Search This Blog

Monday, August 8, 2016

Pemandu lori mati ditetak




MAYAT Salman Raja ditemui di tepi jalan Taman Angsamas malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my


Seremban: Seorang pemandu lori berusia 36 tahun maut akibat ditetak di leher serta kepala, manakala rakannya berusia 39 tahun parah dalam kejadian di Taman Angsamas, Mambau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mayat Salman Raja Abdullah, 36, dan rakannya ditemui orang awam di tepi jalan di taman itu.

Katanya, pihaknya yang menerima maklumat jam 8.25 malam mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

"Sehubungan kejadian, polis berjaya mencekup empat individu termasuk suspek utama di sekitar daerah ini dan Port Dickson.

"Siasatan awal mendapati punca disebabkan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dan mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 1:07 PM

Pekerja Bangladesh cedera ditembak




Stesen minyak di Jalan Genting Klang yang cuba dirompak. - Foto MOHAMAD AZIM FITRI ABD AZIZ

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Seorang lelaki Bangladesh cedera terkena satu tembakan dalam kejadian samun di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, kira-kira 6 petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja stesen minyak berusia 20-an ditembak di kaki oleh seorang lelaki menggunakan pistol.

Menurut polis, suspek berjaya ditangkap beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Mangsa dihantar ke pusat perubatan swasta di ibu negara untuk rawatan manakala suspek diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kerana turut mengalami kecederaan," katanya.

Difahamkan, suspek menunggang motosikal datang ke stesen minyak itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 9:45 PM

Lelaki maut bertembung pacuan empat roda




FOTO ihsan bomba

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Petra Jaya: Seorang lelaki maut selepas Perodua Kenari yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Demak-Petra Jaya, Kuching, pagi tadi.

Kemalangan jam 8.20 pagi itu menyebabkan Mohd Faiez Fiqri Faisal, 21, maut di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu, manakala seorang lelaki yang juga penumpang parah namun pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.23 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa yang meninggal dunia tersepit di tempat duduk pemandu kerana tersepit dan dikeluarkan anggota menggunakan peralatan khas.

"Mayat pemandu dan penumpang yang parah di hantar ke Hospital Umum Sarawak dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 3:23 PM

95 PATI ditahan




Sebahagian PATI yang ditahan. FOTO Mohd Yusni Arifin

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 20 hingga 50-an ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam dua operasi di Pantai Dalam dan Jalan Klang Lama, di sini, malam tadi.

Operasi yang bermula pada 11 malam itu diketuai pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama beberapa agensi penguat kuasa lain selepas menerima aduan mengenai kebanjiran pendatang asing di dua kawasan itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, daripada 95 yang ditahan 67 adalah lelaki manakala 28 wanita atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain dokumen yang sudah tamat tempoh.

"Operasi ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa kerana selain mengesan PATI ia juga bertujuan mengurangkan kadar jenayah di kawasan tertentu," katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Jinjang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 12:22 PM

Polis berkas tiga lelaki, rampas ketamin


Dadah

Gambar Hiasan.
SIBU - Polis Sibu menahan tiga lelaki dan merampas satu bungkusan serbuk dipercayai dadah jenis ketamin seberat kira-kira 64 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang, pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, nilai pasaran dadah yang dirampas dalam serbuan hasil risikan polis itu ialah lebih RM9,500.

“Hasil pemeriksaan semasa serbuan tersebut menjumpai satu plastik lutsinar mengandungi serbuk berwarna merah keperangan disyaki dadah jenis ketamin yang disimpan dalam rak kecil di sebelah peti sejuk dalam rumah itu,” katanya.

Menurut Saiful Bahari, ujian air kencing yang dilakukan ke atas ketiga-tiga lelaki itu yang masing-masing berusia 24, 23 dan 41 tahun itu juga didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Beliau berkata, selain itu ketiga-tiga suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu kini direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. - Bernama

Polis rampas dadah bernilai lebih RM7,000


Dadah

Dadah. - Gambar Hiasan
SEREMBAN - Polis merampas 265 gram dadah jenis methamphetamine dan 10 gram daun ganja yang kesemuanya bernilai RM7,760 dalam dua serbuan berasingan di sini, pada 5 Ogos lalu.
  
