Search This Blog

Thursday, August 11, 2016

4 sekeluarga maut kereta bertembung lori


Oleh Hanneeyzah Bariah baharin dan Faizul Azlan Razak


KUALA NERUS: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas, Tepoh, tengah malam tadi.
Mangsa yang maut dikenali Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya, Azman, 32, manakala dua sepupunya, Alif Faizal Ismail@Ibrahim, 26, dan Sabri Ngah, 40-an.
Difahamkan, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan lori tiga tan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.
Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dan Balai Bomba Kuala Nerus bergegas ke tempat kejadian.
"Semua mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, seorang anggota bomba bantuan Balai Bomba Kuala Nerus, Azlan Mustapha terkejut apabila mendapati mangsa kemalangan adalah bapa dan adik kembarnya.
Azlan berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di Balai Bomba Kuala Nerus dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Sebaik tiba, luluh hati saya apabila melihat mangsa adalah ahli keluarga sendiri," katanya.

Empat maut apabila kereta yang dinaiki mangsa jenis Proton Saga bertembung dengan Lori Isuzu 3 Tan di hadapan Sekolah Rendah hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas Tepoh. - Foto Aswadi Alias

Empat maut apabila kereta yang dinaiki mangsa jenis Proton Saga bertembung dengan Lori Isuzu 3 Tan di hadapan Sekolah Rendah hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas Tepoh. - Foto Aswadi Alias

Empat maut apabila kereta yang dinaiki mangsa jenis Proton Saga bertembung dengan Lori Isuzu 3 Tan di hadapan Sekolah Rendah hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas Tepoh. - Foto Aswadi Alias

Polis dihukum tak hafal surah pendek



DUA anggota polis yang tidak hafal surah pendek dalam kitab suci Al-Quran didenda melakukan tekan tubi. - Agensi

Agensi
Aceh: Dua anggota polis Aceh Tenggara dihukum melakukan tekan tubi setelah didapati tidak hafal surah pendek kitab suci al-Quran.

Tindakan itu dilakukan selepas ketua polis daerah itu, Edi Bastari membuat pemeriksaan mengejut dengan memanggil beberapa anggotanya untuk menguji mereka.

Kepada mereka yang berjaya dalam ujian itu, Edi menghadiahkan jam tangan.


Menurut Edi, dia mahu memastikan setiap anggota polis di bawah jagaannya mempunyai keimanan yang tinggi.

Mereka dikehendaki sekurang-kurangnya menghafal beberapa surah Al-Quran, khususnya yang pendek.

“Saya pasti dengan adanya iman, anggota saya akan terhindar daripada perbuatan tercela. Mereka juga pastinya akan menjadi contoh yang baik pada masyarakat,” kata Edi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:57 AM

Mengemis 4 jam dapat RM892




LELAKI berkenaan dengan gambar kiri menunjukkan tangan kanannya, sementara kanan, tangan itu disembunyikan dalam baju. - Agensi

Agensi
Sharjah: Seorang lelaki warga Asia berusia 40-an berjaya memperoleh Dh800 (RM892) selepas mengemis selama empat jam dengan pura-pura kudung.

Polis menangkap lelaki itu ketika dia mengemis di sebuah kawasan perindustrian.

Menurut polis, lelaki itu berkupiah dan menyembunyikan tangan kanannya di dalam baju, seolah olah dia kudung, untuk meraih simpati orang ramai ramai.

Akhbar tempatan, Al Bayan melaporkan, orang ramai yang mengesyaki lelaki itu menipu, menelefon polis.

