Search This Blog

Friday, September 2, 2016

Lelaki maut selepas terjun dari tingkat 13





02/09/2016 4:33pm

KUALA LUMPUR - Seroang lelaki maut apabila bertindak nekad terjun dari tingkat 13 dalam satu kejadian di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringi, Jalan Miri, Jinjang dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.37 itu, mangsa berusia 50 tahun yang namanya tidak didedahkan itu disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kejadian itu mula disedari oleh penduduk setempat sebelum mereka memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz4J5TfNxt7
Hakcipta terpelihara 

Jatuh longkang ketika kait rambutan

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 @ 1:49 PM

Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my


MANGSA yang jatuh ke dalam longkang ketika mengait rambutan diselamatkan anggota bomba. - Foto Ihsan Bomba

KUALA KUBU BHARU: Seorang lelaki patah kaki kiri dan cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang besar ketika cuba mengait rambutan di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, Choo Ah Kiew, 75, jatuh dari ketinggian kira-kira 4.5 meter ke dalam longkang tidak berair dan pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkannya.

 Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa. Rosdi berkata, mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

 "Kita beri rawatan awal kepada mangsa sebelum dia diikat pada pengusung khas untuk ditarik naik. "Orang ramai dan anggota polis turut membantu operasi," katanya kepada BH, hari ini. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans HKKB untuk rawatan lanjut.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189111

Budak 11 tahun ditemui lemas




Mayat Wan Abu Hurairah ditemui 3 petang tadi. FOTO Ramli Ibrahim

Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my


Gua Musang: Budak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas ke Sungai Galas dekat Kampung Lembaga, di sini, kelmarin ditemui lemas di Lubuk Pak Ya, Kampung Batu Enam, 3 petang tadi.

Mayat Wan Abu Hurairah Wan Mohd Salam ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan penemuan itu.

"Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan bengkak oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari yang dimulakan sejak pagi semalam.

"Ia ditemui lapan kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus," katanya di sini, hari ini.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditutup kira-kira 4 petang dan mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Semalam, Wan Abu Hurairah dilapor ke sungai itu bersama enam lagi rakan, kira-kira 11.30 pagi Rabu dan hilang ketika cuba membantu seorang rakannya yang hampir lemas.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 5:42 PM

Dua rumah kedai hangus




DUA rumah kedai musnah dalam kebakaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Dua unit rumah kedai membabitkan kedai makan dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Panji, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 5.30 petang itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum empat jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian bahagian atas rumah kedai itu sudah 100 peratus terbakar.

"Kita ambil masa lima minit untuk kawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya pada 6.37 petang.

"Kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:06 PM

Rumah warga emas musnah




Anggota bomba memadam sisa kebakaran rumah di Kampung Balai Besar, petang tadi. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Rumah didiami seorang warga emas hangus dalam kebakaran di Kampung Balai Besar di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang itu pemilik kediaman terbabit, Ismail Hasaan, 61, tiada di rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 6.39 petang.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bomba kemudiannya bergegas ke lokasi dibantu enam anggota serta sebuah lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka.

Katanya, setibanya di lokasi didapati api sedang marak dan hampir memusnahkan keseluruhan rumah terbabit.

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran itu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:53 PM

Dua rumah kedai hangus




DUA rumah kedai musnah dalam kebakaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Dua unit rumah kedai membabitkan kedai makan dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Panji, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 5.30 petang itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum empat jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian bahagian atas rumah kedai itu sudah 100 peratus terbakar.

"Kita ambil masa lima minit untuk kawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya pada 6.37 petang.

"Kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:06 PM

3 maut kereta bertembung





Jempol: Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dua kereta bertembung dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Bahau-Keratong, semalam.

Kemalangan berlaku jam 8.15 malam dipercayai berpunca apabila pemandu Proton Perdana hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan dan bertembung dengan Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Nor berkata, mereka yang terbunuh adalah Sha’ri Md Akim, 63, yang juga pemandu Proton Perdana.

Beliau berkata, dua lagi adalah pemandu dan penumpang Proton Waja dikenali sebagai R Julie, 34, dan R Saniasammah, 58.

“Anak Sha’ri, Siti Nur
Azeera, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah.

“Dua lagi cedera parah adalah M Rajaispasri, 47, dan K Srinikha, 6. Kedua-dua mangsa adalah penumpang Proton Waja,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Perdana dinaiki dua beranak dari Muadzam Shah, Pahang menuju Bahau dipercayai hilang kawalan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu kereta terbabit maut di tempat kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 11:28 AM

Terpaksa tidur di balai raya


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 SEPTEMBER 2016
Terpaksa tidur di balai raya

Keadaan rumah Eng Joo yang musnah dalam kejadian kebakaran minggu lalu.