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Zaki Harun berkata, dalam dua serbuan itu di Taman Seremban Jaya dekat sini, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
  
"Kira-kira 4 petang pada 5 Ogos lalu, seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya. Kita turut merampas tiga paket plastik lutsinar mengandungi 33 ketul bahan dipercayai methamphetamine seberat 55 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi daun kering dipercayai ganja seberat 10 gram.
  
"Hasil serbuan pertama itu juga, polis mengesan seorang lagi suspek dan
membuat serbuan kedua di taman yang sama dan menahan seorang lelaki dan merampas satu beg plastik mengandungi paket-paket lutsinar yang diikat seberat 210 gram," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
  
Mohamad Zaki percaya dengan penahanan dua lelaki terbabit, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah Seremban dan kawasan sekitarnya.

"Namun, kita akan teruskan siasatan kerana mungkin ada anggota sindiket sama yang masih bergerak di sekitar Seremban," katanya.    

Kedua-dua suspek kini ditahan sehingga 10 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - Bernama

Didakwa terima rasuah RM1,300


Norul Awatif Romli
awatifromli@hmetro.com.my


Alor Setar: Seorang anggota polis peronda lebuh raya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,300, dua thun lalu.

Tertuduh Koperal Mohamad Sukeri Othman, 35, bagaimanapun minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Utara (Bandar Baharu- Changkat Jering), Perak didakwa bersetuju menerima rasuah daripada seorang lelaki dikenali V Tamil Vanan jam 10.09 pagi dalam sebuah premis kedai runcit di Pekan Lama, Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baharu, Kulim, dekat sini pada 9 November 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Tamil kerana disyaki membawa arak yang tidak dibayar cukai dengan sebuah kereta Toyota Avanza.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah suapan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Perak Nurul Wahida Jalaluddin yang mengendalikan prosiding memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Khas SPRM Ipoh kerana tertuduh berdepan satu pertuduhan kes berasingan membabitkan kes rasuah pada 7 November 2014.

Zanol kemudian bersetuju dengan permohonan itu dan mengarahkan tertuduh hadir ke Mahkamah Sesyen Khas SPRM Ipoh pada jam 9 pagi esok untuk menetapkan jaminan serta sebutan semula kes.

Khamis lalu, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,200 daripada individu sama bagi tujuan sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Lebuhraya PLUS arah Selatan jam 1.50 tengah hari pada 7 November 2014.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 1:48 PM

Seorang lagi suspek cuba samun stesen minyak ditahan

AYAH ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 4:32 PM

 Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

KETUA Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pemilik pistol yang digunakan dalam cubaan samun sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini, petang semalam. Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam tadi di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Setapak di sini, susulan soal siasat ke atas suspek samun yang ditangkap orang ramai di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata tangkapan itu dilakukan susulan dakwaan suspek pertama bahawa pistol jenis Revolver yang digunakan untuk melakukan samun itu dipinjamkan seorang rakannya. "Semakan mendapati suspek kedua itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan pemilikan senjata berjadual.

"Nombor siri pistol itu didapati sudah dikikis dan kita sedang cuba mendapatkan semula nombor siri senjata berkenaan yang kini berada di makmal forensik," katanya pada sidang media di sini, tadi. Menurut Mohamad Roy, dalam cubaan samun kira-kira jam 6 petang, suspek meluru masuk ke kaunter pembayaran di dalam stesen minyak dan mengacukan pistol ke arah seorang pekerja warga Bangladesh di situ dan mengugutnya untuk menyerahkan satu balang berisi wang tunai.

"Bagaimanapun, pekerja di situ enggan memberi kerjasama menyebabkan suspek hilang sabar dan cuba merampas balang mengandungi wang hasil jualan kad pra bayar berjumlah RM350 sebelum berlaku pergelutan antara mereka. "Pada masa sama, dua rakan sekerja mangsa yang juga warga Bangladesh menerkam suspek dari belakang menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan dengan sedas terkena pinggang kiri salah seorang pekerja," katanya lagi.

