Search This Blog

Wednesday, July 13, 2016

Loket penyelamat nyawa | Harian Metro



Loket penyelamat nyawa | Harian Metro:



"Islamabad: Seorang wanita terselamat daripada mati ditembak abangnya selepas peluru yang menyasarkan lehernya terkena loket emas dipakainya.



 Kejadian di Uttar Pradesh itu berlaku apabila Mohammad Nayeem dilaporkan merancang membunuh adiknya Shabnam kerana berang dengan tindakan wanita itu mengahwini kekasih pilihan hatinya yang dianggap mencemarkan maruah keluarga.



 Keputusan Shabnam itu bererti dia menolak lelaki pilihan keluarganya seterusnya menyebabkan mereka menanggung malu.

Bagaimanapun, Shabnam bernasib baik apabila peluru ditembak terkena pada loket emas dipakainya.

Menurut polis,



lelaki terbabit menembak Shabnam pada jarak dekat selepas pulang menunaikan solat di masjid.

Doktor yang merawat Shabnam berkata, wanita itu tidak mungkin terselamat jika tidak kerana loket berkenaan.



 Bagaimanapun, polis belum mengambil tindakan kerana menunggu Shabnam membuat laporan polis.

Wanita itu dilaporkan masih dirawat di hospital, tetapi kecederaan yanag dialaminya tidak serius. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 10:39 AM"



'via Blog this'

Isteri maut dipukul suami - Semasa - Sinar Harian

Isteri maut dipukul suami - Semasa - Sinar Harian: "NILAI - Seorang isteri maut dipercayai dipukul suami dan tiga rakannya yang lain di rumah sewanya di Flat Taman Semarak, di sini, 4 Julai lalu.

‎Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, isteri mangsa berusia 25 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di ruang tamu rumah yang baru disewa dua bulan bersama tiga yang lain.

‎Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul dengan objek tumpul berikutan terdapat kesan luka dan darah di belakang kepala mangsa.

‎"Kita telah menahan suami mangsa berusia 22 tahun dan rakannya berusia 25 tahun sejurus kejadian.

‎"Hasil siasatan awal kedua-dua mereka mengaku memukul mangsa bersama dua lagi lelaki dan seorang perempuan yang dikenali,"katanya.

‎Menurutnya, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan helmet, kayu mop, kayu bulat dan payung.

"Suspek telah membuang barang-barang tersebut ke dalam Sungai Mahang bagi menghapuskan bukti.

‎"Suspek kemudiannya membuat report di balai polis dengan mendakwa isterinya ditemui tidak bernyawa selepas tiga hari dia tidak pulang ke rumah,"katanya.

‎Zaldino berkata, polis telah merampas barang-barang yang digunakan suspek yang ditemui ditepi dan dalam Sungai Mahang.

‎"Antara barang yang dirampas ialah dua batang cerut, satu kayu bulat, satu kayu mop, dua helmet, plastik hitam, payung, tuala putih dan tali pinggang.

‎"Semua barang ini dijadikan senjata memukul mangsa dan tuala digunakan untuk cuci dan lap darah mangsa ditempat kejadian,"katanya.

‎Menurutnya, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 20-an telah ditahan di Selangor semalam, bagi membantu siasatan.

‎"Motif kejadian dipercayai cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya."



'via Blog this'