Search This Blog

Saturday, June 11, 2016

Kilang mi guna logo halal tidak sah kena serbu

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 5:19 PM

Oleh Fairuz Zaidan fairuzaidan@bh.com.my

KETUA Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Hamzah Mahadi menunjukkan produk makanan yang menggunakan logo halal tidak sah di sebuah kilang membuat mi dan pembungkusan makanan di Merlimau, Jasin. - Foto BERNAMA

 JASIN: Sebuah kilang membuat mi dan pembungkusan makanan di Merlimau, di sini, pagi tadi diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka kerana guna logo halal tidak sah.

 Dalam serbuan jam 11.50 pagi, kilang itu yang dipercayai beroperasi lebih 15 tahun, dikesan tidak memperbaharui logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejak November tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Hamzah Mahadi, berkata penyalahgunaan logo halal pada produk makanan adalah satu kesalahan serius kerana ia boleh mengelirukan pengguna, terutama umat Islam. "Siasatan awal mendapati, kebenaran logo halal JAKIM kepada syarikat ini hanya untuk tempoh 2014 hingga November 2015.

Bagaimanapun, mereka (syarikat) terus menggunakannya selepas tempoh itu. "Permohonan mereka untuk memperbaharui logo halal JAKIM sebelum ini tidak diluluskan JAIM disebabkan gagal mematuhi standard ditetapkan, termasuk faktor kebersihan penyediaan bahan makanan," katanya ketika ditemui selepas serbuan di kilang itu.

 Hasil serbuan, sebanyak lima produk makanan keluaran syarikat berkenaan, termasuk tepung goreng perisa serba guna, bijiran dan mee suah bernilai kira-kira RM5,000 dirampas KPDNKK.

 Hamzah berkata, selain itu pihaknya turut mengambil beberapa sampel produk makanan untuk diuji, selain menjalankan siasatan lanjut mengenai kelulusan logo halal yang digunakan syarikat terbabit. "Kes disiasat mengikut Seksyen 16(1) Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162894

Lelaki, anak tiri rentung kereta meletup

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 8:53 PM
Oleh Azri Onn Othman bhnews@bh.com.my






 ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa rentung di Jalan Tanjung Bendera, Labuan. - Foto ihsan Bomba Labuan

LABUAN: Dua termasuk budak lelaki berusia lima tahun rentung selepas kereta yang mereka naiki tiba-tiba meletup di Jalan Tanjung Bendera, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu jam 12 tengah hari, pemandu Proton GEN2, Yunus Japar, 39, dari Kampung Patau-Patau 2 di sini, dan anak tirinya, Mohammad Darwisy Haiman, ditemui rentung dengan kesan terbakar 90 peratus pada keseluruhan badan.

 Difahamkan, kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba meletup pada bahagian belakang sebaik melalui lokasi berkenaan menyebabkan cermin kereta bertaburan di atas jalan.

Pemandu itu dipercayai cuba keluar sejurus kemalangan itu namun tidak berjaya sebelum satu lagi letupan berlaku menyebabkan kenderaan itu terbakar dengan kedua-dua mangsa terperangkap.

Usaha orang ramai mengeluarkan mereka juga tidak berjaya sebelum api dipadamkan anggota bomba yang tiba 10 minit kemudian namun tidak sempat menyelamatkan kedua-dua mangsa.

 Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa meletup sendiri, namun punca sebenar masih disiasat. Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga mereka untuk pengebumian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162937

Pembantu rumah campur air kencing dalam susu anak majikan

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 9:53 PM

ELA mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia empat tahun. - Foto hiasan/Flickr

SINGAPURA: Gara-gara tidak berpuas hati selepas ditengking mentua majikannya, seorang pembantu rumah tergamak mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia empat tahun.

Tidak cukup dengan itu, pembantu rumah berasal dari Indonesia turut mencampurkan najis itu ke dalam bekas air yang diminum keluarga majikannya itu.

Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari majikannya apabila air diminumnya mempunyai rasa ganjil dan mengesan pembantu rumah itu mengambil bekas air dari bilik tidurnya dan mencucinya. Beliau kemudian, menghantar pembantu rumahnya ke agensi semula di mana dia akhirnya mengaku perbuatannya.

Pembantu rumah yang dikenali sebagai Ela, 27, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan perbuatan keji itu supaya keluarga majikannya mendengar dan patuh kepadanya.

Perbuatannya mendapat balasan setimpal apabila dia dipenjarakan selama enam minggu kerana atas tuduhan melakukan kerosakan. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162942

5 perogol wanita Denmark kena jel seumur hidup

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 10:47 PM

 TIGA daripada lima tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana merogol seorang pelancong wanita dari Denmark di kawasan tumpuan pelancongan New Delhi pada 2014. - Foto AP NEW

DELHI: Mahkamah New Delhi, hari ini menjatuh hukuman penjara seumur hidup terhadap lima lelaki kerana merogol seorang pelancong wanita dari Denmark di kawasan tumpuan pelancongan New Delhi pada 2014, kes yang mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan seksual terhadap wanita di India.

 Semua tertuduh berusia 20-an didapati bersalah pada Isnin lalu kerana merompak dan merogol mangsa, 52, di kawasan sunyi berhampiran landasan stesen kereta api New Delhi. "Kelima-lima pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup," kata pendakwa raya, Atul Shrivastava.

Ketika kejadian, mangsa bertanya arah jalan kepada sekumpulan lelaki ketika melalui lorong sempit yang dipenuhi dengan hotel murah di daerah Paharganj Delhi pada 14 Januari 2014.

 Lelaki berkenaan memaksa wanita itu ke kawasan sunyi di landasan kereta api New Delhi, merompak sambil menghala pisau ke arahnya, kata pendakwa.

Sembilan tertuduh termasuk tiga lelaki bawah umur, dibicarakan di mahkamah berasingan, manakala suspek keempat meninggal ketika masih dalam perbicaraan. Peguam bela, D K Sharma berkata, empat tertuduh akan membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Sebelum ini masyarakat India gempar dengan kejadian seorang pelajar wanita yang dirogol secara beramai-ramai di dalam bas pada Disember 2012.

Kejadian itu mencetus kemarahan orang ramai dan pihak berkuasa dituduh gagal melindungi wanita, selain menggalakkan kerajaan untuk menggubal hukuman penjara lebih tegas terhadap perogol. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162962

Kanak-kanak dirogol, jantung ditarik keluar


10 JUN 2016
Kanak-kanak dirogol, jantung ditarik keluar

Kanak-kanak dirogol, jantung ditarik keluar Raiana Aparecida Candida
RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merogol, membunuh dan menarik keluar jantung seorang kanak-kanak perempuan, Rabu lalu.

Laporan Dailymail mengatakan mayat Raiana Aparecida Candida, 10 yang dilaporkan hilang pada hari tersebut ditemui tertanam di sebuah ladang di Rio de Janeiro.

Suspek, Jairo Lopes ditemui bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian dan kemudian dibelasah kira-kira 500 penduduk tempatan.

Pihak polis terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan Jairo dari kawasan tersebut.

"Kami terpaksa membawa keluar suspek dengan cepat kerana penduduk tempatan mahu membunuhnya," kata Ketua Polis, Giovanni Idalmo de Faria.

Kata Giovanni, suspek mengaku melakukan pembunuhan pada masa lampau tetapi tidak mengaku merogol dan membunuh Raiana.

Siasatan awal mendapati Jairo mahu menculik Raiana dan mendapatkan wang tebusan.

Detektif pula mengesyaki kemungkinan Jairo merogol dan membunuh Raiana untuk upacara sihir.

Kemungkinan tersebut timbul selepas mendapati terdapat tatu kumpulan ahli sihir di bahagian perut suspek.