“Apabila diperiksa, dia jelas sihat. Tangannya tidak kudung,” lapor akhbar itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:55 AM

Kemalangan di LPT, seorang maut


CHENOR - Dua lelaki selamat manakala seorang maut dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan kereta, awal pagi tadi.
Kemalangan di susur masuk ke Tol Chenor Kilometer 140 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur itu berlaku jam 1.30 pagi.
Mangsa yang terselamat ialah pemandu kereta jenis Volkswagen Shahrir Mohammad, 29, yang dirawat di Hospital Temerloh serta pemandu lori, Yip Yuen Keong, 50.
Sementara itu, mangsa yang maut ialah penumpang hadapan kereta Volkswagen, Syed Azmi Syed Abu Bakar, 57, seorang kontraktor berasal dari Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Polis Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati, pemandu lori dalam perjalanan membawa muatan besi-besi buruk seberat 30 tan daripada Kuantan hendak ke Kuala Lumpur.
"Semasa tiba di tempat kejadian pemandu lori telah terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian belakang kanan lori yang dipandunya dan terus memberhentikan kenderaan tersebut.
"Apabila turun beliau mendapati ada sebuah kereta jenis Volkswagen berada di tengah jalan dengan keadaan remuk di bahagian hadapan sebelah kiri dan terdapat dua mangsa tersepit di dalam kereta," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan kecemasan.
Bagaimana pun, Syed Azmi yang cedera parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pengangur Curi Milo Dipenjara


Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 3:58 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri enam paket Milo daripada sebuah pasar raya, seorang penganggur dihukum penjara 15 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Aw Man Chong, 57, selepas dia mengaku bersalah mencuri enam paket Milo bernilai keseluruhannya RM73, di pasar raya UO Superstore Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 9.05 malam, 7 Ogos lepas.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Ogos, 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes tertuduh ditangkap di kaki lima di pasar raya itu selepas keluar tanpa membuat bayaran di kaunter.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan mengalami sakit tulang belakang.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira rekod lampau tertuduh yang mempunyai 11 kesalahan dadah, satu kes curi dan satu kes rompak.

Empat Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori


Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 10:18 AM

KUALA NERUS: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori tiga tan di sini, Khamis.

Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di hadapan SK Bukit Nanas berlaku selepas pemandu lori yang dalam perjalanan dari Tepoh ke Lingai dikatakan gagal mengawal kenderaan hingga merempuh kereta mangsa yang berada di arah bertentangan.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawa keluar mangsa daripada Proton Saga FLX.

Mangsa yang maut dikenali Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya, Azman, 32, manakala dua sepupunya, Alif Faizal Ismail@Ibrahim, 26, dan Sabri Ngah, 40-an.

Pemandu lori, Azmi Sulong dari Kampung Gomok, Tepoh tidak mengalami kecederaan dan sedang disiasat.

Pamer Plat Motosikal Palsu, Penjual Nasi Lemak Didenda RM5,000


Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 8:33 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya, seorang penjual nasi lemak didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, Khamis.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamarul Affindi Amri, 26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya bagi tujuan memperdaya di Jalan Ampang, di sini, pada 11 malam, Rabu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik ASP Abdullah Said memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda yang ringan dengan alasan ayahnya sedang sakit.
Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran WQM 3020 dalam keadaan mencurigakan. 
Selepas semakan dilakukan melalui alat aplikasi pintar EMMS 'mobile CAD' mendapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah WUT 5374.  -- Bernama

