Search This Blog

Thursday, September 1, 2016

Ular sawa bawah pacuan empat roda


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 SEPTEMBER 2016
Ular sawa bawah pacuan empat roda

Ular sawa bawah pacuan empat roda Ghazali (kiri) turut bekerjasama dengan anggota JPAM Pasir Mas mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di bawah kotak gear pacuan empat roda miliknya
PASIR MAS - Seorang penduduk di Kampung Tok Dap, Tok Uban dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa jantan yang bersembunyi di bahagian kotak gear kenderaan pacuan empat roda miliknya.

Ghazali Daud, 56, berkata, kejadian tersebut disedarinya pada jam 7 pagi apabila dia terlihat seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter menyusur masuk ke bawah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya.

“Sebaik nampak ular tu, saya terus memeriksa kenderaan dan mendapati ular sawa seberat 20 kilogram itu berada berhampiran kotak gear.

Saya cuba keluarkannya sendiri tapi usaha tersebut gagal sebab ruang terlalu sempit.

“Kemudian saya ambil keputusan dapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, selepas usaha tersebut gagal dia membawa pacuan empat rodanya ke kedai cuci kereta berhampiran bagi memudahkan operasi mengeluarkan reptilia tersebut.

Ghazali berkata, kenderaannya diletakkan di atas jeriji besi bagi memudahkan anggota JPAM menjalankan tugas.

Katanya, JPAM yang diketuai Ketua Skuad Bravo, Mohd Shahrul Aris dan anggotanya mengambil masa satu jam setengah untuk mengeluarkan ular sawa tersebut.

Ghazali berkata, dia lega apabila reptilia itu berjaya dikeluarkan dan terkejut melihat saiznya yang terlalu besar.

“Ini kali pertama saya berdepan kejadian sebegini,” katanya.

Jangkitan kecederaan punca kematian




JENAZAH mangsa (gambar kecil) dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut semalam. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Kematian Nudzirah Nur Safiah Sabarudin, 2, yang disyaki didera kakak dan abang iparnya dikenal pasti berpunca daripada jangkitan kuman pada kecederaan lama dan wujudnya pengabaian oleh penjaganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, bedah siasat terhadap mangsa semalam mengesan banyak kesan luka baru dan lama pada seluruh badan termasuk luka serta lebam di muka, kepala, kaki serta koyak di kedua-dua belah telinga dan bibir.

Menurutnya, terdapat juga kesan lebam di belakang badan serta kesan luka terbakar tahap tiga di kiri kaki mangsa hingga menyebabkan terdedah ototnya.

Katanya, terdapat juga kesan koyakan di sebelah kiri kepala mangsa hingga menampakkan tulang tengkorak.

"Hasil bedah siasat itu mendapati kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh menyebabkan kematian tetapi kerana tidak dirawat ia membuatkan kuman merebak ke seluruh badan.

"Siasatan masih dijalankan dan tertumpu kepada punca kecederaan dialami mangsa dan kenapa dia tidak dibawa untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 6:52 PM

'Toyol' kedai cuci kenderaan




SUSPEK yang berjaya ditahan selepas mencuri telefon pintar milik penyelia pusat cuci kenderaan.

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Berpura-pura menghantar kereta untuk dicuci sebelum mencuri telefon pintar milik pelanggan yang turut sama berada di kedai cucian kenderaan.

Itu antara taktik ‘toyol car wash’ yang dikesan hanya mengambil masa beberapa minit untuk melarikan telefon pintar milik seorang penyelia kedai di sebuah pusat mencuci kenderaan di Taman Tun Dr Ismail di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 27 tahun sedang mengecas telefon di luar premis sebelum pergi ke kaunter untuk mengambil resit.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila telefon pintar miliknya lesap ketika dia selesai membuat bayaran.

“Mangsa kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang pelanggan lelaki mencuri telefon pintar miliknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:16 AM

Hantar ke masjid




ANGGOTA penguat kuasa JHEAINS memeriksa bilik hotel bajet di Port Dickson.