 Beliau berkata, akibat pergelutan itu juga, suspek patah kaki kiri dan berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam. Kedua-dua suspek dan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya lagi, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek pertama, manakala rakannya direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181107

Pemuda terbunuh ketika leka bermain Pokemon Go

DUNIA ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 4:57 PM

SAN FRANCISCO: Gara-gara terlalu asyik dengan Pokemon Go, seorang lelaki berusia 20 tahun ditembak mati di lokasi tumpuan pelancong yang dikunjungi untuk mencari dan menangkap karektor kartun itu. Calvin Riley ditembak oleh penyerang tidak dikenali malam Sabtu lalu di Taman Akuatik berhampiran Dataran Ghiradelli.

Seorang rakannya, John Kirby, berkata mangsa dan seorang lagi kawan asyik bermain permainan itu ketika ditembak. "Tiada pergaduhan, tiada perbalahan. Penyerang datang, menembak di belakang dan melarikan diri," katanya.

Kirby berkata, Riley dan rakannya sedar mereka diperhatikan seseorang tetapi keadaan gelap dan mereka terlalu asyik melihat telefon bimbit masing-masing. Jurucakap Perkhidmatan Taman Negaraa, Lynn Cullivan berkata mereka percaya ada saksi melihat kejadian itu yang berlaku di kawasan Fisherman's Wharf yang sibuk. - Agensi


GARA-GARA terlalu asyik dengan Pokemon Go, seorang lelaki berusia 20 tahun ditembak mati di lokasi tumpuan pelancong yang dikunjungi untuk mencari dan menangkap karektor kartun itu. - Foto hiasan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181113

5 terbunuh letupan bom di hospital Pakistan

DUNIA ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 2:44 PM

QUETTA, Pakistan: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala 30 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah hospital utama di barat daya bandar di sini, kata seorang pegawai kanan kerajaan. Angka kematian dijangka meningkat.

Setiausaha Dalam Negeri di wilayah bergolak Balochistan, Akbar Harifal, berkata letupan berlaku selepas beberapa peguam dan wartawan berkumpul di hospital berikutan kematian Presiden Persatuan Peguam Balochistan dalam satu kejadian tembakan berasingan awal pagi ini.

 "Presiden persatuan itu, Bilal Anwar Kasi, menjadi sasaran dua lelaki bersenjata yang tidak dikenali ketika meninggalkan rumahnya pagi tadi," katanya. Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

 Balochistan, yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan, kaya sumber minyak dan gas tetapi berdepan serangan militan, keganasan antara puak Sunnah dan Syiah serta pemberontakan pemisah. - AFP


SUKARELAWAN Pakistan menutup mayat mangsa selepas letupan bom di sebuah hospital kerajaan di Quetta. - Foto AFP  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181080

Duterte ikrar terus tembak mati penjenayah dadah


GAMBAR fail pada 25 Jun lalu menunjukkan mayat seorang lelaki yang ditembak mati dalam operasi membanteras jenayah dadah di Manila.- AFP


MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan bahawa beliau akan terus mengekalkan arahan menembak mati pengedar dadah di negara itu.
Katanya, beliau tidak akan mempeduli kecaman daripada badan pertubuhan hak asasi manusia dalam usaha bagi membanteras masalah dadah di negara tersebut.
Pada masa kini kira-kira 800 orang dikatakan telah ditembak mati sejak Duterte memenangi pilihan raya pada Mei lalu.
“Kempen menembak mati akan kekal sehingga ke hari terakhir saya meme­gang jawatan (Presiden) ini, jika saya masih hidup,” kata lelaki berusia 71 tahun itu pada sidang akhbar di selatan Davao iaitu bandar kelahirannya.
“Percayalah, saya tidak peduli dengan kecaman hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Presiden semalam.
Beliau turut mengulangi bahawa pe­gawai kerajaan yang menggunakan jawatan mereka dengan terbabit dalam jenayah dadah sehingga menyebabkan banyak kematian akan menjadi ‘ke­utamaan’ dalam senarai untuk dibunuh.
Beliau turut menawarkan ‘jaminan peribadi’ kepada anggota tentera dan polis yang melaksanakan tugas membunuh penjenayah dadah akan diberikan imuniti daripada sebarang pendakwaan.
Presiden Filipina itu kini dikritik kerana sebilangan daripada 402 suspek yang ditembak mati hanya kerana mereka disyaki tanpa bukti yang kukuh terma- suk daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut polis, tindakan besar-besaran Duterte itu menyebabkan lebih 500,000 orang menyerah diri kepada pihak berkuasa tempatan dan mereka berjanji akan berhenti daripada terbabit dalam aktiviti dadah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4GjNiJKjU 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki terima hadiah 'kereta klon'