Pegawai Bomba Tak Sangka Lihat Mayat Bapa, Adik Kembar


Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 4:27 PM

KUALA NERUS: Seorang pegawai bomba bantuan di sini tidak menyangka mangsa kemalangan yang cuba dibantunya adalah bapa dan adik kembarnya sendiri.
Azlan Mustapha, 32, juga terkedu apabila melihat kedua-duanya telah menjadi mayat.
Beliau berkata ketika mendapat tahu mengenai kemalangan itu beliau seperti biasa terus ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yaang terlibat.
Namun ketika mahu melaporkan status kemalangan serta mangsa kepada pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat negeri, baru beliau menyedari nahas itu melibatkan anggota keluarganya sendiri, katanya.
"Saya pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa dan menjalankan tugas seperti biasa, tambahan pula keadaan kereta berkenaan sangat teruk dan nombor pendaftaran juga tidak jelas.
"Tetapi saya kemudiannya menjadi sangat terkejut bila melihat kad pengenalan kesemua mangsa yang mereka merupakan ahli keluarga saya termasuk ayah dan adik kembar saya. Saya juga tergamam apabila melihat jenazah mereka," kata Azlan.
Kemalangan tersebut berlaku kira-kira 1 pagi tadi antara sebuah lori dan Proton Saga FLX di Kampung Bukit Nanas dekat sini.
Empat mangsa terkorban dalam nahas itu termasuk dua beranak tersebut iaitu Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya Azman, 32.
Dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu kereta itu, Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, yang merupakan saudara kepada Mustapha.
Mereka dilapor dalam perjalanan pulang ke Kampung Seberang Takir apabila lori berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Alif Faizal.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  manakala pemandu lori tersebut ditahan bagi siasatan lanjut. - BERNAMA

Mayat penuh kesan tetak ditemui


mayat penuh kesan tetak ditemui dalam keadaan ngeri berhampiran sebuah pondok kebun sayur di Jalan Tatau-Bintulu kelmarin.


BINTULU – Penduduk yang menetap di sekitar daerah Tatau di sini gempar dengan pe­nemuan mayat seorang lelaki dengan tujuh kesan tetakan pada badan dan kepalanya di sebuah pondok kebun sayur di Jalan Tatau-Bintulu, semalam.
Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan dipercayai mati sudah lebih 24 jam.
Katanya, polis juga tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri milik mangsa yang masih memakai seluar jeans berwarna biru itu.
“Ketika ditemui, ma­ngsa sudah tidak ber­nyawa dengan tujuh ke­san tetakan pada kepala dan badannya dipercayai me­nggunakan senjata tajam.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4H1toXuFX 
Hakcipta terpelihara 

Lima ekor gajah mengamuk

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED



Pegawai Perhilitan Daerah Jeli, Mohammad Ismail Awang (kanan) melihat keadaan pokok ubi kayu yang dimusnahkan gajar liar di Kampung Lawar, Batu Melintang, Jeli semalam.


JELI – Sebanyak lima ekor gajah liar mengamuk dan memusnahkan tanaman penduduk Kampung Lawar, Batu Melintang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kumpulan gajah dari kawasan hutan berdekatan meranapkan tanaman pisang, ubi kayu, kelapa dan getah milik penduduk meskipun kawasan itu telah dilindungi dengan pagar elektrik.
Beberapa penduduk mendakwa, haiwan liar itu dipercayai berjaya membolosi kawasan tanaman penduduk ekoran beberapa lokasi pagar elektrik itu telah rosak.
Seorang penduduk, Che Zaabar Mat Lazim, 59, menceritakan, dia menyedari kehadiran kumpulan gajah liar itu selepas pergi ke kebunnya dan melihat lima ekor gajah sedang memusnahkan tanamannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4H1tSgApt 
Hakcipta terpelihara 

Bahana rasukan kuda kepang



TARIAN kudang kepang yang menjadi seni tradisi masyarakat Jawa di Johor turut diminati generasi muda. – Gambar hiasan


KULAI – Rasukan daripada semangat pendamping kuda kepang dipercayai antara punca seorang remaja lelaki yang mengalami gangguan mental tergamak memenggal leher neneknya di Felda Penggeli Timur di sini kelmarin.
Datuk mangsa, Bogiman Kario, 71, menceritakan, cucunya yang berusia 19 tahun itu didapati mengalami perubahan tingkah laku selepas dia menonton persembahan tarian kuda kepang yang diadakan di Felda Ulu Belitong dekat sini kira-kira setahun lalu.
“Selepas pulang dari menonton persembahan tersebut, saya lihat kelakuan cucu saya jadi pelik apabila dia sering tersenyum seorang diri selain sanggup mencederakan diri sendiri.
“Setelah membuat pemeriksaan di Hospital Tampoi di sini, doktor mengesahkan bahawa dia (suspek) mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mangsa di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4H1tMJBeq 
Hakcipta terpelihara 

2 beranak ditahan jual air ketum




Noorzainy (kanan) menunjukkan antara pokok ketum yang ditanam suspek di dalam sebuah ladang kelapa sawit rizab milik Felda Lui Selatan, Jempol semalam.


