Search This Blog

Friday, June 24, 2016

Pegawai JPJ mengaku terima rasuah | Harian Metro









Pegawai JPJ mengaku terima rasuah | Harian Metro: "Pegawai JPJ mengaku terima rasuah

TERTUDUH (tengah) didenda RM7,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan menerima suapan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Melaka: Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri didenda RM7,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan tahun lalu.

Tertuduh, Asbudi Ali, 53, dijatuhi hukuman itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar, selepas membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan RM900 daripada kakitangan sekolah memandu di Alor Gajah, bagi tujuan meluluskan empat pelajar sekolah memandu terbabit melalui akaun bank di Maybank cawangan Merlimau, Jasin, pada 12.35 tengah hari, 4 Mac 2015.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 3:30 PM"



'via Blog this'

23 maut



POLIS dan bomba memeriksa tempat kejadian di Kabul.

AFP
Kabul: Sebuah bas yang penuh dengan pengawal keselamatan warga Nepal antara yang menjadi sasaran beberapa serangan bom di Afghanistan semalam yang menyebabkan 23 orang maut.

Jurucakap Taliban dalam satu kenyataan di Twitter mendakwa mengebom sebuah bas mini yang membawa sekumpulan pengawal keselamatan Nepal yang bekerja di kedutaan Kanada di sini.

Serangan itu menyebabkan 14 penumpang maut dan bas mini berwarna kuning berkenaan penuh dengan kesan darah.

Polis berkata, serangan terhadap bas itu dilancarkan pengebom berani mati yang berjalan kaki dan menghampiri bas berkenaan pada awal pagi semalam.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan itu dilancarkan terhadap pasukan asing yang melakukan keganasan di Afghanistan.

Taliban juga mengaku melancarkan serangan bom lebih kecil di selatan Kabul yang menyebabkan seorang terbunuh.

Beberapa jam selepas itu, sebutir lagi bom meletup di sebuah pasar di wilayah Badakhshan yang menyebabkan lapan terbunuh dan ramai yang cedera.

Serangan itu berlaku 10 hari selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perluasan kuasa tenteranya untuk melancarkan serangan udara di Afghanistan.

Pada bulan lalu, Taliban mengumumkan pelantikan Haibatullah Akhundzada sebagai pemimpin baru mereka selepas bekas ketua Mullah Akhtar Mansour terbunuh dalam serangan udara AS di Pakistan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 7:21 AM

Jururawat Jerman mengaku bunuh 33 pesakit


AP - GAMBAR fail bertarikh 9 Disember 2014 menunjukkan jururawat lelaki Niels menutup mukanya di sebuah mahkamah di Oldenburg, Jerman.


BERLIN – Seorang jururawat Jerman yang dipenjara seumur hidup selepas membunuh dua pesakit sebelum ini disiasat kerana dipercayai turut menyebabkan sekurang-kurangnya 33 lagi kematian, kata pasukan penyiasat kelmarin.
Malah, menurut pasukan penyiasat, lelaki tersebut turut mengaku telah membunuh lebih ramai pesakit.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Niels H, 39, dipenjara seumur hidup pada Februari 2015 selepas didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh dan tiga cubaan membunuh pesakit di unit rawatan rapi.
Sebelum ini, dia mendakwa telah membunuh lebih 30 pesakit dengan suntikan maut di hospital Delmenhorst di bandar Bremen, utara Jerman yang akan menjadikannya salah seorang pembunuh bersiri terburuk di negara itu selepas perang.
Analisis yang dijalankan ke atas 99 pesakit yang meninggal dunia dan digali semula di Delmenhorst menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 33 daripadanya dibunuh oleh jururawat itu melalui suntikan maut, kata penyiasat lagi.
Bagaimanapun tambah mereka, Niels turut mengaku membunuh lain-lain pesakit di hospital berhampiran termasuk di Klinik Oldenburg tanpa memberi sebarang angka.
“Apa yang boleh kami katakan, kisah seram ini masih belum berakhir,” kata Ketua Polis Oldenburg, Johann Kuehme.
Kes mengerikan itu bermula pada 2005, apabila rakan sekerja menyaksikan Niels menyuntik pesakit di hospital Delmenhorst.
Tetapi, pesakit itu selamat dan Niels ditahan. Pada 2008, dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah atas percubaan membunuh. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4CRZtgG3Z 
Hakcipta terpelihara