Search This Blog

Friday, August 5, 2016

Sekali kopak empat tabung



RUSMAN menunjukkan salinan laporan polis dan gambar suspek di Masjid Mukim Kadok, Kota Bharu.

Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Lagaknya seperti hendak menunaikan solat sunat Dhuha di Masjid Mukim Kadok, di sini, apabila lengkap berpakaian menutup aurat dan berkopiah.

Namun niat sebenar lelaki berusia 40-an itu adalah untuk mendapatkan duit empat tabung yang terletak dalam masjid itu termasuk di ruang solat Muslimat.

Selepas memperoleh kira-kira RM1,000, lelaki itu kemudiannya meninggalkan duit syiling bertaburan di dalam masjid terbabit.

Kejadian berlaku pada jam 7.39 pagi kelmarin dan disedari anak Tok Siak masjid itu, Atiqullah Mohamad, 19, pada jam 9.30 pagi.

Bilal masjid, Rusman Ismail, 49, berkata, lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu dalam tempoh 30 minit saja sebelum Atiqullah menyedarinya apabila masuk untuk membersihkan dalam masjid.

Ibu bunuh bayi dengan beri makan garam


5 OGOS 2016
Kimberly Martines

Kimberly Martines
SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu dituduh membunuh anak perempuannya berusia 17 bulan dengan memberi bayi itu makan sesudu teh garam.

Peyton Martines terpaksa dihentikan alat sokongan hayat pada Rabu sehari selepas diisytiharkan mati otak, kata Koroner Spartanburg County, Rusty Clevenger.

Tuduhan terhadap Kimberly Martines, 23, dari Fingerville telah ditukar kepada tuduhan membunuh dengan melakukan penderaan kanak-kanak.

Dia sebelum ini didakwa atas tuduhan penderaan kanak-kanak.

Peguam Barry Barnette memberitahu media tempatan, Martines memberi bayi itu makan garam untuk cuba memenangi kasih sayang suaminya selepas berpisah.

'Dia pada dasarnya cuba mendapatkan perhatian suaminya dan mahu suaminya itu kembali kepadanya," kata pendakwa dipetik AP.

Bayi malang itu dimasukkan ke hospital pada Ahad.

Sementara itu, Pejabat sherif berkata, doktor memberitahu, garam menyebabkan kanak-kanak itu mendapat sawan dan demam panas

Menurut waran tangkap, pada November, pakar kanak-kanak sebelum ini bimbang kerana bayi berkenaan tidak bertambah berat badan.

Namun ibu itu mengabaikan  arahan doktor yang menyuruhnya bertemu doktor pakar dan BabyNett iaitu program negeri yang membantu bayi yang lewat membesar.

Pendakwa berkata, anak kembar serta anak kedua wanita itu berada dalam perlindungan.

Enam pengawal peribadi Datuk Bandar ditembak mati


4 OGOS 2016
Enam pengawal peribadi Datuk Bandar ditembak mati

Enam pengawal peribadi Datuk Bandar ditembak mati Antara suspek yang ditembak dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.- Foto EPA
FILIPINA - MANILA. Polis Komando Filipina menembak mati enam pengawal peribadi yang bekerjasama dengan Datuk Bandar selepas mereka didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah secara haram ke negara berkenaan.

Jurucakap polis Filipina, Dionardo Carlos memberitahu pemberita bahawa satu kejadian tembak menembak telah berlaku pada Rabu lalu di antara polis dan pengawal peribadi yang bekerja untuk Datuk Bandar Albuera, Rolando Espinosa.

Espinosa menyerah diri kepada Ketua Polis Negara pada Selasa lalu selepas Presidennya, Rodrigo Duterte mengarahkan beliau bersama anaknya, Kerwin untuk menyerahkan diri dalam tempoh 24 jam berhubung penglibatan mereka dalam pengedaran dadah.