jpj

Anggota rondaan JPJ Wilayah Persekutuan menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan yang dijumpai di dalam kereta klon jenis Suzuki Swift. - Gambar IHSAN JPJ
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Keseronokan seorang lelaki melaram bersama kereta yang diperoleh selepas menyertai syarikat jualan langsung (MLM) tiga bulan lalu mengundang padah apabila dia ditahan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini semalam.
Pekerja di Kilang Air Batu Muda itu ditahan pasukan rondaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan pada pukul 11.50 pagi ketika dalam perjalanan menghala Taman Melati, Setapak. 


Pengarahnya, Datuk Md. Ziki A. Rahman berkata, kereta Suzuki Swift 1.5L yang dinaiki individu berusia 30-an itu ditahan berikutan mempunyai perbezaan dengan model yang sama keluaran negara ini. Malah menurutnya, ini adalah kes pertama kereta jenis tersebut diklon oleh sindiket.


Ujarnya, pemeriksaan lanjut pada nombor pendaftaran yang dipamerkan mendapati nombor tersebut didaftarkan atas motosikal.


“Menurut pemandu, dia tidak mengetahui kereta yang dipandu adalah kenderaan klon yang dibawa masuk dari Singapura kerana diperoleh secara percuma selepas dia menyertai satu syarikat MLM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Menurut Md. Ziki, pemeriksaan lanjut pada bonet belakang kenderaan terbabit menemukan satu lagi papan plat bernombor NBS 8052.


Ujarnya, bagaimanapun, pemandu terbabit mendakwa tidak menyedari kewujudan nombor plat lain di dalam keretanya dan tidak mengetahui kenderaan yang dipandu telah diklon.


Sehubungan itu beliau memberitahu, kenderaan tersebut disita serta merta dan akan dilupuskan.


Tambahnya, penahanan itu menjadikan jumlah kenderaan klon yang disita JPJ Wilayah Persekutuan bagi tempoh tujuh bulan tahun ini adalah sebanyak 115 buah.
 - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-terima-hadiah-kereta-klon-1.366884#sthash.nqx5xyDI.dpuf

Dua lelaki ditawarkan khidmat seks sebelum disamun


SIBU 7 Ogos - Dua lelaki berusia 28 tahun dari Kuching yang menginap di sebuah hotel bajet di bandar ini menjadi mangsa samun berkumpulan selepas diumpan dengan wanita muda yang menawarkan khidmat seks semalam.
SAIFUL BAHARI ABDULLAH
SAIFUL BAHARI ABDULLAH
Dalam kejadian sekitar 10.30 malam itu, salah seorang mangsa membuka pintu bilik apabila mendengar ketukan dan mendapati seorang wanita sedang berada di luar dan menawarkan khidmat seks.
Sejurus selepas wanita itu masuk ke dalam bilik, dua lelaki lain menyerbu masuk dan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM300 serta merampas dua unit telefon bimbit kepunyaan pengadu dan rakan sebiliknya.
"Apabila pengadu cuba menghalang, dia telah ditumbuk dengan menggunakan alat buku lima sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Ketiga-tiga suspek terus melarikan diri bersama tiga lagi rakan yang menunggu di bawah hotel," kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, polis telah memberkas enam individu terdiri daripada lima lelaki berusia antara 19 tahun hingga 30 tahun serta seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah rumah sewa di bandar ini pada malam sama bagi membantu siasatan.
Seorang daripada lelaki yang ditahan dipercayai pasangan kepada wanita berusia 23 tahun itu dan mereka didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Menurutnya, polis juga berjaya merampas dua unit telefon bimbit yang dilaporkan hilang dan buku lima.
Polis percaya kejadian merupakan modus operandi baharu yang menjadikan penginap hotel bajet sebagai sasaran dengan umpanan seorang wanita yang menawarkan khidmat seks.
Mereka kini direman tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 dan 395 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa melakukan samun berkumpulan. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-lelaki-ditawarkan-khidmat-seks-sebelum-disamun-1.367524#sthash.Icy5iT4M.dpuf