RASA - Bapa kepada lima anak merayu bantuan kediaman selepas rumah pusaka musnah terbakar dalam kejadian kebakaran minggu lalu.

Tek Eng Joo, 45, berkata, dia dan isteri bersama lima anaknya kini terpaksa menumpang di sebuah balai raya berikutan ketiadaan tempat tinggal.

“Selepas rumah terbakar, kami sekeluarga terpaksa tumpang tidur di pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini.

“Sudah seminggu tinggal di sini,  petang ni (semalam) pula kami sekeluarga terpaksa tumpang ke dewan lain...sebab sudah jadi prosedur di sini kami tak boleh tinggal lebih seminggu.

“Di sini pun kami tidur di bahagian perpustakaan dan sangat sempit untuk saya, isteri dan empat anak lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, anak sulungnya kini bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya terpaksa tinggalkan dia menumpang di rumah makciknya, bimbang dia tak selesa tinggal di balai raya dan ganggu fokus untuk periksa.

“Saya dah minta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi belum ada khabar berita lagi.

“Ada Adun kawasan sini beri bantuan RM1,000 tapi tak cukup untuk saya buat bayar deposit rumah sewa,” katanya.

Eng Joo berkata, namun dia bersyukur kerana jiran tetangga ada yang sudi menghulurkan derma dan memberi bantuan baju kepada anak-anaknya.

Katanya, lima anaknya yang masih bersekolah sangat memerlukan bantuan barangan keperluan dan buku rujukan.

“Harap ada pihak yang sudi bantu kami,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Hulu Selangor, Abdul Razak Aziz mengesahkan, pihaknya sudah pun memberi bantuan segera sejurus menerima berita berhubung kebakaran tersebut.

“Kita terus beri bantuan berbentuk tilam, tikar dan bantal di pusat pemindahan serta bantuan makanan kepada keluarga berkenaan selama tiga hari.

“Selain itu, bantuan segera turut kita beri sebanyak RM300 untuk setiap keluarga kerana bencana tersebut melibatkan dua keluarga dari Tabung Bencana Segera.

“Cuma bantuan RM5,000 sedang dalam proses kerana bantuan tersebut memerlukan kelulusan daripada pihak pegawai daerah,” katanya.

Tambahnya lagi,  Eng Joo akan diberi bantuan sebanyak RM300, manakala RM400 untuk anak-anaknya

Kepada orang ramai yang  sudi menghulurkan  sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank milik Eng Joo (4622005818).

Bayi makan ular hidup-hidup




ARSANAH bersama bayinya menunjukkan dokumen perubatan anaknya. - Agensi

Serang (Indonesia): Seorang bayi berusia 18 bulan kini jatuh sakit selepas kanak-kanak itu makan seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya di sini baru-baru ini.

Ibu bayi berkenaan, Arsanah berkata, kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu apabila dia melihat anak perempuannya mengunyah sesuatu.

“Apabila saya membuka mulutnya saya terkejut apabila melihat ada ekor ular di dalam mulut anak saya.

“Saya terus menarik ekor itu tetapi hanya bahagian ekor ular itu yang tinggal,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa hari anaknya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah.

“Anak saya sering muntah dengan mengeluarkan sedikit darah dan sisik dipercayai sisik ular,” jelasnya.

Kata Arsanah, dia bersama suaminya tinggal di sebuah rumah kecil di tengah sawah dan mereka sering terlihat ular di kawasan itu.

Selepas keadaan anaknya semakin lemah, Arsanah membawa bayinya ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Dradjat Prawiranegara di sini.

“Anak saya terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari kerana keracunan dan masalah membuang air besar.

“Kini keadaan anak saya bertambah baik tetapi saya perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 7:53 AM

Sejam terperangkap dalam lubang tandas




HANYA tangan Larsen yang kelihatan ketika dia terperangkap di dalam tandas ini. - Agensi

Oslo: Seorang lelaki terperangkap di dalam tangki septik hampir satu jam selepas dia masuk ke dalam lubang tandas untuk menyelamatkan telefon rakannya yang terjatuh.

Cato Berntsen Larsen, 20, berkata, rakannya meminta tolong selepas telefon pintar jenis iPhone miliknya terjatuh di dalam lubang jamban di sebuah tandas awam di Drammen dekat sini.

Tandas itu tidak bersambung dengan sistem pembetungan, tetapi menggunakan tangki septik yang dikosongkan setiap kali ia penuh.

Katanya, tanpa berfikir panjang dia terus masuk ke dalam lubang jamban berkenaan, tetapi terperangkap di dalamnya ketika mahu keluar.

“Apabila masuk ke dalam lubang tandas itu, saya terus termuntah kerana baunya terlalu busuk.