Espinosa juga sebelum ini telah menafikan secara terbuka penglibatannya dalam pengedaran dadah di negara berkenaan namun mengakui bahawa anaknya terlibat dalam penjualan syabu (methamphetamine).

Kerwin dilaporkan menjadi raja dadah nombor satu di rantau ini dan turut menggunakan senjata merbahaya ketika menjalankan perniagaan dadah berkenaan.

Selain itu, Espinosa turut mengakui bahawa anaknya juga telah menjalani pembedahan plastik sama sepertinya sebelum ini.

Ketua Pengarah Polis Filipina (PNP), Ronald 'Bato' Dela Rosa berkata, dalam kejadian itu, enam lelaki terbunuh manakala enam yang lain melarikan diri.

“Kami berjaya merampas 12 senjata berkuasa tinggi dan lima pistol menerusi kejadian tersebut.

“Denda akan dikenakan ke atas Datuk Bandar berkenaan kerana menyimpan senjata api tanpa lesen,” katanya.

Sebelum ini, Duterte telah berjanji untuk mendedahkan nama gabenor, Datuk Bandar dan ahli politik yang terlibat dalam pengedaran dadah di negara berkenaan selepas mengenal pasti tiga anggota jeneral polis dan dua bekas jeneral polis telah bertindak untuk melindungi pengedar dadah.

Sehingga kini, hampir 400 orang terbunuh dalam operasi polis terhadap ubat-ubatan haram di negara berkenaan sejak Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 30 Jun lalu.- Daily Mail

African Scam, warga Nigeria ditahan tipu RM3.6j

JUMAAT, 5 OGOS 2016 @ 12:19 AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan di sebuah kondominium di Cyberjaya awal pagi tadi kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan 'African Scam' membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM3.6 juta. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi. "Suspek dipercayai bersama rakannya melakukan penipuan di negara ini.

 Seorang rakannya dipercayai telah pulang ke Nigeria dan usaha sedang dibuat mengesan rakan-rakannya yang lain. "Mereka dipercayai menggunakan laman sosial 'Facebook' palsu dan menyamar sebagai lelaki dari Amerika Syarikat untuk menjerat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. 

Acryl Sani berkata hasil siasatan awal mendapati suspek turut mengaku menipu enam wanita asing termasuk dari Jerman, Perancis, Malta dan Kanada. Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang warga Amerika Syarikat dan butiran mangsa itu sedang diperoleh. "Wang dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Australia sebelum dihantar semula kepada lapan bank tempatan di sini," katanya. 

Beliau berkata polis turut mengesan dua Internet Protokol (IP) melibatkan mangsa wanita tempatan yang dilaporkan di Simpang Ampat dan Kulai Jaya, dengan nilai kerugian hampir RM15,000. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat atau boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan, katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180078

Wira Nahas Pesawat Emirates Maut Selepas Selamatkan 300 Nyawa


Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 10:10 AM
Jasim Issa Mohammed Hassan.

SEORANG anggota bomba maut selepas menjadi wira menyelamatkan 300 penumpang dan anak kapal dalam insiden pesawat Emirates melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Rabu.
Jasim Issa Mohammed Hassan maut selepas berusaha memadamkan kebakaran pesawat itu yang mendarat cemas.
Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan tetapi anggota bomba berkenaan maut akibat mengalami kecederaan semasa operasi menyelamat.
Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Saif Al Suwaidi berkata, anggota bomba itu kehilangan nyawanya semasa menyelamatkan banyak nyawa.
Memetik laporan The National, Al Suwaidi berkata: "Saya kagum dengan pengorbanan yang ditunjukkan bagi menyelamatkan ramai yang lain. Ingatan dan doa kami buat keluarganya."
Anggota bomba itu antara pasukan penyelamat yang menyelamatkan 282 penumpang dan 12 anak kapal daripada kebakaran pesawat selepas ia mendarat cemas di Lapangan Tebang Antarabansga Dubai pada Rabu. - Mirror

Fenomena pembunuhan penjenayah dadah jadi viral di Filipina



AFP - GAMBAR yang dirakam pada 23 Julai lalu menunjukkan Olayres merangkul mayat seorang lelaki berdekatan cebisan kotak tertera tulisan ‘saya seorang pengedar’ di sebatang jalan di Manila, Filipina.


