Search This Blog

Saturday, August 6, 2016

Kilang musnah terbakar


NAZWIN NAZRI  |  05 Ogos 2016 6:01 PM
Kilang Terbakar

Kilang Terbakar
SEBUAH kilang di Taman Cheras Jaya, Balakong terbakar tengah hari tadi. GAMBAR/Media Sosial
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Sebuah kilang di Taman Cheras Jaya, Balakong, dekat sini musnah 80 peratus ekoran kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian belakang premis berkenaan.
Menurut jurucakap bomba dan penyelamat, usaha memadam kebakaran kilang itu dilakukan sejak pukul 3.20 petang tadi.
“Kita menerima panggilan bantuan daripada Pasukan Gerakan Operasi Selangor yang memerlukan tambahan sebuah jentera untuk memadam kebakaran kilang. Balai Bomba terlibat adalah dari Taman Tun Dr Ismail.



“Kilang ini dikategorikan kelas A yang berkeluasan 60 X 60 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jurucakap itu memberitahu, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kilang-musnah-terbakar-1.366867#sthash.5ySaJnp8.dpuf

Kapal korek curi pasir ditahan





Oleh ATIKAH DALI

KAPAL korek pasir dipercayai milik sebuah syarikat China ditahan pasukan APMM di perairan Tanjung Keling di Selat Melaka kelmarin.

MELAKA – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal korek dipercayai milik sebuah syarikat China bersama tujuh kru yang sedang melakukan kegiatan mencuri pasir di lokasi 8 batu nautika dari perairan Tanjung Keling di Selat Melaka kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Kuala Linggi, Kepten Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, kapal Jing Hui 2 dan tujuh kru berusia 34 hingga 60 tahun termasuk ketuanya ditahan pada pukul 5.55 petang menerusi Ops­Satria Selatan.

Menurut beliau, kejayaan menahan kapal tersebut hasil maklumat orang awam yang curiga dengan kehadiran sebuah kapal yang dikendali warga China di perairan Tanjung Keling.

“Semasa pemeriksaan, kesemua kru kapal warga China terbabit gagal mempamerkan lesen dan dokumen kebenaran mengorek pasir di kawasan ber­kenaan.

“Semua warga asing­ berkenaan ditahan bagi membantu siasatan manakala kapal Jing Hui 2 pula diarah bersauh di pesisir pantai Tanjung Keling untuk mengetahui aktivitinya sepanjang berada di perairan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4GWdB4ycL
Hakcipta terpelihara 

Gagah lawan perompak



RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa menarik suspek keluar dari kereta miliknya.

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Subang Jaya: Perut sedang sarat mengandung lapan bulan, namun seorang guru bertindak berani melawan dan mematahkan cubaan samun dua lelaki bersenjatakan parang.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 36 tahun diserang penjenayah di hadapan sebuah taska di jalan SS14, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku sewaktu wanita terbabit sedang mengambil anaknya di taska berkenaan selepas pulang dari bekerja.

Katanya, mangsa bagaimanapun diserang dua lelaki ketika mahu membawa anaknya masuk ke dalam kereta yang diparkir di hadapan taska berkenaan.

“Suspek dikesan muncul menaiki kenderaan pelbagai guna model Toyota Harrier. Salah seorang suspek memegang parang sebelum meluru masuk ke dalam kereta model Honda City milik mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 9:45 AM

Tragedi bantu lori terbabas




KENDERAAN polis yang dirempuh. FOTO ihsan Polis

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Taiping: Remaja lelaki maut, manakala dua anggota polis cedera akibat dirempuh kereta ketika membantu lori yang terbabas di Kilometer 10.5 Jalan Taiping-Pantai Remis di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.35 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dirempuh kereta yang dipercayai tidak perasan mangsa sedang menjaga lalu-lintas serta membantu mengutip muatan lori terbabas itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti Muhammad Azizi Osman, 19, penduduk kampung berhampiran.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

"Anggota polis pula adalah Ahmed Fazlee Khamaruzaman, 32, yang cedera pada kaki kiri dan

Nur Farhana Zainudin, 23, yang cedera di kepala serta kaki kiri.