“Ia sangat menjijikkan dan pengalaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada haiwan dalam tangki itu dan ia menggigit saya,” katanya.

Selepas terperangkap selama beberapa minit akhirnya rakan Larsen terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Bomba yang tiba tidak lama selepas itu terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi menyelamatkan Larsen.

Walaupun sudah berusaha keras, Larsen gagal menemui telefon pintar rakannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 7:54 AM

20 jam simpan rahsia rakan lemas





Oleh AIMUNI TUAN LAH

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Galas dekat Kampung Lembaga, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Gara-gara bimbang dimarahi keluarga, enam kanak-kanak sanggup menyembunyikan kejadian seorang rakan mereka dikhuatiri lemas di Sungai Galas dekat Kampung Lembaga di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika sebahagian daripada kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun termasuk mangsa, Wan Abi Hurairah Wan Muhamad Sallam, 11, sedang mandi-manda di sungai tersebut.

Bagaimanapun, pada pukul 7.30 pagi semalam, insiden itu terbongkar apabila salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Achik menceritakan perkara sebenar kepada pihak polis yang menyiasat kes mangsa yang hilang kira-kira 20 jam.

Wan Abi Hurairah merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, hasil soal siasat ke atas rakan-rakan mangsa, Wan Abi Hurairah dikatakan telah dihanyutkan arus deras bersama seorang rakannya sebelum lima yang lain cuba menyelamatkan mereka.

Menurutnya, hanya seorang mangsa dapat diselamatkan namun Wan Abi Hurairah hilang dan gagal dikesan.

“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sehingga ke hilir sungai sejak pukul 9 pagi tadi (semalam) melibatkan hampir 40 anggota antaranya polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam,” katanya semalam.

Sehingga lewat petang semalam, mangsa belum ditemui.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Muhamad Sallam Wan Salleh, 45, yang tinggal di Kampung Melayu Bandar Lama berkata, sebelum kejadian, Wan Abi Hurairah atau mesra dipanggil Abi dihantar oleh ibu saudaranya ke rumah rakannya yang dikenali sebagai Achik di Kampung Lembaga pada pukul 10.30 pagi kelmarin.

“Pada pukul 5 petang, ibu saudaranya pergi ke rumah Achik untuk mengambilnya tetapi dia tiada. Sejam kemudian, saya berjumpa dengan seorang rakan Abi yang menyuruh saya pergi mencarinya di padang bola.

“Saya bertemu Achik dan dia pula mengatakan Abi pergi ke sebuah kedai untuk membeli barang tetapi tidak pulang-pulang,” katanya ketika ditemui.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Wan Muhamad Sallam membuat laporan polis pada pukul 1 pagi semalam sebelum diberitahu anaknya dikhuatiri lemas selepas salah seorang daripada rakannya menceritakan kejadian sebenar kepada pihak polis.

Dalam pada itu, seorang rakan mangsa, Ramadan Mansor, 11, berkata, ketika kejadian, dia bersama Wan Abi Hurairah dan seorang lagi rakan berada di atas tebing sungai.

“Empat rakan kami pula sedang mandi sungai namun salah seorang tiba-tiba hanyut. Abi telah terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkannya namun dia kemudian dihanyutkan arus deras,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4J3KmhJlD
Hakcipta terpelihara 

Reman suspek bunuh tiga beranak dilanjut


02 September 2016 12:12 AM
Perintah tahanan reman ke atas suspek (depan) kes pembunuhan kejam

Perintah tahanan reman ke atas suspek (depan) kes pembunuhan kejam tiga beranak di Kampung Bertam Malim di Melaka, disambung selama tujuh hari lagi, semalam. UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
MELAKA 1 Sept. – Tempoh tahanan reman ke atas suspek utama kes pembunuhan kejam tiga beranak di Kampung Bertam Malim di sini, dilanjutkan oleh Mahkamah Majistret di sini selama tujuh hari lagi bermula esok.
Lelaki berusia 26 tahun itu yang juga penganggur telah direman selama seminggu pada 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah tersebut, Mohd. Anuar Ostadi.
Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari itu tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 10.30 pagi untuk proses lanjutan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Utusan Malaysia pada 25 Ogos lalu melaporkan, tiga beranak termasuk sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai dikelar seorang pemuda yang merupakan ahli keluarga angkat mangsa di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim.
Mayat Hasan A. Wahab, 70, isterinya, Mariah Baharin, 62, ditemukan dalam bilik tidur berasingan, manakala anak lelaki tunggal mereka, Mohammad Taufeq, 22, pula dijumpai di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 6.45 pagi, hari kejadian oleh penduduk kampung.
Suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta, berjaya ditahan polis di pekarangan sebuah masjid di Bukit Rambai di sini pada pukul 11 pagi iaitu kira-kira empat jam selepas kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/reman-suspek-bunuh-tiga-beranak-dilanjut-1.377325#sthash.dUriPncm.dpuf

Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan


2 SEPTEMBER 2016
Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan

Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Penggodam yang mendedahkan kandungan  emel peribadi milik Hillary Clinton dijatuhkan hukuman penjara 52 bulan oleh mahkamah di Virginia, semalam.