JEMPOL – Seorang lelaki ternyata tidak pernah serik untuk berhenti menjual air ketum meskipun isterinya baru dicekup polis tiga minggu lalu atas kesalahan sama.
Peneroka berusia 53 tahun itu ditahan bersama anak lelakinya berumur 36 tahun pada pukul 9 pagi semalam di sebuah ladang kelapa sawit rizab milik Felda Lui Selatan di sini yang merupakan lokasi penanaman pokok ketum.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, dua beranak itu dicekup ketika berada di ladang berkenaan.
“Mereka disyaki menanam dan memproses daun ketum di kawasan itu berikutan penemuan tapak semaian di tanah seluas 0.2 hektar.
“Kita juga menemui 500 pokok ketum jenis ketum jambu dan ketum merah. Turut ditemui semasa serbuan adalah periuk dan ubat batuk,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4H1sxuOaz 
Hakcipta terpelihara 

Guru kritikal kena kencing tikus


Ibu mangsa, Maznah Ismail, 59, menunjukkan gambar Mohd. Yusri yang dijangkiti penyakit kencing tikus ketika ditemui di ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang guru mata pelajaran Sains yang dijangkiti penyakit leptospirosis atau kencing tikus dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Guru lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Seri Indera Putera di Ayer Hitam dekat sini, Mohd. Yusri Yaccob (gambar kecil), 42, mengalami pendarahan otak dan kegagalan fungsi beberapa organ utama iaitu buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru.
Menurut isteri mangsa, Nuri Yana Omar, 41, suaminya me­ngalami demam dan muntah sejak 29 Julai lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.
“Namun, keadaannya semakin teruk menyebabkan saya terus membawanya ke Hospital Jitra dua hari kemudian sebelum dipindahkan ke HSB kerana disyaki mengalami masalah jantung,” katanya ketika ditemui di pekara­ngan ICU HSB di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4H1sraC3C 
Hakcipta terpelihara 

Enam kenderaan rosak dilanggar bas kilang

11/08/2016 6:01pm



Keadaan kemalangan yang menyebabkan enam kenderaan lain rosak.


SHAH ALAM - Gara-gara brek sebuah bas kilang tidak berfungsi, enam kenderaan lain rosak teruk dilanggar bas berkenaan dalam satu kemalangan di Persiaran Jubli Perak berdekatan sebuah kilang gula di sini petang tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.50 petang itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun berlaku kesesakan hampir tiga kilometer dari Jalan Subang menghala ke Persiaran Jubli Perak.
Selain bas kilang berkenaan, enam lagi kenderaan yang rosak ialah tiga buah kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah van.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku apabila bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan akibat masalah brek sebelum melanggar dua buah kenderaan di hadapannya.
"Akibat rempuhan itu, dua buah kenderaan itu kemudiannya menggelonsor ke hadapan dan telah melanggar empat buah kenderaan lain.
"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah pun dialihkan dan lalu lintas kembali lancar setelah lebih sejam berlaku kesesakan teruk,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz4H1mvkIUh 
Hakcipta terpelihara 

Padah tukar wang dengan lelaki Afrika | Harian Metro

Padah tukar wang dengan lelaki Afrika | Harian Metro:

Kuala Lumpur: seorang ahli perniagaan hartanah memperoleh keuntungan besar melalui pertukaran wang tidak kesampaian apabila disamun empat lelaki Afrika di Jalan Damai, Jalan Tun Razak, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa berusia 36 tahun itu melaporkan kerugian AS$250,000 selepas membawa wang berkenaan menemui seorang lelaki Afrika yang menjanjikan pertukaran wang kepada ringgit Malaysia dalam jumlah lebih besar berbanding biasa.
"Suspek membawa mangsa ke suatu tempat dengan alasan untuk melakukan pertukaran wang tetapi tiba-tiba datang tiga lagi lelaki Afrika bersenjatakan parang yang menyerang mangsa dan melarikan wang berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Rusdi berkata kumpulan penjenayah itu menjanjikan kadar pertukaran lebih besar iaitu RM6 bagi AS$1 berbanding hampir RM4 mengikut kadar ditawarkan pengurup wang dan bank.
Beliau berkata hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju membawa kepada penahanan enam warga tempatan iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 hingga 60 tahun, dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan pertukaran wang itu.
Susulan itu, Rusdi berkata, Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, menangkap seorang lelaki Afrika berusia 34 tahun yang dipercayai dalang jenayah itu.
Lelaki itu didapati tidak memiliki pasport dan memasuki negara ini sebagai pelajar serta terbabit dalam lapan kes penipuan menerusi modus operandi sama dengan kerugian RM9 juta sejak tahun lalu.
“Lelaki itu ditahan di Wangsa Maju dan polis turut merampas wang asing iaitu AS$200,074, 17,000 Euro, HK$1,100 dan 3,117,000 Dong (Vietnam) di rumah suspek," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:51 PM
'via Blog this'

15 PATI ditahan | Harian Metro

15 PATI ditahan | Harian Metro:



Besut: Lima belas pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di kawasan perusahaan keropok di Kuala Besut dan tapak pembinaan di Kuala Nerus, hari ini.
Operasi bersepadu yang dijalankan bermula 10 pagi hingga 6 petang itu membabitkan 30 anggota termasuk daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Muda berkata, 40 pekerja warga asing diperiksa dalam operasi yang tertumpu di kawasan perusahaan membuat keropok di Kuala Besut manakala 11 orang lagi diperiksa di tapak pembinaan di Kuala Nerus.
"Hasil pemeriksaan itu, kami menahan 15 PATI berusia antara dua hingga 47 tahun kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) 1959/63 dan Seksyen 39 Akta Imigresen 1963," katanya.
Menurutnya, kesemua PATI ditahan berasal dari Thailand, Indonesia dan Myanmar dan kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 11:36 PM
'via Blog this'

Terperangkap treler terbalik | Harian Metro

Terperangkap treler terbalik | Harian Metro:





Gua Musang: Pemandu treler dan kelindannya menempuh detik mencemaskan apabila treler dinaiki yang sarat muatan 20 balak terbalik di Kilometer 9 Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Kundur, di sini.
Kejadian berlaku 3.30 petang tadi menyebabkan pemandu itu, Mohd Zulkarniah Zuhan, 29, dan kelindan Mohd Izudin Mohamad, 19, terperangkap di tempat duduk mereka.
Bagaimanapun, kedua-duanya keluar daripada kenderaan dalam keadaan selamat dengan bantuan orang awam.
Zulkarniah ketika ditemui memberitahu dia yang dalam perjalanan ke Gua Musang dari Kuala Betis cuba mengelak jentera Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang menuju ke Kuala Betis untuk memadam kebakaran semak.
"Namun treler hilang kawalan ketika cuba mengelak kenderaan bomba dan terbalik.
"Ketika itu saya hanya berserah sahaja kepada Yang Maha Esa kerana memikirkan treler sarat dengan 20 balak.
"Alhamdulillah kami dapat keluar daripada kenderaan menerusi cermin depan yang pecah sambil dibantu orang awam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 11:43 PM
'via Blog this'