Khairul Najib Asarulah Khan
Port Dickson: Seramai 11 pasangan kekasih di daerah ini yang ditangkap kerana kesalahan berkhalwat menerima pengajaran bermakna apabila dihantar terus ke masjid dan diminta melakukan solat taubat, semalam.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Port Dickson Md Isa Rosdi berkata, dalam Op Jalanan Dakwah Ambang Merdeka, semua pasangan terbabit dicekup di tepi pantai dan hotel bajet.

Katanya, pasangan itu ditahan antara jam 3 petang kelmarin hingga 3 pagi semalam kerana tinggal bersekedudukan, selain berkelakuan tidak senonoh.

“Soal siasat yang dilakukan ke atas semua mendapati mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun mengaku melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan.

“Sehubungan itu, kami menggunakan pendekatan berbeza apabila membawa mereka ke Masjid Jamek Datuk Abdullah Sijang, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:27 AM

Mayat bayi di tempat wuduk



MAYAT bayi ditemui oleh bilal masjid. FOTO ihsan pembaca

Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


Bentong: Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui di tempat mengambil wuduk di Masjid Kampung Baru, di sini, sebelum solat Subuh, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mayat bayi berkenaan ditemui dibalut kain berwarna kuning cair oleh bilal masjid yang mahu mengazankan solat Subuh .

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S Somu berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan dipercayai ditinggalkan di masjid itu malam tadi selepas semua jemaah pulang sejurus selesai solat Isyak.

"Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong Asisten Superintendan Ashari Abu Samah di talian 09 2222222 atau 019 2166789," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 2:29 PM

Dua wanita diperdaya RM1 juta





Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


MELAKA – Dua wa­nita berusia 43 tahun menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan Love Scam membabitkan pindahan wang sebanyak RM1,123,935 juta ke dalam akaun dua lelaki dari Uni­ted Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din (gambar) berkata, kedua-dua kes itu dilaporkan pada 11 Ogos lalu melibatkan seorang suri rumah dan pensyarah kolej yang mengenali suspek menerusi Facebook.

Menurut beliau, kedua-dua kes menggunakan modus operandi serupa iaitu berkenalan sebelum memperdaya mangsa.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz4IzYmyli2
Hakcipta terpelihara 

Juruteknik mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan





01/09/2016 3:21pm

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
MELAKA - Seorang juruteknik berusia 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam tandas awam di Batu Berendam pada Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Al-Hafis Yahya dari Taman Seri Bertam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol remaja berusia 14 tahun di tandas awam perempuan kira-kira pukul 11.30 pagi, sekitar Februari hingga Mac lalu.

Tertuduh didakwa megikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4IzYfkcAc
Hakcipta terpelihara 

Polis rampas kotak susu berisi syabu





01/09/2016 3:38pm


Pemeriksaan ke atas tiga kotak itu menemui lima bungkusan besar berisi dadah jenis syabu.

KOTA KINABALU - Polis menahan dua lelaki dan merampas lima kilogram syabu dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini pada Isnin lalu.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Gaya dan kompleks membeli belah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Mohamed Fadzil A. Rahman berkata, seorang suspek yang ditahan turut membawa sebuah beg kertas berisi tiga kotak susu.

Katanya, pemeriksaan ke atas tiga kotak itu menemui lima bungkusan besar berisi dadah jenis syabu.

"Anggaran keseluruhan syabu yang dirampas ialah lima kilogram dengan nilai rampasan bernilai RM600,000," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4IzXfGhyf
Hakcipta terpelihara 

Pasangan lelaki, wanita rompak kedai emas di George Town





01/09/2016 3:52pm


Keadaan kedai emas yang dirompak sebentar tadi.

