Search This Blog

Thursday, June 9, 2016

Makmal dadah di kondo mewah



ANGGOTA polis mengangkat dadah dan peralatan memproses dadah dari kediaman suspek di Bayan Lepas Isnin lalu.


GEORGE TOWN – Kelicikan sepasang suami isteri yang menjadikan kediaman sewa mereka di sebuah kondominium mewah di Bayan Lepas di sini sebagai makmal memproses pelbagai jenis dadah sintetik bernilai RM1.2 juta akhirnya terbongkar selepas diserbu polis Isnin lalu.
Dalam operasi di tingkat 12 kondominium itu pada pukul 3.05 pagi, kedua-dua mereka yang berketurunan Cina berusia 31 dan 35 tahun diberkas selepas polis terlebih dahulu membuat pemeriksaan di dalam sebuah kereta suspek lelaki di parkir kondominium berkenaan.
Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepeket plastik lutsinar berisi syabu seberat 12.5 gram di dalam kereta jenis Hyundai yang dipercayai sering dipandu suspek lelaki tersebut.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, serbuan dijalankan hasil risikan pasukannya dan maklumat orang awam mengenai kegiatan pasangan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4B1pikG5a 
Hakcipta terpelihara 

Ahli Geng Ketereh ditahan bersama 18,000 biji pil kuda


AB. RASHID AB. WAHAB (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian

AB. RASHID AB. WAHAB (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada 18,000 biji pil kuda dan wang tunai yang dirampas daripada seorang lelaki dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu, semalam. UTUSAN/ROSNI MASRI
KOTA BHARU 8 Jun – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedar dadah yang paling aktif di negeri ini selepas menahan seorang anggota Geng Ketereh bersama 18,000 biji pil kuda bernilai RM450,000 di hadapan sebuah kedai di Kampung Lemal, Pasir Mas dekat sini semalam.
Lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dalam Ops Tapis di hadapan sebuah kedai di kampung tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi.
Difahamkan ketika ditahan suspek baru sahaja selesai menyeludup barangan terlarang itu ma­suk ke negara ini dari Thailand.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, ketika serbuan hasil maklumat awam itu dilakukan, lelaki tersebut cuba melarikan diri ke arah sebuah kereta Perodua Myvi apabila menyedari kehadiran polis tetapi dia berjaya ditahan.
‘‘Hasil pemeriksaan di tempat duduk penumpang hadapan kereta ini, kita menemukan satu bungkusan mengandungi sejumlah pil kuda. Jumlah keseluruhan pil kuda yang ditemukan itu sebanyak 18,000 biji.
‘‘Hasil siasatan, kita juga mendapati suspek hidup mewah termasuk mampu membeli sebuah kereta jenis Suzuki Swift bernilai RM60,000 secara tunai melalui hasil kegiatan mengedarkan dadah ini,’’ katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Tambah Ab. Rashid, suspek dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lalu dan ketika ditahan dia baru sahaja mengambil bekalan dari negara jiran untuk diedarkan di negara ini.
‘‘Suspek direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, modus operandi sindiket Geng Ke­tereh ini ialah merekrut remaja berusia 18 sehingga 25 tahun untuk menjadi pengedar dadah kecil-kecilan.
‘‘Mereka terjebak mengedar dadah semata-mata untuk hidup senang dengan cara mudah. Siasatan kita mendapati suspek tersebut mengagihkan dadah kepada lima hingga enam remaja lain untuk diedarkan dalam bilangan kecil.
‘‘Pengedar kecil ini tidak perlu mengeluarkan modal, mereka hanya menjual dan mengambil komisyen mungkin RM2 bagi setiap biji pil kuda itu,’’ katanya.
Tambahnya, pihak polis sedang mengesan ketua dan saki-baki anggota geng itu untuk memastikan kegiatan haram mereka dapat dihapuskan sepenuhnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ahli-geng-ketereh-ditahan-bersama-18-000-biji-pil-kuda-1.340261#sthash.vccSXUcA.dpuf

Lelaki mengaku tidak bersalah perdagang wanita Vietnam


pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan lapan wanita Vietnam termasuk seorang gadis bawah umur, bulan lalu.
Chang Yoong Siong, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zarifah Zainal Abidin.
Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut membabitkan mangsa berusia antara 17 hingga 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks di rumah No. B3-17-36, Kepong Sentral Kondominium, Jalan Puncak Desa 2, Taman Puncak Desa, Kepong, Gombak, kira-kira pukul 10 malam, 20 Mei lalu.
Dia yang bekerja sendiri mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang masing masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Zarifah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM96,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melapor diri dua kali setiap bulan di balai polis terdekat. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-perdagang-wanita-vietnam-1.340074#sthash.JQJCTkvz.dpuf

Suami isteri ditahan bersama 3,838 pil ecstasy


TIMBALAN Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (tengah) menunjukkan sebahagian daripada pera

TIMBALAN Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (tengah) menunjukkan sebahagian daripada peralatan memproses serta serbuk dadah beranggaran RM1.2 juta selepas menahan dua suspek semasa sidang akhbar di Georgetown di sini hari ini.
PULAU PINANG 8 Jun - Sepasang suami isteri ditahan bersama 3,838 pil ecstasy di sebuah kondominium di Bayan Lepas , di sini Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata, nilai rampasan berkenaan mencecah RM1.2 juta.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah berkenaan telah dijadikan makmal memproses dadah sejak setahun lalu.
"Polis turut menyita sebuah kereta yang digunakan suspek yang berusia 31 tahun," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suami-isteri-ditahan-bersama-3-838-pil-ecstasy-1.340042#sthash.Bh0Z1ejg.dpuf

