Search This Blog

Friday, August 26, 2016

Hina polis: Penceramah bebas didenda RM7,000


SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
26 OGOS 2016

Hina polis: Penceramah bebas didenda RM7,000


Hina polis: Penceramah bebas didenda RM7,000 Tertuduh hadir ke Mahkamah Majistret Balik Pulau ditemani isterinya pagi tadi. - Foto Sinar Harian
BALIK PULAU - Seorang penceramah bebas didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah membuat tohmahan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tertuduh, Nahar Afandi Ghazali, 44 dari Kampung Melayu Rasa, Selangor mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati di Mahkamah Majistret Balik Pulau tadi.

Nur Azzuin menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar rayuan dan hujah dari kedua-dua pihak.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 kepada tertuduh, jika gagal bayar, dia boleh dipenjara selama 30 hari," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu ketika mengadakan kuliah Subuh di Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 20 Februari lalu diantara jam 6.40 hingga 7.40 pagi.

Tertuduh yang ditemani isterinya didakwa membuat tohmahan terhadap pasukan PDRM dengan bermaksud hendak merosakkan nama baik PDRM.

Menurut fakta kes, antara tohmahan yang dibuat tertuduh adalah: "roadblock polis tidak payah, polis bodoh hari Jumaat buat speed trap (perangkap had laju), bodoh punya polis trafik. Polis trafik bodoh hari Jumaat engkau boleh jaga negara, tidak sembahyang Jumaat jika ada rasuah, jika ada benda yang mengganggu ketenteraman negara. Jika sebab saja-saja nak buat roadblock, haram gaji pada hari itu. Jangan jadi bahalol sebab bagi anak bini makan duit haram".

Oleh itu, tertuduh yang memakai jubah berwarna kelabu dan berserban didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Ia memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dibacakan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Datuk Razali Che Ani yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman bersifat deteren kerana kesalahan tertuduh bersifat kepentingan awam.

Dalam hujahnya, Razali berkata, tohmahan yang dibuat tertuduh bukan dibuat ke atas individu sebaliknya ke atas pasukan beruniform yang menjaga keamanan seluruh negara.

"Walaupun tertuduh mengaku bersalah, namun saya memohon hukuman berat ke atas tertuduh. Ini kerana, PDRM adalah agensi utama yang bukan sahaja menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia malah keselamatan tertuduh juga.

"Saya memohon hukuman deteren bagi menghalang tertuduh mengulangi kesalahan sama dan orang lain melakukan kesalahan seperti yang dilakukan tertuduh.

"Dalam fakta kes jelas tertuduh membuat tohmahan ketika berceramah di hadapan orang ramai selain ia dimuat naik ke dalam Youtube. Video berdurasi 1.06 minit itu telah ditonton oleh seluruh negara.

"Sehubungan dengan itu, saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh," katanya.

Sementara itu, Nahar melalui peguamnya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norliza Mohd Ali memohon hukuman dikurangkan kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Saya mewakili anak guam saya merayu hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung 10 anak dan isterinya tidak bekerja. Dia hanya penceramah bebas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Anak guam saya juga menyesali dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia memohon maaf di atas kesalahannya itu," katanya.

Biar polis siasat - Ustaz Kazim

JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 11:26 AM

 Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

DATUK Mohammad Kazim Elias.


IPOH: Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias, tidak akan berkompromi dengan mereka yang mencemari imej pusat pendidikan itu berikutan isu pencabulan seksual didakwa membabitkan institusi kelolaannya seperti tersebar di media sosial.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah serius dan pihaknya bekerjasama penuh kepada polis dalam menyiasat dakwaan berkenaan.

"Kami tidak berkompromi dalam apa cara sekalipun jika ia benar berlaku. "Kami akan menyerahkan siapa juga yang terbabit kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang walaupun darah daging saya sendiri.

 "Ini adalah tanggungjawab kami sebagai umat Islam dan warga negara," katanya pada sidang media di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini, hari ini.

 Ia diadakan bagi menjawab dakwaan berlaku gangguan seksual dan liwat didakwa membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah kelolaan pendakwah dikenali sebagai Ustaz Kazim itu.

Mohammad Kazim berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah dan menyebarkan fitnah berkenaan hingga memberi imej tidak baik kepada Islam serta pusat pendidikan berkenaan.

"Saya juga akan membuat tiga atau empat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini," katanya.

 ASRAMA pelajar lelaki Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi. - Foto BERNAMA  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186846

3 maut, 1 cedera serangan di Toronto

JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 7:15 AM

ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kejadian pembunuhan di Scarborough, Toronto. - Foto Reuters

TORONTO: Tiga orang terbunuh dalam pembunuhan yang mungkin membabitkan penggunaan busur silang, kata polis pada Khamis. Anggota polis yang tiba di satu kediaman di Scarborough di sini dan menemui dua orang sudah tidak bernyawa.

