lebuh raya Kabul-Kandahar sering menjadi sasaran serangan militan dan ramai pemandu bas memandu laju di kawasan berkenaan kerana tidak mahu terperangkap dalam pertempuran.

Jalan raya di Afghanistan juga antara paling teruk di dunia dan undang-undang jalan raya jarang dipatuhi.

Mei lalu, 73 mati manakala 52 lagi cedera apabila dua bas berlanggar dengan lori tangki minyak di wilayah Ghazni.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:27 PM

Gempa bumi gegar selatan Filipina




AFP
Tagum, Filipina: Gempa bumi sekuat 6.0 magnitud menggegarkan bahagian selatan Filipina, termasuk Pulau Mindanao, hari ini,

Menurut agensi kerajaan, belum ada laporan kerosakan, kecederaan atau kematian diterima akibat gempa berpusat kira-kira 850 ke selatan Manila itu.

“Saya berada di dalam bilik apabila gegaran bermula. Ia berakhir kira-kira seminit kemudian. Saya berasa pening lalu meluru keluar,” kata juruhebah radio, Richard Grande di bandar San Francisco, berhampiran pusat gempa.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:28 PM

Stor kilang hangus



Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


STOR musnah terbakar 70 peratus. FOTO ihsan Bomba

Rawang: Stor simpanan barang kitar semula di kilang di Jalan PPP, Simpang Utara, Batu Arang, di sini, hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran, 5.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada 5.36 pagi.

Katanya, 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, BBP Rawang dan BBP Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi.

"Laporan awal mendapati kebakaran membabitkan tempat penyimpanan barang kitar semula membabitkan struktur terbuka dengan anggaran keluasan 30x30 meter persegi.

"Api dapat dikawal 9.30 pagi tadi dan stor dianggarkan musnah 70 peratus.

"Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan mangsa dan kerja pemadaman masih diteruskan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 11:18 AM

Kanak-kanak ditemui lemas




KAWASAN mangsa ditemui lemas. FOTO ihsan Bomba

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my


Tanah Merah: Kanak-kanak lelaki ditemui lemas di sungai Kampung Belimbing Dalam, di sini, 8.28 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Azeem Aznan, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Belimbing ditemui 100 meter dari lokasi dia lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata, sebelum kejadian mangsa mandi bersama rakannya pada 7 pagi.

"Bomba mendapat panggilan kecemasan pada 7.05 pagi dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai, kami dapati pakaian dan selipar mangsa berada di atas tebing sungai dan menemui kanak-kanak itu 100 meter dari lokasi dia hilang," katanya di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:15 PM

Balu bekas pegawai ATM kesal dikritik netizen





04/09/2016 5:47pm

Oleh ZULKIFLI MANZOR
SEREMBAN - Balu seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang maut dalam tragedi banjir di Missouri, Amerika Syarikat pada tahun lalu kesal dengan tohmahan yang dilemparkan keatasnya oleh segelintir pengguna media sosial.

Siti Hazwani Ahmad, 30, berkata, sebilangan pengguna media sosial mengkritiknya sebagai tamak kerana menuntut pencen tanggungan untuk tiga anaknya sedangkan dia dan keluarga pernah dijanjikan tentang perkara itu sebelum ini.

"Janganlah mengeluarkan kenyataan mengaibkan arwah suami (Kapten Hasman Hussin) atau memburukkan saya. Saya cuma suarakan di Facebook apa yang pernah dijanjikan.

"Jika saya dan keluarga tidak layak mendapat pencen tanggungan atas sebab-sebab tertentu, maklumkan dan jangan biarkan kami tertunggu selama ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz4JHSCBQyo
Hakcipta terpelihara 

Mayat jurukimpal ditemui di tebing sungai





04/09/2016 5:51pm

DUNGUN - Mayat seorang jurukimpal dipercayai lemas ditemui di tebing Sungai Dungun di Kampung Sungai Buaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, mayat Roslan Jusoh, 55, ditemui tersembam di atas sebuah batu di tebing sungai berkenaan oleh beberapa penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, sebelum kejadian, Roslan yang masih bujang keluar dari rumahnya di Jalan Teratai kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian dengan basikal selepas solat Subuh.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz4JHRvsYH5
Hakcipta terpelihara 

Mayat hampir reput ditemui terapung di perairan Teluk Bahang





04/09/2016 5:51pm

GEORGE TOWN - Mayat yang tidak diketahui jantina dan dalam keadaan tidak sempurna ditemui terapung pada kedudukan lebih kurang 1.5 batu nautika utara pantai Teluk Bahang, dekat sini hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Azman Samsudin berkata, mayat tanpa sebarang identiti itu ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihaknya kira-kira pukul 11.15 pagi.

"Mayat tanpa pakaian dan hampir reput itu diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau ke bilik mayat HPP bagi membuat pengecaman. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz4JHRkIvK1
Hakcipta terpelihara 

Mayat mangsa kemalangan bot ditemui


  MAYAT mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan tercampak. FOTO ihsan Bomba Facebook

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Mukah: Lelaki ditemui maut, pagi tadi selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi bot di Sungai Igan, Kampung Kebuwau, Batang Igan, semalam.

Mangsa, Sulai Api, 55, ditemui pasukan pencarian, 10.55 pagi tadi selepas beliau dilaporkan hilang dalam kemalangan petang semalam.

Difahamkan, mangsa yang seorang diri ketika kejadian baru pulang dari kebun dan menuju ke rumah sebelum bot dinaiki dua lelaki tidak sempat mengelak pada 5.30 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian, sepasukan anggota bomba dibantu agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak dari botnya sebelum hanyut dibawa arus sungai. Pasukan pencarian kemudiannya menemui mayat mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan tercampak.

"Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 3:26 PM

Suri rumah maut motosikal dilanggar kereta



Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Suri rumah maut selepas motosikal dinaiki bersama suaminya berlanggar dengan kereta di Jalan Duta, di sini, 5.26 pagi tadi.

Wanita berusia 48 tahun terbabit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira 11 pagi tadi.

Suami mangsa berusia 45 tahun parah dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala pemandu kereta cedera ringan.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal dan kereta.

Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun terbabas secara sendiri dipercayai akibat jalan licin sebelum melanggar tiang di tepi kiri jalan.

"Kejadian menyebabkan kereta terbabit berpusing dan penunggang motosikal disyaki tidak dapat mengelak sebelum berlanggar.

"Pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal patah tulang pinggul dan pembonceng pula cedera di beberapa bahagian badan serta disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

"Siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:33 PM

Ditembak, ditinggal dalam bot



Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Tumpat: Lelaki maut dipercayai ditembak di kepala di Thailand sebelum ditinggalkan di dalam bot di Pengkalan Pisau Raut, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui oleh adiknya selepas dihubungi individu tidak dikenali memaklumkan abangnya ditinggalkan di dalam bot.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Tumpat.

"Mayat mangsa dibawa sendiri ke bilik mayat oleh adiknya.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan siasatan masih dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Irisha Miasara, 5, kanak-kanak sakit kronik di Kampung Berangan Hujung, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 3:51 PM

Bil roaming boleh cecah puluhan ribu ringgit


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 SEPTEMBER 2016
Bil roaming boleh cecah puluhan ribu ringgit

Bil roaming boleh cecah puluhan ribu ringgit
SEORANG pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dilaporkan telah menerima satu ‘kejutan’ bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat ‘data roaming’.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Melayari internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi. Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta. Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang “mangsa” yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima ‘bil kejutan’ selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia pada 2013.

“Saya hanya menggunakan ‘data roaming’ selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu,” katanya dipetik dari The Star.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis ‘data roaming’ selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

“Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut,” katanya.

Sengaja sebabkan kemalangan untuk bunuh anak


4 SEPTEMBER 2016
Sengaja sebabkan kemalangan untuk bunuh anak

Sengaja sebabkan kemalangan untuk bunuh anak Weitzel, sengaja memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kemalangan dengan harapan dapat membuat si kecil itu terbunuh dalam kemalangan.
COLORADO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi hampir maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama bapanya.

Memetik laporan portal antarabangsa Metro.co.uk, bapanya, Nathan Weitzel, 29, sengaja memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kemalangan dengan harapan dapat membuat si kecil itu terbunuh dalam kemalangan.

Bagaimanapun mangsa, Isaiah hanya mengalami luka dan patah kaki sahaja.

Sewaktu ditahan, Weitzel mengakui jenayah tersebut selain turut mengaku tidak mampu membesarkan anaknya.

Realiti itu menyebabkan Weitzel mengambil keputusan untuk membunuh anaknya dengan sengaja menyebabkan kemalangan pada kelajuan 75 km/j.

Ibunya, Nancy Lopez mengakui terkejut dengan tindakan suaminya itu.

Media tempatan melaporkan, Isaiah kini di bawah jagaan ibu kandungnya yang sanggup mengambil cuti selama 10 minggu untuk menemani si kecil itu.

Empat ditikam dengan pisau pemotong daging


4 SEPTEMBER 2016
Empat ditikam dengan pisau pemotong daging

Empat ditikam dengan pisau pemotong daging Valdamar dikesan menyerang orang awam dengan menggunakan pisau pemotong daging.
BERISSO - ARGENTINA – Seorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang empat orang awam secara rawak dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.

Difahamkan, kejadian menakutkan tersebut berlaku kira-kira 10:00 pagi semalam waktu tempatan di Berisso berhampiran dengan La Plata.

Menerusi klip rakaman CCTV, suspek berkenaan yang dikenali sebagai Nicolas Valdemar , 26, dilihat menikam seorang wanita secara rawak dan meninggalkannya seorang diri.

Selepas itu, Veldemar dilihat menaiki motosikal dan turut melancarkan serangan bagi menakutkan seorang pesara berusia 89 tahun yang ketika itu baru sahaja keluar dari sebuah kedai.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 54 tahun bergegas keluar dari sebuah kedai kek untuk membantu pesara terbabit namun Valdemar bertindak ganas dan turut menikam wanita berkenaan sebanyak 20 kali.

Seorang pemandu teksi kemudiannya membunyikan hon kenderaannya dan menjerit kepada penyerang berkenaan selepas melihat aksi ganas itu bagi menghentikan tindakan tersebut.

Namun suspek terbabit kemudiannya bertindak untuk menikam pemandu teksi berkenaan melalui tingkap.

Pemandu teksi berkenaan lantas menghubungi rakannya melalui radio teksi bagi meminta pertolongan dan suspek serangan rawak terbabit berjaya ditahan selepas itu.

Dalam pada itu, tiada mangsa dilaporkan maut ketika kejadian berkenaan malah tiga daripada empat individu yang berada dalam keadaan serius sebelum ini dilaporkan semakin stabil.