“Kedua-dua mereka berkhidmat di Balai Polis Padang Gajah, di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori membawa muatan ikan terbabas di lokasi berkenaan pada 12.50 tengah malam dan susulan itu dua anggota polis datang memberi bantuan untuk mengawal lalu-lintas.

"Beberapa individu dipercayai orang kampung sekitar turut membantu mengutip muatan ikan lori berkenaan.

“Pada 1.35 pagi datang kereta dari arah Pantai Remis hala ke Taiping dipercayai tidak perasan kemalangan di situ lalu merempuh kereta polis dan tiga motosikal penduduk yang diletak di bahu kiri jalan selain turut merempuh ketiga-tiga mangsa," katanya.

Harrith Kam berkata, susulan kejadian itu seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

"Pemandu kereta yang juga pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berpangkat Leftenan kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 11:33 AM

Ketua Daesh Mesir terbunuh





KAHERAH – Seorang ketua kumpulan pengganas Daesh yang mendalangi serangan maut ke atas pasukan keselamatan dan disyaki menjatuhkan sebuah pesawat komersial Rusia terbunuh dalam satu serangan udara Mesir, kata pihak tentera kelmarin.

Bagaimanapun, pengumuman yang oleh tentera Mesir tidak menyebut lokasi serangan itu. Kaherah sebaliknya mendedahkan nama ketua pengganas Daesh itu sebagai Abu Doaa al-Ansari yang berpangkalan di Semenanjung Sinai.

Dia dikatakan terbunuh bersama beberapa pembantu kanannya dan sebilangan Daesh lain dalam serangan yang dilakukan oleh tentera udara dan skuad antipengganas Mesir, kata seorang jurucakap tentera di laman sosial Facebook.

Sejak tentera Mesir menggulingkan Pre­sidennya, Mohamed Morsi pada tahun 2013, kumpulan pengganas telah mengetuai serangan pemberontakan ke atas tentera dan polis dengan melancarkan serangan hampir setiap hari di Sinai Utara.

Serangan berkenaan telah membunuh beratus-ratus anggota polis dan tentera yang didakwa dilakukan oleh cawangan kumpulan Daesh Mesir di Semenajung Sinai.

Pasukan tentera akhirnya berjaya membunuh Abu Doaa al-Ansari dan beberapa pembantu utamanya bersama lebih 45 anggota Daesh.

Kumpulan Ansar Beit al-Maqdis adalah nama kumpulan itu sebelum mereka mengangkat sumpah taat setia kumpulan Daesh pada November 2014.

Kenyataan itu berkata, berpuluh-puluh yang lain telah ditembak secara tepat dalam sera­ngan ke atas kubu kuat kumpulan itu di selatan dan barat daya bandar EL- Arish, Sinai.

Malah, operasi berkenaan telah memusnahkan sebuah depot yang menyimpan senjata api, peluru dan bahan letupan kumpulan pengganas itu.

Sebelum ini, kumpulan itu mengakui bertanggungjawab menembak jatuh sebuah pesawat Rusia yang membawa pelancong dari pusat peranginan Sinai dengan menyebabkan kesemua 224 penumpang dan anak kapal terbunuh. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4GWacW5P9
Hakcipta terpelihara 

Pelancong telan 60 kapsul kokain ditahan polis


MOHD. FIRDAUS ISMAIL  |  06 September 2016 10:55 AM
DADAH


PULAU PINANG 6 Sept. - Seorang pelancong warga Afrika Selatan ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Sabtu lalu kerana disyaki membawa dadah.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghadar Rajab berkata, pemeriksaan awal di lapangan terbang terhadap suspek tidak menemukan sebarang benda mencurigakan dan suspek yang berusia 30 an kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dilakukan ujian imbasan.
Abdul Ghafar berkata, ujian mendapati terdapat 60 kapsul disyaki dadah berada dalam tubuh suspek.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, suspek yang bekerja sebagai jurutera didapati mengambil penerbangan dari Brazil ke Singapura dan singgah ke negeri ini sebelum ke Bangkok, Thailand.
“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas mencecah RM267,000 dan suspek kini direman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Sekysen 39 B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pelancong-telan-60-kapsul-kokain-ditahan-polis-1.379246#sthash.SSoBjuZb.dpuf