Marcel Lazar, 44 warganegara Romania menggunakan nama ‘Guccifer’ mengaku bersalah Mei lalu atas tuduhan termasuk menggunakan akses terlarang kepada komputer yang dilindungi serta menggunakan identiti yang dicuri.

Sebelum ini, dalam satu wawancara Lazar mendedahkan dia telah menceroboh server peribadi ketika calon Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjawat sebagai Setiausaha Negara AS di rumahnya di Chappaqua, New York.

Namun, pihak berkuasa  menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai sia-sia, lapor Reuters.

Minggu lalu, hakim mengarahkan Jabatan Negara untuk menyemak 14,900 dokumen baharu, sebahagian besarnya dipercayai berupa emel peribadi kepada atau daripada Clinton yang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI sebelum ini mendakwa Clinton 'amat cuai' dalam mengendalikan maklumat sensitif ketika beliau menjadi Setiausaha Negara dan mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap beliau.

9 warga emas dimensia lemas




SEBUAH rumah hanyut dibawa arus sungai akibat Taufan Lionrock di Shimizu, wilayah Hokkaido. - AFP

Tokyo: Sekurang-kurangnya 11 orang ditemui mati semalam, kebanyakannya warga emas di sebuah pusat penjagaan orang tua, apabila hujan lebat susulan Taufan Lionrock menyebabkan bandar di utara Jepun banjir.

Menurut pegawai bahagian pengurusan bencana wilayah Iwate, Takehiro Hayashijiri, polis menemui sembilan mayat warga emas itu di bandar Iwaizumi.

Setakat ini, identiti dan butiran lain mangsa termasuk penjaga mereka tidak diketahui. Menurut badan penyiaran awam NHK, pusat penjagaan itu didiami pesakit yang mengalami dimensia.

Pihak berkuasa turut menemui dua mayat, masing-masing satu di bandar yang sama dan di Kuji, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran.

Rakaman disiarkan NHK Jepun menunjukkan pusat penjagaan itu hampir separuh terbenam di dalam lumpur dan kawasan sekelilingnya dipenuhi sampah sarap yang dibawa arus sungai yang melimpah.

Kerajaan turut menghantar Pasukan Pertahanan Diri untuk membantu dalam usaha menyelamat dan pembersihan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:14 AM

17 hilang, 11 disahkan mati akibat Taufan Lionrock di Jepun






REUTERS - Kawasan perumahan dilanda banjir lumpur ekoran kejadian hujan lebat ketika Taufan Lionrock melanda bandar Kuji, Jepun kelmarin.

TOKYO – Seramai 17 orang hilang selepas Taufan Lionrock melanda Jepun semalam yang menyebabkan 11 orang mati dan 1,600 lagi terputus hubungan di kawasan terpencil, lapor pihak berkuasa.

“Terdapat 17 orang mangsa tidak dapat dikesan dan disahkan keselamatan mereka. Kami percaya kebanyakan daripada mangsa tersebut terletak di kawasan terpencil selepas jalan dan komunikasi terputus,” ujar jurucakap perbandaran, Yasuyuki Ishiguro.

Beliau menambah, jumlah tersebut termasuk individu yang hilang, manakala sebahagian besar kawasan bandar masih dibanjiri lumpur dan kesan runtuhan.

Dalam bencana tersebut, 10 orang mati di bandar Iwaizumi selepas dinaiki air sungai dan lumpur dengan sembilan daripadanya terkorban di dalam sebuah rumah warga tua.

Sembilan mangsa yang terkorban ditemui pagi kelmarin selepas terperangkap di dalam rumah penjagaan yang dinaiki air, lumpur, pokok dan runtuhan bangunan.

Taufan kuat membawa angin melebihi 160 kilometer sejam itu melanda utara Jepun pada petang Selasa lepas. Hujan lebat yang melanda menyebabkan jalan-jalan dan jambatan musnah atau tersekat.

Bandar Iwaizumi yang diduduki oleh 10,000 orang gagal menerima arahan kecemasan berdekatan kawasan rumah penjagaan tersebut, lapor pihak berkuasa.

Taufan Lionrock turut memusnahkan Hokkaido yang terletak di empat pulau utama Jepun hingga menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki banjir dengan tiga orang dilaporkan hilang. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4J3DxvJg0
Hakcipta terpelihara