Selain itu, rakaman CCTV berkenaan turut menunjukkan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami masalah psikologi dengan menyasarkan mangsa secara rawak.- Daily Mail

Kanak-kanak lelaki maut terkena batu terbang


AZLINA OTHMAN
3 SEPTEMBER 2016

Kanak-kanak lelaki maut terkena batu terbang

Batu yang muncul tiba hingga mengakibatkan Afiq Qayyum maut

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki ketika melalui Jalan Taman Saujana, Kota Tinggi.

Bapa mangsa, Mohd Faizal Selamat, 35, berkata, ketika kejadian, anak bongsunya, Afiq Qayyum dipangku isterinya dan duduk di bahagian penumpang, sementara dua lagi anaknya berada di bahagian tempat duduk belakang.

"Saya dari Kota Tinggi selepas bercuti di kampung beberapa hari, namun dalam perjalanan pulang semalam (Jumaat) ke Larkin pada jam 2 petang, secara tiba-tiba entah dari mana tingkap depan saya pecah.

"Ketika itu, saya yang memandu kereta itu baru sahaja pergi melepasi Taman Saujana dan menuju ke arah Kem Tentera Pulada," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faizal berkata, kemudian saya terdengar isteri menjerit dan terlihat Afiq Qayyum berlumuran darah serta tidak bertindak balas ketika dipanggil.

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian datang membantu dan menelefon ambulans untuk membawa anak saya ke hospital.

"Afiq Qayyum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia pagi tadi walaupun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya," katanya.

Beliau berkata, dia tidak pasti dari arah mana batu berkenaan muncul dan telah membuat laporan polis.

"Batu itu adalah untuk besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya.

"Cuma mungkin ada lori besar yang membawa batu besar melalui kawasan itu dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan diharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain," katanya.

Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran


ROSALWANI CHE SOH‎
4 SEPTEMBER 2016
Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran

Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran Kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kediaman di Kedai Buloh yang turut mengorbankan seorang mangsa dalam kejadian malam tadi.
KOTA BHARU - Seorang maut manakala seorang melecur dalam kebakaran di Kedai‎ Buloh di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Saifuddin Hassan, 36 dipercayai rentung selepas gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam bilik air.

Manakala ibu mangsa, Rokiah Ali, 60, melecur di bahagian belakang badan sebelum berjaya diselamatkan oleh jiran yang mendukung warga emas itu keluar melalui pintu belakang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Rokiah sedang tidur dalam bilik manakala suaminya, Hassan Said, 70, terjaga dari tidur untuk ke bilik air.

Hassan berkata, ketika terjaga dari tidur dia ternampak anaknya, Mohd Saifuddin sedang cuba memadam‎kan kebakaran yang sudah marak.

"Saya turut didukung orang awam ‎memandangkan saya tidak berapa sihat dan terus di bawa keluar dari rumah.

"Isteri saya sempat diselamatkan orang kampung namun anak saya Saifuddin tidak sempat diselamatkan selepas terperangkap dalam‎ bilik air dan dipercayai lemas,"katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba‎ dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, 15 anggota dihantar ke tempat kejadian dengan empat jentera.

"Pihak kami tiba di lokasi‎ jam 1.56 pagi dan api dapat dikawal kira-kira jam 2.06 pagi selepas mengalami kesukaran ekoran jentera mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan kejadian.

"Selepas memadamkan kebakaran kita‎ mendapati terdapat seorang mangsa wanita cedera melecur di bahagian belakang badan dalam usaha memadamkan kebakaran dan dihantar ke hospital menggunakan jentera paramedik.

"Manakala seorang lagi lelaki dewasa dijumpai telah meninggal dunia di dalam bilik air rumah mangsa. Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Siasatan penyelewengan RM76 juta, 7 individu bebas reman


03 September 2016 5:40 PM
Rasuah

Rasuah
PUTRAJAYA 3 Sept. - Tujuh individu yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek saluran paip minyak bernilai RM76 juta di selatan tanah air, dibebaskan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Kesemua lelaki itu, yang berumur di antara 27 hingga 60 tahun, terdiri daripada seorang pengurus besar syarikat cari gali minyak, seorang pengurus syarikat kontraktor dan lima kontraktor.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pengurus syarikat kontraktor terbabit dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM30,000 dan bon RM500,000 dengan dua penjamin.
Pengurus besar syarikat minyak dan lima kontraktor pula masing-masing dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM10,000 dan bon RM50,000 dengan dua penjamin.
Pengurus besar syarikat minyak, pengurus syarikat kontraktor serta empat kontraktor ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Ogos lepas sebelum disambung reman empat hari lagi sehingga hari ini.
Seorang lagi kontraktor berusia 27 tahun, yang merupakan anak kepada pengurus syarikat kontraktor terbabit, ditahan reman pada 30 Ogos lepas.
Sebelum ini, seorang pengurus projek syarikat minyak berusia 60 tahun dan seorang kontraktor berumur 51 tahun, yang ditahan berhubung kes sama, dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai pada 30 Ogos lepas. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/siasatan-penyelewengan-rm76-juta-7-individu-bebas-reman-1.378079#sthash.JpD7bFDa.dpuf

Mesin ATM dan peti besi disamun, Sabasun rugi RM1.14 juta





04/09/2016 12:00pm

MOHD. AZLI ADLAN




Sabasun cawangan Gong Badak kerugian RM1.14 juta selepas dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat di dalam premis itu dipecahkan sekumpulan penjenayah.

KUALA NERUS - Pasar raya, Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd. cawangan Gong Badak kerugian RM1.14 juta selepas dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat di dalam premis itu dipecahkan sekumpulan penjenayah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, tujuh suspek yang dipercayai warga asing bertindak mengikat empat pengawal keselamatan sebelum mengurung mereka di dalam sebuah stor di dalam pasar raya tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, mereka kemudiannya memecah dua mesin ATM dipercayai menggunakan gas Oxy-Acetylere manakala tiga peti besi pula ditebuk dengan mesin pemotong besi.

