Search This Blog

Tuesday, July 5, 2016

Polis sahkan dua penyerang warga Bangladesh pernah belajar di negara ini





KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan dua warga Bangladesh yang maut dalam insiden serangan di Dhaka, Jumaat lepas adalah bekas pelajar Universiti Monash di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak­nya masih belum mengenal pasti sama ada mereka adalah mangsa ataupun anggota kumpulan bersenjata itu.

“Setakat ini, kita tidak dapat sahkan sama ada dia betul-betul terlibat atau hanya mangsa dalam kejadian itu. Polis akan berhubung dengan pihak Bangladesh untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4DTsaAWBT
Hakcipta terpelihara 

Duda tertekan bakar rumah sendiri



ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api di sebuah rumah yang telah dipercayai telah dibakar seorang lelaki di Balai Panjang semalam.


MELAKA – Seorang duda yang didakwa tertekan dengan perhubungannya bersama bekas isteri bertindak di luar jangkaan apabila dia sanggup membakar rumahnya sendiri dan sebuah kenderaan di Balai Panjang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, lelaki berusia 29 tahun itu bertindak membakar kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero milik bekas isterinya yang di­letakkan berhampiran sebuah stesen minyak sebelum membakar rumahnya yang terletak 100 meter dari tempat kejadian pertama.
Seorang saksi, Mohd. Zakri Talib, 33, menceritakan, sebelum kejadian, beberapa orang penduduk mendakwa, melihat bekas isteri suspek, datang ke rumahnya untuk mengambil barang.
Katanya, selepas pertemuan itu, suspek bertindak mengeluarkan barang-barang dari rumah dan membakarnya sebelum bertindak membakar kenderaan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4DTsSuSZA 
Hakcipta terpelihara 

Serangan di pub angkara IS



Dua anggota polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas IS ditangkap di Pulau Pinang dan Kedah dalam operasi pada 28 Jun hingga 1 Julai lalu.


KUALA LUMPUR – Serangan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong Jaya, Selangor yang mencederakan lapan pengunjung yang sedang menonton pertandingan bola sepak Euro 2016 pada 28 Jun lalu disahkan dilakukan oleh pengganas Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil siasatan menyeluruh, Polis Diraja Malaysia mendapati IS bertanggungjawab dalam insiden keganasan itu dan sekali gus menjadikan kejadian tersebut sebagai serangan pertama oleh kumpulan berkenaan di negara ini.
Menurut beliau, polis mendapati dua lelaki yang melakukan sera­ngan menggunakan bom tangan itu mendapat arahan daripada wakil pengganas IS di Syria yang merupakan warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Arahan Wanndy itu dilakukan melalui laman sosial dan serangan pertama di Puchong Jaya itu turut dimaklumkan kepada Wanndy.
Susulan itu, Khalid membe­ritahu, polis menerusi operasi khas bermula 28 Jun hingga 1 Julai lalu menahan 15 lelaki warga tempatan termasuk dua pe­nyerang di pusat hiburan Movida.
Kedua-dua lelaki yang memba­ling bom di Movida ditangkap di Klang, Selangor dan mereka be­kerja di sebuah kilang.
“Kesemua 15 suspek yang terpe­ngaruh dengan ideologi IS itu berusia 19 hingga 52 tahun.
“Daripada 15 pengganas itu, tujuh ditahan di Kedah, empat di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4DTsMz0gE 
Hakcipta terpelihara 

Dua lelaki tak mengaku rompak, cederakan gadis





Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merompak dan mencederakan seorang pelajar kolej perempuan bulan lalu.

Muhammad Hazrool Haziq Ramli, 21, dan Mohammad Shafiq Asyraaf Mohamed Salim, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Muhammad Hazrool merupakan peniaga satay manakala Mohammad Shafiq adalah peniaga buah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh merompak Angelin Chew Hsia, 20, selain turut mencederakan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua mereka di hadapan pos pengawal gereja Holy Rosary, Jalan Tun Sambanthan, di sini pada pukul 12.20 tengah hari pada 10 Jun lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan sebab kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam bela mereka Azi Azlin Zulkifli memohon mahkamah membenarkan tertuduh dijamin dengan alasan tertuduh ingin beraya bersama keluarga masing-masing.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4DTsHyBRE
Hakcipta terpelihara 

Doktor di AS ditembak ketika berjalan ke masjid



AGENSI - GAMBAR menunjukkan Madrasah Islamah di Houston, Texas kelmarin.


