Search This Blog

Sunday, May 29, 2016

44 kereta hangus

Seremban: Sebanyak 44 kereta pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kereta di Kampung Ribu, Kuala Sawah, di sini, tengah malam tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.46 tengah malam mengerahkan 13 anggota dan empat jentera ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba api dilihat marak membakar kesemua kereta berkenaan yang diletakkan diperkarangan bengkel.
"Pihak kami (bomba) cuba mengawal api daripada merebak. Api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 3.30 pagi.
"Namun begitu 44 kereta terbabit musnah dijilat api," katanya.
Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 11:10 AM


KEADAAN kereta yang hangus dijilat api. FOTO ihsan bomba

Bantuan bawa padah

Changsha (China): Tindakan orang ramai membantu menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan bQerdiri di atas tiang lampu isyarat bertukar sebaliknya apabila mangsa parah akibat jatuh.
Kejadian berlaku pada Selasa lalu apabila lelaki berkenaan berdiri di atas tiang lampu isyarat di sebuah jejambat setinggi 10 meter.
Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu supaya turun, tetapi dia enggan dan mengancam untuk terjun.
Selepas empat jam, pasukan penyelamat memasang tilam udara di bawah lampu isyarat berkenaan dan meminta lelaki itu terjun ke bawah.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan menyebabkan orang ramai yang berkumpul di atas jejambat berkenaan cuba membantu.
Beberapa rakaman video, menunjukkan seorang lelaki cuba memaksa mangsa terjun dengan menjoloknya menggunakan penyapu, namun gagal.
Selang beberapa minit seorang lagi lelaki muncul dan membawa sebatang paip plastik sepanjang tiga meter.
Lelaki itu kemudian memukul mangsa yang berdiri di atas tiang lampu isyarat berkenaan supaya dia jatuh ke bawah.
Secara tiba-tiba lelaki itu berlari dan cuba melompat ke atas jejambat, tetapi terjatuh di atas jalan raya akibat tersasar daripada tilam udara di bawahnya.
Polis memberitahu, mangsa masih hidup, tetapi berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah di kepala dan badan.
Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu termasuk tindakan orang ramai yang cuba membantu berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:07 AM