"Sejurus selesai mengambil kesemua duit dalam mesin ATM dan peti besi itu yang dianggarkan berjumlah RM1.14 juta, kesemua penjenayah yang bersenjatakan parang dan sepucuk pistol bertindak melarikan diri pada pukul 6.30 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4JFy99gdf
Hakcipta terpelihara 

Penunggang motosikal lawan arus maut bertembung teksi


04 September 2016 11:14 AM
Maut rempuh teksi

Maut rempuh teksi
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus aliran trafik bertembung dengan sebuah teksi di KM7.3 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Mohamad Syazwan Darul Hisham, 19, dalam perjalanan menuju ke Putrajaya sebelum motosikalnya bertembung dengan teksi yang dipandu lelaki berumur 54 tahun.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata, akibat pertembungan itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Pemandu teksi itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Shafie berkata, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/penunggang-motosikal-lawan-arus-maut-bertembung-teksi-1.378492#sthash.xONQR2BY.dpuf

Warga emas trauma kereta rempuh ruang tamu


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 SEPTEMBER 2016
Warga emas trauma kereta rempuh ruang tamu

Kereta dipandu anggota tentera terbabas masuk ke ruang tamu mangsa
SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas trauma apabila sebuah kereta terbabas merempuh masuk ruang tamu rumahnya di Kampung Pantai Prai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa, Azizah Wahab, 64, sempat beredar dari ruang tamu menuju ke bilik lain.

Anak lelakinya, Sahrizal Mohd Hajri, 39, berkata, ibunya begitu terkejut bila terdengar sebuah kereta tiba-tiba merempuh bahagian ruang tamu rumahnya itu.

“Nasib baik emak tak berada di tempat tersebut ketika kejadian, bagaimanapun banyak barang penting rosak.

“Saya difahamkan pemandu kereta terbabit hilang kawalan sebelum melanggar ruang tamu rumah yang terletak tidak jauh dari tepi jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Pesona dipandu seorang anggota tentera, Ahmad Yahya, 58, dalam perjalanan balik ke rumahnya melalui Pinang

Tunggal menghala ke Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Padang Serai.

Beliau berkata, anggota tentera terbabit cedera di dada dan mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Pemandu kereta yang bertugas sebagai pembantu operasi di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani bersetuju untuk membaiki kerosakan rumah berkenaan,” katanya.

Jiran pukul dengan topi keledar




Noor Shahfiza menunjukkan kecederaan dialami akibat dipukul jiran dengan topi keledar. FOTO Mikail Ong

Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Wanita cedera di kepala dipukul jiran lelaki dengan topi keledar dalam pergaduhan di kawasan perumahan kos rendah dua tingkat di Permatang Damar Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa Noor Shahfiza Yusoff, 38, turut pengsan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Menurut Noor Shahfiza, jiran yang tinggal di tingkat atas tidak berpuas hati kerana dia memasang alat penghawa dingin baru dan memberi alasan pemasangan kompresor di dinding terlalu hampir dengan tangga rumahnya.

"Jiran meminta tukang supaya menanggalkan kompresor terbabit namun saya menghalang tindakannya menyebabkan dia terus menghayun topi keledar.

"Berikutan itu, saya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan setakat ini suspek berusia 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 2:00 PM

25 ditahan termasuk GRO




Antara GRO yang ditahan. FOTO ihsan PDRM

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis menahan 25 individu dalam tiga serbuan berasingan Ops Noda di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu bermula pada jam 1 pagi hingga 3 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan pertama dijalankan di Jalan Doraisamy, di sini menahan 11 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki bekerja sebagai pelayan, tiga wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki dipercayai pelanggan, selain seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis.

"Dalam serbuan di pusat hiburan kedua di Jalan Doraisamy, di sini menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh terdiri daripada GRO, pekerja dan pelanggan serta seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak, di sini, pihaknya menahan wanita warga Nepal dan lelaki warga India yang juga penari pusat hiburan itu, selain seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.

"Mereka ditahan kerana melanggar kesalahan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B dan Peraturan 11 (7) akta yang sama," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 2:07 PM

Ajal 4 remaja




Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang maut di Pasir Mas, semalam. FOTO ihsan pembaca

Siti Rohana Idris dan Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Empat remaja maut dalam kemalangan berasingan di Kampung Belukar, di sini, dan di Kilometer 1, Jalan Bendang Morak ke Kok Pasir, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian pertama pada 6.45 petang di sini, mangsa, Mohd Shahrul Nizam Mohd Zain, 15, dari Kampung Slow Machang, di sini dan Mohd Amirul Irwan Mezah, 19, dari Kampung Geting, Tumpat meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang dari arah bertentangan itu bertembung di tengah jalan.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Pasir Mas Asisten Superintendan Kheng Siong Lye mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan (APJ) 1987," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu dalam kejadian kedua pada 8 malam di Tumpat, Muhamad Haiqal Erfan Bin Zainuddin, 17, dan Ahmad Zikrillah Bin Mohd Zabidi, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, kemalangan berlaku ketika seorang mangsa datang dari arah Bendang Morak menghala ke Kok Pasir manakala seorang lagi dari arah bertentangan.

"Kedua-dua motosikal itu dipercayai ditunggang dengan laju sebelum hilang kawalan dan bertembung sesama sendiri

"Rempuhan yang kuat itu menyebabkan mereka maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 2:30 PM

Lepas gian di hotel bajet



ANTARA alat menagih dadah yang ditemui dalam operasi di hotel bajet di ibu negara tahun ini.