RM21.6 juta lebur


Ahli perniagaan diperdaya sindiket pelaburan emas

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerana ingin cepat kaya, seorang ahli perniagaan dari Melaka rugi RM21.6 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan emas.
Roslan Abd. Wahid
Jumlah tersebut adalah 38 pe­ratus daripada RM56.7 juta kerugian keseluruhan akibat penipuan pelaburan emas yang kononnya berasaskan syariah sejak Januari lalu sehingga semalam.
Angka itu menjadikan lelaki berkenaan sebagai mangsa yang dipercayai paling banyak me­ngalami kerugian selepas ditipu sindiket pelaburan terbabit setakat ini.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, mangsa yang berusia 43 tahun ditipu selepas terpedaya dengan tawaran pembelian jongkong emas dari sebuah syarikat yang beroperasi di Semenyih, Selangor.
Menurut beliau, pada mula­nya mangsa hanya membeli emas dalam kuantiti yang sedikit iaitu kira-kira satu hingga dua kilogram dan apabila pelaburan berjaya memperoleh pulangan dia mula tamak.
“Mangsa yang dijanjikan pulangan pembelian dalam tempoh tiga hari bersetuju mula mengeluarkan sejumlah wang yang ba­nyak bermula dengan RM1.5 juta.
“Berlaku beberapa transaksi lain selepas itu sehingga jumlah pelaburan mangsa mencecah RM21.6 juta bagi pembelian 187 kilogram emas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Roslan, selepas membuat pelaburan yang besar, mang­sa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan namun dia tetap percaya apabila sindiket memintanya menunggu tempoh haul (matang) iaitu selama setahun.
Katanya, mangsa hanya menye­dari ditipu sindiket terbabit apabila masih tidak mendapat pulang selepas tamat tempoh matang dan segera membuat laporan polis pada awal November tahun lalu.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati syarikat pelaburan yang menipu mangsa tidak mendapat kelulusan dari Bank Negara dalam penjualan dan pembelian emas.
“Bagaimanapun, kita masih mengesan dalang sindiket yang merupakan pemilik syarikat ber­kenaan yang dipercayai telah menubuhkan syarikat baharu untuk melakukan penipuan sete­rusnya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rm21-6-juta-lebur-1.340259#sthash.NeU4SrSa.dpuf

Bicara remaja rogol, 
bunuh kekasih bermula


Tiga lelaki didakwa merogol dan membunuh Enno Fariah. Seorang

Tiga lelaki didakwa merogol dan membunuh Enno Fariah. Seorang daripada remaja berusia 16 tahun dipercayai kekasih mangsa. AGENSI
Jakarta 7 Jun – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan merogol dan membunuh kekasihnya dengan kejam sehingga merodok batang cangkul ke dalam kemaluan mangsa selepas dia enggan me­lakukan hubungan seks.
Remaja itu termasuk dua lelaki berumur 20 dan 24 tahun dituduh membunuh Enno Fariah, 18, di dalam bilik asramanya di Tangerang, barat daya Jakarta pada Mei lalu.
Dua lagi suspek akan dihadapkan ke mahkamah kemudian.
Berpuluh-puluh orang berkumpul di luar Mahkamah Daerah Tangerang hari ini, me­nuntut defendan dijatuhi hukuman mati.
Perbicaraan diadakan secara tertutup kerana defendan masih di bawah umur.
Kes tersebut adalah yang ke­dua melibatkan rogol dan bunuh yang mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat di negara ini.
Pada awal April, mayat seorang gadis berusia 14 tahun ditemukan dengan tangan diikat di kawasan kebun getah di Kampung Kasiah Kasubun, wilayah Bengkulu, barat Indonesia.
Siasatan mendapati, Yuyun dirogol oleh 14 orang lelaki termasuk tujuh yang berumur di bawah 18 tahun. – DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bicara-remaja-rogol-8232-bunuh-kekasih-bermula-1.339889#sthash.X1csCEnX.dpuf

Pakistan: Remaja maut dibakar ibu


honour killing

Suami Zeenat, Hasan, menunjukkan gambar isterinya yang maut akibat dibunuh atas 'alasan kehormatan' oleh keluarganya sendiri. - AGENSI
LAHORE 9 Jun - Seorang remaja perempuan maut setelah dibakar hidup-hidup oleh ibunya kerana berkahwin dengan seorang lelaki pilihannya di timur bandar Lahore, semalam.
Zeenat Bibi, 16, dibakar oleh ibunya, Perveen Bibi seminggu selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Hasan.
Kejadian tersebut merupakan yang ketiga berlaku dalam kes pembunuhan 'atas alasan kehormatan' dalam bulan ini.
Pada minggu lalu, seorang remaja, Maria Sadaqat, 19, didera dan dibakar oleh sekumpulan individu di sebuah kawasan perkampungan dekat kawasan peranginan Muree di luar bandar Islamabad, kerana menolak pinangan seorang lelaki. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pakistan-remaja-maut-dibakar-ibu-1.340113#sthash.oPwyei7h.dpuf