Samseng mengganas di Shah Alam


Kejadian tetak, tembakan bimbangkan penduduk Seksyen 16

SHAH ALAM 7 Ogos - Penduduk di pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 di sini bimbang mengenai ke­selamatan mereka apabila sekumpulan lelaki dipercayai daripada kumpulan samseng mengganas, semalam.
SEPASUKAN polis membuat pemeriksaan kes pergaduhan dan tembakan di Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor, semalam.
Dalam kejadian 3.50 pagi tersebut, kumpulan samseng terlibat me­netak dan menembak tiga orang mangsa, termasuk seorang pengawal keselamatan di pangsapuri itu.
Pengawal keselamatan, Mustafa Harun, 53, yang cedera akibat kesan tembakan di pinggang serta tetakan di kepala kini sedang dirawat di zon kritikal salah sebuah hospital di sini.
Selain itu, dua lagi mangsa iaitu Ismail Omar, 66, cedera di kepala akibat terkena tetakan senjata tajam manakala Amirul Ilham, 22, cedera parah di kaki kanan dipercayai akibat dilanggar dengan kereta.
Setakat ini, ketiga-tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kes tersebut adalah kes jenayah dan bukannya di­sebabkan faktor perkauman.
“Tak ada apa-apa. Ini kes jenayah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shafien berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.50 pagi dan akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu esok.
Menurut laporan awal, sekumpulan lelaki samseng itu menetak dan menembak tiga penduduk selepas cubaan salah seorang daripada mereka untuk mencuri motosikal dihalang penduduk kawasan itu.
Selepas gagal mencuri, suspek terbabit datang semula ke pangsapuri itu dengan membawa sekumpulan rakannya sebelum menyerang ketiga-tiga mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
Shafien dalam laporan akhbar hari ini berkata, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan suspek terbabit melepaskan dua das tembakan berdasarkan pene­muan dua kelongsong peluru di tempat kejadian
Dalam pada itu, katanya, satu pasukan siasatan khas mengenai kejadian itu telah ditubuhkan dan setakat ini dua suspek berusia 20 dan 25 tahun yang berasal dari Klang telah ditahan untuk membantu siasatan.
Kedua-dua suspek terbabit ditahan ketika datang ke Balai Polis Seri Muda di sini semalam untuk membuat laporan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/samseng-mengganas-di-shah-alam-1.367728#sthash.sLlr120B.dpuf

Doktor pakar hadapi lima tuduhan tidak bayar cukai


doktor

KUALA LIUMPUR 8 Ogos - Mohd Idham Omar (kiri) bersama peguam hadir ke mahkamah bagi mewakili Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr. Lee Chiang Heng yang didakwa atas kesalahan tidak membayar cukai pendapatan selama lima tahun di Mahkamah Majistret Jenayah Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini . - UTUSAN SHAIFUDIN MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Seorang doktor pakar di Hospital Gleneagles, Ampang di sini berdepan dengan hukuman penjara maksimum tiga atau denda tidak melebihi RM20,000 dan penalti khas tiga kali ganda dari cukai terkurang hampir RM20 juta sekiranya dia didapati bersalah atas pertuduhan tidak membayar cukai pendapatan selama lima tahun bermula dari tahun 2007 hingga 2011.
Walau bagaimanapun, Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr. Lee Chiang Heng yang dinamakan sebagai orang kena saman (OKS), tidak hadir ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Doktor pakar tersebut mewakilkan pekerjanya, Mohd. Idham Omar membuat pengakuan tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Bagi tahun 2007 jumlah cukai terkurangnya adalah (RM638,171,80) 2008, (RM1,282,035.16) 2009, (RM1,415,004.68) 2010, (RM1,549,877.13) dan 2011 (RM1,682,903.82).


Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Perniagaan Lee Chiang Heng di Suite 2.06 Hospital Gleaneagles Jalan Ampang, di sini. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 114(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari cukai terkurang bagi setiap pertuduhan sebanyak RM19,703,977.77. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/doktor-pakar-hadapi-lima-tuduhan-tidak-bayar-cukai-1.367978#sthash.H3uwshYz.dpuf

Lorong kecemasan: 11 lagi pemandu didenda


saman

MELAKA 8 Oos - Sebahagian daripada 11 lagi pemandu yang memandu di lorong kecemasan dan menghalang laluan ambulans di Kilometer 222 Lebuh Raya Utara-Selatan pada Mei lalu yang didenda antara RM1500 sehingga RM2000 selepas kesemua mereka mengaku salah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini hari ini - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
ALOR GAJAH 8 Ogos - Sebanyak 11 lagi pemandu yang menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans di Kilometer 222, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada Mei lalu masing-masing didenda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua pemandu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 62 tahun selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kesemua mereka didakwa memandu kenderaan masing-masing dan telah menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 222, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada pukul 5 petang, 22 Mei lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/lorong-kecemasan-11-lagi-pemandu-didenda-1.367986#sthash.jrFDvtXj.dpuf

PM India bidas kumpulan radikal Hindu


PERDANA Menteri India, Narendra Modi.-AGENSI

PERDANA Menteri India, Narendra Modi.-AGENSI
NEW DELHI 7 Ogos - Perdana Menteri India, Narendra Modi membidas beberapa siri serangan yang dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa melindungi haiwan lembu, berkaitan aktiviti penyembelihan binatang itu, baru-baru ini, sambil memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggunakan agama bagi melakukan jenayah.
Pengkritik berkata, keganasan yang dilakukan bagi melindungi lembu yang dianggap sebagai haiwan suci oleh majoriti penganut Hindu dilaporkan semakin meningkat sejak Modi memegang kuasa pada 2014.
Beratus-ratus orang ditahan di barat India pada bulan lalu apabila protes terhadap empat penduduk kampung kasta rendah yang menyembelih lembu untuk mengambil kulitnya bertukar ganas.
Modi turut meminta kerajaan negeri menyiasat mereka yang terlibat dengan serangan tersebut dan menggesa orang ramai mengambil tindakan terhadap pelaku.
Beliau meramalkan 70 hingga 80 peratus daripada mereka yang terlibat merupakan golongan anti-sosial dan cuba menyamar sebagai pelindung lembu untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
Kenyataannya itu merupakan komen pertama Modi mengenai serangan tersebut selepas beliau kerap menerima kritikan selepas dituduh gagal melindungi penganut agama minoriti di negara ini.
Sekurang-kurangnya lima lelaki Islam dibunuh oleh perusuh Hindu tahun lalu semata-mata kerana disyaki makan daging lembu atau terlibat dengan penyeludupan lembu di negara ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pm-india-bidas-kumpulan-radikal-hindu-1.367541#sthash.oR7wHvBk.dpuf

Dua ditahan terlibat rompakan bersenjata


wangsa maju

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohd. Roy Suhaimi Sarif (tengah) menunjukkan senjata api yang digunakan oleh suspek warga Afrika yang terliba dalam kes samun dan tembak di Setapak ketika sidang akhbar yang berlangsung di IPD Wangsa Maju di sini hari ini. Turut bersama Ketua Balai Setapak, ASP Wee Bee Seng (kanan) dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Khairil Idzwan Ahmad (kiri). - UTUSAN/NABIHAH OTHAMAN
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Dua individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjata dan melepaskan tembakan di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, Wangsa Maju dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek pertama ditahan pada pukul 5 petang ketika cuba melakukan samun manakala rakannya ditahan pada pukul 11.30 malam berikutan meminjamkan sepucuk pistol yang digunakan untuk merompak.


“Permohonan reman kedua-dua suspek berumur 32 tahun itu dibuat pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata 1960.


“Kita merampas sepucuk pistol mengandungi sebutir peluru hidup dan motosikal Yamaha 125z yang digunakan suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-ditahan-terlibat-rompakan-bersenjata-1.367928#sthash.LhE3PHSS.dpuf

Lelaki maut ditetak


Pemandu lori maut, rakan parah akibat ditetak

Gambar ihsan FB Kemalangan Extreme,Kebakaran dan banjir(Malaysia dan luar negara)
SEREMBAN 8 Ogos - Seorang pemandu lori maut akibat ditetak di kepala dan leher manakala rakannya parah dalam satu pergaduhan di Taman Angsamas, Mambau di sini malam tadi.
Salman Raja Abdullah, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kejadian pukul 8.10 malam itu manakala rakannya berusia 39 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam yang melihat kedua-dua lelaki itu di tepi jalan.
“Polis telah menahan empat individu disyaki terlibat dengan kejadian itu di sekitar daerah ini dan Port Dickson di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-maut-ditetak-1.367979#sthash.v9McQYTA.dpuf