Mangsa ketika ditemui dengan kecederaan parah dan kemudiannya dibawa ke hospital. Polis berkata, tiga orang - dua lelaki dan seorang wanita - kemudiannya diumumkan meninggal dunia. Orang keempat iaitu lelaki berusia 35 tahun pula mengalami kecederaan.

Konstabel David Hopkinson berkata, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan akibat busur silang itu dan alat berkenaan ditemui di atas lantai.

Sehubungan itu, konstabel Jennifer Sidhu berkata, terdapat 'benda' lain di tempat kejadian yang mungkin digunakan dalam kes berkenaan.

Beliau enggan mengulas lanjut. Sementara itu, seorang suspek sudah ditahan tetapi masih terlalu awal dalam siasatan. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186798

21 maut bas terjunam dalam sungai

DUNIA JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 1:00 PM

BAS dikatakan dalam perjalanan ke Pokhara dari daerah selatan Rautahat. - Foto Kathmandu Post

KATHMANDU: Seramai 21 orang terbunuh apabila sebuah bas yang penuh sesak terjunam ke dalam sungai di tengah Nepal, awal hari ini, kata seorang pegawai kanan tempatan.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk mencari mayat dan membantu mereka yang tercedera selepas bas itu terjunam ke dalam sungai Trishuli dekat lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang, wilayah Chitwan. "Setakat ini 21 orang terbunuh dan 16 lagi berjaya diselamatkan.

Mereka yang tercedera juga sudah dibawa ke hospital untuk rawatan," kata ketua daerah, Binod Prakash Singh kepada AFP. Singh berkata pasukan penyelamat masih mencari di sekitar bas yang separa tenggelam itu bagi memastikan tiada penumpang yang terperangkap di dalam bas itu. Ketika kejadian, bas dikatakan dalam perjalanan ke Pokhara dari daerah selatan Rautahat.

Kemalangan sering berlaku di lebuh raya Nepal berikutan keadaan jalan raya yang teruk, tidak diselenggara dengan baik dan memandu secara melulu. Minggu lalu, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila sebuah bas yang sesak terbabas dari sebuah jalan berbukit di daerah Nepal Kavre dan terhumban ke cerun sedalam kira-kira 500 meter. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186882

Mayat Wanita Ditemui Dalam Bagasi


Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 11:31 PM
ACP Mohd Yusoff Mamat menunjukkan gambar bagasi dan mayat wanita.

KLANG: Mayat wanita yang sudah reput dijumpai dalamsebuah bagasi beroda yang tersangkut pada perangkap sampah Sungai Klang di Jalan Harper, Bandar Baru Klang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata ia ditemui seorang pekerja pembersihan pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata bagasi mengandungi mayat yang tiada pengenalan diri itu disyaki dibuang di tempat lain sebelum dihanyutkan sehingga ke perangkap sampah berkenaan.

"Mayat wanita itu ditemui memakai singlet dan berskirt labuh warna hijau. Dia juga memakai pendakap gigi, berkulit cerah dan berambut panjang keperangan hingga ke paras bahu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Katanya anggota badan wanita berkenaan diikat rapat disyaki untuk dimuatkan ke dalam bagasi berwarna hitam itu.

Mangsa berketinggian 157sm dengan anggaran berat 50 kilogram dan dianggarkan berusia dalam 30-an.

Mohd Yusoff berkata mangsa dipercayai seorang warga tempatan berikutan terdapat kesan suntikan BCG pada lengan kirinya dan pemeriksaan lanjut menemui bekas jahitan 'caesarean' di perut. 

Hasil bedah siasat di Hospital Shah Alam menunjukkan tiada kesan tikaman, tetakan atau luka dan tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh kerana keadaan mayat yang reput dan sukar diperiksa.

Mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, ASP Ahmad Osman di talian012-6794297.  -Bernama

Abang tembak adik kerana pakai skirt


26 OGOS 2016
Marisa Putorti

Marisa Putorti
VIBO VALENTIA - ITALI . Seorang gadis ditembak di bahagian lutut kerana abangnya tidak menggemari cara dia berpakaian.

Marisa Putortì, 21 mengatakan abangnya Demetrio, 25 bagaikan dirasuk ketika mengacukan pistol ke arahnya pada hari kejadian.

Kata Marisa, dia dan abangnya tidak rapat dan Demetrio sering mengawal gerak-geri dan tingkah laku mangsa.

"Semua yang saya buat tidak kena pada matanya. Dia akan marah kalau saya memakai persolekan atau memakai skirt. Bercakap dengan lelaki juga membuatkan dia marah," kata Marisa dipetik laporan Mirror.

Sementara itu, polis sudah menahan Demetrio selepas dia menyerah diri di balai polis berdekatan.

Polis kini menyiasat bagaimana Demetrio memperolehi senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut.