Search This Blog

Friday, July 8, 2016

Lelaki maut bertembung kereta

am@hmetro.com.my
MANGSA yang maut di lokasi kejadian. FOTO Rosli Ilham
Kemaman: Buruh maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan dalam kejadian di Kilometer 12,Jalan Mak Chili-Ibok, di sini, tengah hari tadi.
Mangsa, Mohd Nasir Mohd, 32, beralamat di Kampung Geliga di sini, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala, kira-kira jam 1 tengah hari.
Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Ibok menghala ke Mak Chili tetapi sebaik tiba di Jambatan Kampung Yak Yah, motosikal jenis Demak ditungganginya dipercayai hilang kawalan lalu masuk kelaluan bertentangan.
Susulan itu, motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dipandu lelaki berusia 30 tahun sebelum melanggar Honda Civic yang dipandu seorang jurutera berusia 29 tahun yang datang dari arah bertentangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Kedua-dua pemandu kereta yang juga berasal dari Kemaman tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 7:21 PM

Budak maut dirempuh kereta



nursaliawati@mediaprima.com.my



SUASANA pengkebumian adik, Muhammad Anas Muhamad Azam. FOTO Zuhairi Zuber

Jasin: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenalan keluarganya yang tidak sengaja mengundurkan kenderaan dalam kejadian di Kampung Serkam Timur, Merlimau, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Muhammad Anas Mohamad Adam, 4, tahun dikatakan sedang bermain di perkarangan rumah datuknya.
Difahamkan, mangsa bersama keluarganya pulang dari Kuala Lumpur ke rumah datuknya untuk menyambut hari raya sejak Sabtu lalu.
Ketua polis negeri Datuk Ramli Din berkata, akibat kejadian itu mangsa terpelosok ke bawah Mercedez Benz dipandu lelaki berusia 54 tahun.
"Bagaimanapun kira-kira sejam selepas kejadian mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.
"Pemandu kereta terbabit sudah dipanggil dan dirakamkan percakapan selain kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah di Kediaman Rasmi Ketua Polis negeri di Peringgit Jaya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 3:39 PM

Mengantuk punya pasal...



izlaily@hmetro.com.my
FOTO ihsan bomba
Kota Tinggi: Suami isteri maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor, pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 9.38 pagi itu, sebuah Nissan Grand Livina yang menghala ke Sungai Rengit bertembung dengan tiga kereta iaitu Toyota Vios, Toyota Avanza dan Proton Preve yang menghala ke Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa, Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala, katanya, seorang lagi penumpang dalam kenderaan itu serta pemandu Nissan Grand Livina dan pemandu Toyota Avanza mengalami kecederaan parah.
"Kemalangan berlaku apabila Nissan Grand Livina masuk ke laluan bertentangan dipercayai akibat pemandunya yang mengantuk.
"Kejadian itu menyebabkan dia bertembung dengan tiga lagi kenderaan dari arah bertentangan termasuk kereta dipandu mangsa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2016 @ 4:24 PM

Remaja perempuan ditemui lemas



maryvictoria@hmetro.com.my
FOTO ihsan polis
Kota Tinggi: Seorang remaja perempuan 18 tahun ditemui lemas di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mok Hiu Wen, dikatakan datang berkelah di lokasi berkenaan bersama keluarga dan jiran sejak jam 8 pagi.
Bagaimanapun, selepas berehat makan tengah hari, mangsa dan adiknya turun semula ke pantai untuk mandi sebelum lemas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa datang dari Ulu Tiram di sini, dan bermandi-manda sehingga tengah hari sebelum berhenti sebentar untuk makan tengah hari.
"Mangsa dan adiknya kemudian meneruskan aktiviti mandi-manda dan kira-kira jam 1.30 tengah hari, kedua-dua mereka menghadapi kesukaran dan mula lemas.
"Adik mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, namun mangsa gagal diselamatkan dan hilang dibawa arus," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 2 petang.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan empat anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Penawar.
Menurutnya, pihaknya menemui mayat gadis berketurunan Tionghua itu pada jam 3.50 petang, kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di pantai berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 6:40 PM

Ketika Solat Pagi Raya Di Bangladesh

Anggota Polis Maut Dalam Serangan 

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 1:54 PM

DHAKA: Sekurang-kurangnya seorang anggota polis terbunuh dan lima yang lain cedera berikutan kejadian letupan dan tembak menembak berhampiran kawasan solat Aidilfitri berjemaah di utara Bangladesh, kata polis.

Hanya beberapa hari selepas 20 tebusan telah dibunuh di Dhaka, disyaki oleh militan Islam (IS), polis dan media tempatan melaporkan tentang serangan terbaru itu oleh pejuang jihad berhampiran sebuah kawasan lapang di utara daerah Kishoreganj, di mana sekurang-kurangnya 200,000 orang berkumpul untuk solat pagi raya selepas berakhirnya Ramadan.

"Seorang konstabel polis mati dan sekurang-kurangnya lima yang lain cedera," kata seorang pegawai polis di bilik kawalan daerah Mahbub kepada AFP, tanpa memberi butir-butir bagaimana anggota polis itu meninggal dunia.

Stesen televisyen swasta Somoy TV menyiarkan pertempuran bersenjata antara polis dan sekumpulan penyerang dan melaporkan anggota polis telah mati.