MANILA – Ratusan orang disyaki penjenayah dadah telah ditembak mati sejak Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas dengan menjanjikan penghapusan masalah dadah dan jenayah dalam masa enam bulan.
Dalam insiden terbaharu, mayat seorang lelaki yang ditembak mati dibiarkan di tepi jalan, malah ada yang dibuang di lorong-lorong terpencil sejak kempen perang dadah Duterte mengganas di kawasan miskin di Filipina.
Menerusi gambar yang menjadi viral di sini baru-baru ini, seorang wanita kelihatan meratapi kematian suaminya yang mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan.
“Suami saya tidak bersalah. Dia tidak pernah menyakiti sesiapa,” ujar Jennilyn Olayres mengenai pasangannya, Michael Siaron yang merupakan seorang pembawa beca.
Angka baharu yang dikeluarkan pihak polis awal minggu ini melaporkan sebanyak 402 suspek dadah telah dibunuh sejak pilihan raya lepas dengan 211 daripadanya dilakukan oleh pembunuh tidak dikenali.
Serbuan yang dilakukan ke atas tempat persembunyian pengedar dadah telah membawa kepada kematian hampir setiap malam dengan mayat suspek berlumuran darah dan pistol berdekatan mereka dipercayai untuk menentang penangkapan.
Wajah mereka diletakkan dengan pita pelekat dan sekeping kertas kadbod digantung di dada mereka yang tertulis tuduhan sebagai pengedar dadah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4GPXAc7yC 
Hakcipta terpelihara 

Tauke emas diperdaya perompak


WAJAH suspek yang menyamun rantai emas berjaya dirakam melalui CCTV kedai emas tersebut di Labis semalam.


LABIS – Seorang pemilik kedai emas di sini menyesal tak sudah selepas diperdaya seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk membeli barangan kemas untuk majlis pertunangannya semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, Hamdan Kasdu, 57, berkata, ketika kejadian hanya penjenayah itu yang berada dalam kedai sementara empat pekerjanya keluar berehat.
“Lelaki itu cakap dengan saya yang dia mahu membeli rantai tangan emas berharga RM6,000 untuk dijadikan hantaran pertunangan.
“Kemudian, saya terus memberinya dua utas rantai tangan emas untuk dilihat. Namun, secara tidak semena-mena, lelaki berkenaan terus membawa lari barang kemas itu yang bernilai lebih RM10,000.
“Saya bergegas keluar untuk mengejarnya, namun dia berjaya melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, wajah suspek berjaya dirakam dengan jelas oleh empat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai tersebut.
“Ini merupakan kejadian kecurian kali kedua melibatkan kerugian yang besar selepas 10 tahun saya menjalankan perniagaan tersebut,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Labis di sini selepas kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4GPX4Fmud 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar lebam dibelasah senior


NUR ELISA lebam seluruh badan selepas dibelasah seniornya di sebuah sekolah dekat Selising Selasa lalu.


PASIR PUTEH – Akibat perselisihan faham di laman sosial WeChat seorang pelajar perempuan tingkatan empat lebam seluruh badan selepas dipercayai dibelasah seorang pelajar senior dalam tandas di sebuah sekolah di Selising, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nur Elisa Aikal Mohd. Zulazamani, 16, dikatakan telah dipukul pelajar perempuan tingkatan lima.
Lebih malang, mangsa turut diraba dalam kejadian itu selain kainnya diselak dan perbuatan itu dirakam pelajar lain sebelum disebar dalam kalangan mereka.
Difahamkan, semasa kejadian terdapat 10 pelajar termasuk suspek yang berada di tandas terbabit tetapi hanya suspek sahaja yang memukulnya.
Menurut ibu saudara mangsa, Shamsilawati Che Daud, 36, anak saudaranya itu tidak pernah bercakap mahupun bertegur dengan suspek yang merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama.
“Semasa kejadian Nur Elisa bersama dua rakannya ingin ke bilik guru sebelum disapa pelajar berkenaan untuk berjumpa di tandas.
“Ketika di dalam tandas, pelajar tersebut terus menyerang dan memukul Nur Elisa bertubi-tubi pada seluruh badan,” dakwanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
nur ELISA lebam seluruh badan selepas dibelasah seniornya di sebuah sekolah dekat Selising Selasa lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4GPWyPvaB 
Hakcipta terpelihara 