GEORGE TOWN - Sekumpulan pekerja kedai emas di lebuh Tek Soon di sini cemas dalam kejadian rompakan membabitkan sepasang suspek lelaki dan wanita dipercayai berketurunan India di premis itu sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek dikatakan bertindak memecahkan cermin salah satu rak pameran barangan kemas menggunakan senjata tajam.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan berlaku manakala jumlah kerugian sedang disiasat pasukan polis di lokasi kejadian. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4IzWzu7cZ
Hakcipta terpelihara 

Bas ekspres terseret 20 meter [METROTV]




Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin dan Nadzreen Shah Mat Salim
am@hmetro.com.my
Gombak: Pemandu kenderaan bergegas memberi bantuan awal mengeluarkan 12 mangsa yang terperangkap sejurus sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 31.3, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini.

Dalam kejadian jam 4.14 petang itu, bas dua tingkat itu membawa 12 penumpang warga Singapura dari pusat peranginan Genting Highlands menuju ke ibu kota.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bas itu hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi konkrit lebuh raya hingga pecah.

“Akibat rempuhan itu, bas berkenaan terseret sejauh 20 meter sebelum terbalik.

“Mangsa yang cedera termasuk pemandu bas dan kelindan. Bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya keluar sendiri dari bas berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, seramai 10 mangsa cedera, namun tahap kecederaan mangsa masih dalam siasatan pegawai penyiasat polis.

Enam mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong, Pahang, manakala empat lagi mangsa masing-masing dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Empat lagi mangsa bagaimanapun enggan dihantar ke hospital dan meninggalkan lokasi kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer dari kedua-dua arah.

Katanya, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan sama ada disebabkan kecuaian pemandu atau masalah teknikal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi kejadian bagi memberikan rawatan kepada mangsa yang terbaring di atas jalan.

Difahamkan nahas itu mengakibatkan bumbung bas terkopak selain kerusi penumpang bas tercabut dan terpelanting di atas jalan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 9:58 AM

TEMBOK pembahagi jalan pecah dirempuh bas ekspres.

DISYORKAN

Hilang nyawa digilis lori bancuh simen



LELAKI maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh di bawah lori.

myMetro
Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya digilis tayar sebuah lori pembancuh simen di Jalan Cheras Lama di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa dikenali sebagai Asrawadi, 30-an, yang juga warga Indonesia dikatakan cuba mengelak penghadang jalan yang diletakkan di tengah jalan sebelum terlanggar lori berkenaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, kepala mangsa digilis lori pembancuh simen dan maut di lokasi kejadian.

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dipercayai menunggang motosikal dari arah Bulatan Batu 3, Cheras menghala ke Jalan Pudu.

“Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal di lorong kiri sebelum bertukar ke lorong kanan sebelum mengelak daripada melanggar penghadang jalan,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh di tengah jalan lalu digilis lori berkenaan.

“Kepala mangsa digilis tayar belakang lori. Pemandu lori pula tidak menghentikan kenderaannya sejurus kejadian.

Menurutnya, pegawai penyiasat sudah ke lokasi untuk melakukan siasatan selain meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi bagi mendapatkan gambaran jelas kemalangan.

Sementara itu seorang pekerja khidmat pelanggan sebuah syarikat televisyen swasta maut sejurus motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum dia terjatuh di bawah sebuah lori sedang bergerak.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, mangsa, Mohd Khairul Ashraf Mohd Yusof, 27, terbabit nahas di Jalan Kuching arah pusat bandar berhampiran Hentian Putra.

Anggota polis trafik mengesahkan mangsa berasal dari Kampung Setar Kanan, Marang, Terengganu itu maut di lokasi.

“Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:20 AM

Dua penjenayah diberkas selepas dikejar 40 kilometer


MASZUREEN HADZMAN  |  31 Ogos 2016 11:28 PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Dua daripada tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah diberkas selepas dikejar polis lebih 40 kilometer dari Lorong Haji Hussien, Jalan Chow Kit di sini sehingga Plaza Tol Bandar Bukit Mahkota, Kajang, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, seorang lagi suspek dapat meloloskan diri dan usaha memburunya giat dijalankan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, sebelum kejadian, kesemua suspek yang menaiki kereta Proton Saga dilihat berada dalam keadaan mencurigakan oleh anggota kereta peronda di Jalan Chow Kit.
Menurutnya, anggota kereta peronda terbabit telah mengarahkan kereta itu berhenti, namun mereka terus memecut kenderaan memasuki Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan.
“Dengan bantuan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Daerah Sentul, kesemua suspek terus dikejar sehingga ke Plaza Tol Bandar Bukit Mahkota dan menyuruh mereka berhenti bagaimanapun arahan itu tetap tidak diendahkan.
“Malah mereka juga terus menghimpit kenderaan anggota peronda sebelum beberapa das tembakan dilepaskan anggota kereta peronda dan mengenai kereta suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zainol memberitahu, akibat daripada tembakan itu, kereta yang dinaiki kesemua suspek terbabas dan dua daripada mereka berjaya diberkas.
“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, kita menemukan 30 peket dadah disyaki heroin serta sepeket syabu dan ganja.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memburu seorang lagi rakan mereka dan hasil semakan mendapati, salah seorang suspek yang ditahan merupakan orang dikehendaki bersabit kes jenayah di Dang Wangi,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-penjenayah-diberkas-selepas-dikejar-40-kilometer-1.376980#sthash.stnwHlYo.dpuf

Senjata api, dadah dirampas dalam serbuan di pangsapuri


01 September 2016 12:27 AM
RAMLI DIN menunjukkan senapang angin yang dirampas dalam sidang

RAMLI DIN menunjukkan senapang angin yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri di Bukit Beruang, Melaka, semalam.
MELAKA 31 Ogos – Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang membuat serbuan di sebuah rumah pangsapuri di Bukit Beruang di sini semalam bukan sahaja menemukan dadah tetapi juga selaras senapang dan pelurunya.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, senapang angin bertulis Canon Super Model Kaliber 177 bersama 180 butir peluru timah itu ditemukan hasil pemeriksaan lanjut di premis yang disewa oleh seorang lelaki berusia 51 tahun.
Katanya, dalam serbuan pukul 8 malam itu, pihaknya berjaya merampas dadah disyaki heroin seberat 75.6 gram dan syabu seberat 2.22 gram yang dianggarkan bernilai hampir RM3,000.
‘‘Ekoran penemuan dadah dan senjata api itu, kita menahan lima suspek iaitu tiga lelaki dan dua perempuan berumur antara 18 hingga 51 tahun.
‘‘Salah seorang suspek wanita itu yang berusia 35 tahun merupakan kakitangan awam yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun,’’ katanya dalam sidang akhbar berkenaan kes rampasan dadah dan senjata api tersebut di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) ne­geri, Bukit Beruang, di sini hari ini.
Jelas Ramli, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah disyaki jenis methamphetamin.
‘‘Semakan lanjut mendapati tiga daripada suspek itu mempunyai 33 rekod jenayah lampau dengan 27 daripadanya dilakukan oleh suspek berumur 51 tahun itu,’’ jelasnya.
Tambah Ramli, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/senjata-api-dadah-dirampas-dalam-serbuan-di-pangsapuri-1.377146#sthash.jYCFaEG3.dpuf

Maut tersepit lori mengundur




MANGSA tersepit selepas lori tiba-tiba mengundur. FOTO ihsan Bomba

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Pemandu lori maut tersepit antara dinding dan lorinya yang tiba-tiba mengundur di kilang di kawasan Perindustrian Johor Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Twe Gio Chang, 42, dikatakan turun dari bahagian tempat duduk pemandu untuk memunggah masuk muatan arang kayu ke dalam lori terbabit.

Bagaimanapun, lori itu secara tiba-tiba mengundur menyebabkan mangsa yang berada di antara lori dan dinding, tersepit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan yang berlaku itu dipercayai akibat masalah brek lori terbabit.