Mati tergantung atas pokok | Harian Metro

Mati tergantung atas pokok | Harian Metro:



Langkawi: Seorang lelaki warga Thailand ditemui mati tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Bukit Malut di sini, petang semalam.
Mangsa Adirek Ongsara, 28, yang bekerja sebagai awak-awak bot pukat ikan bilis ditemui oleh orang ramai tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan hutan itu kira-kira jam 3.45 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed berkata, selepas menerima aduan daripada orang ramai, sepasukan anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
"Apabila polis tiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki warga Thailand tergantung di dahan sebatang pokok di dalam hutan dan disahkan meninggal dunia.
"Difahamkan, mangsa baru bekerja lebih kurang sebulan dengan majikan sekarang dan mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 9:01 AM
'via Blog this'

Pemandu lori maut nahas | Harian Metro

Pemandu lori maut nahas | Harian Metro:



Gopeng : Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lori tiga tan dan treler di Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.35 pagi itu, pemandu lori jenis tiga tan berusia 35 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindannya berusia 20 dan 22 tahun cedera.
Seorang lagi pemandu treler berusia 25 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, sebuah jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan berhubung kejadian itu.
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati seorang lelaki yang memandu lori tiga tan dan kelindannya tersepit, manakala seorang lagi kelindan berjaya dikeluarkan oleh awam.
"Pemandu yang tersepit itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala dua lagi kelindan cedera," katanya.
Mangsa yang maut kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala dua kelindan yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 9:14 AM
'via Blog this'

Jumpa mayat tergantung | Harian Metro

Jumpa mayat tergantung | Harian Metro:





Johor Bahru: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing ditemui tergantung di dalam kawasan belukar susur keluar dari Taman Gaya menghala ke Kota Tinggi di Pelangi Indah di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asistan Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima laporan awam pada 5.30 petang.
Katanya, berdasarkan aduan itu satu mayat lelaki ditemui tergantung di atas pokok..
"Siasatan awal dan forensik di tempat kejadian, kematiannya tiada unsur jenayah.
"Jarak si mati menggantung diri dari susur ke Kota Tinggi kira-kira 50 meter," katanya di sini, hari ini.
Katanya, si mati dipercayai warganegara asing berdasarkan tiada suntikan BCG dan tiada pengenalan ditemui bersamanya.
Selain itu, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaannya yang mulai mereput.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mana-mana majikan kehilangan pekerja atau rakan diminta menghubungi Hotline IPD JBS 07-2218999 atau 07-8615422.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 10:13 AM
'via Blog this'

Budak dalam beg | Harian Metro

Budak dalam beg | Harian Metro:



Brasilia: Seorang wanita ditahan selepas penumpang bas dinaikinya melihat satu tangan terjulur dari bagasi dibawanya.
Polis yang memeriksa beg berkenaan menemui seorang budak lelaki berusia 11 tahun di dalamnya.
Dalam keterangannya kepada polis, Natasha Vitoriano Souto, 23, berkata, budak itu yang namanya tidak didedahkan merayu dia mengambilnya sebagai anak angkat.
Natasha bersetuju memenuhi permintaan budak itu dan mengambil keputusan membawanya pulang ke kampungnya di selatan Brazil. Untuk berbuat demikian, dia menyumbat budak itu ke dalam beg dengan sehelai selimut merah jambu.
Malangnya, perbuatan itu terbongkar sebelum bas itu berlepas dari Rio de Janeiro, lapor Globo TV.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:24 AM
'via Blog this'

Tangan atas motor kaki di tanah | Harian Metro

Tangan atas motor kaki di tanah | Harian Metro:





Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my

Jasin: Seorang penunggang maut selepas putus kaki serta tangan kanan dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 20, Jalan Jasin-Bemban, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam, polis menemui tangan kanan mangsa tersangkut pada motosikal Yamaha FZ150 ditunggangnya manakala kaki kanannya ditemui 20 meter dari lokasi kemalangan pada jam 11.30 malam.
Ketika kejadian, mangsa, Joharizamsami Maarep, 39, menunggang seorang diri dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kelubi dari tempat kerja di Malim.
Jurucakap polis berkata, kejadian membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah Proton Wira, motosikal Yamaha FZ150 milik mangsa dan Honda EX5 ditunggang seorang pemuda.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:39 AM
'via Blog this'

Ajal empat sekeluarga | Harian Metro

Ajal empat sekeluarga | Harian Metro:





Zatul Iffah Zolkiply
am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Tepoh, di sini tengah malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya Azman Mustapha, 32, serta Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu kereta, Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan dan kepala
Kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Kampung Tepoh menghala ke Wakaf Mesira memasuki laluan bertentangan sebelum dua kenderaan berkenaan bertembung.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bergegas ke tempat kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya.
Lebih menyedihkan apabila mangsa kemalangan itu adalah bapa dan adik kembar kepada seorang anggota bomba bantuan Balai Bomba Kuala Nerus, Azlan Mustapha.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 10:02 AM
'via Blog this'

Lelaki maut terbabas dalam gaung - Pahang - Sinar Harian

Lelaki maut terbabas dalam gaung - Pahang - Sinar Harian:

Lelaki maut terbabas dalam gaung
Kenderaan pacuan empat roda dipandu Wooi Liang remuk teruk selepas terbabas dan terjunam dalam gaung awal pagi semalam.
JENGKA - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Kilang Sawit Jengka 9, di sini awal pagi semalam.

Ketika kejadian pada jam 3.35 pagi itu, mangsa, Sim Wooi Liang, 47, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Jengka 8 menghala Jengka 9.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Mitsubishi Pajero yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas merempuh pengadang jalan sebelum  menjunam ke dalam gaung.

“Punca kemalangan masih disiasat namun siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
'via Blog this'

26 geng kongsi gelap dicekup - Johor - Sinar Harian

26 geng kongsi gelap dicekup - Johor - Sinar Harian:

26 geng kongsi gelap dicekup
Anggota polis dari IPK Johor menjalankan pemeriksaan dan serbuan di beberapa lokasi dalam Ops Cantas Khas bermula Khamis lalu.
JOHOR BAHRU – 26 ahli geng kongsi gelap antara 47 individu ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di seluruh Johor Bahru bermula Khamis lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamaruzzaman Mamat berkata, 26 individu berkenaan ditangkap di bawa Akta Pertubuhan 1966 hasil pemeriksaan ke atas 45 kenderaan dan dipercayai terbabit dalam beberapa kumpulan kongsi gelap.

"Sembilan daripadanya didapati ahli Geng 04, tujuh Geng 36, lima Geng 21, empat Geng 08 dan seorang Geng 30.

"Kita turut menahan empat individu dikehendaki polis serta dua ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kamaruzzaman berkata, operasi itu disertai 144 anggota manakala seramai 419 diperiksa secara keseluruhan di beberapa lokasi dan 47 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 47 tahun termasuk tiga warga asing berusia antara 26 tahun.

"Antara kesalahan dilakukan termasuk ugutan jenayah atau khianat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 186 KK kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 379 A KK kerana curi kenderaan," katanya.
'via Blog this'

‘Menggigil bila nampak kepala depan pintu’ - Semasa - Sinar Harian

‘Menggigil bila nampak kepala depan pintu’ - Semasa - Sinar Harian:

‘Menggigil bila nampak kepala depan pintu’
Jiran-jiran dan saudara mara mula memenuhi rumah mangsa di Felda Pengeli Timur, pagi tadi. – Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI - "Kaki saya menggigil bila nampak kepala orang dihadapan pintu rumah,"kata Abdul Wahid Sadiman, 50 jiran kepada nenek di Felda Pengeli Timur yang menjadi mangsa bunuh cucu sendiri petang semalam.