2 mati ditembak kumpulan penjenayah

ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 12:26 AM

DUA lelaki ditembak mati menggunakan raifal automatik di Marseille semalam, dalam kejadian terbaharu pergaduhan dalam kalangan kumpulan penjenayah. - Foto REUTERS

 MARSEILLE: Dua lelaki ditembak mati menggunakan raifal automatik di Marseille semalam, dalam kejadian terbaharu pergaduhan dalam kalangan kumpulan penjenayah, kata pegawai penyiasat. Timbalan Pendakwa raya, Andre Ribes berkata, dua lelaki itu dikatakan berada dalam kenderaan berasingan awal pagi di tengah bandar Marseille, kenderaan mereka dihadang sebuah kereta lain.

Empat lelaki bersenjatakan Kalashnikov keluar daripada kenderaan terbabit dan melepaskan tembakan, salah seorang daripada mereka terbunuh ketika cuba melarikan diri dan seorang lagi terbunuh di tayar keretanya. Dua lelaki yang mati itu dipercayai berusia dalam lingkungan awal 20-an masih belum dikenal pasti identiti mereka. "Berdasarkan kaedah operasi, adalah dipercayai ini adalah dendam antara kumpulan penjenayah. Tiada unsur keganasan," katanya. Bandar pelabuhan dan yang ketiga terbesar di Perancis itu sudah lama menjadi sarang pengedaran dadah. - AFP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180940

Anggota polis terlepas tembakan, isteri dan 2 anak cedera

ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 12:09 AM


Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my

ANAK anggota polis yang cedera terkena serpihan tembakan yang tidak sengaja dilepaskan, dalam kejadian di Kampung Setol, Tasek Gelugor.


TASEK GELUGOR: Seorang anggota polis terlepas satu das tembakan ketika berada di rumahnya di Kampung Setol, di sini, menyebabkan isteri dan dua anaknya cedera. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi, ketika anggota berusia 33 tahun itu dikatakan bergelut dengan isterinya, 27, sebelum senjata api berkenaan tiba-tiba meletup.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan terlebih dahulu memaklumkan hasratnya untuk membunuh diri, namun isterinya cuba merampas pistol terbabit untuk menghalangnya.


 "Bagaimanapun, ketika cuba merampas pistol itu, anggota polis terbabit tiba-tiba tertekan picu menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke lantai dalam bilik tidur mereka. "Akibat tembakan itu, isteri anggota berkenaan dan dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun mengalami kecederaan pada kaki serta betis selepas terkena serpihan lantai yang pecah," katanya. Abdul Ghafar berkata, setakat ini polis sudah menahan anggota berusia 33 tahun itu dan siasatan awal suspek mendakwa dia diganggu makhluk halus.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180909

Buru pasangan dera adik



BERNAMA
Johor Bahru: Polis sedang memburu seorang wanita dan suaminya kerana dipercayai mendera adik lelakinya di rumah mereka di sebuah ladang di Kong Kong, Masai, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata usaha sedang dilakukan bagi mengesan kedua-dua mereka yang berumur 30-an dan tidak pulang ke rumah selepas kes penderaan remaja berumur 14 tahun itu terbongkar.

"Kejadian disedari kira-kira 9.30 malam, Rabu lalu, selepas seorang wanita, penduduk setempat terlihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya di sebuah surau di kawasan Kampung Desa Mewah, Sungai Penderam, Seri Alam, di sini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jokhiri berkata mangsa melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan didera pasangan itu dan ada kesan melecur disebabkan air panas, parut-parut luka dan lebam di badannya.

Beliau berkata mangsa turut mengadu sudah lama didera kakaknya, seorang suri rumah dan abang ipar yang bekerja sebagai nelayan selain dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Katanya, mangsa yang tidak bersekolah adalah anak ke-10 daripada 11 beradik dan diserahkan kepada kakak dan abang iparnya untuk dijaga selepas kematian bapa sejak berusia lima tahun.

"Mangsa dibawa kepada polis bagi membuat laporan dan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk rawatan.

"Mangsa kini di bawah kawalan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat dan keadaannya stabil,” katanya.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 8:34 PM