"Mangsa dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, namun akibat kecederaan di kepala dan dadanya, dia maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 3:54 PM

Maut tercampak kenderaan terbalik




KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

Hazsyah Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


Lahad Datu: Pengurus ladang kelapa sawit maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 19 Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, Ramesh Kumar Subramanyam, 33, yang beralamat di Taman Pondok Labu, Kulim, Kedah, maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memotong motosikal di jalan selekoh sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan raya.

"Pacuan empat roda dipandu mangsa kemudian terlanggar tiang telefon dan pokok kelapa sawit lalu terbalik beberapa kali sebelum mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

"Pemandu meninggal dunia di lokasi dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:52 AM

Lelaki diburu bantu siasatan 
kes bunuh


01 September 2016 12:08 AM
Ivon Ooi Zinyi
PONTIAN 31 Ogos – Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes pergaduhan di Lorong Nangka, Batu 36, Jalan Johor pada 24 Jun lalu hingga menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia.
Ivon Ooi Zinyi
Ivon Ooi Zinyi
Pemangku Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Zakaria Abd. Rahman berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Jacky atau nama sebenarnya Ivon Ooi Zinyi beralamat di No. 38, Taman Arawona, Le­buhraya Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.
“Suspek itu yang berusia 21 tahun juga mempunyai satu lagi alamat iaitu di No. 2, Lorong Bukit Kaya 7, Taman Bukit Kaya, Kangar, Perlis.
“Mengikut fakta kes, mangsa diserang dengan sebatang kayu rotan di bahagian kepala oleh beberapa lelaki yang dipercayai ah long atau ceti haram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini hari ini.
Jelasnya, mangsa selepas itu dihantar ke Hospital Pontian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 26 Jun, namun doktor kemudian mengesahkannya meninggal dunia pukul 6.30 pagi tersebut.
Zakaria yakin suspek masih berada dalam 
negara dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi IPD Pontian atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden M. Balakrishnan di talian 07-6871222 sambung­an 5420.
Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-diburu-bantu-siasatan-8232-kes-bunuh-1.377070#sthash.c9t5qlpS.dpuf

Kesan dera pada mayat Nurdzirah


ROSALINDA MD. SAID  |  01 September 2016 12:08 AM




KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Laporan bedah siasat ke atas mayat Nudzirah Nur Safiah Sa­baruddin, berumur dua tahun, yang dipercayai didera oleh ahli keluarga sendiri di Paka, Dungun mendapati kesan koyak di sebelah kiri kepala hingga menampakkan tulang tengkorak di sam­ping kesan sama di kedua-dua telinga dan bibirnya.
Lebih menyedihkan apa­bila kesan luka terbakar tahap tiga, turut ditemukan pada kaki kiri kanak-kanak malang itu hingga menyebabkan otot-ototnya terdedah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, terdapat pelbagai luka baharu dan lama pada seluruh badan mangsa serta lebam termasuk di baha­gian muka, kepala dan kaki, selain mempunyai parut lama di seluruh badan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati punca kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman berikutan kecederaan berganda pada badan dan wujudnya pengabaian oleh penjaga.
“Kesemua kecederaan pada badan mangsa itu tidak boleh menyebabkan kematian menurut pakar di hospital tetapi oleh kerana tidak dirawat dan kuman telah merebak di seluruh badan, maka ia telah menyebabkan kematian mangsa,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.
Wan Abdul Aziz berkata, siasatan masih diteruskan dan tertumpu kepada punca pelbagai kece­deraan dialami mangsa antaranya bagaimana wujud sebegitu ba­nyak kesan luka dan lebam serta kenapa mangsa tidak dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan ke atas kecede­raan yang dihida­pinya.
Dalam kejadian kelmarin, Nudzirah Nur Safiah yang dipercayai didera oleh kakak dan abang iparnya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka pukul 3.45 petang oleh kedua-dua penja­ganya itu, namun disahkan telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.
Dia dikatakan ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah ja­gaan pasangan tersebut yang masing-masing berusia 21 tahun selepas Aidilfitri lalu kerana mereka be­kerja di Kuala Lumpur.
Berikutan keseluruhan badannya mempunyai banyak kesan parut serta luka lama, maka satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan dan susulan kejadian itu, kakak dan abang ipar mangsa yang tinggal di Tebing Tembah Paka telah ditahan di hadapan bilik unit forensik Hospital Dungun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kesan-dera-pada-mayat-nurdzirah-1.377082#sthash.vaPLYxPg.dpuf