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Hotel bajet lazimnya dikaitkan dengan kes tangkapan khalwat membabitkan pasangan kekasih terutama pada hari tertentu seperti Ambang Merdeka dan Hari Kekasih, tapi kini premis itu turut dijadikan ‘port’ oleh golongan penagih dadah bagi melepaskan gian dan menganjurkan pesta dadah.

Dengan bayaran penginapan serendah RM40 semalam, mereka tidak peduli lagi mengenai keselesaan serta keadaan bilik yang berbau asalkan dapat melepaskan ketagihan dadah.

Port lama seperti rumah tinggal, kawasan belukar dan bawah jambatan mungkin masih ada, namun peralihan ke bilik di hotel bajet dirasakan lebih selesa dan terlindung daripada pandangan orang ramai.

Tidak hairanlah apabila serbuan dijalankan pihak berkuasa ke atas premis hotel bajet pasti menemui individu atau kumpulan yang lalok menjalankan aktiviti penagihan.

Dalam operasi dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat di sekitar Kajang baru-baru ini, seramai enam individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit dalam aktiviti dadah di dalam bilik hotel.

Serbuan bermula jam 11 malam hingga 4 pagi itu dijalankan bersama agensi lain termasuk Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dan Jabatan Imigresen (JIM).

Pada asalnya, pemeriksaan ke bilik hotel berkenaan adalah untuk mengesan pasangan berkhalwat.

Ketua Pegawai AADK Hulu Langat Muhammad Ramlan Syed Ahmad berkata, daripada enam individu yang ditahan seorang adalah janda anak satu.

Menurutnya, dalam tangkapan pertama di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Raja Harun, Kajang, tiga lelaki ditahan selepas mendapati wujud aktiviti penagihan dadah di dalam bilik sewa mereka.

“Sebaik pintu bilik dibuka, mereka tidak dapat lagi menyorok aktiviti daripada pengetahuan pihak kami apabila keseluruhan bilik itu dipenuhi asap dipercayai daripada dadah jenis ganja.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik mendapati tiga lelaki terbabit menginap bersama janda beranak lima. Wanita berusia 40-an itu kemudian ditahan pihak PAID kerana berkhalwat,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas tiga suspek berusia 20 hingga 30-an itu mengesahkan mereka positif dadah jenis ganja dan syabu.

“Hasil soal siasat dijalankan ke atas lelaki terbabit mereka mengaku memperoleh dadah di sekitar kawasan Kajang.

“Pihak kami dimaklumkan, golongan penagih terbabit kini memilih hotel bajet kerana ia lebih privasi ,” katanya.

Muhammad Ramlan berkata, dalam satu lagi serbuan ke atas hotel bajet di kawasan Balakong, pihaknya berjaya menahan pasangan kekasih berusia 20-an.

Menurutnya, ketika ditahan turut berada di dalam bilik berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun anak hasil perkongsian perkahwinan wanita terbabit sebelum ini.

“Wanita itu mendakwa dia mengambil dadah syabu untuk mengurangkan tekanan perasaan yang sering dialaminya.

“Hasil saringan ujian air kencing mengesahkan kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu. Semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:08 AM

Lelaki ditemui mati dengan 12 kesan luka



Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Kinabatangan: Seorang pekerja ladang sawit ditemui mati dengan 12 kesan luka dipercayai akibat ditetak di perumahan Ladang Permodalan 1, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.18 malam, Carlito Bigno, 26, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka disyaki akibat tetakan pada tengkuk, kepala, belakang badan, bahu kiri dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan seorang wanita yang juga jiran mangsa, sebelum kejadian, dia ada mendengar jeritan meminta tolong.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu tidak melihat sebarang pergaduhan berlaku tetapi ternampak seorang lelaki berlari sambil memegang parang.

“Wanita itu yang ketakutan mengambil keputusan untuk bersembunyi. Penghuni yang lain kemudian membuat laporan polis.

“Pihak kami menahan seorang suspek lelaki berusia 23 tahun pada jam 12.40 tengah malam.

“Suspek berkenaan merupakan adik ipar mangsa. Dia ditahan di perumahan Ladang Permodalan 4,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek, polis menemui senjata disyaki digunakan adik ipar mangsa dalam kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:24 AM

Barang seludup RM6 juta dirampas


Sebanyak 32 kontena dibawa dari negara jiran
RODELIO JUNJUN TAUCAN  |  03 September 2016 11:57 PM