Bekas model ditemui mati ditikam




ANGGOTA polis mengangkat mayat Norlisham yang ditemui mati ditikam di rumahnya di pangsapuri Pinang Court 2, Sungai Pinang, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Seorang bekas model sambilan lelaki ditemui mati dalam keadaan tanpa berpakaian manakala kepalanya disarung dengan sehelai kain cadar di hadapan ruang tamu berdekatan dapur rumahnya di tingkat 10, pangsapuri Pinang Court 2, Sungai Pinang di sini semalam.
Mayat mangsa, Norlisham Nordin, 34, dijumpai terba­ring dengan terdapat dua kesan tikaman pada belakang bahu kanan dan leher kiri dipercayai menggunakan senjata tajam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak kira-kira pukul 1 petang.
Penemuan mayat Norli­sham yang merupakan seorang peniaga produk pakaian menerusi dalam talian itu selepas orang awam dilaporkan terhidu bau busuk dari kediaman yang dihuni mangsa seorang diri sejak tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya dimaklumkan me­ngenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada salah seorang rakan si mati yang me­ngatakan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di dalam rumah ber­kenaan.
“Rakan mangsa sebelum ini ada menghubunginya (mang­sa) beberapa kali namun tidak berjawab lalu terus datang ke rumahnya. Ketika itu, pintu berkunci dari dalam dan rakannya hanya melihat mangsa selepas membuka cermin tingkap hadapan.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Norlisham yang ditemui mati ditikam di rumahnya di pangsapuri Pinang Court 2, Sungai Pinang, George Town semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4GPWptq83 
Hakcipta terpelihara 

Ugut bunuh isteri sendiri



Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan terhadap seorang buruh binaan atas kesalahan menumbuk dan mengugut bunuh isterinya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perbuatan kejam seorang buruh binaan yang menumbuk perut dan mengugut untuk membunuh isterinya sendiri pada Jun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nasser Adli, 46, selepas dia mengaku salah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencederakan isterinya seorang warga Filipina Susana Cabrera Gato, 48, dengan menumbuk perut dan pinggang menggunakan tangan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Nasser turut didakwa mengugut dengan mengeluarkan kata-kata bunuh pada mangsa sama dengan hendak menyebabkan ketakutan yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4GPWhEnAR 
Hakcipta terpelihara 

Mayat rentung ditemui

Oleh MALINDA ABDUL MALIK



ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat rentung berhampiran bekas tangki takungan air di Taman Muhibbah, Batu Arang semalam.


RAWANG – Satu mayat rentung dipercayai dibakar selepas dibunuh ditemui berhampiran bekas tangki takungan air di Taman Muhibbah, Batu Arang di sini semalam.
Mayat tanpa identiti itu ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh seorang individu yang melalui kawasan tersebut untuk pergi ke tempat kerja sebelum bertindak menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, saksi kejadian terhidu bau busuk ketika melalui jalan itu sebelum melihat api yang membakar satu objek berhampiran bekas tangki takungan air itu.
Bagaimanapun, katanya, sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian mayat berkenaan telah rentung sepenuhnya.
“Setakat ini, pihak kami masih belum dapat menentukan jantina sebenar mangsa ekoran tiada penemuan dokumen di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan di lokasi, pihak kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4GPVuQVK7 
Hakcipta terpelihara