Besi pembahagi jalan tembus kereta


Norasikin Daineh

norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sehingga besi pembahagi jalan itu menembusi keretanya di Batu 6, Jalan Apas, pagi tadi


Dalam kejadian 6.55 pagi itu, Esther Kwe Chai Lean, 33, difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau sebelum terbabas di laluan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kemalangan membabitkan seorang wanita yang memandu kenderaan jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menuju ke Jalan Apas.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

"Mangsa cedera dan mendapat rawatan di Hospital Besar Tawau. Kenderaan mangsa pula rosak teruk kerana besi pembahagi jalan menembusi keretanya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

€Ž

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 2:49 PM

KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Apas, Tawau, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Ajal mendulang emas



Mohammad Ishak

am@hmetro.com.my


Setiu: Wanita warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas dalam kejadian Sungai Peringkat Tiga, Felda Chalok, Setiu, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Miss Mariya Maae, 30, dikatakan sedang mencari emas untuk belanja Ramadan dan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi ahli keluarga pergi ke tempat kejadian kira-kira jam 9.45 pagi untuk menjalankan aktiviti menggali dan mendulang emas.

"Bapa tiri mangsa, Lateh Yakub, 65, peneroka di tanah rancangan berkenaan yang turut serta menggali emas menyedari kejadian itu dan berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira jam 2 petang.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan iaitu kira-kira jam 2.30 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 3:06 PM

LOKASI kejadian. FOTO Mohammad Ishak

Putus tiga jari akibat main mercun





Oleh HASHIM P. MAMAT

TAPAK tangan kanan Muhammad Adam dibalut selepas mendapat rawatan perubatan di Hospital Taiping kelmarin.

KUALA KANGSAR – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Sayong putus tiga batang jari kanan setelah mercun yang dibakar tiba-tiba meletup pada tangannya di Kampung Sayong Lembah di sini kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu turut menyebabkan tapak tangan kanan murid itu, Muhammad Adam Haikal Mohamed Sabri, 11, hampir terbelah dua.

Menurut ibu saudara Muhammad Adam yang enggan dikenali, kejadian itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh orang awam sebelum dia dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, mangsa kemudian mendapatkan rawatan lanjut selepas dipindahkan ke Hospital Taiping di Taiping pada pukul 9 malam kelmarin.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4BDv71uJ0
Hakcipta terpelihara 

Samseng Thai bunuh rakyat Malaysia


Polis Thailand menunjukkan suspek yang disyaki menembak mati Mohd. Nizam pada sidang akhbar di Hadyai, Thailand kelmarin.


HADYAI – Rakyat Malaysia, Mohd. Nizam Ahmad Basrah ditembak mati ketika menunggang motosikal di Jalan Phadungpakdee di sini pada 16 Mei lalu disebabkan dia memotong sebuah motosikal yang dinaiki dua suspek pada hari kejadian.
Tindakan mangsa berusia 28 tahun yang memotong motosikal dinaiki dua rakyat negara ini secara tiba-tiba telah mengejutkan suspek sehingga menimbulkan rasa marah mereka.
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla, Kolonel Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, yang tidak berpuas hati dengan cara tunggangan motosikal oleh Mohd. Nizam kemudian bertindak menembak mangsa.

ANGGOTA polis Thailand memeriksa mayat Mohd. Nizam yang mati ditembak di Hadyai, Thailand pada 16 Mei lalu.


“Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaiki suspek bersama rakannya, yang menyebabkan suspek rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu.
“Suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4BDuMfr5l 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan Pakistan dibunuh kerana berkahwin tanpa restu keluarga


11 Jun 2016 12:45 AM
Pembunuhan

LAHORE 11 Jun - Sepasang suami isteri warga Pakistan dibunuh selepas dipercayai berkahwin tanpa keizinan ahli keluarga mereka semalam.
Menurut polis, kejadian yang disifatkan sebagai pembunuhan 'atas alasan kehormatan' itu merupakan yang kedua berlaku di negara Asia Selatan itu minggu ini.
Suspek, Muhammad Ashraf, 56, dipercayai membunuh anak perempuannya yang dikenali sebagai Saba dan suami wanita itu, Karamat Ali sehari selepas pasangan terbabit pulang ke Lahore bagi menjernihkan keadaan ekoran pergaduhan mereka sebelum ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasangan-pakistan-dibunuh-kerana-berkahwin-tanpa-restu-keluarga-1.340834#sthash.hOu1au4r.dpuf