Subromaniam THOLASY (dua kiri) memberi penerangan mengenai rampasan

Subromaniam THOLASY (dua kiri) memberi penerangan mengenai rampasan
SUBROMANIAM THOLASY (dua kiri) memberi penerangan mengenai rampasan arak yang disimpan di Pelabuhan Sepanggar dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. Turut bersama Dr. Janathan Kandok (kiri). MINGGUAN/IRWAN MAJID
KOTA KINABALU 3 Sept. - Didaftarkan sebagai perabot, perkakasan besi dan kelengkapan sukan, namun hakikatnya sebanyak 32 kontena yang diletakkan di Pelabuhan Se­panggar sebenarnya berisi pelbagai barangan seludup termasuk arak dari negara jiran.
Tindakan penyeludup yang me­malsukan dokumen bagi me­nu­tup aktiviti jenayah tersebut walau bagaimanapun berjaya dipatahkan hasil kecekapan ang­gota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pe­meriksaan dan merampas ke­se­mua barang tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, kesemua barang itu bernilai RM6 juta termasuk cukai yang diimport dari China, Singapura serta Thailand didaftar dan diikrarkan sebagai barang­an lain bagi mengelak dikenakan cu­kai.
“Pemeriksaan pertama mendapati 21 buah kontena tersebut diisi dengan arak pelbagai jenama iaitu sebanyak 249,372 liter de­ngan nilai duti import RM870,000 dan cukai RM3.69 juta.
“Dalam pemeriksaan kedua, lapan kontena lagi didapati me­ngandungi beras seberat 170,150 kilogram dengan nilai duti dan cukai RM1.06 juta manakala tiga buah kontena lain diisi 2,131 biji tayar serta kelengkapan rumah dengan duti dan cukai bernilai RM450,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM hari ini.
Yang turut hadir Pengarah JKDM Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok dan Pengarah Cawangan Risikan JKDM, Mohd. Yussof Ismail.
Subromaniam berkata, kese­mua barangan tersebut dipercayai dibawa masuk ke negeri ini oleh ejen penghantaran dan pihaknya masih berusaha mengesan setiap mereka untuk dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya, kes tersebut di­siasat di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan seludup atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
"Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda tidak kurang 20 kali ganda dan tidak lebih 40 kali ganda nilai barang seludup atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua­nya sekali.
“JKDM juga tidak akan teragak-agak membatalkan lesen mana-mana ejen yang didapati menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyeludup,” jelas beliau.
Subromaniam berkata, rampasan tersebut yang dibuat oleh Cawangan Risikan, Bahagian Pe­ngu­atkuasaan JKDM Sabah dengan bantuan Unit Siasatan Frod Perdagangan Sabah merupakan yang terbesar di negeri ini tahun ini.
Sementara itu katanya, JKDM akan menubuhkan unit Coordinated Border Management (CBM) yang dicetuskan oleh Pertubuhan Kastam Dunia (WCO) iaitu kerjasama antara agensi keselamatan bagi memantapkan kawalan di sempadan negara.
“Kawasan yang dikenal pasti untuk penubuhan CBM adalah di pintu-pintu masuk negara. Pegawai-pegawai CBM akan memban­tu pegawai penaksir dalam menjalankan tugas dengan lebih ber­­­kesan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/barang-seludup-rm6-juta-dirampas-1.378144#sthash.tYfLfy7c.dpuf

Polis sita 38 motosikal dan keluarkan 456 saman


FARABI SHEIKH SAID AL JABRI  |  03 September 2016 3:40 PM


Seorang anggota polis  mengeluarkan saman kepada pemilik motosikal

Seorang anggota polis mengeluarkan saman kepada pemilik motosikal dalam Op Bersepadu polis , JPJ dan Spad di Cheras, Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/GHAZALI BASRI
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Sebanyak 38 buah motosikal disita dan 456 saman dikeluarkan oleh polis menerusi operasi bersepadu khas yang dijalankan di enam lokasi sekitar ibu negara di sini malam tadi.
Operasi melibatkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur itu turut disertai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) bermula pukul 11 malam hingga 2 pagi.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, saman tertinggi dicatatkan di Jalan Raja Laut dengan 120 saman diikuti Jalan Loke Yew, Cheras sebanyak 92 saman.
"Manakala Jalan Genting Klang pula 85 saman, Jalan Tunku Abdul Rahman sebanyak 80 saman, Jalan Sri Petaling (43 saman) dan Sentul Raya (36 saman)," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-sita-38-motosikal-dan-keluarkan-456-saman-1.378064#sthash.2kJ7ROxe.dpuf

24 kaki judi belangkas ditahan


03 September 2016 12:39 PM

Sekumpulan 24 kaki judi termasuk empat wanita ditahan polis kerana

Sekumpulan 24 kaki judi termasuk empat wanita ditahan polis kerana bermain judi belangkas ketika upacara pengebumian di kawasan Paya Mat Insun, Pendang, hari ini. GAMBAR/Ihsan PDRM Kedah
ALOR SETAR 3 Sept. - Polis menahan 24 kaki judi belangkas serta merampas wang tunai lebih RM35,000 dalam satu serbuan di Kampung Watt, Paya Mat Insun tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mohd Nashir Ya berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah oleh pasukan JSJ Ibu Pejabat Kontinjen Kedah diketuai ASP Azman Adnan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Pendang pada 12.30 tengah malam tadi.
"Aktiviti judi dijalankan di kawasan berhampiran upacara kematian, di hadapan sebuah rumah di Kampung Watt, Paya Mat Insun," katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam serbuan itu katanya, polis menahan 20 lelaki dan empat perempuan tempatan, masing-masing berumur antara 24 hingga 64 tahun dan merampas beberapa peralatan judi belangkas dan dadu.
Polis katanya akan memohon perintah reman untuk semua tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/24-kaki-judi-belangkas-ditahan-1.378046#sthash.bq8mQCdF.dpuf

Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam longkang

SABTU, 3 SEPTEMBER 2016 @ 5:00 PM

 Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

BAYI lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dalam longkang berhadapan sebuah rumah di Jinjang Selatan Tambahan pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dalam longkang berhadapan sebuah rumah di Jinjang Selatan Tambahan di sini, pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang remaja berusia 16 tahun pada jam 10.58 pagi, selepas curiga apabila anjing peliharaannya menyalak sebelum menemui bayi terbabit di dalam kotak, kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata bayi itu menangis kelaparan ketika ditemui dan remaja berkenaan menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan.