Tiga maut dua kereta bertembung




Sebuah daripada dua kereta yang terbabit kemalangan maut, malam tadi. FOTO ihsan bomba

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my


Jempol: Tiga maut, tiga lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Bahau-Keratong, 8.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Nor berkata, mangsa yang terbunuh adalah Sha'ri Md Akim, 63, yang juga pemandu Proton Perdana.

Katanya, dua lagi yang terkorban adalah pemandu dan penumpang Proton Waja dikenali sebagai R Julie, 34, dan R Saniasammah, 58.

"Anak Sha'ri, Siti NurAzeera, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah.

"Dua lagi yang parah adalah M Rajaispasri, 47, dan K Srinikha, 6. Kedua-dua mangsa ini adalah penumpang Proton Waja," katanya ketika dihubungi.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila Proton Perdana dinaiki dua beranak itu dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Bahau, dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Waja.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu kereta terbabit maut di tempat kejadian.

"Semua mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 11:46 PM

Rugi RM4,000 beli kereta online





Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR

RUSMAN menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Brickfield pada Isnin lalu mengenai dirinya yang ditipu semasa membeli sebuah kereta terpakai secara online.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berputih mata apabila hasratnya untuk membeli sebuah kereta yang diiklankan dalam laman jual beli online tidak tercapai apabila wang deposit RM4,000 yang dibayar dilarikan seorang jurujual kereta palsu pada Isnin lalu.

Malah, premis menjual ken­deraan terpakai tersebut juga didapati tidak wujud seperti yang dimaklumkan jurujual terbabit.

Mangsa dikenali sebagai Rusman (bukan nama sebenar), 29, berkata, dia pada mulanya tertarik apabila melihat sebuah kereta terpakai Perodua Kancil diiklankan menerusi laman web tersebut pada Jumaat lalu.

“Saya kemudiannya menghubungi seorang lelaki yang mendakwa jurujual kereta tersebut dan menyatakan keinginan untuk membeli Pe­rodua Kancil itu sebelum dia menyuruh saya membayar wang sejumlah RM500 sebagai pendahuluan.

“Dalam tempoh dua hari, terdapat seorang wanita yang mendakwa pekerja lelaki itu kerap menelefon saya dan meminta saya mempercepatkan baki bayaran kerana ada pembeli lain yang menawarkan harga lebih tinggi untuk mendapatkan kereta tersebut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4IxIyLNJj
Hakcipta terpelihara 

Ibu tunggal dibunuh teman lelaki sebelum disumbat dalam beg bagasi





KLANG – Mayat seorang wanita yang ditemui di dalam sebuah beg bagasi minggu lalu dipercayai mati akibat dipukul oleh teman lelakinya sebelum diikat dengan kain cadar dan dihanyutkan ke dalam sungai.

Difahamkan, ibu tunggal berusia 36 tahun itu telah dibunuh di sebuah rumah di Meru oleh suspek kira-kira 10 hari sebelum mayat tersebut ditemui di tepi sungai di Jalan Harper, Bandar Baru Klang di sini, 25 Ogos lalu.

Suspek juga dilaporkan membawa mayat mangsa ke ibu negara untuk dibuang ke sungai, namun beg itu diha­nyutkan semula ke Klang.

Motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu dan pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati, wanita malang yang mempunyai lima anak berumur antara setahun hingga 17 tahun itu dipercayai kerap didera suspek berusia 29 tahun berkenaan sehingga mengalami kecederaan teruk pada badan dan kakinya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4IxIk9N2i
Hakcipta terpelihara