Menceritakan detik-detik kejadian tersebut, Abdul Wahid berkata, kira-kira jam 6 lebih dia bersama keluarga sedang makan di rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari rumah sebelah.

Katanya, ketika itu dia terdengar bunyi orang menjerit menyuruh orang didalam rumah berkenaan buka pintu.

"Kami yang sedang menjamu selera terhenti seketika apabila terdengar bunyi bising itu. Tidak berapa lama kemudian suasana menjadi senyap dan kami yang tidak tahu apa berlaku terus menyambung makan seperti biasa.

"Beberapa minit kemudian keadaan kembali kecoh. Apabila menjengah ke luar rumah saya lihat suspek yang masih memegang pisau sedang bergelut dengan bapanya sebelum suspek melarikan diri. Sebaik sahaja menjengah ke rumah mangsa saya ternampak kepala mangsa di pintu rumah dengan darah yang banyak,"katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya dekat sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nenek dipenggal cucu]

Tambahnya, dia yang terkejut dengan kejadian tersebut terus memaklumkan kepada ketua blok dan jiran-jiran terdekat.

Bagi Pinah Mustajab, 66 pula berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa pada Sabtu lalu ketika rewang majlis kenduri perkahwinan di bloknya.

Katanya, dia tidak menyangka jirannya itu yang merupakan seorang lemah lembut dan disenangi akan ditimpa nasib sedemikian.
'via Blog this'

51 pemandu guna lorong kecemasan didenda RM75,100 - Semasa - Sinar Harian

51 pemandu guna lorong kecemasan didenda RM75,100 - Semasa - Sinar Harian:

JPJ
MELAKA - Seramai 51 daripada 56 pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM222, Lebuhraya Utara Selatan pada Mei lepas telah didapati bersalah dan dikenakan denda berjumlah RM75,100 oleh mahkamah.  

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Mohd Fadhil Hassan berkata, kesemua mereka dikenakan denda hingga RM2,000 dalam pendakwaan serta perbicaraan pada 18 Julai, 27 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos lepas di Mahkamah Majistret Alor Gajah dekat sini.

Beliau berkatan,seramai 20 orang didakwa pada hari perbicaraan pertama iaitu 18 Julai, 27 Julai (19 orang), 1 Ogos (seorang) dan 8 Ogos (11 orang) di mahkamah tersebut.

"Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap lima lagi pemandu yang gagal hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan iaitu tiga orang pada hari perbicaraan pertama dan dua orang pada perbicaraan kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ peringkat negeri Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Ayer Molek di sini.

Mohd Fadhil berkata seramai 22 lagi pemandu yang melakukan kesalahan sama akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah dalam masa terdekat.

Sementara itu, katanya JPJ Melaka telah mengeluarkan tujuh saman terhadap empat pemandu bas ekspres dan tiga pemadu lori kerana memandu secara berterusan di lorong kanan di mengikut Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pada 'Op Laju' yang dilancarkan pada 3 Ogos lepas.

"Mereka yang memandu di lorong kanan secara berterusan boleh dikenakan kompaun RM300 atau dikenakan denda oleh mahkamah maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ Melaka kepada SMK Bukit Katil, SMK Ayer Keroh, SMK Seri Bemban, SMK Datuk Bendahara, SMK Dang Hanum, SMK Durian Tunggal dan SMK Tebong.

Katanya SMK Ayer Molek merupakan sekolah perintis bagi penubuhan Kadet JPJ di negeri itu dan 45 pelajar telah menyertai sejak ia ditubuhkan pada tahun lepas.

"Kita telah memulakan latihan kawad pada Januari tahun ini selain program lain seperti perkhemahan, ceramah motivasi dan program kesedaran keselamatan jalan raya. Kadet JPJ bertujuan membentuk disiplin pelajar menjadi pemandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya," katanya. - Bernama
'via Blog this'