 "Remaja itu curiga apabila anjingnya tidak berhenti menyalak, lalu keluar memeriksa tetapi tidak menemui apa-apa.

 "Dia kemudian mengikut anjingnya ke longkang di hadapan rumah sebelum menemui bayi yang masih bertali pusat tanpa seurat benang dalam sebuah kotak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Munusamy berkata, pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Selayang untuk pemeriksaan serta rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian 03-40400781 / 03-40400782 bagi membantu siasatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189414

Judi: 1 pegawai, 20 anggota polis ditahan

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 @ 8:25 PM

Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai dan 20 anggota polis dari pelbagai unit dan bahagian ditahan dalam dua serbuan berasingan ke atas dua premis perjudian di Jalan Air Panas, di sini, tengah hari tadi.


Dalam serbuan sekitar jam 12.50 tengah hari itu, semua pegawai dan anggota terbabit ditahan bersama 12 orang awam yang dipercayai pelanggan serta sembilan penjaga kedua-dua premis berkenaan.


Serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, turut membawa kepada rampasan 57 mesin judi atas talian dan 4 simulator berunsurkan perjudian.


 Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas semua pegawai dan anggota polis yang ditahan sebelum tindakan susulan diambil.


"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk kesalahan seperti ini termasuk membabitkan pegawai dan anggota polis sendiri.

 "Pihak JIPS akan sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti jenayah dan masalah sosial yang membabitkan warga kita (polis) sendiri," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189199

'Nampak orang usung keranda'




KEADAAN kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Belukar.

myMetro
Pasir Mas: “Ketika membonceng motosikal yang saya tunggang, arwah memberitahu dia ternampak orang mengusung keranda dan bila melalui tanah perkuburan, dia maklumkan ternampak motosikal milik bapa saudara dan sepupunya di situ.

“Saya memarahinya kerana bercakap perkara seperti itu namun tidak menyangka ia petanda arwah pergi selama-lamanya,” kata Mohd Faizal Dzu, 19.

Rakan Mohd Faizal, Mohd Shahrul Nizam Mohd Zain, 15, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Belukar, di sini, jam 6.45 petang kelmarin.

Kemalangan membabitkan tiga motosikal turut menyebabkan Mohd Amirul Irwan Mezah, 19, dari Kampung Geting, Tumpat meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi cedera ringan.

Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Mohd Shahrul Nizam dari Kubang Bemban ke Gaung hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Mohd Amirul Irwan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:23 AM

Dua remaja lelaki temui ajal







Orang ramai melihat lokasi kemalangan di susur keluar Kubang Bemban kelmarin.

PASIR MAS – Dua remaja maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah moto­sikal dalam kejadian di susur keluar Kubang Bemban ke Banggol Chica berhampiran Kam­pung Belukar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, Muhammad Shahrul Nizam Mohd. Zain, 15, dan Muhammad Amirul Irwan Mezah, 19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Rakan mereka yang cedera pula dikenali Muhammad Shafiq Haikal Kanudin,16.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, siasatan awal mendapati, Muhammad Shahrul Nizam menunggang motosikal dari arah Kubang Bemban menghala ke Kampung Gaung.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4JEydMHRI
Hakcipta terpelihara 

Pelajar cemas bas terbalik






Orang ramai melihat keadaan bas sekolah yang terbalik hingga mencemaskan 40 murid Orang Asli dalam kejadian di Kampar kelmarin.

KAMPAR – Sebanyak 40 pelajar Orang Asli berdepan detik cemas apabila bas sekolah yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbalik ke bahu jalan di Kampung Jelintoh Ulu Pili, Gopeng kelmarin.

Kejadian pukul 1 petang itu berlaku apabila bas yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba.

Difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru ke rumah pelajar di sekitar Kampung Jelintoh Ulu Pili.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4JEyKdViR
Hakcipta terpelihara 

Cedera dihentak topi keledar jiran




Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BEGINILAH keadaan seorang wanita yang cedera di kepala dan hidung selepas dipukul dengan topi keledar oleh jirannya dalam kejadian di Bayan Lepas kelmarin.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki selepas dia disyaki menghentak kepala jiran wanita­nya dengan topi keledar gara-gara gagal mengawal emosi dalam satu pertengkaran di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku apabila lelaki berusia 50 tahun tersebut cuba meleraikan pertengkaran antara isterinya dengan wanita terbabit berhubung tindakan mangsa yang memasang kompresor pendingin udara pada dinding di tepi tangga rumah mereka.

Difahamkan kedua-dua pihak tinggal di rumah jenis rumah bandar (town house) di mana mangsa tinggal di rumah bawah manakala pasangan itu menetap di atas. Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4JExzqnEq
Hakcipta terpelihara 

GRO Bangladesh kena cekup





Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas beberapa dokumen selepas menggempur tiga premis hiburan di sekitar ibu kota semalam.

KUALA LUMPUR – Enam pegawai perhubu­ngan pelanggan (GRO) warga Bangladesh merupakan antara 25 individu yang diberkas selepas polis menggempur tiga buah premis hiburan dalam Ops Noda di sekitar ibu kota di sini semalam.

Serbuan selama tiga jam bermula pukul 1 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd. Rusdi Isa berkata, dua serbuan pertama di Jalan Doraisamy dapat menahan dua penjaga premis dan 20 warga Bangladesh termasuk enam pekerja, enam GRO dan lima pelanggan.

“Serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak pula dapat menahan seorang lelaki tempatan yang menguruskan premis itu serta seorang wanita Nepal dan seorang lelaki India yang bertindak sebagai penari di premis hiburan berkenaan,” katanya di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4JExUvz9S
Hakcipta terpelihara 

Virus Zika ditemui dalam nyamuk di Florida





MIAMI, Florida – Virus Zika ditemui dalam tiga kumpulan nyamuk yang diperangkap di pantai Miami Beach, Florida, kali pertama perkara itu berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, pihak berkuasa AS menyalahkan sejenis bunga sebagai punca usaha membasmi nyamuk Aedes menjadi jauh lebih sukar.

Salah satu perangkap yang didapati positif virus Zika diletakkan di Taman Botani Miami Beach di mana bunga bromeliad mekar. Tumbuhan itu menakung air dan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik walaupun mempunyai bunga berwarna-warni dan daun tirus.

“Setiap orang patut tahu bahawa bunga bromeliad menjadi masalah buat kami. Tumbuhan ini menjadi tempat pembiakan nyamuk nombor satu,” kata Datuk Bandar Miami-Dade, Carlos Dimenez.

Katanya, pihak berkuasa tempatan sedang membuang semua bunga bromeliad dari lanskapnya dan menggesa penduduk Florida supaya turut berbuat demikian atau membersihkan tumbuhan itu setiap kali selepas hujan.

Terdahulu, Gabenor Florida, Rick Scott mengarahkan majlis perbandaran Miami- Dade segera melakukan semburan racun serangga menggunakan helikopter seperti yang diarahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Semua nyamuk pembawa virus Zika itu diperangkap di kawasan pelancongan seluas 3.8 kilometer di pantai South Beach yang merupakan zon jangkitan aktif kuman itu, kata Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pelanggan Florida dalam satu kenyataan akhbar.

“Ini kali pertama kami menemui virus Zika dalam nyamuk tempatan,” kata seorang jurucakap CDC, Erin Sykes.

Penyakit Zika disebarkan dari manusia kepada nyamuk dan pada manusia lain melalui gigitan serangga tersebut. Bagaimanapun nyamuk tidak menyebarkan virus itu kepada nyamuk lain. Jangka hayat nyamuk hanyalah beberapa minggu.

Sementara itu, satu tinjauan yang disiarkan kelmarin mendapati hampir 48 peratus rakyat AS bimbang untuk berkunjung ke kawasan wabak Zika yang tersebar melalui gigitan nyamuk.– AP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4JEuFKSSb
Hakcipta terpelihara 

15 pekerja gas dan minyak di culik di Nigeria


03 September 2016 10:05 PM

culik

culik
LAGOS 3 Sept. - Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak menculik 15 pekerja sebuah firma gas dan minyak tempatan, Nestoil di selatan wilayah bergolak, Delta Niger semalam.
Jurucakap polis, Nnamdi Omoni berkata, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan diculik dengan tembakan rambang ke udara oleh lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Port Harcourt.
“Bas pekerja yang dinaiki oleh 15 pekerja termasuk pemandu di tinggalkan di tepi semak samun berhampiran tempat kejadian, ketika ini pihak polis telah mengepung beberapa lokasi yang dipercayai menjadi sasaran penculik.
“Kejadian seumpama ini bukan sesuatu yang baru kerana penculikan untuk wang tebusan, kami sedang sedaya upaya menyelamatkan mangsa dan menangkap suspek berkenaan,” katanya.
Penculikan untuk wang tebusan merupakan antara jenayah popular yang dilakukan oleh puak pemberontak di beberapa bahagian Nigeria sejak awal tahun 2000.
Rata-rata yang diculik merupakan warga asing yang bekerja atau melancong, kumpulan iitu mendakwa mereka mahu segala kekayaan hasil gas dan minyak dipulangkan kembali kepada rakyat yang hidup dalam kemiskinan di negara itu.
Bulan lalu, dua warganegara China diculik berhampiran pusat bandar Abuja sebelum dilepaskan tidak sampai 24 jam, namun demikian tidak dapat dipastikan adakah wang tebusan sudah di bayar kepada kumpulan pemberontak. -AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/15-pekerja-gas-dan-minyak-di-culik-di-nigeria-1.378092#sthash.ckMiPVHj.dpuf

22 wanita di New Dehli berjaya diselamatkan sebelum di jual


03 September 2016 10:05 PM



NEW DEHLI 3 Sept. - Pihak berkuasa India berjaya menyelamatkan 22 wanita muda warga Nepal yang dipercayai menjadi mangsa penyeludupan manusia oleh sebuah sindiket malam kelmarin.
Kesemua wanita itu bakal diterbangkan ke Asia Barat, antaranya Qaatar berdasarkan maklumat yang diberikan oleh mereka selain daripada maklumat tertera dalam visa mereka.
Beberapa anggota Cawangan Jenayah Berat India menyerbu sebuah hotel dekat Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi pagi kelmarin selepas mendapat maklumat daripada kedutaan Nepal.
Ketua Pesuruhjaya Polis New Dehli, Ravindra Yadav berkata, salah seorang daripada mangsa berjaya melarikan diri daripada hotel tersebut sebelum bertindak memaklumkan kepada kedutaan Nepal.
“Seramai 22 wanita diselamatkan dalam serbuan itu. Kami sudah mengenal pasti dua tertuduh tetapi suspek berjaya melarikan diri, kita masih lagi menyiasat dan tidak menolak ini didalangi oleh sindiket besar.
“Kesemua wanita ini akan memberikan kenyataan mereka di mahkamah pada hari ini,” katanya. -AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/22-wanita-di-new-dehli-berjaya-diselamatkan-sebelum-di-jual-1.378094#sthash.Vo36olaf.dpuf