Search This Blog

Thursday, June 30, 2016

Maut ketika berbuka puasa





Kosmo! Online - Dunia: "
AFP - SEBUAH pos pemeriksaan di pinggir bandar Mukalla.



 ADEN – Gelombang pengeboman berani mati yang menjadikan tentera Ye­men sebagai sasaran membunuh sekurang-kurangnya 42 orang di bandar Mukalla kelmarin, kata beberapa pegawai.

Mukalla merupakan ibu ne­geri wilayah Hadramawt dan terletak di tenggara Yemen.



 Bandar itu dikuasai kumpulan Al-Qaeda selama setahun sebelum ditawan semula oleh tentera kerajaan yang disokong pakatan Arab Saudi, April lalu.

Namun, kumpulan militan lain, Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan kali ini.



 IS menyatakan, lapan pengebom berani matinya membunuh 50 anggota pasukan keselamatan Yemen, menurut Kumpulan Perisikan SITE.

“Mukalla menyaksikan lima serangan berani mati di empat kawasan,” kata Gabenor Hadramawt, Ahmed Saeed Breyk.



 Menurut seorang pegawai ke­selamatan, tiga pengeboman serentak menggegarkan pos pemeriksaan di Mukalla pada waktu Maghrib ketika askar-askar sedang berbuka puasa.

“Dalam serangan pertama, seorang pengebom berani mati menaiki sebuah motosikal bertanya kepada sekumpulan askar sekiranya dia boleh berbuka puasa bersama mereka sebelum meletupkan dirinya,” kata pegawai itu. 




Dua pengebom berani mati lain menghampiri sebilangan askar di bandar itu dan meletupkan bahan letupan di badan mereka.

“Sejurus selepas itu, dua lagi pengebom berani mati melancarkan serangan keempat dan meletupkan diri mereka di hadapan pintu masuk sebuah kem tentera,” kata pegawai sama.



 Ketua perubatan Hadramawt, Riad Al-Jalili berkata, serangan itu yang menyebabkan 40 askar maut turut meragut nyawa seorang wanita dan kanak-kanak yang kebetulan melalui lokasi kejadian selain mencederakan 37 orang.

Al-Qaeda masih kuat di Mukalla dengan pejuang-pejuangnya menguasai beberapa bandar di Wadi Hadramawt. – AFP"



'via Blog this'

Gadis mangsa ragut parah jatuh motosikal





Kosmo! Online - Negara: "Oleh NORLIDA AKMAR IDROS



 MANGSA cedera parah selepas begnya diragut seorang penunggang motosikal di hadapan bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai, Alor Setar semalam. 




ALOR SETAR – Seorang gadis berusia 25 tahun cedera parah akibat terjatuh dari motosikal selepas beg miliknya diragut seorang penunggang motosikal lain dalam kejadian di hadapan bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai di Alor Janggus di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa, Nor Ruzanna Shamsudin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pasar raya besar Tesco di Mergong di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin memberitahu, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal yang tidak dapat dikenal pasti menunggang menghampiri motosikal mangsa sebelum meragut beg milik gadis itu.

“Akibat kejadian itu, mangsa gagal untuk mengawal motosikal menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecede­raan pada kepala, luka dan bengkak pada muka serta luka pada tangan dan kaki.

“Mangsa yang cedera kemudian ditemui pengguna jalan raya terbaring menahan kesakitan sebelum orang ramai bertindak menghungi ambulans dan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam."



'via Blog this'

Suspek utama mati ditembak





Kosmo! Online - Negara: "Abdul RAHIM (kanan) menunjukkan pistol milik penjenayah yang mati ditembak di Jalan USJ 11/1D, Subang Jaya dekat Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Polis menembak mati seorang penjenayah dipercayai merupakan suspek utama kes tembak di Jalan USJ 11/1D, Subang Jaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari, lelaki berusia 37 tahun disyaki dalang utama kes tembak dua beradik di Batu Caves pada 21 Jun lalu itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta Proton Wira sebelum sekumpulan anggota bertindak mengepung suspek.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ketika diminta menunjukkan pengenalan diri, suspek bertindak menyerang polis dengan cuba mengacukan pistol.

“Polis kemudiannya melepaskan tiga das tembakan menyebabkan suspek warga tempatan itu maut di tempat kejadian akibat parah pada badan.

“Pemeriksaan awal mendapati, Proton Wira yang dipandu suspek me­rupakan kereta curi bersabit kes di Kepong pada 12 Jun lalu. Turut dijumpai sepucuk pistol jenis Glock bersama tiga butir peluru,” katanya kepada pemberita di sini semalam."



'via Blog this'

NegaRemaja kerat kaki Mek Som dijelra







Kosmo! Online - Negara: "Mohd. FIKRI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Pasir Mas di Kelantan semalam selepas dijatuhi hukuman penjara.

PASIR MAS – Perbuatan tidak berhati perut seorang remaja memotong pergela­ngan kaki warga emas itu mendapat balasan apabila dia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba awal Julai ini dalam penjara.

Ini berikutan Mahkamah Se­syen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara 11 tahun ke atas Mohd. Fikri Noor Rosland, 19, yang sebelum ini menggemparkan penduduk daerah ini kerana bertindak kejam mengerat pergelangan kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89.

Hakim Dazuki Ali memutuskan hukuman tersebut selepas Mohd. Fikri mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba membunuh warga emas itu dengan cara memotong kaki kiri mangsa sehingga putus menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini pukul 5 petang pada 19 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail manakala tertuduh tidak diwakili peguam malah ahli keluarganya juga tidak kelihatan di mahkamah.

Dalam rayuannya, tertuduh yang bekerja sebagai tukang rumah itu meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya."



'via Blog this'

Bos syarikat jalin hubungan cinta dengan isteri orang cedera ditembak





Kosmo! Online - Negara: "
Aik JOON dalam keadaan berlumuran darah selepas terkena lima das tembakan dalam kejadian berhampiran pasar raya Giant di Desa Petaling semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta yang menjalin hubungan cinta dengan isteri orang cedera parah ditembak ketika memandu kereta di Kilometer 3.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran pasar raya Giant di Desa Petaling di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa Low Aik Joon, 40, mengalami kecederaan pada leher, tangan kanan dan dada selepas terkena lima das tembakan ketika memandu kereta Nissan Teana seorang diri menghala ke Damansara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu dalam perjalanan ke tempat kerja dihampiri sebuah motosikal yang dipercayai ditunggangi dua lelaki.

“Salah seorang lelaki itu melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat di sebelah kanan tingkap pemandu."



'via Blog this'