Search This Blog

Sunday, May 22, 2016

Pelacur, pelanggan dihukum berbogel sambil berjalan

Pelacur, pelanggan dihukum berbogel sambil berjalan
19 MEI 2016 SAINT PETERBURG - RUSIA. Beberapa pelacur dan lelaki yang dicekup dalam satu serbuan maksiat di sebuah pangsapuri baru-baru ini menerima padah apabila dihukum berbogel oleh pihak berkuasa di bandar ini.
Selain tiga pelanggan lelaki yang dikatakan berjaya melarikan diri, kesemua 11 pelacur dan pelanggan lelaki pada malam itu dipaksa menanggalkan semua pakaian mereka sambil berjalan mengelilingi kawasan pangsapuri berkenaan.
Orang ramai yang sempat melihat kejadian itu berjaya membuat rakaman video melalui telefon bimbit masing-masing.
Selepas berjalan di beberapa jalan utama, mereka akhirnya diarah naik ke kereta polis dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Tindakan pihak polis itu bagaimanapun menjadi bualan hangat di laman sosial.
Ada yang bersetuju cara hukuman itu walaupun agak luar biasa, tetapi tidak kurang pula membantah kerana kata mereka, sepatutnya yang perlu dihukum ialah pelanggan di rumah maksiat itu dan bukan pelacur.

Tanah runtuh: 150 dikhuatiri masih terperangkap

 Tanah runtuh: 150 dikhuatiri masih terperangkap

19 MEI 2016 COLOMBO - SRI LANKA. Sekurang-kurangnya 150 dikhuatiri masih terperangkap di bawah lumpur dan runtuhan akibat kejadian dua tanah runtuh di sini dan harapan menemui mangsa masih hidup tipis ekoran hujan lebat berterusan yang menghalang operasi menyelamat.
Memetik laporan Reuters, angka kematian bencana itu meningkat kepada 41 orang dan hujan lebat memaksa lebih 300,000 orang terpaksa berpindah dari kediaman masing-masing.
18 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan setakat ini.
Angka itu mungkin meningkat dengan ketara kerana pihak berkuasa berdepan kesukaran menghadapi keadaan berlumpur bagi mencari 134 yang terperangkap di runtuhan pertama manakala 16 lagi di runtuhan kedua.
"Saya tidak terfikir ada yang terselamat," kata Pegawai bertangungjawab dalam operasi menyelamat, Mejar Jeneral Sudantha Ranasinghe.
"Terdapat tempat yang ditengalami lumpur sedalam sehingga 30 kaki namun kami akan melakukan yang terbaik," ujarnya.
Usaha menyelamat ditumpukan di bandar Aranayaka, 100km timur laut Colombo di mana tiga buah kampung tertimbus.‎
Pengawai tentera menggunakan cangkul dan penyodok bagi mengalihkan lumpur bagi mencari mangsa dan hujan lebat menyukarkan operasi menyelamat.
Sementara itu, pihak berkuasa pengurusan bencana berkata, 300,000 orang dipindahkan ke 610 lokasi yang selamat.
Pasukan tentera menggunakan bot dan helikopter dalam operasi menyelamat ekoran hujan lebat sejak Ahad telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di 19 daripada 25 daerah di negara itu.

Sakit hati punca gadis dirogol, dirodok cangkul

Sakit hati punca gadis dirogol, dirodok cangkul

20 MEI 2016 JAKARTA - INDONESIA. Polis mendedahkan, motif pembunuhan Enno Farihah, 19, yang dirogol dan dirodok dengan cangkul pada kemaluannya adalah disebabkan sakit hati, lapor Tempo.co
Suspek Imam Alias, 24, Arif Alias, 24, dan Rai, 16 tahun pelajar sekolah menengah kini ditahan pihak berkuasa.
Menurut polis, Awi Setiyani, motif ketiga-tiga pelaku iaitu Arif adalah kerana sering diejek hodoh, Rai pula kerana menolak ajakannya untuk bersetubuh manakala Imam kerana cintanya ditolak.
"Ketiga-tiga pelaku tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan Awi berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan terperinci mengenai kes ini," ujar pegawai terbabit.
Menurut polis, pembunuhan kejam ini berlaku ketika Rai yang mengaku kekasih mangsa, mengunjungi gadis itu di asrama tempatnya bekerja di Banten pada 12 Mei lalu.
Rai mengaku sempat bercium dengan mangsa namun gadis itu menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks.
Rai yang kesal dengan tolakan gadis itu kemudian meninggalkan bilik berkenaan dan bertemu dengan dua lagi pelaku Imam dan Arif.
Ketiga-tiga pelaku berpakat memperkosa mangsa dan menurut polis, ketiga-tiga mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa.
Eno ditemui dalam keadaan bogel dan hanya ditutupi bantal dan pakaiannya dengan banyak kesan luka dan pemegang cangkul masih pada kemaluannya.
Menurut polis, mangsa ditekap dengan bantal sehingga lemas selepas memperkosa mangsa sebelum suspek mengambil cangkul dan merodok ke kemaluan wanita itu.

Bunuh kerana tak jawab soalan

bunuh

21 MEI 2016 RIYADH - ARAB SAUDI . Seorang lelaki bertindak membunuh isterinya hanya kerana dia tidak menjawab soalan yang dikemukakannya, lapor akhbar AL Riyadh.
Lelaki itu dikatakan hilang sabar dengan tindakan isterinya yang mendiamkan diri dan dia berasa curiga dengan perilaku wanita itu.
Kejadian berlaku ketika wanita itu pulang lewat ke rumah dan ketika lelaki itu bertanya kepada isteri sebab dia pulang lewat, wanita itu hanya mendiamkan diri.
Tindakan itu menyebabkan lelaki itu berang dan mula memarahi serta memukul wanita itu.
Lelaki itu memukul mangsa dengan silinder gas sehingga maut.
Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita yang mengalami kecederaan teruk di kepala dan hasil siasatan mendapati suami mangsa bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.