HOUSTON, Texas – Seorang doktor beragama Islam yang menuju ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh ditembak oleh tiga lelaki dalam satu insiden kelmarin, kata polis.
Motif serangan masih tidak jelas, tetapi ia berlaku sehari selepas seorang lelaki Islam dibelasah di luar sebuah masjid di Florida.
Mangsa, Dr. Arslan Tajammul, 30-an, seorang pakar mata, telah menjalani pembedahan dan dijangka selamat, menurut Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) cawangan Houston, Mustafaa Carroll.
Arslan terselamat daripada kecederaan organ dalaman dan dijangka pulih sepenuhnya, walaupun dia kini masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital di Houston lewat kelmarin, kata pegawai polis Houston, Muzaffar Siddiqi.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah meletakkan kereta dan berjalan untuk masuk ke masjid Madrasah Islamah apabila diserang dan ditembak sebanyak dua kali oleh tiga penyerang yang berjalan kaki kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan).
“Serangan ini pelik kerana masjid itu terletak dalam kejiranan miskin, manakala mereka (penyerang) memakai topeng,” kata Mustafaa.
Sementara itu, Muzaffar pula berkata, siasatan masih dijalankan dan menggesa masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.
“Kami masih tidak tahu,” kata Muzaffar kepada agensi berita Reuters ketika dihubungi melalui telefon sambil menambah, motif serangan mungkin rompakan.
Tembakan itu berlaku sehari selepas seorang lelaki beragama Islam dibelasah di luar sebuah masjid di Florida yang turut dikunjungi oleh Omar Mateen, lelaki yang membunuh 49 orang di kelab malam di Orlando bulan lalu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4DTsB8Q36 
Hakcipta terpelihara 

Rakyat Malaysia didakwa di Australia kerana seludup 275kg syabu





SYDNEY – Seorang rakyat Malaysia merupakan antara lapan lelaki yang didakwa atas rampasan dadah jenis syabu bernilai A$275 juta (RM823 juta) di Australia, kata pihak berkuasa semalam.

Sejumlah 275 kilogram (kg) syabu dalam bentuk kristal ditemui di bawah lantai sebuah kontena selepas menerima maklumat awam, kata Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan.

Siasatan pihak berkuasa membawa kepada penangkapan tujuh warga Australia dan seorang rakyat Malaysia. Semua suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun.

“Tiga daripada mereka didakwa atas kesalahan mengimport dadah dan lima yang lain didakwa kerana cuba mengedar syabu dalam kuantiti yang besar,” kata jabatan itu.

Sabit kesalahan, semua tertuduh itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Polis Australia berkata, pihaknya bekerjasama dengan China dalam kes itu.

Tangkapan itu dibuat selepas 14 anggota rangkaian sindiket dadah antarabangsa yang disyaki terdiri daripada lapan rakyat China dan enam warga Malaysia didakwa di Australia pada Mei lalu berhubung rampasan syabu bernilai lebih A$200 juta (RM599 juta).

Australia meningkatkan usaha memerangi peningkatan penggunaan dadah selepas laporan kerajaan mendedahkan negara itu mempunyai perkadaran lebih ramai penagih dadah berban­ding kebanyakan negara lain.

Kajian oleh Suruhanjaya Jenayah Australia pada tahun lalu menunjukkan bahawa pengguna syabu telah meningkat dua kali ganda sejak 2007 kepada lebih 200,000 orang pada 2013.

Ia mendapati bahawa ketika penagih di China membeli syabu pada harga AS$80 (RM319) satu gram tetapi rakyat Austalia membayar AS$500 (RM1,993) untuk kuantiti serupa.

Penolong Pesuruhjaya Polis Victoria, Stephen Fontana berkata, permintaan untuk dadah haram itu semakin tinggi di pasaran Australia sekali gus menyukarkan usaha pihak berkuasa membanterasnya. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4DTs0LwoK
Hakcipta terpelihara 

Isteri didakwa bunuh suami sendiri

Oleh IKHWAN IDERIS


Ladinah (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh semalam atas dakwaan membunuh suaminya sendiri, Awang di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Chenor pada Khamis lalu.


TEMERLOH – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membunuh suaminya sendiri di kediaman mereka pada Khamis lalu.
Ladinah Dolah Asli, 33 didakwa menyebabkan kematian Awang anak Mohamad, 42, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar, Maran antara pukul 6.30 pagi hingga 7 pagi pada 30 Jun lalu.
Kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.
Ladinah yang mengenakan pakaian penjara hanya mengangguk tanda faham sewaktu pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof memohon satu tarikh sebutan kes baharu bagi mendapatkan laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4DTrpEwuY 
Hakcipta terpelihara 

7 sekeluarga temui ajal serentak



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Kegembiraan dua buah keluarga seramai lapan orang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman bertukar tragedi apabila kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat buah kenderaan di Kilome­ter 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, hanya seorang mang­sa, Mohd. Akil Aliyuddin Mohd. Amin Firdaus, 3 , yang terselamat dalam kejadian tersebut apabila cuma patah kaki kanan.
Antara yang maut ialah pemandu kereta Myvi, Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, isterinya, Mursyida Ahmad Latfi, 29, dan anak mereka, Nur Hana Jannati Mohd. Amin, 5 bulan.
Sebuah lagi keluarga terbabit yang menaiki kereta yang sama ialah Norazami Mahat, 41, dan isterinya, Munira Ahmad Latfi, 29, yang merupakan saudara kembar kepada Mursyida serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina Norazami, 4, dan Mohd. Rifqi Norazami, 3 bulan.
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.
Sementara itu, mangsa yang cedera ringan ialah penumpang Perodua Alza iaitu Wan Mohd. Khairi Wan Hanafi, 25, Nurul Thasnim Jamaluddin, 25 dan Atifah Liyana Mohd. Azalan, 23. Dua lagi mangsa yang terselamat menaiki sebuah lagi Perodua Myvi berwarna putih, Rofa Ismail, 37, dan Muhamad Fitri Md. Saat, 21.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4DTr1VaRZ 
Hakcipta terpelihara