Search This Blog

Tuesday, August 2, 2016

Lori kontena terbakar langgar van


Lori kontena terbakar langgar van

Sebuah lori kontena terbakar selepas terbabas dan melanggar sebuah van berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Shapadu, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
KLANG 2 Ogos - Sebuah lori kontena terbakar selepas terbabas dan melanggar sebuah van berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Shapadu, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Pemandu lori kontena tersebut yang berumur 30-an melecur pada badan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
Pemandu van berumur 49 tahun serta seorang penumpang wanita 38 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.
Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua hala lebuh raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lori-kontena-terbakar-langgar-van-1.365595#sthash.40rvLCb4.dpuf

Pemandu lori muatan gas memasak maut tersepit


kemalangan

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam lori dalam kemalangan di KM 1.5, Jalan Parit Karjo di sini hari ini. - GAMBAR IHSAN BOMBA
BATU PAHAT 2 Ogos - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat dipandunya terbabas dipercayai bergesel dengan sebuah traktor di Kilometer 1.5, Jalan Parit Karjo, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 9.18 pagi itu menyebabkan pemandunya, Muryanto Ahyar, 51, maut di tempat kejadian ekoran tersepit dalam lori yang membawa muatan gas memasak.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke Senggarang dipercayai bergesel dengan traktor tersebut yang diletakkan di bahu jalan.
“Ekoran kejadian terbabit, lori mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar pula sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri.
“Mangsa pada mulanya dilaporkan masih hidup dan tersepit dalam lori terbabit, namun pihak bomba yang tiba untuk melakukan tugas menyelamat mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya di sini hari ini.
Menurut Abdul Wahib, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar masih dalam siasatan.
Sementara itu, ujar Abdul Wahib, kelindan traktor terbabit yang berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kemalangan tersebut. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemandu-lori-muatan-gas-memasak-maut-tersepit-1.365731#sthash.akhAcHMX.dpuf