1,039 mangsa Love Scam


Rugi RM45.5 juta dalam tempoh 6 bulan
NURAINA HANIS 
ABD. HALIM  |  11 Jun 2016 1:45 AM
 


KUALA LUMPUR 10 Jun - Akibat dahagakan cinta lelaki, sebanyak 1,039 wanita di seluruh negara terus menjadi mangsa sindiket Love Scam dalam tempoh 1 Januari hingga kelmarin.
Jumlah kerugian yang dicatatkan pula adalah sebanyak RM45.5 juta.
Sama seperti sebelum ini, sin­diket terus menyasarkan golong­an wanita yang berkerjaya, bujang serta kesunyian melalui laman sosial seperti Facebook.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, mangsa terpedaya dengan janji dan kata-kata manis ‘teman lelaki’ Facebook mereka meskipun tidak pernah bersua muka.
Menurutnya, mangsa mudah mempercayai sindiket serta sanggup melakukan apa sahaja.
“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 272 mangsa dengan RM14 juta kerugian diikuti Kuala Lumpur dengan 145 kes dan RM9.5 juta kerugian.
“Johor pula ketiga tertinggi dengan 126 mang­sa dan jumlah kerugian sebanyak RM2.8 juta manakala di Pulau Pinang sebanyak 92 kes namun jumlah kerugiannya lebih banyak iaitu RM3.9 juta,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Roslan, walaupun banyak pendedahan mengenai Love Scam dibuat melalui media, jenayah berkenaan terus me­ningkat dengan jumlah kes serta kerugian yang ketara.
“Golongan wanita dinasihatkan agar berfikir panjang dan jangan terlalu berlembut hati untuk membantu masalah kewangan kenalan yang dikenali di laman sosial sehingga mudah terpedaya dengan cinta palsu sindiket Love Scam,” ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini mela­porkan, seorang wanita berusia 55 tahun kerugian RM1.7 juta de­ngan menjual tanah pusaka kera­na percayakan cinta kekasihnya yang dikenali melalui Facebook dan kononnya berasal dari Amerika Syarikat
Mangsa yang masih bujang itu telah menyerahkan kesemua hasil gadaian tanah tersebut de­ngan 19 transaksi pembayaran atas talian untuk mendapatkan hadiah dikirim lelaki itu namun terpaksa menjelaskan pembayaran cukai penghantaran kepada syarikat kurier.
Wanita yang tidak bekerja itu turut dihubungi seorang ahli sindiket yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier bagi me­yakinkan mangsa namun dia hanya menyedari ditipu setelah pembayaran dibuat dan kekasihnya menyepi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/1-039-mangsa-i-love-scam-i-1.341050#sthash.AkOuq0ER.dpuf

17 maut nahas jalan raya di India setiap jam


10 Jun 2016 1:55 AM

ANTARA kemalangan yang berlaku di India. (Gambar hiasan).-AGENSI

ANTARA kemalangan yang berlaku di India. (Gambar hiasan).-AGENSI

NEW DELHI 10 Jun - Kira-kira 17 orang dilaporkan meninggal dunia akibat nahas jalan raya di India setiap jam, kata Kementerian Pengangkutan negara itu.
Menterinya, Nitin Gadkari memberitahu, antara punca utama nahas itu termasuklah struktur jalan raya yang rosak dan sebagainya.
Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh kementerian terbabit, seramai 146,133 pengguna jalan raya maut dalam 501,423 kemalangan pada tahun lepas iaitu pertambahan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, lapan daripada 10 nahas jalan raya di India berpunca daripada kecuaian pemandu dengan 62 peratus daripadanya disebabkan memandu kenderaan terlalu laju. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/17-maut-nahas-jalan-raya-di-india-setiap-jam-1.340620#sthash.jhZNx9jL.dpuf